Showing posts with label SDCC. Show all posts
Showing posts with label SDCC. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

Buka Puasa 2019 | Jalan-Jalan Ramadhan Buffet di Restoran Halia SDCC atau “Ramadhan Dinner Indulgence” di China Treasures SDCC


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Meriah dengan pelancaran Bufet Ramadhan 2019 di sana sini. Sime Darby Convention Centre (SDCC) juga tidak kurang hebatnya untuk tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, SDCC masih lagi mengekalkan “Ramadhan Indulgence Dinner” di Restoran China Treasures SDCC manakala Bufet Ramadhan 2019 di Restoran Halia pula berkonsepkan “Jalan-Jalan Ramadhan Buffet”.

Pada setiap tahun, dua restoran utama di SDCC iaitu Halia dan China Treasures tidak pernah mengecewakan pengunjungnya sepanjang bulan Ramadhan. Jom kita tengok apa yang menarik ditawarkan di Restoran Halia sepanjang bulan ramadhan nanti...

“Jalan-Jalan Ramadhan Buffet” di Restoran Halia

Untuk tahun ini, Bufet Ramadhan di Restoran Halia SDCC diketuai oleh Chef Mohd Nordin bin Abdullah. Sudah pasti, Chef Mohd Nordin menjanjikan pelbagai hidangan hidangan yang sudah pasti memuaskan selera masyarakat Melayu yang terdiri daripada Udang Sambal Tumis Petai, Bubur Lambuk Berherba, Roasted Whole Lamb dan Kacang Pool Special.




Konsep gerai yang telah diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu sememangnya berjaya menarik minat para pengunjung untuk berbuka puasa di sini. Sebanyak 30 gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan..Ada di antara gerai tersebut menawarkan hidangan panas yang dimasak secara live di situ. Antara hidangan yang ditawarkan termasuklah Sup Berempah, Laksam Kelantan, Masakan Kawah, Lidah Bakar, Tempayan Roasted Chicken, Teppanyaki Assorted Sushi dan Shashimi, Sizzler, Hot Plate dan pelbagai jenis cucur.

Di sudut bakar-bakar pula sudah tentu menyajikan hidangan seperti Roasted Crispy Duck dengan pilihan sos plum, kerang dan ikan bakar.



Sungguh pun Bufet Ramadhan 2019 di Restoran Halia menekan hidangan tradisi melayu, pihak SDCC tidak pernah melupakan mereka yang menggemari hidangan antarabangsa. Di stesen Pasta Italian menawarkan pelbagai jenis pasta termasuklah Spaghetti Carbonara / Tomato Concasse Sauce, Penne mahu pun Fettuccini yang boleh dimakan dengan sos Bolognese.

Di sudut minuman pula, apa yang menarik adalah air zam-zam yang turut disediakan buat para tetamu untuk membasah tekak ketika berbuka puasa. Selain itu, turut disediakan adalah Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Guava Asam Boi, Cincau, Air Jagung, Air Tebu, Ice Blended Chocolate dan mocha.

Bercakap tentang pencuci mulut pula, Restoran Halia tidak pernah mengecewakan para tetamunya...Pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih tradisi melayu yang sedap, tapai pulut, wajik, dodol, ABC, pancakes, aiskrim, Orio Churros dengan Sos Caramel dan Green Tea Caramel…Sumpah sedap la dessert dekat sini..!!!!





Untuk korang yang datang berbuka pada hari Jumaat dan Sabtu, Restoran Halia akan menyajikan hidangan istimewa seperti Siput Sedut, Otak-otak Sotong Sumbat, Baked Saffron Lamb dengan Saffron Rice, Green Tea Caramel dan Chili Crab Chinese style cooking. Perghhhh…kena cepat-cepat buat tempahan meja untuk hari Sabtu ni. Mesti laku keras.


Harga Biasa : RM99 ++  
Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh       : 6 Mei 2019 – 2 Jun 2019

* kanak-kanak (usia 5 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 5 tahun makan percuma


Ramadhan Indulgence Dinner 


Kalau korang teringin berbuka puasa dengan masakan Chinese, maka Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures adalah pilihan yang tepat.


Sama seperti tahun-tahun lalu, makanan di China Treasures semuanya panas-panas. Ianya tidak dihidangkan secara Bufet. Jadi para tetamu yang hadir perlu buat tempahan makanan on the spot. Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures menawarkan lebih 60 hidangan ‘ala minute’ yang boleh ditempah termasuklah 79 pilihan dim sum yang menarik.



Menu ‘ala minute’ yang ditawarkan merupakan menu top yang disarankan oleh Chef di China Treasures yang terdiri daripada Deep Fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk dan serbuk cili, Steamed Grass Carp with Minced Chili Soya Sauce, Deep Fried Tiger Prawns with Creamy Butter Sauce, Deep Fried Chicken with “Kung Pao” Sauce dan Roasted Duck In “Pi Pa” style. Banyak lagi menu yang menarik menanti para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti.



Selain itu, sebanyak 79 jenis dim sum ditawarkan termasuklah Steamed Chicken and Shrimp Dumplings with Mushroom, Deep-Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Buns.

Harga Biasa : RM99 ++
Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
Tempoh       : 01 Mei 2019 - 30 Jun 2019

* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma



Promosi Early Bird


Untuk Tempahan

Halia
Tel. : 03-2089 3799 
Emel : halia.sdcc@simedarbyproperty.com

China Treasures
Tel. : 03-2089 3788
Emel : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Banquet Enquiry
Tel. : 03-2089 3688
Emel. : enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com


~ Achik ~


Sunday, October 09, 2016

Promosi 'Early Bird' di China Treasures Sime Darby Convention Centre Sempena Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena ketibaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada bulan Januari 2017 nanti, Restoran China Treasures yang terletak di Sime Darby Convention Centre (SDCC) akan memeriahkan lagi ‘Year of the Fire Rooster’ dengan set menu perayaan yang dijual lebih awal bermula pada bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016.


Seperti tahun-tahun lalu, tahun ini juga harga yang menarik ditawarkan bagi pembelian awal (‘early bird’). Untuk makluman korang, harga asal untuk set menu perayaan ini adalah RM1,388 nett bagi satu meja. Walau bagaimanapun, korang boleh menikmati harga promosi ‘early bird’ sekiranya pembelian dibuat bermula bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016.


Jom tengok harga promosi ‘early bird’ yang ditawarkan untuk set perayaan di China Treasures:

Pembelian dalam bulan Oktober 2016:
·         Meja untuk 5 orang = RM338 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM598 nett

Pembelian dalam bulan November 2016
·         Meja untuk 5 orang = RM408 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM698 nett

Pembelian dalam bulan Disember 2016
·         Meja untuk 5 orang = RM458 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM798 nett

Kesemua voucher tersebut adalah sah digunakan bermula 01 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.

Sesuai dengan ciri-ciri yang ada pada ‘Fire Rooster’, kesemua hidangan sempena Tahun Baru Cina nanti berunsurkan kemakmuran, tuah, kejayaan, kasih sayang dan kekayaan.


Majlis pelancaran & food review Chinese New Year 2017 yang telah berlangsung pada 06 Oktober 2016


Jom tengok hidangan yang akan disajikan dalam set menu perayaan ini:


Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop & Ginseng Root


Roasted Golden Sesame Seed Chicken dihidangkan dengan Vietnamese Dressing


Steamed Live Grouper ‘Shanghai style’



Tiger Prawns with Assam Sauce ‘Nyonya Style’


Braised Black Moss Roll & Beancurd with Chinese Cabbage


Fried Rice with Diced Chicken & Golden Sea Whelk


Deep Fried CNY Money Bag


Chilled ‘Ayu’ Jelly & Longan with Lemongrass Lime Syrup

Hidangan set perayaan ini semuanya sedap-sedap. Yang paling Achik suka sudah tentu Tiger Prawns with Assam Sauce ‘Nyonya Style’. Udangnya segar...Dalam tu penuh dengan sayur-sayuran. Assam Sauce pun sedap!!

Selain hidangan di atas, pakej Yee Sang juga disediakan sama ada ‘dine-in’ atau ‘takeaway’ dengan harga serendah RM98 nett. Pakej penghantaran Yee Sang juga disediakan dengan harga bermula dari RM108 nett.

Yee Sang...wajib ada 

Mana-mana individu atau syarikat korporat yang berhajat meraikan Tahun Baru Cina di restoran, ‘private room’ atau di Grand Ballroom SDCC yang baru dinaik taraf, pihak SDCC turut menerima ‘group booking’. Sekiranya korang berhajat untuk mengadakan ‘private event’ sempena Tahun Baru Cina nanti, bilik jamuan di SDCC juga boleh ditempah dengan tawaran harga yang menarik. Korang boleh buat pilihan menu untuk pakej menu Chinese New Year dengan harga yang berbeza-beza. Promosi harga ‘early bird’ juga ditawarkan untuk tempahan yang dibuat bermula bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016. Untuk pakej ini, harga asal adalah RM1,788 nett bagi satu meja. Jadi, berapa pula harga ‘early bird’ yang ditawarkan ?

Meja untuk 10 orang

harga promosi ‘early bird’ yang ditawarkan untuk ‘private event’ sempena Tahun Baru Cina:

Pembelian dalam bulan Oktober 2016:
·         Meja untuk 10 orang = RM888 nett

Pembelian dalam bulan November 2016
·         Meja untuk 10 orang = RM988 nett

Pembelian dalam bulan Disember 2016
·         Meja untuk 10 orang = RM1,088 nett

Pakej ini hanya boleh digunakan bagi event yang dibuat tempahan antara 01 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.


Grand Ballroom Sime Darby Convention Centre yang baru dinaik taraf

SDCC juga menawarkan pakej istimewa untuk perkhidmatan rumah terbuka atau katering sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Pastikan tempah awal sebelum penuh.

Chef yang bertanggungjawab ke atas semua hidangan yang disediakan.

Waktu Operasi China Treasures:
Lunch : 11.30 am - 2.30 pm (weekdays) / 10.00 am - 4.30 pm (weekend & cuti umum)
Dinner : 6.30 pm - 10.30 pm

China Treasures memiliki sijil halal daripada JAKIM, mampu memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa serta mempunyai 6 ruang makan privasi yang boleh memuatkan seramai 8 hingga 70 orang.

Untuk tempahan, sila hubungi China Treasures di talian 03-2089 3788 atau emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarby.com

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2089 3688 atau emelkan kepada enquiries.sdcc@simedarby.com

~ Achik ~