Monday, May 30, 2016

Menu Istimewa Sempena Ramadhan 2016 di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang....kali ni kita cerita pasal makan lagi...Bulan ramadhan tinggal beberapa hari je sayang-sayang semua...Pastikan bukan Syaaban yang masih berbaki beberapa hari ini digunakan untuk ganti puasa yang mana masih belum ganti...hehehe..


Konsep 3 + 1 di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat sememangnya tidak asing lagi. Sempena Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, D'Kayangan telah membawa kelainan pada steamboat, grill dan bbq nya. Pengunjung yang berbuka di D'Kayangan pada bulan Ramadhan nanti berpeluang untuk menikmati menu tambahan yang menarik.

Pada 25 Mei 2016 yang lalu, D'Kayangan telah mengadakan Majlis Media Preview Buffet Ramadhan 2016 untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jom checkidout apa menu-menu istimewa yang menanti korang semua:

Menu Istimewa Bulan Ramadhan 2016


Nasi Briyani Gam. Ianya dimasak menggunakan beras basmathi bersama rempah briyani. Achik dah rasa kesedapan Nasi Briyani ni...sedap tau..Kalau tak percaya, korang kena lah datang berbuka puasa di sini nanti.


Ayam Kampung Goreng Berempah. Ayam yang digunakan adalah ayam kampung yang diperap bersama bahan-bahan rempah asli yang dikisar dan diadun menjadi bahan perapan.


Gulai Kawah Daging Cincang. Daging yang dimasak empuk di dalam kawah bersama dengan rempah ratus yang terpilih. Lembut daging nya. 


Gulai Kawah Ayam pun ada masa bulan Ramadhan nanti


Sup Tulang juga merupakan menu istimewa yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Tulang lembu dan daging direbus sehingga empuk bersama dengan rempah ratus yang terpilih dan dihidang bersama daun sup dan bawang goreng. Cukup lengkap rasa supnya.


Yeszzaaaaa.....Cukup istimewa apabila Ikan Patin Masak Tempoyak turut dihidangkan buat pengunjung yang berbuka di sini. Ikan Patin yang digunakan memang segar dan dimasak bersama tempoyak asli. Tak rasa hanyir tau ! Sedap sangat..!


Menu wajib ada dan paling istimewa yang bakal menjadi rebutan pelanggan yang hadir adalah Kambing Panggang. Dan banyak kali Achik rasa kambing panggang dan sos black pepper di D'Kayangan. Rasanya masih sama malah sos black pepper di D'Kayangan antara yang sedap yang Achik pernah makan.

 


Selain menu istimewa tadi, seperti biasa korang boleh nikmati hidangan skewer dan bbq istimewa di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Antara menu skewer dan bbq istimewa tersebut termasuklah:

* ayam skewer berempah
* ayam skewer kunyit
* ayam skewer cilantro
* daging skewer hitam manis
* sotong skewer pedas cilantro
* sotong skewer berempah
* ikan dory skewer berempah
* Udang skewer cilantro pepper
* kambing skewer hitam manis
* otak-otak
* pari asam nyonya




Bagi steamboat pula, pengunjung diberi pilihan antara sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar-segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besarm jetam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.



Pelbagai jenis bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas, Sos Cilii Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.



Selepas menikmati hidangan steamboat, grill dan bbq, pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut termasuklah 'breads & butter pudding dengan sos vanilla', aneka kek, krim puff mini, kek, brownie coklat, agar-agar dan juga aneka buah-buahan. Aiskrim, ABC, Icy Moonster, air panas dan sejuk juga disediakan. Achik suka Icy Moonster di sini. Teh tarik pun sedap !




Ok....berapa harga untuk satu kepala sepanjang bulan Ramadhan nanti?

Dengan kesemua menu yang terdapat di atas, pelanggan hanya perlu membayar serendah RM49.90++ untuk dewasa dan RM24.00++ untuk kanak-kanak (5 - 11 tahun). Restoran D'Kayangan ini mampu menampung sehingga 500 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang di bahagian penghawa dingin dan 320 orang di bahagian luar restoran. Surau turut disediakan untuk kemudahan pelanggan menunaikan solat Maghrib. Ruang tempat letak kereta juga luas di sepanjang jalan tersebut.



Buffet Ramadhan 2016 D'Kayangan:
Bermula 06 Jun 2016 - 05 Julai 2016
5.00 pm hingga 1.00 am


Alamat:
No. 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam

Untuk tempahan hubungi talian berikut:
012-297 1091
017-507 6274
03-5523 4979


~ Achik ~

Thursday, May 26, 2016

4 Cara Penurunan Berat Badan Yang TIDAK BETUL !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Huwaaaa...berat Achik sekarang ni naik bagai di pam-pam...mau tak naik..makan pun dah tak kawal...pergi event sana sini makan tak ingat dunia..Memang target bulan Ramadhan ni adalah masa yang terbaik untuk Achik usaha untuk turun kan berat badan. Tapi kalau dah turun tu, masalah pula nak kawal....Musim raya, makanan pun banyak dan meriah...takkan nk tengok je kan..hehehe...


Ramai antara kita, bila berat badan dah naik mulalah nak diet...tak nak makan itu ini...nak makan sayur je...buah je....hehehhe...memang boleh tapi biasanya sayur dan buah ni digalakkan makan itu aje masa korang dalam proses detoks. Tapi lepas dah habis detoks, makan la juga makanan lain untuk bekalkan sumber protein dan zat untuk badan korang. Normally, kita akan buat detoks ni untuk mempermudahkan proses penurunan berat badan..Badan selama ni dah makan macam-macamkan...

Ramai orang yang mengambil beberapa langkah yang agak drastik untuk menurukankan berat badan. Walaupun ada yang cuba strategi biasa seperti pengiraan kalori tapi tetap tidak berkesan. Banyak cara yang lebih membuatkan korang rasa lapar, muram, cepat marah atau terasa sungguh sengsara kerana terlalu berdiet. Tambah buruk, selepas mengalami penurunan berat badan yang cepat, pertambahan berat badan juga mudah untuk kembali lagi.

Orite...jom tengok apa 4 cara penurunan berat badan yang salah !

1. Menjauhi Semua Jenis Gula

Gula merupakan komponen jahat utama dalam pemakanan. Seelok-eloknya, kurangkan pengambilan gula. Kebanyakkan penduduk di Malaysia makan hampir 4 kali jumlah harian yang disyorkan. Walau bagaimanapun, ada yang terlebih mengambil berat terhadap gula harian iaitu menjauhi makanan bergula dan ini secara tidak langsung meninggalkan pemakanan yang sihat. Ramai juga yang membataskan pemakanan buah-buahan untuk mengurangkan pengambila gula. Actually cara ini salah kerana ianya anda gagal membekalkan nutrien yang penting kepada tubuh korang dan ianya mengakibatkan tubuh korang tidak produktif. Kajian menunjukkan makan buah-buahan membantu mengurangkan berat badan. Buah-buahan mempunyai cenderung untuk mengantikan manisan, diproses sebagai makanan ringan. Jadi dengan menolak pengambilan gula adalah tidak realistik bagi kebanyakan orang. So, korang kena amalkan pemakanan buah-buahan untuk kesihatan.!


2. Obses Dalam Pengiraan Kalori

Yang ni dah pasti berlaku di kalangan mereka yang sedang berdiet...hehehe..Memang kita kena tahu bilangan kalori makanan yang kita makan. Tapi terlalu obses pun akan membuatkan diet korang jadi huru-hara. Pakar juga menasihatkan untuk menghentikan kiraan kalori kerana ia adalah yang terbaik. Ramai yang berjaya mengurangkan berat badan selepas menukar cara pengambilan kalori, kerana menukar makanan diproses kepada makanan segar. Malah kajian mengesahkan bahawa tidak semua kalori adalah sama. Makanan seperti kekacang, badan dan alpukat membantu membakar kalori, kita berasa lebih kenyang dan melambatkan rasa lapar tu datang.


Satu kajian mendapati bahawa wanita yang hanya memantau pengambilan kalori tanpa mengawal kalori boleh menyebabkan kortisol dan tekanan hormon terikat kepada peningkatan lemak di perut. Alternatif lain yang lebih berkesan untuk pengiraan kalori adalah dengan memberi tumpuan kepada bahagian yang sihat. Contohnya, mengurangkan 125 kalori dengan hanya mengambil 1/2 cawan beras perang dengan sayur-sayuran dan bukannya 1 cawan beras perang dengan 1/2 cawan sayur-sayuran.


3. Mengira Saiz Hidangan Secara Ekstrem

Mesyediakan saiz hidangan yang sihat ialah strategi diet yang terbaik. Walau bagaimakanpun, terdapat beberapa kaedah yang mengawal pengambilan saiz hidangan seperti makan hanya dengan penyepit atau berhenti selepas beberapa gigitan kecil. Jika ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, siapa yang sanggup bertahan selama-lamanya? Hahaha...

Makan terlalu sedikit pula boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang tidak produktif seperti berasa terlalu letih untuk bersenam, kehilangan otot pembakaran kalori, melemahkan sistem imun dan sifat mudah tersinggung berterusan. Terdapat banyak makanan yang boleh dimakan dalam jumlah yang besar dan masih boleh menurunkan berat badan. Sebagai contoh, sayur-sayuran yang di pek kurang daripada 30 kalori setiap cawan: kale, cendawan, lada merah benggala, zucchini, terung, kubis bunga, asparagus dan lain-lain. Jadi berhenti untuk cuba mengunyah sepanjang hari sebaliknnya memilih makanan yang membentuk sebahagian besar makanan dan makanan ringan anda.



4. Makan 1 Jenis Makanan 

Pilih antara Pisang atau Kentang.!!

Kebiasaannya dalam diet, kita disuruh untuk makan 1 jenis makanan. Walau pun pendekatan ini boleh membantu pengurangan berat badan, ia biasanya sementara sahaja. Satu kaedah yang lebih sihat adalah memilih makanan yang seimbang iaitu protein tanpa lemak, lemak sihat dan karbohidrat yang kaya dengan nutrien dan mengulangainya dalam jangka masa pendek.

Jadi, sebelum memulakan diet, pastikan korang mempunyai pelan untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat untuk masa depan. Selepas sebulan, makan secara sihat dan bersih...Dah tentu korang akan lebih gembira rasa lebih bertenaga.


Harap maklumat ini dapat membantu korang semua.

~ Achik ~

Tuesday, May 24, 2016

Watsons Malaysia Belanja Ahli Kad VIP Watsons Menonton Filem X-Men Apocalypse

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wah...bertuah rasanya bila diundang oleh Watsons Malaysia untuk sama-sama turut serta menonton prebiu X-men Apocalypse di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Pada 23 Mei 2016 yang lalu, Watsons Malaysia yang cukup terkenal di Asia telah meluangkan masa untuk meraikan ahli VIP Watsons yang bertuah, rakan kongsi perniagaan, rakan-rakan selebriti, media serta komuniti blogger di Majlis Gala Prebiu Filem X-Men Apocalypse. Tayangan filem khas ini bersempena dengan kerjasama terbaru antara Watsons dan Marvels

kami berasa gembira untuk meraikan ahli VIP Watsons dengan tayangan filem eksklusif ini dalam acara gilang-gemilang. Ia adalah keutamaan kami untuk ahli-ahli VIP kami menukmati pengalaman membeli-belah dan dalam masa yang sama ditawarkan keistimewaan seperti ini daripada Watsons Malaysia, kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia.

Lebih menarik lagi, pada majlis prebiu tersebut, ahli-ahli VIP yang hadir telah diberi kejutan tambahan apabila mereka diberi peluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan pergi balik ke Melbourne dan Perth. Seramai 12 orang ahli VIP yang bertuah telah dipilih untuk melalui dua pusingan cabaran dengan ditonton oleh semua para jemputan yang hadir.


12 orang ahli VIP Watsons yang terpilih

Pusingan pertama menyaksikan ahli VIP diuji pengetahuan mereka dengan soal jawab berkaitan dengan Watsons dan X-Men. 5 orang ahli VIP yang mempunyai markah tertinggi mara ke pusingan akhir untuk merebut sepasang tiket penerbangan ke bandar-bandar di Australia tajaan AirAsia X.

Di pusingan akhir, 5 orang ahli VIP tersebut telah diuji ketangkasan mereka untuk memindahkan berus gigi dari dalam botol air Watsons ke satu balang kosong menggunakan topi X-Men yang dipakai di kepala mereka dalam tempoh dua minit. Dua orang ahli yang berjaya memindahkan bilangan berus gigi yang tertinggi secara automatik dipilih sebagai pemenang.


Carina Lim yang sangat tangkas bermain permainan tersebut

Kesudahan permainan tersebut, Carina Lim telah dipilih sebagai pemenang utama. Carina telah berjaya memindahkan berus gigi dengan kuantiti yang banyak dan pantas. Achik pun terpegun menyaksikan ketangkasan Carina. Disebabkan Carina mempunyai markah yang paling tinggi, Carina diberi peluang untuk memilih sama ada ingin ke Melbourne atau Perth. Sudah pasti Melbourne menjadi tempat pilihan Carina. Manakala Chan Lai San yang mendapat markah kedua tertinggi secara automatiknya memenangi sepasang tiket penerbangan pergi/balik ke Perth.


Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (3 dari kanan) and Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (3 dari kiri) bersama Ahli Kad VIP Watsons Carina Lim (4 dari kiri) dan Chan Lai Sna (4 dari kanan) dengan hadiah yang mereka menangi

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Caryn Loh, Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia dan Danny Hoh.

Di kedai Watsons, kami terus menyediakan pelanggan-pelanggan kami kualiti yang terbaik dan produk yang inovatif. Pada masa yang sama, kami juga memastikan ahli VIP kami diberi kejutan tambahan seperti ini untuk memberi ganjaran kembali kepada sokongan dan kesetiaan mereka kepada Watsons, kata Danny.

Tetamu dan pihak media juga telah disajikan dengan satu lagi kejutan apabila Caryn dan Danny menawarkan dua barangan Magneto Helmet eksklusif replika X-Men sebagai hadiah cabutan bertuah. Dua helmet Magneto ini telah diterbangkan khas daripada London!!!! Bertuah betul tetamu yang berjaya memenangi hadiah bertuah ini. Turut menyaksikan sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah ialah Mr. Jasper Lim, Pengarah Tohtonku Sdn Bhd dan Moo Hon Mei, Pengarah Pemasaran 20th Century Fox Filem Malaysia.


Tetamu yang bertuah memenangi Replika Helmet Magneto yang diterbangkan khas dari London.

Selain pertandingan tersebut, tayangan filem yang dibawa khas oleh Watsons dengan kerjasama Ubermen ini turut menyaksikan para tetamu dan ahli-ahli media yang hadir menerima makeover rambut istimewa di booth Ubermen mengikut watak-watak X-men kegemaran mereka.

Menurut kata Chief Operating Officer Watsons Malaysia, Ms Caryn, Watsons sentiasa memandang jauh dengan mengadakan perkongsian pintar bersama rakan-rakan kongsi mereka untuk melahirkan promosi yang inovatif seperti ini. Watsons Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ubermen kerana mengambil bahagian dalam kempen ini bersama Watson. Korang diluar sana pun turut berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif daripada Ubermen serta topi X-Men Apocalypse dengan pembelian jenama produk yang mengambil bahagian di kedai Watsons sehingga 25 Mei 2016

Turut hadir pada tayangan filem khas adalah Watsons Selebriti Friends termasuk Ben Ibrahim, Dato Kee Hua Chee, Daphne Chua, Fuying & Sam, JC Chee, Justin Yap, Nadine Ann Thomas, Lee Yvonne, Linora Low dan finalis Miss World Malaysia 2016 .



~ Achik ~

Sunday, May 22, 2016

Kemeriahan Buffet Ramadhan 2016 di Hotel Pearl International

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Hai korang..!!! Semakin hari semakin terasa kemeriahan Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba tak lama lagi. Sembang pasal ramadhan ni, korang semua dah habis ganti puasa ke? If belum, cepat-cepatlah selesaikan ganti puasa tu...Nanti tak happy pula nak sambut ramadhan bila ada yang masih belum diganti...

Ok, cerita kali ni masih lagi tentang Buffet Ramadhan...bosan ke asyik cerita makan je? Hehehe...Achik suka tau....suka nak jamu mata korang semua dengan gambar makanan yang menyelerakan...


Untuk kali ini, Achik telah diundang ke prebiu Buffet Ramadhan 2016 di Hotel Pearl International yang terletak di Jalan Klang Lama. Bertemakan ‘Sentuhan Ramadhan Berbuka Puasa’, Hotel Pearl International telah cuba yang terbaik untuk menghidangkan pelbagai jenis menu makanan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Hidangan pembuka selera yang menanti para pengunjung sudah pastinya buah kurma, rojak buah-buahan dan minuman segar soya bean, cincau manis, air tebu, sirap selasih, sirap banding, bali, kembang semangkuk, kelapa laut dan air jagung. Untuk tahun ini, Hotel Pearl International menyediakan lebih daripada 120 hidangan yang sememangnya popular ketika waktu berbuka puasa. Lebih menarik lagi buffet ramadhan di sini akan di tukar menunya pada setiap hari secara giliran selama 8 hari. So, kalau korang datang berbuka puasa di sini lebih dari sekali, takde la makan menu yang sama je kan...

Buah-buahan yang menarik perhatian

Rojak buah-buahan, ulam-ulaman

Kerabu

Sambal tempoyak, sambal belacan, budu

Tempe goreng

Jom usha menu-menu yang menarik di Buffet Ramadhan 2016, Hotel Pearl International...

Gerai dan kaunter masakan panas:

Kambing golek adalah menu wajib yang ada di setiap Buffet Ramadhan. Berbeza dengan kambing golek yang lain, di Hotel Pearl International, Kambing Golek nya diperap dengan pelbagai rempah dan di panggang secara ‘live’ di hadapan para pengunjung yang berbuka puasa di situ. Ianya boleh dinikmati dengan sos lada hitam, sos rosemary, sos pudina, sayur-sayuran dan kentang bakar.



Di kaunter kawah panas, hidangan Daging kambing Rogan Josh, Gulai Daging dengan Kentang dan Gulai Daging Kawah akan dihidangkan secara ‘rotation’. Ini bermakna 3 minum ini akan dihidangkan pada hari berlainan secara giliran.

Mutton RoganJush

Lemang raya juga dihidangkan buat para pengunjung. Mungkin terlalu awal untuk menikmati lemang pada bulan Ramadhan. Tetapi lain orang lain seleranya. Lemang raya ini boleh dinikmati dengan rendang ayam, rendang daging dan serunding ayam. Rendang yang disediakan di Buffet Ramadhan Hotel Pearl International ini memang SEDAP ! Achik sempat rasa masam prebiu baru-baru ini. Jangan kata lemang raya je, lontong pun ada...nasi impit dan kuah lodeh juga dihidangkan buat para pengunjung...sambil meriahkan bulan Ramadhan sambil terasa bahang untuk sambut hari raya...

Lemang                                              serunding ayam

rendang ayam

Gerai Sup ‘Homemade’ juga menawarkan pelbagai jenis sup yang dihidangkan kepada pengunjung secara ‘rotation’. So, kalau korang nak rasa kesemua sup ni, kena la datang setiap hari....hehehehe...Antara sup yang ada:

·         Sup tulang
·         Sup gearbox
·         Sup tulang rusuk
·         Sup perut lembu
·         Sup ayam
·         Sup Ekor
·         Sup tom yam campur

Sup tulang lada hitam

Buat peminat nasi kandar, Nasi Kandar Istimewa dengan lauk pauk yang beraneka juga disediakan iaitu ayam goreng berempah, telur ikan kunyit dan bawang, ikan goreng, sotong goreng dengan biji mustard, telur goreng, sayur kobis dan nasi putih. Lauk pauk untuk nasi kandar ini juga dihidangkan secara giliran. Jadi takde la tetamu yang hadir makan lauk yang sama hari-hari kan.

Turut istimewa dan sedap juga adalah hidangan Nasi Briyani yang dihidangkan dengan kuah dalcha sayur. Nasi Briyani juga akan dihidangkan secara bergilir antara Nasi Briyani Kambing dan Nasi Briyani Ayam. Dia punya rasa memang umphhh la !!! Masa prebiu hari tu, Hotel Pearl International hidangkan Nasi Briyani Ayam...memang sedap!

Nasi Briyani Ayam

Selesai menu-menu di gerai / kaunter. Jom tengok pula menu utama yang wajib ada ketika berbuka puasa:

·         (Main Dish yang dihidang secara giliran selama 8 hari) – Nasi putih, Gulai Kambing, Nasi Dagang, Ayam Panggang Masak Lemak Chili, Daging Masak Kicap, Ikan Tongkol Masak Kari, Taugeh Goreng, Sambal Terung, Roti Murtabak dengan Kari Ayam dan dhal, Ayam Masak Kurma dengan kentang, Nasi Aroma Pandan, Ayam Penyet, Kerang Rendang, Ikan Kembong Asam Pedas, Pajeri Nenas, Nasi Tomato, Gulai Lemak Labu, Ayam Kelio, Ikan Pari Asam Pedas, Kailan Ikan Masin dengan cendawan, Kacang Panjang Goreng Belacan, Sambal Telur, Kari Ayam, Sambal Udang, Ikan Tongkol Masak Tauchu, Sauteed Siew Pak Choy, Tauhu Sambal, Ikan Masin Lemak Nenas (nyonya style), Ayam Masak merah, Pajeri Tering, Ikan Dory Masak Masam Manis, Sotong Masak Kicap, Kari Kambing, Sayur Lemak Putih Pucuk Manis dengan Kentang, Sayur Jawa, Ikan Tenggiri Bakar ala Pearl, Sambal Petai Ikan Bilis, Sotong Bali Sweet Sour.

Chinese Omelette                                        Fried Fish With Tumeric
Fried Squid With Mustard Seed                                         Telur Ikan
Mutton Masala                                      Spicy Fried Chicken


·         Taste of Arab (dihidang pada setiap hari) – Roti Pita dan Shawarma Ayam yang dihidangkan dengan yogurt dan mediterranean salad.

Chicken Sharwarma

·         Goreng Corner (dihidang pada setiap hari) – keropok lekor, otak-otak, pulut panggang

·         Taste of ‘kampung’ (dihidangkan pada setiap hari) – bubur lambuk

Bubur Lambuk

·         Noodle Stall (menu dihidang secara bergilir) – wantan, laksa, mee rebus, laksa johor, nyonya curry laksa, mee bandung



·         Satay ! (dihidang pada setia hari) – satay daging dan ayam dihidangkan dengan ketupat, bawang, timun dan kuah kacang. Oh ye, satay ni Satay Kajang tau..!!!


·         Hot Porridge (menu dihidang secara bergilir) – bubur kacang merah, bubur pulut hitam, pengat ubi, bubur kacang hijau durian dan bubur kurma.

·         Sweet dan dessert corner, Kuih Melayu dan Buah Segar (dihidang pada setiap hari) – yang ni paling best.!! Dessert di dekat buffet ramadhan Hotel Pearl International ni ada banyak dan Achik diberitahu oleh salah seorang chef nya, adala lebih 32 hidangan pencuci mulut untuk dinikmati oleh para pengunjung. Antara hidangan pencuci mulutnya chocolate eclairs, cream caramel, durian mousse, cheese cake, tapai ubi dan tapai pulut, tepung talam, tepung pelita, seri muka dan banyak lagi...Kena datang sendiri baru tahu la...!!!



Puas tak tengok gambar-gambar makanan yang ada di Buffet Ramadhan 2016 Hotel Pearl International untuk tahun ini? Kalau tak puas, Achik rasa korang wajib spend untuk berbuka puasa di sini. Hidangan menu-menu yang berbeza pada setiap hari dan pelbagai pilihan makanan untuk korang nikmati.




Masa Prebiu hari tu, makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel lebih kepada hidangan hotel style...tapi bila tengok balik senarai menu yang disediakan oleh pihak hotel, rupa-rupanya banyak juga street food yang ditawarkan..Menu yang biasa dimasak di rumah juga ada dihidangkan di buffet ramadhan Hotel Pearl International.

Jadi, berapa harga untuk berbuka puasa di Hotel Pearl International?

Bermula 06 Jun 2016 hingga 04 Julai 2016
Jam 7.00 petang hingga 10.30 malam

RM98.00++ untuk Dewasa
RM45.00++ untuk Kanak-kanak / warga emas (umur 55 tahun ke atas)

Sudah pasti untuk yang buat tempahan awal bakal menikmati harga istimewa. Hotel Pearl International menawarkan harga promosi untuk Voucher Berbuka Puasa di sini iaitu pada harga RM650.00 Nett untuk 1 buku yang mempunyai 10 vouchers!!! RM650.00 nett tu untuk 10 orang makan, jatuh pada harga RM65.00 seorang..Ini bermakna korang boleh jimat lebih 35% daripada harga biasa. Harga promosi ini hanya sah untuk pembelian sebelum 05 Jun 2016. Lagi best apabila setiap pembelian 1 buku voucher tersebut, pihak hotel akan beri lagi 1 extra complimentary ramadhan dining voucher. Maknanya beli untuk 10 orang tapi dapat untuk 11 orang...Best best best!!!!

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Buffet Ramadhan di Hotel Pearl International, bolehlah call Lawrence Khoh di talian 016-331 8420 atau 03-7983 1111 ext. 3309 pada waktu pejabat.

Untuk tempahan, boleh hubungi Cafe 5 di talian 03-7983 1111 ext. 3203, 3205 (Alan Wong / Mohd Izwan)


Alamat:
Pearl International Hotel,
Batu 5, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur


~ Achik ~