Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Memilih
pencuci wanita yang bersesuaian dengan kawasan intim wanita sangatlah penting.
Pelbagai kriteria perlu diambil kira dalam membuat pemilihan pencuci wanita agar
ianya bersesuaian dengan kulit di bahagian intim wanita. Salah buat pilihan,
boleh mengakibatkan kulit di kawasan intim wanita kering, menggelupas, melecur
mahu pun gatal-gatal. Bahagian intim wanita adalah tempat yang sangat sensitif
dan ianya merupakan tempat tinggal jutaan jenis flora dan bakteria yang membolehkan
kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak
selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula
jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut
daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.
Achik
sendiri sangat menitikberatkan kebersihan di bahagian kawasan intim terutamanya
di waktu datang bulan. Bagi Achik, penggunaan pencuci wanita sangat penting
bagi memastikan kawasan intim sentiasa bersih dan bebas daripada jangkitan
kulat. Jadi, untuk kali ini, Achik ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman
Achik menggunakan Pembersih Kewanitaan
Daun Sirih SUMBER AYU. Untuk makluman korang semua, pembersih kewanitaan
daun sirih Sumber Ayu ini dah lama pun berada di pasaran. Cuma kini ianya
tampil dengan wajah baru yang lebih segar. Sungguh pun berwajah baru, tetapi
bahan-bahan yang digunakan masih mengekalkan bahan semula jadi yang dapat
memelihara kawasan intim wanita agar bebas dari bakteria jahat, kegatalan, bau
yang kurang menyenangkan serta keputihan.
Bungkusan
pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu yang lebih menarik dengan rona dan
kemasan yang lebih sotisfikated ini masih mengekalkan paras pH3.5 kerana ianya
merupakan paras ideal dalam memelihara ekositem di sekitar kawasan intim
wanita. Paling menarik, pembersih kewanitaan ini telah diperakui HALAL oleh
JAKIM. Jadi, jangan risau…boleh guna tanpa ragu-ragu…
Wangian Fruity yang menjadi kesukaan Achik...
Ada
6 wangian semuanya….Yang mana menjadi pilihan korang..??? Achik dah cuba
wangian Orkid, Musk dan Fruity…Nak tahu antara 3 ni yang mana menjadi wangian
pilihan Achik..? Sudah tentu lah fruity..hehehehe..bau buah-buahannya sangat
segar…
Lain
orang, lain taste nya…Jom tengok apa yang membezakan wangian keenam-enam
pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ini:
·
Orkid– Haruman segar
dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal
sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan
keanggunannya dalam pelbagai cara.
·
Mawar– Wangian mawar
mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang
hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
·
Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa
segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan
bersahaja.
Wangian Musk
·
Musk – Aroma semula
jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum
agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan
dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
·
Gambir – Bauan herba
yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita
klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
·
Fruity– Aroma manis
buah-buahan
tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan
terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam
apa jua keadaan.
Wangian Orchid ni pun tak kurang hebatnya...kalau gemarkan bau bunga orkid, macam tula bau pencuci ni...
Di mana korang
boleh dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun
Sirih SUMBER AYU ?
Ianya boleh didapati di
semua pasaraya utama dan farmasi pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80
(200ml).
Rangkaian
penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER
AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO
UNZA.
Sumber Ayu
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment