Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Alainn Kuala Lumpur | Pembukaan Cawangan Kedua Alainn Clinic & Medispa di Platinum Park Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah diucapkan buat pemilik Alainn Clinic & Medispa atas kejayaan pembukaan cawangan kedua yang terletak di Platinum Park, Persiaran KLCC Kuala Lumpur. Pemiliknya ialah Dr. Nurul Ain Abdullah yang merupakan ibu kepada tiga orang anak. Dr. Nurul Ain merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan kecemasan, perubatan pecegahan, penjagaan kesihatan utama, ibu dan kanak-kanak. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam bidang perubatan, Dr. Nurul Ain telah membangunkan program rawatan professional di Alainn.


Dr. Nurul Ain (bergaun putih) bersama-sama dengan ahli keluarganya yang banyak memberikan sokongan

Pengalaman Dr. Nurul Ain dalam bidang estetika telah membolehkan beliau mengenal pasti masalah utama yang mempengaruhi kecantikan kebanyakan wanita. Disebabkan itu, nama Alainn telah dipilih sebagai nama clinic dan medispa beliau. Kalau korang nak tahu sebutan Alainn ini adalah 'aw-lin' merupakan perkataan lama Irish yang membawa maksud 'cantik'.



Bilik rawatan di Alainn Clinic & Medispa Kuala Lumpur

Di Alainn Clinic & Medispa, pelbagai rawatan kecantikan ditawarkan termasuklah facials, laser therapy, radio frequency therapy, platelet rich plasma, derma fillers, anti-aging, weight loss management dan banyak lagi. Berikut adalah antara nama rawatan yang ditawarkan:

'Yummy Mummy' - membantu wanita menghilangkan kesan kehamilan dan melahirkan anak pada badan mereka dengan menangani masalah seperti kulit menggelebeh, stretch mark dan selulit dengan pendekatan yang holistik dalam membentuk semula kontur badan.

'FemiVa' - satu lagi idea baru yang menarik yang telah membangkitkan keghairahan feminin dengan menggabungkan prosedur tidak invasif untuk meremajakan vulva dan vagina - memberikan wanita perasaan dan kelihatan lebih muda.

'Smart Sculpting' - membolehkan orang ramai untuk menghilangkan lemak degil dengan terapi kelas perubatan bukan pembedahan yang terbaik dalam persekitaran yang santai dan selesa.

Menurut Dr. Nurul Ain, intipati anti penuaan semuanya terletak pada minda dan badan yang sihat, manakala prosedur perubatan estetik ini hanya untuk melengkapi proses semula jadi ini. Selain rawatan estetika, Alainn turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit jenamanya termasuklah pencuci muka, serum, essence, sunscreen dan banyak lagi. Penggunaan produk ini bersama-sama dengan rawatan perubatan estetika mampu memberikan kesan dan hasil yang lebih baik.



Skincare product jenama Alainn

Semasa majlis pembukaan cawangan kedua Alainn Clinic & Medispa tersebut Achik sempat mencuba rawatan Laser Lip Rejuvenation. First time Achik cuba rawatan laser di bibir dan rasa teruja dengan hasilnya. Baru rawatan kali pertama, terasa bibir Achik lebih lembut. Kalau buat sehingga 6 kali rawatan, memang bibir Achik boleh jadi merah-merah pink dan nampak lebih mungil. Rawatan Laser Lip Rejuvenation ini membantu menghilangkan lingkaran gelap pada bibir dan kembalikan kemerahan bibir korang..



Selepas rawatan Laser Lip Rejuvenation bibir akan bertanda putih putih macam dalam gambar ni. Jangan risau tanda putih tu akan hilang dalam tempoh 30minit. korang boleh minum dan makan macam biasa tapi jangan makan pedas


Untuk makluman lanjut berkaitan Alainn Clinic & Medispa, layari:


Lokasi:

Alainn Medispa
J-2-3 Jalan SS7/26
Park Lane Commercial Hub
Kelana Jaya, 47301 PJ

Tel: 03-7887 6499
Whatsapp: 012-271 0301
Waktu operasi: 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)


Alainn Kuala Lumpur
Platinum Park, Unit 2-1 Menara Felda
11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)

~ Achik ~

Sunday, April 10, 2016

Spa di rumah dengan Sara Glow Spa

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Tak sabar rasanya Achik nak share dengan korang tentang servis spa yang boleh korang nikmati di rumah sendiri. Yup !!! Dengan Sara Glow Spa, korang tak payah bersusah payah untuk bersiap dan tak perlu travel untuk ke Spa.


Cuti hujung minggu adalah hari terbaik untuk bersantai, rileks dan manjakan diri selepas 5 hari sibuk bekerja..Awal-awal lagi Achik dah buat tempahan dengan Sara Glow Spa. Ingatkan Achik perlu memandu untuk ke Spa..tapi tak..tepat jam 11am owner Sara Glow Spa telah pun berada di depan pintu pagar rumah Achik. Memang tepati masa !

Achik dengan Sara, pemilik Sara Glow Spa

Tanpa buang masa, Achik beri ruang pada Sara untuk siap siapkan keperluan Spa di dalam bilik tidur di rumah Achik. Oh ye..korang hanya perlu sediakan toto atau tilam nipis untuk korang baring..tuala dan lain-lain barang keperluan akan di bawa oleh Sara.

1 Beg troli kecil ni je barang-barang untuk Spa

Banyak pakej spa ditawarkan oleh Sara Glow Spa..pakej yang ditawarkan untuk Achik adalah Pakej Seri Pengantin. Pakej ini yang mengambil masa selama 2 jam ini hanya RM150. Apa yang Achik dapat dengan Pakej Seri Pengantin ni, korang boleh rujuk gambar di bawah.


Bila semuanya dah ready, Sara mulakan dengan urutan relaxi muka & mata serta urutan relaxi anti stress pada muka Achik. Memang rasa relax sebab urutan yang dibuat oleh Sara kena pada point point di muka bagi menghilangkan stress yang Achik hadapi..

Selepas selesai urutan muka, bahu, kepala, betis dan tapak kaki, badan Achik, kaki, betis, peha dan lengan di sapu skrub oleh Sara..part yang paling best dalam pakej seri pengantin ni adalah Mandian Aromatherapy Seri Wajah Rose..haruman rose sememangnya wangi dan melekat pada badan..

Air mandian aromaterapi dgn haruman rose yang telah disediakan oleh Sara

Ni lah aromaterapi rose yang digunakan

Apa yang Achik suka dengan Spa di rumah menggunakan khidmat Sara Glow Spa ni adalah, tak rasa kelam kabut or nak kejar masa..biasanya kalau kita pegi spa di pusat-pusat spa, sekiranya pakej yang dibeli adalah untuk tempoh sejam, memang ngam ngam sejam servis spa tu habis. tapi tidak dengan Sara Glow Spa..korang lebih rileks bila berspa di rumah sendiri...hehe..


Selepas mandi rose, pakej seri pengantin ini diteruskan dengan facial muka..produk yang digunakan oleh Sara Glow Spa adalah semuanya dari bahan organik..sesuai untuk semua jenis kulit..so korang tak perlu risau..tambah lagi peralatan untuk buang whitehead & blackhead yang digunakan langsung tak menyakitkan muka korang...jadi, tak perlu risaulah muka korang bengkak-bengkak lepas buat facial..hehehe..

Dah siap facial muka..sila abaikan dark circle pada mata Achik. Orang kuat kerja memang macam tu.hehe

dah siap ber spa, Sara bancuhkan air rose untuk Achik minum..nak tahu khasiatnya? korang kenalah hubungi Sara Glow Spa dan buat tempahan siap-siap..

Air rose

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Sara Glow Spa:






Jom like FB Sara Glow Spa untuk dapatkan maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh call / whatsapp 019-261 6359.

Jangan lupa buat tempahan terlebih dahulu ye..nikmati hujung minggu anda dengan servis spa oleh Sara Glow Spa.

~ Achik~