Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Dalam
zaman teknologi yang semakin canggih ini, Powerbank telah menjadi salah satu
keperluan asas bagi mereka yang menggunakan smartphone. Malah, powerbank juga
memang wajib dimiliki oleh setiap pengguna yang menggunakan pelbagai gadget
dalam satu masa antaranya tablet, kamera, tak lupa juga pemilik vape.
Achik
sering mendengar rungutan mereka di sekeliling Achik yang kerap kehabisan
bateri telefon bimbitnya...Hehehehe..sayang sayang ku sekalian...Korang semua
menggunakan smartphone. Penggunaan bateri pada smartphone ni berbeza dengan
telefon bimbit 3310 yang digunakan pada sewaktu ketika dahulu. Penggunaan
mobile data yang sentiasa di ON pada setiap masa juga mempengaruhi peratusan
penggunaan bateri telefon anda. Malah, walaupun telefon bimbit korang tidak
digunakan sekali pun, sesetengah aplikasi pada smartphone korang masih hidup
dan berfungsi dengan jayanya. Itu pun salah satu punca smartphone korang cepat habis
bateri.
ABS powerbank Model Y304 dijual dengan harga RM139.00
Ambil
contoh diri Achik la. Kehidupan Achik memang sentiasa dengan smartphone. Pagi,
petang, siang, malam, smartphone wajib ada di sisi Achik. Cuma masa tidur je
Achik tak menggunakan smartphone. Kehidupan sebagai Blogger membuatkan Achik
kerap menggunakan aplikasi WAZE untuk menuju ke sesuatu tempat bagi memastikan
Achik berjaya menghadiri sesuatu event tu tepat pada masanya. Tak dapat
dinafikan, penggunaan WAZE memang banyak makan bateri smartphone Achik. Peratus
penggunaan bateri akan meningkat apabila GPS sentiasa di ON, screen smartphone
sentiasa menyala, malah kecerahan screen pada smartphone juga menjadi faktor
bateri smartphone cepat habis.
Sejak
powerbank mula diperkenalkan di pasaran, tak dinafikan sudah pelbagai jenis
powerbank yang Achik gunakan. Ada yang beli dari Groupon, ada yang beli dari
Lazada, ada yang dapat percuma..jenama pula tak tahu yang mana yang original,
yang mana tiruan. Memang tak dapat dinafikan, powerbank yang keluar di pasaran
beberapa tahun yang lalu kebanyakannya sangat berat. Letak dalam handbag terasa
macam tengah pikul batu di bahu..Hahahaha..Tapi kini zaman dah
canggih...Powerbank yang ada di pasaran sudah pun mempunyai pembaharuan.
Bezanya sekarang hanyalah pengguna yang kena bijak memilih dalam berbelanja.
Kiri: ABS Powerbank
Tengah: Powerbank jenama A
Kanan: Powerbank jenama P
Sebelum
diperkenalkan dengan ABS powerbank,
Achik sudah pun memiliki 2 jenis powerbank dengan kuasa yang berbeza-beza.
Powerbank jenama P mempunyai kuasa 20000 MAH, agak berat, mempunyai 2 output
port tapi dengan output yang berbeza-beza..1 port untuk 1.0 A manakala 1 port
lagi 2.1 A. Zaman sekarang ni, kalau korang nak tahu dah banyak smartphone yang
menggunakan kepala charger yang mempunyai output port 2.0 A. Kenapa? Untuk fast charging la...jadi, mana-mana
powerbank atau kepala charger yang masih membekalkan output port 1.0 A ni dah
tak relevan..memang lambatla bateri smartphone korang nak penuh.
Atas sekali: Powerbank jenama A dengan 1 output port sahaja
Tengah: ABS Powerbank dgn 2 output port 5.0V/2.1A Max
Bawah: Powerbank jenama P dengan 2 output port, 5V/1.0A dan 5V/2.1A
Powerbank
jenama A pula memang Achik suka. Saiznya sebesar saiz kad kredit. Tapi kuasanya
hanya 9600 MAH sahaja. Output port pula ada satu sahaja. Bagi Achik yang ada 2
smartphone serta kamera Sony @5100, powerbank yang mempunyai 1 output port
tidak memenuhi kehendak Achik. Bayangkan sekiranya kedua-dua smartphone habis
bateri dan dua-dua smartphone ni penting untuk digunakan tapi powerbank hanya
ada satu output sahaja...memang rasa nak marahlah dibuatnya..Hehehe..
Berbeza
dengan ABS powerbank Stylish Series..walaupun
saiznya sedikit lebar berbanding dengan powerbank jenama A, tetapi ianya boleh
menyimpan kuasa sebanyak 12000 MAH. Lebih
menarik lagi, ABS powerbank Stylish Series
ini ada 2 Output Port 5.0V / 2.1 A Max.
!!!! Achik suka...!!! Boleh cas dua gadget dalam satu masa dengan pantas.! Walau
sedikit lebar, tetapi beratnya lebih ringan daripada powerbank jenama
A...Hehehe..mau Achik tak suka...kurang sikitlah rasa beban dalam handbag
nanti.
Dengan ABS powerbank, Achik boleh cas 2 smartphones dalam satu masa. Fast charging !
Apa lagi yang menarik dengan ABS powerbank
Stylish Series ?
·
Model : Y304 (kabel turut disediakan)
·
Saiz / Ukuran / Berat : 79.4 x 22.6 x 90 mm dengan berat 228 g.
·
Kuasa : 12000 MAH
·
Input : 5V-2A
·
Output 1 : 5V-2.1A
·
Output 2 : 5V-2.1A
·
Warna : Gold / Silver
·
Harga : RM139.00
·
LED power capacity light (display)
Tadi
Achik ada share kan dah banyak powerbank yang Achik beli sebelum ini.
Kebanyakan powerbank yang Achik beli sebelum ini hanya ada 6 bulan warranty
sahaja. Biasalah tu..kilang memang dah boleh estimate life span komponen yang
digunakan tahan dalam 6 bulan sahaja. Hehehe..Tapi tidak dengan ABS powerbank...tak kiralah model ABS powerbank mana yang korang beli,
ianya disertakan dengan jaminan 2 tahun
( 1 to 1 exchange jaminan di seluruh
Malaysia ). Jaminan 1 to 1 exchange selama 2 tahun ini adalah yang pertama
dalam pasaran powerbank. Tahniah ABS Malaysia ! Cuma yang paling penting korang
kena tahu, C2 Gadget (M) Malaysia adalah
pengedar tunggal yang sah bagi ABS
Malaysia. Jadi, pastikan korang beli yang original untuk melayakkan korang
menikmati 2 tahun jaminan ini.
Achik
sememangnya akan menggunakan waktu tidur untuk cas smartphone. Kebiasaannya
smartphone yang sedang dicas tu, Achik letakkan di sisi Achik bagi memudahkan
Achik dengar bunyi Alarm untuk bangun pagi. Bahaya kan? Walau dah banyak cerita
kita dengar tentang smartphone or laptop yang sedang cas meletup tapi tetap
degil. Dengan ABS powerbank, Achik
rasa lebih selamat untuk cas telefon pada waktu tidur. Kalau korang nak tahu, ABS powerbank ini ada teknologi yang
dapat mengesan bateri smartphone yang telah 100% fully charged. CPU supply cut
off control yang ada pada ABS powerbank ini akan menghentikan
secara automatik pembekalan kuasa kepada bateri smartphone korang bila ianya
100% fully charged. Lebih selamat !
Selain
model Y304, banyak lagi model powerbank lain yang korang boleh pilih dari ABS Malaysia. Pelbagai saiz dan rekaan ABS powerbank yang mempunyai kuasa
berbeza-beza mengikut keperluan korang. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut
berkaitan ABS powerbank ini, korang
boleh layari dan LIKE FB rasmi ABS
Malaysia di http://www.facebook.com/absmalaysia/
Untuk
memudahkan korang, sempena Merdeka Sale
yang sedang berlangsung ini, korang boleh dapatkan ABS powerbank melalui 11
Street Store. Klik je link ini http://bit.ly/ABS_11Street ...yang pasti potongan harga sebanyak 20% - 30% menanti
korang..!!! Merdeka Sale akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2016 sahaja.
Sekiranya
korang nak tengok dengan lebih dekat lagi ABS
powerbank ni, bolehlah terjah mana-mana outlet yang berdekatan. Semak
senarai outlet di sini https://www.facebook.com/notes/abs-malaysia/where-to-buy-abs-products-in-malaysia/275210272855465
.
Website:
www.absmalaysia.net
~
Achik ~
No comments:
Post a Comment