Showing posts with label Dashing. Show all posts
Showing posts with label Dashing. Show all posts

Thursday, June 14, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan | Memudahkan Penjagaan Kulit Muka dan Badan Jejaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Laju betul Dashing keluarkan produk baru…Beberapa bulan yang lepas Dashing lancarkan 2 variasi terbaru Dashing Sport. Kali ni pula Dashing keluarkan buih mandian Dashing yang boleh guna untuk cuci muka dan badan. Lebih istimewa lagi, mandian terbaru Dashing ni ada campuran wangian Eau De Toilette (EDT) tau…

Kaum lelaki sememangnya tak dapat dinafikan ada perangai malas dalam penjagaan muka..kebiasaannya dorang tak pernah kisah pun nk cuci muka dengan pencuci muka…Cukup hanya gosok-gosok dengan air paip sahaja sewaktu mandi. Korang rasa cukup ke? Tanggal ke kotoran pada wajah tu lebih-lebih lagi untuk mereka yang rutin hariannya naik motor…Euwwwww…memang banyak minyak dan kotoran yang datang dari asap kenderaan akan melekat pada wajah.


Faham dengan perangai malas (hehehehe) kaum lelaki ni, Dashing telah melancarkan mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan wajah dan muka sekali gus hanya dengan satu pencuci sahaja.

Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan dapat memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Membersih muka dan badan pada permulaan hari dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran muka yang berlebihan. Manakala mencuci muka dan badan pada waktu malam dapat membantu menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat pencemaran, kelembapan dan habuk.

Mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan ini dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Ianya padat dengan ramuan untuk membantu menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan fungsi pembersihan muka yang mendalam.


Ada 4 Variasi Dashing 2 in 1 Muka & Badan:

COOL – untuk lelaki yang kontemporari. Mempunyai personality yang tenang, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan. Harumannya melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Variasi Cool dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum, Powdery Amber dan Musk.

ACTIVE – untuk jejaka lasak dan menikmati kehidupan aktif. Gabungan nuansa Fougere, Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK – Wangian sebenar untuk sang JUARA ! Ianya menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan yang moden. Mempunyai hariman yang menggabungkan ramuan Lemon, kesegaran Cardamom dan aroma vanilla dan Musk.

HATTRICK – Simbol kemenangan unggul buat lelaki. Ianya memberi aroma yang membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Wangian Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus serta Amber.


Buih mandian Dashing 2 in 1 Muka & Badan bagi variasi Cool dan Hattrick mempunyai formulasi dwi-aksi dengan 3 kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan tona kulit yang rata untul tampil lebih cerah. Kesannya pada tubuh pula adalah formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro sudah pasti untuk mempertingkatkan kadar kelembapan kulit serta menguatkan system ketahanan kulit agar lebih sihat dan segar.

Bagi variasi Active dan Ultimate Kick pula, ianya mempunyai ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam. Variasi inti dapat menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah agar kelihatan lebih bersih dan tidak berkilat.

HARGA ???

Pek bersaiz 700 lm ini dijual pada harga RM17.90. Dapatkan segera di mana-mana pasaraya atau pun kedai kecantikan / farmasi seperti Watsons, Guardian dan lain-lain.

~ Achik ~

Saturday, March 31, 2018

Variasi Terbaru DASHING SPORT | Hitman dan Golden Boot dalam botol EDT dan Semburan Deodaran Buat Lelaki Aktif


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Jenama minyak wangi lelaki iaitu Dashing, sentiasa mengeluarkan produk baru dengan haruman yang menyegarkan. Terkini, Dashing sekali lagi melancarkan rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu Dashing Sport.

Jangan kata orang lelaki, Achik sendiri pun girang tak terkata bila dapat tahu tentang produk terbaru keluaran Dashing ni. Kenapa? Kalau korang nak tahu, Achik sendiri memang pakai deodorant lelaki..hahaha..Tak percaya kan? Sebab Achik aktif bersukan, so peluh Achik ni tak lut dengan deodorant orang perempuan..


Dashing Sport ini memang sangat memenuhi kehendak lelaki yang aktif yang inginkan deodorant dan pewangi berbau maskulin, segar dan sesuai untuk kehidapan aktifnya. Kalau korang terdiri daripada lelaki yang aktif bersukan, memang sesuai sangatla gunakan produk Dashing Sport ni..bau dia memang wangi tau…

Produk Dashing Sport ni dating dengan dua variasi iaitu pewangin Eau De Toilette (EDT) dan deodorant. EDT Dashing Sport mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Tapi bau peluh yang tengit memang menjadi sesuatu yang luar biasa dan meloyakan orang sekeliling kita..hehehe..Achik sendiri berasa tak selesa kalo tengah2 bersenam terbau bau ketiak Achik yang kurang menyenangkan…Kadang tu bukan sebab ketiak kita busuk, tapi bau peluh yang keluar dari badan kita akan mempengaruhi bau badan kita. Kalau orang lelaki lagi lah..Memang tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, deodorant semburan dan EDT telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodarant dapat mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala EDT memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran pada kaum lelaki dan orang disekelilingnya. Pemilihan deodorant dan EDT yang tepat sangat penting dalam memastikan wangian tersebut tahan lebih lama dan tidak meninggalkan kotoran pada pakaian.


Faham dengan kehendak dan keperluan lelaki yang aktif, Dashing memperkenalkan 2 lagi variasi baru untuk rangkaian produk Dashing Sport iaitu Hitman dan Golden Boot yang hadir dalam bentuk EDT dan Deodarant Semburan Badan. Dashing Sport sebelum ini telah pun ada 2 produk di pasaran iaitu MCFC Hattrick dan Ultimate Kick.

Semburan deodorant Dashing Sport memberikan perlindungan selama 24 jam dan manfaat 6 dalam 1 yang berkesan dalam mencegah bau badan. Mengandungi anti-bakteria, formula cepat kerik, tindak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin yang optimum sepanjang hari.

Manakala Dashing Sport EDT pula dengan haruman yang maskulin dalam reka bentuk botol yang sporty bersaiz 50 ml.

Apa bezanya Dashing Sport Hitman dan Golden Boot ini ???


Dashing Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Memberi aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber, Sichuan Pepper dan Lavender beserta Patchouli dan Gaiac Wood yang menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang ‘musky’ dan menggoda. Ianya datang dari aroma daun Rhubarb dan Pimento yang memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan haruman kelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad Dashing Sport ini boleh didapat dengan harga yang berpatutan. Harganya adalah seperti berikut:

·         Semburan Deodarant 125 ml = RM12.90
·         EDT 50 ml = RM24.90

Bau-bauan yang mahal pada harga yang murah !

~ Achik ~

Saturday, September 10, 2016

Jatuh Cinta Dengan Wangian Baru Dashing Adventurer Bold 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada ke dekat sini orang perempuan yang gemar menggunakan wangian lelaki..? Hehehe...siapa kata takde..even wangian orang perempuan pun ada juga yang digemari oleh orang lelaki..Bukan sebab adanya masalah konflik dengan jantina, tapi dah memang minat masing-masing kan..Kita tak boleh nak larang. Even Achik sendiri pun menggunakan deodarant untuk orang lelaki..Kenapa? Sebab ketiak Achik lebih sesuai dengan ramuan deodarant orang lelaki..Lebih tahan lama..Hahaha..bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya..

Ok..entry kali ni nak kongsi dengan korang tentang wangian terbaru keluaran Dashing. Dashing dah ada macam-macam wangian sekarang..

Terbaru, Dashing telah melancarkan semula koleksi Adventurer 2.0 dengan pilihan semburan pewangi EDT, deodarant semburan badan dan deodarant roll-on..Wangian Dashing Adventurer 2.0 yang telah diperbahurui ini sudah pasti lebih tahan lama dan memberikan kesegaran di sepanjang hari terutama untuk lelaki yang aktif. Untuk keluaran terbaru ini, Dashing Adventurer 2.0 didatangkan dengan 2 variasi iaitu Bold 2.0 dan Edge 2.0...Mudah je nak beza kan antara Bold dan Edge..Korang tengok pada warna botolnya. Kalau Oren sudah tentu Bold 2.0 manakala warna Biru adalah Edge 2.0.

Koleksi Dashing Adventurer Bold 2.0 terdiri daripada 3 format: EDT, Deodorant Body Spray & Deodorant Roll-On

Untuk entry kali ni Achik nak kongsi dengan korang tentang variasi Bold 2.0 sebab Achik dah bau & dah gunakan pun deodorant nya..Heheheheh..Aroma akuatik yang segar dan menarik..Bold 2.0 memang sesuai digunakan oleh lelaki muda yang ingin pengembaraan yang berterusan dalam hidup mereka. Bold 2.0 membantu golongan ini untuk tampil berkeyakinan dengan haruman yang menarik dan tahan lama.

Bold 2.0 : Deodorant Body Spray

Bagi mengekalkan kesegaran dan keselesaan si pemakai, Dashing Adventurer dihasilkan dengan inovasi terkini iaitu ‘Deodorant Body Spray’ nya tiada GAS dan ianya pertama di Malaysia ! Kalau korang yang biasa gunakan deodorant body spray ni mesti tahu biasanya baru 3 minggu guna dah habis. Sebab dalam tu ada gas. Berlainan dengan Dashing Adventurer, deodorant body spray nya tiada gas dan padat dengan cecair deodorant yang boleh digunakan sehingga 750 semburan untuk satu botol. Bermakna boleh tahan sehingga 2 bulan tau. Jimat sangat ! Deodorant Body Spray Bold 2.0 ini memberikan kebaikan 6 dalam 1 termasuklah wangian kekal, cegah bau, tiada kesan, kesegaran unggul, anti-bakteria dan cepat kering.


Tahniah Dashing atas kejayaan menjadi pengeluar no. 1 deodorant body spray tanpa gas ni. Memang mudah dipakai..cepat kering dan tak melekit dekat ketiak. Jadi tak perlu risau, ianya tidak meninggalkan kesan pada baju korang..Selain inovasi tersebut, Achik tengok packaging pada Dashing Adventurer Bold 2.0 ni pun nampak menarik. Pembaharuan pada rekaan packaging nya nampak lebih menarik dan maskulin.


Selain deodorant body spray, korang juga boleh dapatkan semburan wangian EDT variasi Bold 2.0 dalam saiz 100ml. Wangian baru yang segar dan dan tahan lama ini dijual dengan harga RM34.50 termasuk 6% GST. Murah kan...berbaloi sangat. Wangian nya setanding bau wangian yang berjenama mahal..

Bold 2.0 : Deodorant Roll-On

Bold 2.0 Deodorant Roll-On ni anti peluh tau serta memberi perlindungan 7 dalam 1. Baunya kekal sehingga 60 jam. Didatangkan dalam botol 40ml, deodarant roll-on ini dijual pada harga RM6.50 termasuk 6% GST.


Mana yang gemarkan deodorant jenis spray pula, ianya didatangkan dalam botol 150ml dan dijual denga harga RM18.90 termasuk 6% GST. Macam Achik beritahu tadi, 1 botol deodorant body spray ni boleh tahan 2 bulan..Jimat sangat

3 benda yang korang sebagai orang lelaki wajib ada

Oh ye...selain Bold 2.0, korang juga boleh dapatkan variasi Edge 2.0 pada saiz dan harga yang sama. Cuma sebagai tambahan, Edge 2.0 EDT ada dijual dalam botol saiz 50ml dengan harga RM18.90 termasuk 6% GST.

Jadi, nak tampil segak, berkeyakinan dan mempunyai bau badan yang menyegarkan ? Jangan lupa guna Dashing Adventurer Bold 2.0 ni...Achik suka baunya..Kalau Achik suka, korang pasti suka...hehehehe..


~ Achik ~