Tuesday, August 09, 2016

Nikmati Citarasa Filipina di Pancake House International

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Walau Achik dalam misi untuk menurunkan 5 kg dari berat badan Achik sekarang, Achik tetap nak berkongsi dengan korang tempat makan menarik yang ada di Klang Valley. Siapa antara korang yang gemarkan pancake? Meh nak story mory dengan korang restoran pancake yang menjanjikan pancake yang gebu, lembut dan sedap...Kalau korang bukan peminat pancake sekali pun, ada banyak lagi menu selain pancake yang korang boleh makan di Pancake House International.


Buat korang yang mempunyai keinginan untuk ke Filipina tetapi impian masih belum tercapai, apa kata korang luangkan masa untuk bersantai dan makan di Pancake House International. Kenapa ek? FYI, Pancake House International menggunakan resepi asli daripada Filipina pada menu yang disajikannya. Kalau di Malaysia korang dah biasa makan masakan Thailand, Indonesia, Singapura dsb nya...apa kata untuk kali ini cuba pula rasa citarasa masakan Filipina..hehehehe..Siapa tahu ada yang jatuh hati...

So, apa yang menarik di Pancake House International yang bakal buat perut korang bergetar...Jom sama-sama spotcheck menu yang ada di sini..

Best Taco In Town

Fuhhhh...yang ni memang sedap dik non oi...Mula-mula dihidangkan di atas meja, teragak-agak juga nak makan..Tapi bila dah masuk dalam mulut, huwaaaa...rasa tak cukup...Nak lagi!!!! Lagi satu, first time ok Achik makan macaroni yang digaul sekali dengan tuna dan dihidangkan bersama salad... Macaroni tuna tu sangat sedap...Tak puas makan..korang penggemar tuna memang akan menyintai kelazatannya..!


Asparagus Cayenne Soup

Nama macam pelik tapi rasanya sedap. ! Achik pun baru tahu yang Cayenne tu adalah sejenis rempah / pepper...Hehehe..biasalah, orang tak pandai masak tapi pandai makan jer...

Rasa sup ni seakan-akan rasa Chicken Soup tapi di atasnya ada ditaburkan rempah Cayenne ni...rempah Cayenne ni agak spicy..bila kena bibir tu terasa juga pedasnya..Kalau korang sukakan pedas, ni sup yang Achik recommend. Tapi if korang yang kurang pedas, mungkin boleh minta kurangkan sikit rempah Cayenne tu..Atau pun sebelum makan, asingkan siap-siap ketepi mangkuk. Untuk Achik, Achik bagi 5 bintang.!


Club Sandwich

Banyakkan portion club sandwich ni. Jadi, bila tempah menu ni, jangan pula tamak konon nak makan sorang-sorang. Satu pinggan ni korang boleh makan max 4 orang. Sebabnya sandwich nya tebal..Puas hati..order satu dulu, kalau tak cukup baru tambah lagi...

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam intinya adalah telur dan mayonis, serta kepingan daging salai.


Smoked Golden Tinapa

Ikan Tinapa? Ikan apa tu? Macam Ikan Terubuk je...hehehehe..

itulah soalan yang Achik tanya...Kalau korang nak tahu, Ikan Tinapa ni dikenali sebagai ikan susu. Apa yang Achik diberitahu, Ikan Tinapa ni dorang bawa masuk dari Filipina dan dimasak menggunakan resepi Filipina. Ikannya akan digoreng garing dan kemudiannya disalai..Dihidangkan dengan nasi, telur mata serta salad...


Southern Maple Chicken

Haaaa...jangan nak pelik sangat ok..Sebab Achik pun pelik juga bila tengok ayam masak merah dimakan bersama waffle..Belum pernah lagi Achik jumpa...Hehehehe...

Sebenarnya ni bukanlah ayam masak merah sepertimana resepi masakan melayu yang kita dah biasa makan. Ini adalah resepi dari Filipina dengan rasa yang masam-masam manis. Walau kombinasi hidangannya nampak pelik, tapi bila dah cuba makan, sedap rupanya waffle dimakan bersama southern maple chicken ni. Korang mesti try !


Classic Pan Chicken

Nampak seperti nasi ayam yang biasa dijual di restoran-restoran kat luar sana, kan? hehehehe..

Sebenarnya Classic Pan Chicken ni memang berbeza dari nasi ayam yang korang dah biasa makan especially rasa ayamnya. Cukup berbeza. Warna ayam nampak cerah tapi hakikatnya ayam tersebut telah digoreng garing. Rasanya pula ada sedikit masam, mengekalkan citarasa masakan Filipina.


Ice Cappucino

Menyelit sekejap...nak beritahu Ice Cappucino nya pun sedap !!! Ada ais krim di atasnya...


House Burger

Burger daging istimewa ini dihidangkan dengan kepingan daging salai yang sedap. Ni juga merupakan antara menu favourite Achik. Korang yang mana peminat burger daging, boleh try menu ni...

Oh ye...dari tadi Achik hanya bercerita pasal menu-menu yang tiada kaitan dengan pancake sedangkan nama restorannya Pancake House International. Hehehe..sabar-sabar...Hidangan pancake yang korang nantikan ada Achik sediakan di bawah..jangan meleleh air liur tu sudahlah ye...

Coconut Pandan Pancake

Oh ye...Coconut Pandan Pancake ini merupakan hidangan pancake istimewa yang disajikan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal sahaja. 


Luscious Lemon Pancake Peak

Tinggi lapisan pancake nya..Setiap lapisan di sapu dengan krim keju, dihidangkan dengan sos lemon yang sedap...


Blueberry Pancake

Nyum nyum...pancake nya lembut, dihidang pula dengan sos blueberry. Jangan tuang berlebihan, kalau tak tahan manis...Hidangan Blueberry Pancake ni boleh pilih nak 2 slices atau pun 3 slices pada harga yang berbeza-beza.

Classic Pancake

Sesuai dengan namanya..Plain pancake yang dihidangkan dengan butter di atasnya. Juga didatangkan dengan pilihan 2 slices atau 3 slices pada harga yang berbeza-beza.


Waffle Foldover

Yang ni menarik...Waffle yang dalamnya disapu dengan peanut butter, kemudian ada pula 2 scoops aiskrim...Scoop yang digunakan bukan yang kecil tau...Puas makan..!


Halo-Halo Dessert

Halo-halo Dessert ini seperti ABC di Malaysia tetapi ianya adalah pencuci mulut istimewa dari Filipina. Nama sama tapi tidak serupa...Bahan-bahan yang digunakan juga berbeza. Ais yang telah dikisar, dihidangkan dengan pisang, nangka, keledek dan jagung...serta ada ais-krim!


Ruang makan diluar Pancake House International MidValley Megamall

Air liur korang dah meleleh ke? Teringin nak rasa segala menu yang ada di Pancake House International? Apa lagi...jom terjah cawangan Pancake House International (PHI) yang berdekatan. Berikut adalah senarai cawangan yang boleh korang serbu:

* PHI Midvalley Megamall
* PHI Paradigm Mall
* PHI IOI City Mall, Putrajaya
* PHI Quill City Mall
* PHI Atria Shopping Gallery


~ Achik ~

*kredit pic to Sally Samsaiman

3 comments:

  1. adehhh... makan jerlah ya achik ni..
    sedap2 plak tu.. lapir plak tgk memalam gini
    nyesal plak bw memalam.. p dapur cari biskut cekelat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...
      malam2 lapar minum air pergi tido terus.
      pagi baru cari makanan balik

      Delete
  2. meriah sangat..portion nya pun meriah.. hehehe

    ReplyDelete