Tuesday, August 30, 2016

SUMBER AYU Membersih dan Melindungi Kawasan Intim Wanita Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Memilih pencuci wanita yang bersesuaian dengan kawasan intim wanita sangatlah penting. Pelbagai kriteria perlu diambil kira dalam membuat pemilihan pencuci wanita agar ianya bersesuaian dengan kulit di bahagian intim wanita. Salah buat pilihan, boleh mengakibatkan kulit di kawasan intim wanita kering, menggelupas, melecur mahu pun gatal-gatal. Bahagian intim wanita adalah tempat yang sangat sensitif dan ianya merupakan tempat tinggal jutaan jenis flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.


Achik sendiri sangat menitikberatkan kebersihan di bahagian kawasan intim terutamanya di waktu datang bulan. Bagi Achik, penggunaan pencuci wanita sangat penting bagi memastikan kawasan intim sentiasa bersih dan bebas daripada jangkitan kulat. Jadi, untuk kali ini, Achik ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman Achik menggunakan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Untuk makluman korang semua, pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ini dah lama pun berada di pasaran. Cuma kini ianya tampil dengan wajah baru yang lebih segar. Sungguh pun berwajah baru, tetapi bahan-bahan yang digunakan masih mengekalkan bahan semula jadi yang dapat memelihara kawasan intim wanita agar bebas dari bakteria jahat, kegatalan, bau yang kurang menyenangkan serta keputihan.


Bungkusan pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu yang lebih menarik dengan rona dan kemasan yang lebih sotisfikated ini masih mengekalkan paras pH3.5 kerana ianya merupakan paras ideal dalam memelihara ekositem di sekitar kawasan intim wanita. Paling menarik, pembersih kewanitaan ini telah diperakui HALAL oleh JAKIM. Jadi, jangan risau…boleh guna tanpa ragu-ragu…

Wangian Fruity yang menjadi kesukaan Achik...

Ada 6 wangian semuanya….Yang mana menjadi pilihan korang..??? Achik dah cuba wangian Orkid, Musk dan Fruity…Nak tahu antara 3 ni yang mana menjadi wangian pilihan Achik..? Sudah tentu lah fruity..hehehehe..bau buah-buahannya sangat segar…

Lain orang, lain taste nya…Jom tengok apa yang membezakan wangian keenam-enam pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ini:


·         Orkid– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

·         Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis

·         Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Wangian Musk

·         Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

·         Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

·         Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Wangian Orchid ni pun tak kurang hebatnya...kalau gemarkan bau bunga orkid, macam tula bau pencuci ni...

Di mana korang boleh dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ?

Ianya boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.

Sumber Ayu
~ Natural Care for Healthy Feminine Hygiene ~


~ Achik ~

Saturday, August 27, 2016

Pelancaran KL Sky Tour Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diundang untuk menyaksikan pelancaran KL Sky Tour pastinya tidak akan ditolak oleh Achik. Lebih-lebih lagi apabila para media yang hadir turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter menyaksikan pemandangan Ibu Kota Kuala Lumpur dari udara.

Pada 25 Ogos 2016 yang lalu, Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd (CHCSB) telah berbesar hati melancarkan KL Sky Tour bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Helipad. KL Sky Tour yang merupakan kerjasama antara Cempaka Helicopters dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) telah disempurnakan majlis pelancarannya oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, selaku Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.


YBhg. Dato' James


YBhg. Datuk Zakaria


YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pemilihan Taman Tasik Titiwangsa sebagai Helipad untuk KL Sky Tour adalah sangat tepat memandangkan lokasinya yang sangat strategik dan menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam dan luar Malaysia. Perkhidmatan helikopter yang ditawarkan melalui KL Sky Tour ini dapat memberi peluang kepada anda semua untuk menaiki helikopter bagi menikmati pemandangan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur dari udara selama 6 minit. Selain itu, Cempaka Helicopter juga turut menawarkan pakej yang berbeza mengikut kemampuan dan bajet para pengunjung. Perjalanan selama 15, 30 dan 45 minit juga ditawarkan dengan pemandangan dari udara yang berbeza.


Pilot yang bawa kami ronda naik helikopter

Selain KL Sky Tour di Titiwangsa Helipad ini, Cempaka Helicopter telah pun beroperasi di 2 lokasi yang berbeza iaitu satu di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang dan satu lagi di Pulau Langkawi. Ianya turut menyediakan perkhidmatan helikopter buat para pelancong menikmati pemandangan KL dan Pulau Langkawi dari udara.

Pada masa akan datang, Cempaka Helicopter memasang impian untuk melebarkan sayapnya di Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Dengan perluasan pusat operasi ini, Cempaka Helicopter turut menyediakan perkhidmatan eksklusif untuk memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan perkhidmatan helikopter ke sesuatu tempat sama ada resort transfers, golf trip, lunch trip dan sebagainya pada kos yang berbeza.

Pemandangan yang sempat Achik rakamkan semasa berada dalam helikopter


Sangat teruja bila nampak Berjaya Times Square di bawah Achik..

Cempaka Helicopter juga berharap kerjasama dengan agensi pelancongan yang lain dapat dieratkan bagi menjadikan KL Sky Tour yang berpusat di Titiwangsa Helipad sebagai salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan harga serendah RM198 seorang (tidak termasuk GST), kini semua orang mampu menaiki helikopter.

Robinson R66 Turbine

Ketibaan Robinson R44


Jom usha pakej yang ditawarkan oleh KL Sky Tour:

1.   The KL Express

Perjalanan menaiki helikopter selama 6 minit akan tertumpu di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan KL Tower, Dataran Merdeka, Stadium Merdeka, Petronas Twin Towers dan banyak lagi.

Harga: RM198 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan

2.   The City Explorer

Perjalanan menyaksikan keunikan Batu Caves, menuju ke Jalan Duta, Masjid Negara, Istana Negara serta beberapa lagi kawasan tarikan yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 15 minit.

Harga : RM488 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan

3.   The Jungle Escape

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit ini sudah pasti sangat istimewa. Penumpang akan dibawa ke hutan simpan di sekitar Kuala Lumpur jauh dari kesibukan ibu kota. Hutan simpan yang terletak di sepanjang Quartz Ridge menuju ke Batu Dam sudah pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Harga : RM960 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan

4.   The Mountain View

Perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit ini akan membawa penumpang ke Genting Highlands sambil menikmati pemandangan gunung ganang serta hutan simpan yang dapat dilihat dari helikopter. Dalam perjalanan pulang pula, penumpang berpeluang menikmati pemandangan ibu kota Kuala Lumpur dari udara melalui laluan Batu Caves dan seterusnya menuju ke Titiwangsa Helipad.

Harga : RM1,388 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan


Laluan untuk KL Sky Tour

Berikut adalah nombor telefon serta alamat emel yang boleh dihubungi untuk info lanjut:

No. Tel : 019 – 258 6818
Laman web rasmi : www.klskytour.com

FB rasmi : KL Sky Tour by Cempaka Helicopters
IG Rasmi : @KLSkyTour
Twitter Rasmi : @klskytourbychcs

~ Achik ~

Thursday, August 25, 2016

Amez Care: Tuala Wanita Bio Herba Memberi Keselesaan Berpanjangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini special sikit...khusus untuk kaum hawa di luar sana. Tapi kaum adam pun wajib tahu juga...Yela, ianya sudah menjadi keperluan setiap wanita termasuk ibu, isteri dan anak-anak perempuan korang nanti..Hehehe...cerita pasal tuala wanita ni, kaum adam di luar sana pasti ada pengalaman yang tersendiri apabila nak beli tuala wanita bila disuruh beli oleh isteri atau anak perempuan korang. Ada sesetengah tu tak tahu nak beli yang mana satu tambah lagi bila banyak sangat jenama tuala wanita di pasaran...Hahahaha..

Walau apa pun, pilihan yang terbaik hendaklah dibuat mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Diperkenalkan dengan tuala wanita jenama AMEZ Care ini buat Achik teruja untuk mencuba kerana ianya merupakan Tuala Wanita Bio Herba yang memberi banyak kebaikan kepada kaum hawa.


Tuala Wanita AMEZ Care ni mempunyai ramuan herba Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan Lavender. Baunya wangi...Bila korang buka bungkusannya, harum semerbak bau herba. Walau baunya kuat, tetapi ianya tidak lah seperti sesetengah tuala wanita herba yang ada di pasaran. Yang mana bau herba dari tuala wanita jenama tersebut dapat dihidu oleh orang yang duduk bersebelahan dengan si pemakai. Hehehehe...

Bahan-bahan herba yang terdapat dalam tuala wanita AMEZ Care

Fungsi bahan-bahan herba yang digunakan:

* Aloe vera : memberi kesan positif kepada kesihatan perempuan. Mengandungi lebih 75 nutrien yang unik, serta 2 hormon iaitu Auxin dan Gibberellins. Mempunyai ciri-ciri antiseptik yang tinggi dan mempunyai keupayaan untuk membersih secara semulajadi. Aloe vera juga membantu menghidratkan kulit, menyembuhkan luka dan mengurangkan keradangan yang berlaku disekitar kulit faraj.

* Peppermint : bertindak sebagai agen antiseptik dan anti-bakteria. Ianya dapat melegakan kegatalan, kerengsaan, sakit dan juga jangkitan. Peppermint juga berkesan untuk menghalang virus herpes simplex sejenis virus yang boleh menjangkiti faraj.

* TEA Plant : Ekstrak tumbuhan teh dapat menghalang pembekuan darah.

* Chamomile : ianya mampu melawan jangkitan, bakteria dan mengawal mood kaum wanita yang sedang mengalami kesakitan akibat datang bulan. Ianya dapat menaikkan semangat dan menghilangkan kemurungan.

* Lavender : Membuatkan wanita berasa lebih tenang dan kurangkan kesakitan senggugut. Wanita akan berasa selesa dan dapat memperoleh tidur yang lebih tenang.

6 lapisan penyerap yang ada pada pantyliner Amez Care

Mungkin ada yang berkata rupa dan bentuk tuala wanita Amez Care ini tidak jauh beza dengan tuala wanita jenama lain yang ada di pasaran. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tuala wanita AMEZ Care mempunyai kualiti yang jauh berbeza. Jeli khas yang digunakan dalam tuala wanita Amez Care membuatkan proses penyerapan lebih baik dan dapat mengelakkan kebocoran walaupun ianya nipis.

Pantyliner Amez Care mempunyai 6 lapisan manakala Tuala wanita Day & Overnight Amez Care mempunyai 9 bahan penyerap.

9 lapisan penyerap yang ada pada tuala wanita Day & Overnight Amez Care

Amez Care Day - bungkusan 12 keping

Tuala wanita Amez Care Day ini direka khas untuk proses penyerapan yang cepat dan selesa pada waktu siang hari. Salah satu ciri utama yang ada pada tuala wanita ini adalah lapisan berwarna hijau yang mempunyai teknologi Nano silver ions dan ions with far-infrared rays. Tuala wanita ini mempunyai tahap bio-teknologi dan herba yang tinggi. Ia dapat membantu dalam merencatkan pertumbuhan bakteria di kawasan yang paling sensitif pada tubuh wanita. 

Nano Silver Ion berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan ketika haid manakala Ion Far-Infrared dalapt mengoptimumkan peredaran darah haid.

Amez Care Night - bungkusan 10 keping

Mengekalkan teknologi yang sama dengan Amez Care Day, Amez Care Night mempunyai beberapa lapisan dan saluran anti kebocoran. Ianya bekerjasama untuk menghalang kebocoran di sisi, depan dan belakang. Amez Care Night membuatkan pergerakan wanita lebih selesa terutamanya ketika sedang tidur.

Atas: Amez Care Day
Bawah : Amez Care Night

Walau mempunyai panjang yang berbeza, tapi ketebalan Amez Care Day & Night tetap sama nipisnya.

Bungkusan yang unik yang mampu mengekalkan kesegaran tuala wanita Amez Care. Ianya dapat mengekalkan bau herba yang ada pada tuala wanita tersebut.

Amez Care Pantyliner - bungkusan 30 keping

Amez Care Pantyliner sesuai dipakai pada setiap hari. Amez Care Pantyliner sangat berkesan untuk mengawal sebarang discharge dari alat sulit wanita..dengan kata lain keputihan. Kebiasaannya, apabila dah makin hampir waktu untuk datang bulan, sesetengah wanita akan mengalami masalah keputihan. Jadi, Amez Care pantyliner ini mampu mengawal masalah keputihan yang dihadapi dan secara tidak langsung ianya dapat mencegah alat sulit wanita daripada sebarang jangkitan kuman.

Amez Care Pantyliner...stripe hijau tu adalah lapisan herba.

Selain daripada ciri-ciri yang Achik nyatakan di atas, banyak lagi kelebihan yang ada pada tuala wanita dan pantyliner AMEZ Care ini. Antaranya:

* 99.9% SGS Tested Antibacterial Effect
* Negative Ion (Anion) yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan virus dengan berkesan
* Bebas toksin

Sekarang, Achik dah ada pilihan tuala wanita yang baru iaitu Amez Care. Ciri-ciri herba, nipis dan yang penting 100% anti kebocoran yang ada pada tuala wanita Amez Care buat Achik berasa lebih selesa. Apa yang penting, lapisan herba yang ada pada tuala wanita Amez Care ni memberi kesejukan dan rasa yang nyaman pada bahagian sulit wanita..hehehehe..Kalau nak tahu kena cuba dulu, baru tahu.

Di mana korang boleh dapatkan tuala wanita AMEZ Care ini? Ianya boleh dibeli di semua cawangan Aeon Wellness dan Farmasi Juzcare. Pembelian secara atas talian juga boleh dibuat dari laman web rasmi AMEZ Care di www.AmezCare.com

Jangan lupa LIKE FB rasmi Amez Care di www.facebook.com/AmezCare/ atau follow IG rasmi di www.instagram.com/amezcare untuk dapatkan maklumat lanjut.

AMEZ ~ Where Intimate Meets Comfort

~ Achik ~



Monday, August 22, 2016

4 Days Promotion Roadshow Setiap Minggu Di Petsmore

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai korang pemilik kucing dan anjing di luar sana. Untuk makluman korang semua, Petsmore Malaysia sedang mengadakan promosi selama 4 hari pada setiap minggu bermula hari Khamis hingga Ahad..pada minggu lepas, telah berlangsungnya promosi selama 4 hari di Petsmore cawangan Bandar Mahkota Cheras.


Achik di Petsmore Bandar Mahkota Cheras

Promosi yang bermula pada hari Khamis (18 Ogos 2016) hingga Ahad (21 Ogos 2016) di Petsmore Bandar Mahkota Cheras sememangnya menawarkan pelbagai promosi yang menarik termasuklah promosi early bird yang bermula pada jam 11.30 am pada hari pertama promosi.

Sepanjang tempoh 4 hari promosi ini, sebanyak 1000 unit produk terpilih yang ditawarkan oleh Petsmore dengan diskaun sehingga 70%. Setiap ahli Petsmore berpeluang untuk grab 3 unit daripada 1000 produk yang ditawarkan selagi stok masih ada.

 


Lebih menarik lagi, pada hari pertama promosi bermula, Petsmore Bandar Mahkota Cheras menawarkan voucher membeli-belah bernilai RM30 kepada 200 orang pembeli terawal. Tiada minimum pembelian ditetapkan. 200 pembeli terawal tersebut juga berpeluang untuk memiliki RM300 pet voucher serta 5 sesi basic gromming ticket dengan harga RM10 sahaja.. Murah sangat !!!!.




Selain itu, Petsmore Bandar Mahkota Cheras juga menawarkan sebanyak 100 unit sangkar dan perabot haiwan peliharaan dengan harga yang sangat menakjubkan. Pelanggan yang bertuah juga berpeluang untuk terlibat dalam sesi lucky draw (setiap pembelian RM150 dalam 1 resit berpeluang untuk dapat 1x spin, RM300 dalam 1 resit dapat 2x spin dan RM450 dalam 1 resit dapat 4x spin). Walaupun pelanggan berpeluang untuk putar lebih dari sekali, pelanggan hanya layak untuk memilih 1 hadiah sahaja.


Buat peminat hamster, korang juga boleh dapatkan hamster dari Petsmore dengan harga yang menarik sepanjang promosi tersebut. Sebanyak 200 hamster ditawarkan dengan harga RM1 untuk pelajar yang mendapat pencapaian markah lebih daripada 80%. Mudah sahaja, datang je ke Petsmore bersama dengan report kad, atau bukti keputusan peperiksaan anak korang, korang layak beli hamster tersebut dengan harga RM1. Walau bagaimanapun, Petsmore turut menawarkan hamster tersebut pada harga RM8.99 untuk ahli Petsmore.



Selain daripada promosi yang Achik nyatakan di atas, banyak lagi promosi menarik yang ditawarkan oleh Petsmore sepanjang 4 days promotion roadshow, antaranya:

·         Premium collection (caps, cups, badges, toys, frisbee), enjoy up to 70% off with purchase 11 selected brand products (Eukanuba, Iams, Apls Natural, Iskhan, Nutrience, Dr. Pro Merrick, ProBalance, Ciao, Singen, Inodorina) in this 4 days. Kalau hari biasa, promosi hanya 35% sahaja !

·         Pembelian kedua dengan diskaun sebanyak 50% untuk jenama terpilih (Eukanuba, Iams, Aple Natural, Iskhan)

·         Pembelian ke-4 pada harga RM1 sahaja untuk jenama pilihan (Nutrience, Dr. Pro, Merrick).

·         Pembelian ke-7 pada harga 10sen sahaja untuk jenama pilihan (ProBalance, Ciao, Dr. Pro). Murah nya !!!!!

·         Beli 3 tapi bayar 2 sahaja untuk jenama pilihan (Singen, Inodorina).




Bestkan !!! Banyak sangat kelebihan sekiranya korang mendaftar menjadi ahli Club Petsmore. Yang paling best, korang dapat enjoy semua promosi menarik sepanjang 4 hari roadshow promotion  yang diadakan pada setiap minggu di cawangan Petsmore yang terpilih.

Apa kelebihan menjadi ahli Club Petsmore???

·         Yuran RM12 setahun
·         Percuma 2 hari stay di pet hotel setiap tahun
·         Jaminan kesihatan selama 7 hari untuk setiap haiwan peliharan yang dibeli dari Petsmore
·         Pertukaran produk sehingga tempoh 30 hari
·         5% diskaun pada semua pembelian yang dibuat
·         Diskaun tambahan sebanyak 5% semasa birthday korang
·         Love card member days promotion
·         Kumpul mata & tebus mata
·         Promotion update newsletter

Antara pelanggan yang hadir memeriahkan 4 days roadshow promotion di Petsmore Bandar Mahkota Cheras

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan promosi yang berlangsung di Petsmore, jangan lupa LIKE FB rasmi di www.facebook.com/petsmore atau layari laman web rasmi di www.petsmore.com

Dengar cerita minggu ni promosi sedang berlangsung di Petsmore Sri Petaling. Jangan lepaskan peluang untuk grab barang-barang keperluan haiwan kesayangan korang dari Petsmore.


~ Achik ~

Sunday, August 21, 2016

Spa di Rumah Menggunakan AgeLOC Edition Galvanic Spa II dari Nu Skin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Belum terlewat lagi untuk Achik berkongsi dengan korang semua tentang sesuatu yang menarik keluaran Nu Skin. Kita biasa dengar tentang Anti-aging produk..tetapi sejauh mana produk keluaran Nu Skin ini benar-benar berkesan untuk melambatkan proses penuaan kelihatan pada wajah kita. Baru-baru ini, Achik dengan rakan-rakan blogger yang lain sempat berkunjung ke rumah Miss Shu Yi, yang merupakan salah seorang pengedar sah produk keluaran Nu Skin. Kami semua berpeluang untuk membuat facial spa dengan menggunakan mesin handheld Galvanic Spa II keluaran Nu Skin.

Bercakap tentang Nu Skin, mungkin masih ramai lagi diluar sana tak sedar dengan kewujudan produk anti-aging dari jenama ini. Kalo korang nak tahu, Nu Skin Expo 2016 yang telah diadakan pada 13 Ogos 2016 yang lepas rata-rata pengunjung yang hadir adalah mereka dari masyarakat China. Jadi, perkongsian ini Achik harap lagi masyarakat Melayu di luar sana menitikberatkan penjagaan kulit muka dengan menggunakan produk keluaran Nu Skin.

Oh ye, jom Achik cerita serba sedikit tentang Nu Skin. Ianya ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah nama Nu Skin Enterprise yang merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk anti-penuaan termasuk produk penjagaan diri dan makanan tambahan. Nu Skin telah lama berada di pasaran antarabangsa sejak ianya ditubuhkan. Malah masih beroperasi hingga kini merangkumi di 54 pasaran antarabangsa termasuklah Amerika, Asia Pasifik, Eropah, Afrika serta Timur Tengah. Nu Skin telah menjual lebih 200 produk dalam rangkaian anti-aging yang bertindak dari dalam dan luar badan kita. Lebih menyakinkan apabila Nu Skin mempunyai saintis tersendiri yang sentiasa bekerjasama dengan pakar bertaraf dunia dalam penghasilan produk anti-penuaan keluaran Nu Skin.

Handheld Machine Galvanic Spa II untuk muka

Untuk entry kali ini, Achik sangat tertarik untuk berkongsi dengan korang semua tentang mesin Galvanic Spa II yang digunakan untuk facial spa. Kalau korang nak tahu, Galvanic Spa ni merupakan handheld machine yang tidak menggunakan kuasa elektrik tau. Ianya akan berfungsi menggunakan cas yang terdapat pada tangan penggunanya. Nanti Achik akan kongsikan video tutorial yang sempat Achik rakam semasa Shu Yi sedang membuat demonstrasi pada muka Achik.

Sebelum menggunakan mesin Galvanic Spa ni, pastikan muka korang dibersihkan terlebih dahulu ye. Pastikan tiada make up pada wajah. Kebetulan pada hari Ahad tu Achik dah kenakan make up pada muka Achik. Jadi kenalah basuh terlebih dahulu.


Creamy Cleasing Lotion : losyen ini digunakan sebagai make up remover. Langsung tidak berminyak berbanding dengan make up remover yang ada di pasaran.

Nu Skin 180 Face Wash : Lepas dah buang make up, Achik gunakan Nu Skin 180 Face Wash untuk cuci wajah Achik dan buang sisa-sisa make up yang ada pada muka. Lembut je muka Achik lepas cuci

Muka baru lepas dicuci dengan Nu Skin 180 Face Wash


Dah siap cuci muka, tibalah masanya untuk sapu mask dimuka. Mask yang digunakan adalah epoch Glacial Marine Mud. Apa yang menarik, epoch Glacial Marine Mud ini dapat membantu menanggal sel kulit mati yang ada pada wajah, membuang bahan-bahan tercemar yang ada pada kulit serta meremajakan kulit yang rosak dan bermasalah. Ianya mampu membekalkan lebih 50 mineral pada kulit korang.

Beginilah rupa Achik sementara menunggu Mask tersebut kering...tak boleh senyum..hahaha

Cuba tengok pada hidung Achik...dah keluar bintik-bintik di hidung..Maknanya mask ini sedang bertindak balas dengan kulit muka Achik...

Muka Achik selepas mask dibersihkan...Nampak lebih bercahaya...

Ok...muka dah bersih...tak sabar rasanya nak gunakan mesin Galvanic Spa pada muka Achik. Keluaran ageLOC Galvanic Spa II ini yang digunakan bersama dengan ageLOC Pre-Treat Gel dan Treatment Gel dapat memberikan kesan yang lebih mujarab dalam mencegah penuaan pada kulit. Sungguh pun saiznya kecil dan tidak menggunakan kuasa elektrik, tetapi ianya mampu meningkatkan penyerapan bahan-bahan ageLOC ke dalam kulit anda sehingga 5 kali ganda. Keluaran kali ini mempunyai rupa yang lebih menarik, paparan yang lebih cerah, intuitif kebolehgunaan dan ergonomik yang dipertingkatkan. Lebih menarik lagi, ageLOC Edition Galvanic Spa II ini boleh meningkatkan kesan penyerapan bahan-bahan anti-penuaan sehingga 24 Jam.

Pre-Treat Gel dan Treatment Gel. 

Bagaimana Pre-Treat Gel bertindak pada muka

Bagaimana Treatment Gel bertindak pada muka


Pastikan korang guna sepenuhnya Pre-Treat Gel dan Treatment Gel. Sebabnya lebih banyak Gel yang diletakkan pada face conductor, lebih banyak lagi bahan-bahan AgeLoc diserap ke dalam kulit. Setiap botol kecil tu, gunakan separuh dimuka kanan, separuh lagi dimuka kiri..Untuk lihat perbezaan pada kulit muka korang, gunakan ageLoc Edition Galvanic Spa II pada separuh wajah dulu, kemudian disambung dengan separuh lagi.

Ini adalah illustrasi bagaimana nak menggunakan mesin Galvanic Spa pada wajah.

OK....jom tonton video tutorial menggunakan Galvanic Spa...

Kalau lihat dalam video tersebut, sebelah tangan Ms Shu yi perlu menyentuh kulit Achik baru mesin Galvanic Spa tersebut akan berfungsi. Macam yang Achik beritahu sebelum ni, mesin ini tidak menggunakan elektrik. Ianya berfungsi menggunakan bateri serta cas yang ada pada tangan penggunanya. Di belakang Galvanic Spa akan ada satu surface macam besi. Jadi jari korang perlu dibasahkan sedikit dan diletakkan pada permukaan macam besi tu. Barulah galvanic spa ni akan berfungsi bila face conductor bersentuh dengan kulit muka. Kalau orang lain yang tolong buatkan, maka jari orang tu perlulah sentuh pada kulit korang supaya face conductor berfungsi. Tak susah pun...selepas Ms Shu Yi tunjukkan tutorial, untuk sebelah muka lagi Achik buat sendiri tau...

Taraaa......yang Achik tunjukkan dengan anak panah tu adalah separuh muka yang telah selesai menggunakan Galvanic Spa. Apa yang Achik nampak, bentuk muka lebih V-shape, muka naik sedikit & lebam bawah mata tu pudar sedikit. Ini bermakna kalau ianya digunakan secara konsisten, tanda-tanda penuaan dapat dielakkan dan kulit korang kelihatan muda remaja.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan produk keluaran Nu Skin, korang bolehlah layari laman web rasmi di www.nuskin.com atau pun, untuk lebih mudah, Achik sertakan di bawah maklumat berkaitan Miss Shu Yi untuk korang hubungi...

Miss Shu Yi Wong

FB personal : Wong Shu Yi
FB page : Nu Igniters
Instagram : @shuyi2699 / @antiagingsolution_nuskin
Youtube : Shu Yi Wong
Blog : passionteigniters.wordpress.com
Email : Wongshuyi.nuskin@gmail.com

~ Achik ~