Thursday, September 01, 2016

Pelancaran Kempen #PalingSyok Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-6 Ahli VIP Watsons

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahniah Achik ucapkan buat Watsons Malaysia atas sambutan Ulangtahun yang ke-6 Watsons VIP Card. Sempena ulang tahun yang ke-6 ini, Ahli VIP Watsons berpeluang untuk meraikannya bersama Watsons dengan jualan dan ganjaran #PalingSyok yang telah pun bermula pada 01 September hingga 27 September 2016 (West Malaysia) dan bermula 08 September hingga 03 Oktober 2016 untuk (East Malaysia).

Pada 25 Ogos 2016 yang lalu, Watsons Malaysia dengan berbesar hati telah pun menyambut Ulangtahun ke-6 Watsons VIP Card serta pelancaran Kempen Jualan dan Ganjaran #PalingSyok bertempat di Live House Kuala Lumpur @ TREC KL.

Mr Danny dan Ms. Caryn bergambar bersama model yang terlibat dengan kempen #PalingSyok

Ms. Caryn Loh, selaku Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli VIP Watsons yang telah sama-sama memberi sokongan sejak ianya mula diperkenalkan.

Pelancaran kempen tersebut turut menyaksikan para tetamu yang hadir berpeluang untuk menonton iklan terbaru Watsons #PalingSyok yang akan dipaparkan di semua saluran TV berbayar, Facebook serta Youtube Watsons Malaysia.

Sejak Ahli VIP Watsons diperkenalkan, Watsons Malaysia tidak pernah berhenti menawarkan ganjaran yang menarik buat ahli VIP nya. Antara yang telah diberikan kepada ahli VIP yang terpilih adalah tiket MTV World Stage 2015, TLC Festival 2015 serta Watsons Move Your Body Zumba 2015 yang mengumpulkan lebih 7000 ahli.


Kami happy dapat redeem mata ganjaran VIP Watsons

Masih meneruskan usaha yang sama, tahun 2016 ini Watsons Malaysia telah beberapa kali menghadiahkan ganjaran istimewa buat ahli VIP nya. Antaranya tayangan perdana eksklusif X-Men: The filem Apocalypse dan 2 Ahli VIP bertuah memenangi sepasang tiket penerbangan ke Melbourne dan Perth. Watsons turut membawakan Hong Kong TVB Artistes serta Taiwanese Beauty King ‘NiuEr’ buat ahli VIP Watsons yang bertuah. Pada bulan Oktober pula, Watsons Move Your Body Zumba akan diadakan sekali lagi tahun ini bertempat di Sunway Lagoon dengan penampilan khas jurulatih Zumba dari Colombia dan Australia.


Antara barangan yang ditawarkan yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran VIP Watsons

Menurut Ketua Pemasaran Watsons Malaysia, Mr. Danny Hoh “kami teruja untuk mengumumkan kempen Watsons “PalingSyok dengan memberi ganjaran kepada semua Ahli VIP. Jualan Ahli VIP dengan diskaun sehingga 50% akan berlangsung sepanjang bulan September dan ahli VIP yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit berpeluang untuk mendapat ganjaran Watsons Cash Voucher bernilan RM200. Ahli VIP juga berpeluang untuk menebus produk yang dipilih dengan menebus mata ganjaran VIP yang rendah.”

Tahun ini merupakan tahun kedua bagi Kit Mah (top model) terlibat dengan kempen Watsons. Sudah tentu beliau berasa sangat teruja kerana terlibat dalam video kempen Watsons #PalingSyok  kerana ianya berbeza dengan kempen tahun sebelumnya.


Para tetamu yang hadir pada majlis pelancaran kempen Watsons #PalingSyok telah dihiburkan dengan persembahan pembukaan penari yang berpakaian LED yang mempamerkan rentetan pencapaian kejayaan Watsons VIP Card sejak ianya mula dilancarkan. Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan khas dari pelawak terbaik Malaysia yang dibawa khas oleh Live House Kuala Lumpur iaitu Mr. Andrew Netto. Majlis turut dihangatkan dengan putaran CD lagu hits oleh DJ Leng Yein dan MC Leng Sean.


Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan acara memotong kek Ulangtahun ke-6 Watson VIP Card.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-6 Ahli VIP Watsons, Watsons Malaysia turut bekerjasama dengan 11Street untuk ganjaran #PalingSyok di laman web www.11street.my bermula 08 September 2016 hingga 26 September 2016. Sepanjang tempoh tersebut, mana-mana ahli VIP Watsons yang membuat pembelian barangan Watsons di 11street akan memperoleh ganjaran mata VIP 2x ganda. Lagi best apabila tiap-tiap minggu akan ada 4 tawaran eksklusif serta pilihan hadiah dengan setiap pembelian untuk direbut oleh Ahli VIP Watsons.

Tak cukup dengan itu, 11street juga menawarkan penghantaran barangan secara PERCUMA bagi setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas...Lagi lagi dan lagi....11street juga menawarkan kupon diskaun sebanyak 20% dengan setiap pembelian yang dibuat..wahhhh..best!!!!

Jadi, buat semua Ahli VIP Watsons, inilah masanya untuk rebut semua tawaran hebat yang ditawarkan termasuklah tawaran yang diberikan oleh 11street. Jom serbu mana-mana cawangan Watsons yang berdekatan dengan korang untuk tebus mata ganjaran VIP serta nikmati diskaun sehingga 50%.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment