Friday, December 21, 2018

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP | Mendidik Anak-Anak Untuk Berzakat


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai korang…dah tunaikan zakat ke untuk tahun 2018 ni. ? Kalau ada yang masih belum melaksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat, korang masih ada peluang lagi untuk berbuat demikian. Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan korang membuat bayaran zakat.

Sebelum ni pun Achik pernah berkongsi tentang pembayaran zakat melalui portal zakat.com.my. Korang boleh baca balik posting Achik sebelum ni http://achikhuda.blogspot.com/2018/10/tunaikan-kewajipan-berzakat-melalui.html

Terbaru, PPZ-MAIWP sekali lagi telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat umat Islam tentang kewajipan berzakat. Apa yang uniknya dengan kempen terbaru ini, PPZ-MAIWP berhasrat untuk memupuk kesedaran berkaitan tanggungjawab menunaikan ibadah zakat ini sejak dari kanak-kanak lagi. Kempen yang diberi nama Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP ini menyasarkan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah untuk dididik dengan kewajipan berzakat.



Apakah Objektif Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP ?

Setiap kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP mempunyai matlamatnya sendiri. Kalau sebelum ini kempen-kempen yang dilancarkan oleh PPZ-MAIWP lebih kepada meningkatkan kesedaran di kalangan golongan dewasa, tapi berbeza pula dengan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP.

Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP merupakan pendidikan kepada anak-anak berumur 18 tahun ke bawah tentang kesedaran untuk menunaikan salah satu ibadah dari 5 rukun Islam. Ianya merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai umat Islam.

Selain itu, PPZ-MAIWP berhasrat kempen ini dapat memupuk kesedaran di kalangan anak-anak agar lebih prihatin kepada orang-orang yang susah (golongan asnaf). Sudah pasti anak-anak sentiasa bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang di sekolah mereka. Dengan adanya kempen ini, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak anak-anak ini akan terdetik di hati mereka untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan.

Kalau diperhatikan sekarang ni, kanak-kanak pun dah pandai meniaga..Hehe..tak kira lah di waktu sekolah atau pun di luar waktu sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan ini, anak-anak sepatutnya diberi pendedahan tentang tanggungjawab mereka untuk berkongsi sebahagian daripada kekayaan tersebut dengan golongan yang memerlukan.

Orang tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi untuk melahirkan seorang umat Islam yang taat akan perintah Allah, didikan yang secukupnya hendaklah diberikan sejak dari kecil lagi.


Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan Tabung Didik Zakat macam yang PU Azman pegang dalam video di atas?

i)  Buka akaun zakat dengan serendah RM10;

ii) Ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP; dan

iii) Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma.

Jadi tunggu apa lagi, jom semai amalan berzakat ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah :

Laman Web Rasmi:

Facebook:

“SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT”

#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp #YearendZakat

Tuesday, December 04, 2018

Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya | Semuanya Sedap dan Segar !

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai korang..lama Achik tak sembang pasal tempat makan kan…Hehehe..sejak amalkan pemakanan yang sihat ni, Achik memang jarang makan sedap2 sampai lupa diri..hahahaha…tapi sekali sekala mesti la curi satu hari untuk makan yang menyelerakan bagi mengurangkan rasa craving tu.


Bila nak cheat tu biasa nya Achik akan pilih makanan yang Achik dah lama tak makan dan rasa berbaloi. So, sebab dah lama tak makan makanan berkonsepkan steamboat dan grill, Achik pilih Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Achik pasti mungkin masih ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall Putrajaya. Lokasi restorannya yang terletak di lot menghadap luar IOI City Mall mungkin membuatkan ramai pengunjung tidak tahu kewujudannya.

Sebenarnya tempat makan di IOI City Mall tidak tertumpu pada satu Aras sahaja. Ramai pengunjung lebih tertumpu dengan restoran yang terdapat di Aras LG menyebabkan pengunjung-pengunjung perlu beratur untuk mendapatkan tempat makan di restoran pilihan mereka. Jadi, apa kata korang rajinkan kaki tu, jalan lebih sikit naik ke Aras G dan menuju ke Symphony Walk. Dekat kawasan Symphony Walk ni sebenarnya terdapat banyak lagi restoran termasuklah Pak John Steamboat & BBQ. Lebih menenangkan lagi bila korang makan di sini sebab korang dapat menikmati pemandangan yang menarik di sekitar Symphony Walk. Ada kolam, ada air pancut ada tempat melepak dan juga view yang cantik untuk korang bergambar bersama-sama keluarga & rakan-rakan.

Muka happy main masak-masak..dah lama kitorang tak makan steamboat & bbq..ni memang favourite anis

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan ruang makan berhawa dingin dan juga ruang makan di luar restoran. Ikut selera masing-masing sama ada nak makan di sebelah dalam atau pun makan di meja luar dengan pengudaraan yang lebih baik. Apabila pilih meja di luar, korang akan dibekalkan dengan jug air untuk isi terus air minuman pilihan korang. Kalau duduk kat meja dalam pula, korang kena la bangun untuk refill gelas korang yang dah kosong tu..heheheheh..

Ruang makan yang luas di dalam dan di luar restoran memang sesuai sangat dan selesa untuk korang makan-makan dengan keluarga dan rakan-rakan. Malah menjadi lokasi terbaik untuk korang yang nak mengadakan majlis sambutan hari lahir, farewell dan sebagainya.

hidangan makanan yang telah siap dimasak & digoreng

Ok..jom sembang pasal pilihan makanan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ. Banyak sangat menu yang ditawarkan..Ada yang dah siap masak, pilihan makanan laut, sayur, bebola yang segar-segar, pencuci mulut dan macam-macam lagi. Pendek kata kalau korang makan di restoran ini, korang akan pulang dengan perut yang kenyang..Hehehehe…



Segar kan hidangan seafood yang disajikan...Pepahat tu gemuk-gemuk isinya

Achik suka sangat dengan pilihan makanan laut yang disajikan..Banyak dan segar.! Kalau korang jenis yang suka makanan laut, bila datang ke tempat-tempat macam ni, korang wajib tuju ke kaunter seafood..Baru lah ianya berbaloi dengan apa yang kita bayar. Betul tak?

Lagi satu, tips achik kalau ke restoran berkonsepkan steamboat & bbq ni, Achik akan cari menu yang Achik jarang makan atau benda yang susah kita nak makan kat luar..Hehehehe…jadi, sepanjang ada kat restoran ni, Achik memang makan lauk sahaja…seafood yang macam-macam jenis, pilihan ayam yang diperap dengan pelbagai rasa. Sedap-sedap semuanya! Cumanya Achik perasan hidangan ikan yang ditawarkan agak kurang. So, Achik syorkan Pak John Steamboat & BBQ tambahkan lagi menu ikan dalam seafood line dorang.



Meriahkan tengok ayam-ayam yang diperap..rasanya dah memang sedap sedap la..

Lagi satu tips untuk korang kalau makan di restoran ni, makan tu jangan la bersulamkan air..Hahahahaha…Ye..!!! Air dekat Pak John Steamboat & BBQ semuanya FREE FLOW..!!! ada macam-macam air yang sejuk dan yang panas..minum la korang sampai kembung..Hahahaha..kalau dah kembung jangan merungut plak tak puas menikmati makanan di Pak John Steamboat & BBQ..hehehhe



Oh ye, dekat restoran ni juga ada disediakan hidangan Dim Sum dan juga potongan daging premium. Tapi ianya hanya dihidangkan upon request sahaja. So, pastikan korang ke kaunter daging premium ini yang menyediakan Premium Beef, Lamb Slice, Abalone Slice dan Smoked Duck.





Sebagai penutup, jangan lupa nikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan. Cendol santan dekat sini sedap tau. Korang wajib rasa ! Selain cendol, ada bubur, ada puding, ada pelbagai perasa ais krim, buah-buahan, kek, ABC dan juga waffle. Kalau korang kreatif, korang boleh order waffle di kaunter, kemudian letak aiskrim atas waffle tu. Menarik kan..hehehehe..


Untuk Sup pula, Pak John Steamboat & BBQ menawarkan 5 pilihan sup..Ada Prawn Soup, Tomyam Soup, Miso Soup, Curry Soup dan Chicken Soup...Ikut selera masing-masing....Pilihan Achik sudah tentu tomyam soup..Hehehehe....Haaaa..lagi satu, dekat Pak John ada banyak jenis sos..Macam-macam rasa..heheheh..pilih je yang mana ikut selera tekak korang juga..


Untuk Harga, korang boleh rujuk gambar di bawah.


Jadi, kalau korang datang ke IOI City Mall, jangan lupa singgah makan di Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Symphony Walk. Tak perlu bersesak-sesak dekat Aras LG...

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah:


~ Achik ~

Wednesday, November 28, 2018

Wajah Kelihatan Bersinar dengan JOLIE Shimmer Shine Cushion


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alat solek dengan orang perempuan sememangnya sudah sinonim. Malah ada yang sanggup membelanjakan berates-ratus ringgit untuk mendapatkan stok alat solek jenama pilihan mereka. Tapi berbeza dengan Achik...hehehe..kehidupan Achik yang serba busy ni buat Achik selalu tampil ringkas dan hanya mengenakan set penjagaan kulit dan alat solek yang basic supaya muka tak kelihatan kusam. Bagi Achik itu sudah cukup memadai asalkan wajah kelihatan bersiri berbanding dengan rupa tanpa make up bila duduk di rumah..Hahahahah…


Baru-baru ini Achik diperkenalkan dengan bedak yang sangat ringkas teksturnya tapi memberikan finishing effect yang memuaskan. Korang pernah dengar produk jenama Jolie? Kalau tak pernah, meh Achik perkenalkan pada korang bedak jenama Jolie yang mampu memberikan wajah korang tampil bersinar-sinar sepanjang hari. Ini lah dia Jolie Shimmer Shine Cushion (JOLIE). Bedak JOLIE ini merupakan bedak premium yang sangat berkualiti dan telah mula berada di pasaran sejak bulan September 2018. Sungguh pun ianya merupakan produk keluaran Malaysia, bedak cushion JOLIE ini setanding dengan bedak-bedak jenama antarabangsa yang ada di pasaran. Tahu tak bedak JOLIE ni memberi effect pada wajah korang macam baru di make up oleh jurusolek professional tau..memang glowing sangat di spot-spot penting pada wajah korang.

Cantik kan warna caramel ni bila kena pengcahayaan semula jadi

Dengan slogan ‘Less is More’, JOLIE menyerlahkan penampilan wajah kaum hawa yang bersolek. Walau nampak ringkas bedak yang dikenakan di wajah tetapi bila terkenal cahaya, dia punya glowing tu cantik tau..kadang-kadang make up jenama mahal-mahal pun tak dapat memberikan kesan yang menarik macam tu.

Apa yang menarik dengan bedak JOLIE ni, sungguh pun teksturnya ringkas, ianya diformulasikan dengan SPF35+ yang mampu melindungi dan merawat kulit daripada sinaran UV. Dengan dilengkapi formula SPF35+ ini, korang dah tak perlu nak tempek macam-macam foundation pada wajah korang sebelum mengenakan bedak. Memadai wajah dikenakan dengan serum / pelembap sebelum disapu dengan bedak JOLIE. Simple kan…kalau korang jenis malas nak bersolek, bedak JOLIE ni memang sesuai sangat dengan korang.


Jom tengok apa lagi KELEBIHAN yang ada pada Jolie Shimmer Shine Cushion:

1)    Ringkas, tekstur yang ringan dan tidak berminyak. Pakai nipis-nipis pun dan memadai;
2)    Mudah dipakai dan hanya mengambil masa 2 minit untuk buat wajah korang glowing;
3)    Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk;
4)    Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori di wajah dengan penggunaan yang berterusan;
5)    Kulit tidak kelihatan kusam dan berkerak kerana JOLIE menggunakan bahan-bahan premium berkualiti tinggi;
6)    Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari JOLIE; dan
7)    Dilulus oleh KKM !

Bedak JOLIE ni dikeluarkan dalam 2 tona warna yang berbeza iaitu Cream dan Caramel. Yang Achik gunakan ni adalah Caramel. Tona warna Caramel mungkin nampak gelap sedikit untuk kulit Achik apabila Achik berada dalam ruang yang kurang pencahayaan…Tapi bila kena cahaya matahari kat luar atau cahaya lampu yang kena direct pada wajah, memang nak bersinar-sinar muka Achik. Yang paling bestnya bila pakai bedak JOLIE dan pergi bersenam, wajah tetap berseri-seri dan bersinar walaupun Achik tengah berpeluh…

Nampakkan glowing & shimmering dekat pipi, hidung bila kena lighting..cantik..

Kalau korang berminat untuk cuba bedak keluaran JOLIE ni boleh buat tempahan melalui whatsapp..senang saja.. Klik je link whatsapp di bawah untuk korang buat tempahan: 

HQ:
www.wasap.my/60193273566

Agen JOLIE:
www.wasap.my/60162339464
www.wasap.my/60193839980 (Shah Alam & Klang)
www.wasap.my/60185737159 (KL Sentral & Brickfields) www.wasap.my/60173684536 (KLCC & Ampang)

Harga ??

Beli 1 = RM75
Nak lagi Jimat ??? Beli 2 kotak pada harga RM100 !!


Untuk dapatkan info lanjut berkaitan produk JOLIE bolehla emel kepada HQ di joliebeauty.hq@gmail.com atau boleh like dan follow akaun FB & IG di bawah:


~ Achik Huda ~

Friday, November 09, 2018

Pertama Kali Menjadi Penaja Acara Marathon | Potatoes USA Ingin Berkongsi Tentang Kebaikan Kentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Tahniah Achik ucapkan buat semua yang terlibat dengan Putrajaya Night Marathon 2018 yang telah berlangsung pada 27 Oktober 2018 di Dataran Putrajaya Presint 3. Walau pun cuaca tidak mengizinkan pada malam tersebut, para peserta yang telah mendaftar semuanya bersemangat untuk memulakan larian.

Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada semua penaja untuk acara PNM 2018 ini termasuklah Potatoes USA. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah kali pertama Potatoes USA terbabit dalam menaja acara larian yang dianjurkan di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu apa rasionalnya tajaan daripada pihak Potatoes USA dengan acara larian marathon ini. Dan mungkin ada yang berasa pelik dengan adanya kewujudan booth yang penuh dengan kentang pada malam larian tersebut…Hehehehe..

Booth Potatoes USA yang penuh dengan peserta larian PNM 2018

Kalau ada antara korang yang mengikuti posting di blog Achik, mungkin pernah terbaca perkongsian Achik tentang kebaikan kentang buat mereka yang aktif bersukan. Nah Achik paste juga link [Tampil Cergas dan Kekal Aktif Bersukan dengan Potatoes USA] post tersebut kat sini untuk korang baca. Jadi tindakan menjadi penaja untuk PNM 2018 merupakan inisiatif yang tepat diambil oleh Potatoes USA untuk memberi kesedaran kepada para pelari tentang kebaikan nutrisi yang ada pada kentang untuk badan mereka.

Jom Achik kongsi dengan korang tentang kebaikan kentang ini dalam diet harian korang:


Hanya 110 kcal untuk satu hidangan

Ini fakta yang menarik korang perlu tahu. 1 hidangan kentang dengan berat 148g mampu memberikan 110 kcal kepada badan korang. Buat mereka yang menitikberatkan bilangan kalori yang diambil dalam diet seharian, kentang adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan sumber karbohidrat. Korang boleh gantikan hidangan nasi dengan kentang dalam diet harian korang. Nah, boleh refer carta di bawah…Kentang mempunyai 0% Fat !!!!

Lebih banyak potassium dari pisang

Ini adalah fakta yang menarik yang patut diketahui oleh para atlet diluar sana. Achik pasti ramai yang akan mengambil hidangan ringan sebelum memulakan larian seperti pisang. Jadi, apa kata lepas ni korang cuba buat hidangan ringkas berasaskan kentang untuk korang makan beberapa jam sebelum memulakan larian. 1 biji kentang seberat 148 g mampu memberi 620 mg potassium pada badan anda. Sudah tentu potassium sangat diperlukan untuk mengimbangkan tekanan darah dalam badan kita.

Sumber Vitamin C dan Vitamin B6

Vitamin C diperlukan oleh badan kita untuk menyokong sistem imunisasi badan. Manakala Vitamin B6 amat penting dalam mempengaruhi kadar metabolisme badan kita. Hanya dengan sebiji kentang, ianya mampu memberikan 27 mg Vitamin C dan 0.2 mg Vitamin B6 yang diperlukan oleh badan kita.

Ada pelbagai jenis kentang yang boleh diperoleh di pasaran. Potates USA sendiri memasarkan 7 jenis kentang yang korang boleh peroleh di mana-mana pasaraya. Antaranya Russets, Petites, Fingerlings, Reds, Yellows, Purples / Blues dan White. Walau apa pun warna kentang tersebut, ianya tetap memberikan nutrisi yang terbaik untuk badan kita terutamanya kepada para atlet dan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Para peserta yang turut mengambil bahagian di booth Potatoes USA


Bagaimana nak jadikan kentang hidangan yang sihat dalam menu harian kita ?

Cara korang masak kentang itu sendiri memainkan peranan dalam memberikan hidangan yang sihat kepada badan kita. Kalau kentang itu sendiri telah diolah dan dimasak dengan cara yang tidak sihat seperti digoreng dengan minyak yang banyak, penggunaan garam yang banyak dan sebagainya, maka kentang yang 0% fat tu akan mengandungi kuantiti lemak yang tinggi..Hehehehe.

So apa pilihan cara masak kentang yang korang boleh cuba?

i)            Grill
ii)           Mash
iii)          Roast
iv)          Bake
v)           Microwave


Ada lagi satu cara masak kentang yang paling mudah ialah dengan gunakan air fryer…Achik dah cuba..mudah sangat…buang kulit kentang..belah kentang tersebut seperti dalam gambar, gaul dengan serbuk paprika & taburkan dengan serbuk lada hitam..Kemudian masukkan dalam air fryer, masak selama 15-20 minit dengan suhu 200 darjah celcius..Sedap !!! Korang kena cuba.

Nak dapatkan menu-menu berkhasiat berasaskan kentang ? Korang boleh layari laman web Potatoes USA di PotatoGoodness.com ..ada banyak resipi kat situ..dalam posting Achik sebelum ni pun ada Achik kongsikan beberapa resepi mudah untuk korang cuba.

Para pelari yang sudah menamatkan larian sedang beratur untuk mengambil recovery snack..dan antaranya adalah Mashed Potato dari Potatoes USA

Semasa acara PNM 2018 tersebut, Potatoes USA turut menyediakan hidangan Mashed Potato buat semua pelari yang berjaya menamatkan larian. Sedap sangat mashed potato…memang menggunakan kentang asli dan bukannya serbuk. Potatoes USA juga turut mengedarkan kentang russets secara percuma di booth mereka

Akhir sekali, terima kasih Achik ucapkan buat Potatoes USA kerana sudi menaja bib Achik untuk larian 21km pada PNM 2018. Agak terkilan sebab Achik tak berjaya menamatkan larian 21km atas faktor cuaca yang membahayakan para pelari.


Semoga mereka yang aktif bersukan dapat manfaatkan kebaikan kentang dalam diet harian mereka. Untuk info lanjut berkaitan Potatoes USA dan kebaikan kentang, boleh klik link di bawah.


Potatoes USA . Real Food. Real Performance.

Monday, October 22, 2018

Domino's Pizza | Peluang Menangi Honda City dalam Peraduan Setiap Orang Adalah Pemenang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!

Berpegang pada janjinya untuk terus mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.



Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."

"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan. Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan, "kata Linda.

"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.


Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner .

~ Achik ~