Wednesday, October 14, 2015

Food : Heart and Soul Cafe, Bangi Sentral

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua sedia maklum yang sekitar Bandar Baru Bangi adalah syurga makanan kerana restoran dan cafe tumbuh macam cendawan di sekitar Bandar Baru Bangi.

Terbaru, Lot-lot kedai di kawasan yang diberi nama Bangi Sentral mempunyai macam-macam restoran berkonsepkan cafe dan kopitiam. Salah satunya adalah Heart & Soul.Cafe


Ruang kedai dalam Heart & Soul.Cafe ini tidak lah terlalu besar. Kalau anda berhajat untuk makan tengahari di sini, datang lah lebih awal sebelum peak hour.

Antara mural di dinding dalam Heart & Soul.Cafe

Elok saja kami dapat tempat duduk, pelayan terus memberi menu untuk kami membuat pilihan makanan.

Menu yang sangat berwarna warni. Selepas habis Study menu tersebut, Achik telah pilih untuk mencuba Spicy Olio Pasta Seafood. Pilihan makanan Achik mestilah yang pedas-pedas kan. Barulah terasa kick bila berada dalam mulut.

Di Heart & Soul.Cafe juga ada disediakan menu berkonsepkan Lobster. Achik belum sempat cuba lagi. Next time bila Achik ke sini, Achik pasti mencuba.


Para pengunjung di Heart & Soul.Cafe sedang menjamu selera.

Salad pilihan kawan Achik..terkejut dia bila sampai je hidangan Ceasar Salad ini. Portion nya besar dan harganya lebih murah. Dan yang pasti sedap. !

Tara...Ini lah dia Spicy Olio Pasta pilihan Achik...memang sedap, pedas dan menakjubkan rasanya.

Sambil kami menjamu selera, mata kami melilau pandang ke arah meja lain setiap kali pelayan menghantar makanan yang dipesan. Terliur rasanya bila nampak Cheese Burger yang dihantar ke meja sebelah kami. Tak sempat nak snap gambar. Tapi Cheese Burger tu memang menyelerakan. 

Memang banyak sangat menu di Heart & Soul.Cafe. Kalau tengok senarai makanan dalam menu yang diberi memang agak sukar nak buat pilihan makanan kerana tiada gambar makanan yang dipamerkan di restoran mahupun dalam menu.

Tapi, tu semua tak jadi masalah. Zaman sekarang teknologi dan canggih. Kebanyakan restoran dah ada Akaun Instagram sendiri untuk mempromosikan perniagaan mereka. So, sebelum korang nak ke Heart & Soul.Cafe ni, korang boleh visit dulu IG di  https://instagram.com/heartandsoul.cafe/ dan juga Facebook Rasmi di https://www.facebook.com/HeartSoulcafe


Hidangan Lobster di Heart and Soul.Cafe
Sumber gambar dari FB Heart&Soul.cafe


Lokasi Heart and Soul.Cafe :
3-25-1,Ground Floor Jalan Medan, pusat bandar 8, 43650 Bangi, Malaysia

Waktu Operasi :
Tues - Sun : 12:00 tengahari sehingga 12:00 tengah malam

Manja kan perut anda dengan hidangan lazat dari Heart & Soul.Cafe



~ Achik ~

No comments:

Post a Comment