Tuesday, July 26, 2016

Muzik Video RANIAKU Sangat Menyentuh Jiwa dan Perasaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

‘Kisah Dugaan dan Cinta Abadi’

Sebuah mesej yang ingin disampaikan dalam Muzik Video terbaru kerjasama antara SAFI dan Aizat Amdan. Baru-baru ini bertempat di Cathay Cineplex eCurve telah berlangsungnya Majlis Pratonton serta Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan bersama kelahiran produk baru teknologi DUO EMAS 24K keluaran SAFI Rania Gold.


Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat dalam kasih, terselit dalam rindu, tersimpan dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya...

Wah..jiwang tau. Kalau korang tonton sendiri Muzik Video Raniaku , korang pun akan rasa tangkap leleh punyalah...Muzik Video Raniaku ini telah menggunakan khidmat penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan pengarah muzik video, Encik Nan Salleh.

Dalam ucapannya, Encik Sriram Krishnamurthy yang merupakan Ketua Eksekutif WIPRO UNZA telah memaklumkan bahawa penghasilan muzik video ini merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah ini diperkenalkan di pasaran.

Kami ingin menyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup, kata Encik Sriram Krishnamurthy.


Sinopsis Muzik Video Raniaku

Semua sedia maklum bahawa Nora Danish merupakan Duta SAFI Rania Gold. Dalam Muzik Video Raniaku ini, Nora Danish bertanggungjawab untuk memainkan watak utama sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH. Untuk yang tak tahu, FUCH ni merupakan satu jenis penyakit penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupan seharian. Jadi, sebagai seorang isteri, penyakit FUCH ini sangat mengganggu Rania dalam menjalankan tugas hariannya.

Nora Danish muncul di dalam panggung sambil membaca puisi sambil dipimpin oleh Remy Ishak

Dalam Muzik Video Raniaku turut menyaksikan kehidupan romantik antara Rania dan suaminya. Apabila disahkan mengidap FUCH, emosi Rania terganggu kerana terlalu bimbang akan ditinggalkan oleh suami tercinta. Walaupun Rania cuba menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan suami tercinta, Azman (lakonan Remy Ishak) tetap berjaya menghidu perubahan ganjil yang ada pada Rania.

Selepas didesak, akhirnya Rania akur untuk menceritakan kepada Azman tentang penyakit FUCH yang dihidapinya. Walau pahit untuk ditelan, Azman sentiasa berusaha untuk menyakinkan Rania bahawa cintanya kepada Rania tidak pernah berubah kerana penyakit FUCH. Malah dalam muzik video tersebut menyaksikan Azman menunjukkan rasa cintanya kepada Rania dengan membantu isterinya menguruskan kerja-kerja rumah. Secara tak langsung ianya dapat menyeimbangkan emosi Rania yang turut tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh Azman.

Yakin dengan cinta suaminya, Rania mengumpul semula kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata.



Gambar yang menarik menghiasi ruang press conference di Cathay Cineplex eCurve.


Begitulah mesej romantik yang ingin disampaikan dalam Muzik Video Raniaku. Setiap cabaran akan dapat ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat...

Puitis tau...Nah, Achik attach sekali Muzik Video Raniaku untuk korang tonton dan layan perasaan jiwang tu..hehhehehe


Mendapat ilham daripada muzik video filem Dilwale, pengambaraan Muzik Video Raniaku ini telah berlangsung di Bali, Indonesia di bawah arahan Direktor, Encik Nan Salleh. Patutlah setiap scene dalam muzik video raniaku ni cukup menarik kerana pemilihan lokasi pengambaran sangat tepat. Hasil video editing sangat teratur dan konsisten dengan jalan cerita Raniaku yang ingin disampaikan. Tambahan lagi setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Lirik lagu Raniaku ini telah ditulis oleh Aizat Amdan yang turut menyelitkan elemen perit getir yang dihadapi mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.


Aizat Amdan yang turut menyanyi secara live dalam majlis tersebut

Pemilihan Aizat Amdan dalam kolaborasi muzik video ini sangat tepat memandangkan Aizat mempunyai lontaran suara yang baik serta kreativiti dalam penulisan lirik lagu. Setiap baris lirik yang terungkap oleh Aizat mempunyai makna yang tersirat.

Dalam majlis yang sama juga, SAFI turut memperkenalkan 3 produk baru Safi Rania Gold yang diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K:

i)             Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml = harga RM32.50

ii)           Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml = harga RM36.90
iii)          Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml = harga RM32.50

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi baru ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif. Jelas Pn. Mahsuri, Konsultan SAFI.

Puan Mahsuri, Konsultan SAFI

Selain itu, Nora Danish juga turut berkongsikan pengalaman beliau sepanjang menggunakan produk terbaru dari SAFI ini. Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO Emas 24K sememangnya menjadikan kulit Nora lebih lembut dan bersedia untuk menyerap produk seterusnya iaitu Serum Konsentrasi Plus. Serum ini membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah Nora dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus. Manakala Semburan Booster dan Penyegar banyak membantu Nora di set pengambaraan terutamanya pada cuaca panas. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah ianya bertindak untuk mengekalkan solekan Nora walaupun sudah berpeluh di set pengambaraan.


Dari Kiri: Puan Mahsuri (Konsultan SAFI), Encik Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif WIPRO UNZA), Nora Danish (Duta SAFI Rania Gold) bersama produk terbaru SAFI Rania Gold


Kolaborasi terulung Raniaku, SAFI Malaysia & Kasi Gegar Entertainment
Dari Kiri: Cik Pan Choi Yen (Ketua Pemasaran WIPRO UNZA), Puan Mahsuri (Konsultan SAFI), En. Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif WIPRO UNZA), Nora Danish (Duta SAFI Rania Gold), Aizat Amdan (Penyanyi & Penulis Lirik Lagu Raniaku), Remy Ishak (Bintang Jemputan), Nan Salleh (Pengarah Muzik Video)

Rangkaian produk SAFI Rania Gold

Nak dapatkan produk terbaru dari SAFI Rania Gold ini sememangnya tidak sukar kerana ianya boleh didapati daripada hampir semua pasaraya, farmasi, hypermarket, kedai runcit, kedai serbaneka yang terdapat di seluruh Malaysia.

Untuk info lanjut berkaitan jenama SAFI,
Like FB SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Tonton youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia

~ Achik ~

***

LIRIK LAGU RANIAKU
Ku lihat bayangan tubuhmu
Gerak gerimu, meragut kalbu
Namun ku tahu, jiwamu penuh gelora
                                                      
Biar setahun, mahupun seribu
Dilambung ombak tiap waktu
Kan aku sambut,
Wahai Rania hatiku
Jangan kau ragu

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Biar berkurun, belum pun berlalu
Dibuai ngeri celaru
Kau tetap dakap dan belai raja  hidupmu
Membelai raja hidupmu
Ku takkan ragu

Mungkin
Setiap gerak dan kata
Diolah hati yang merana
Namun saban masa kita kan rasa
Perit dan luka
Kan menghilang

Perjalanan kita
Dilimpahi segala
Onak dan duri tak berhenti
Kan kita redahi

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Mungkin
Setiap waktu
Jatuh bangunku
Bersamamu
Ooooooo
Kaulah Raniaku 

Monday, July 25, 2016

Kenali Minyak Herba Asma Mujarab Yang Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau sebelum ini banyak jenama minyak gamat dan minyak urut yang Achik pernah dengar berada di pasaran. Dan sesetengahnya memang Achik pernah mencuba. Untuk kali ini, Achik diperkenalkan dengan Minyak Herba Asma Mujarab.


Kalau korang nak tahu, Minyak Herba Asma Mujarab ini telah lama mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia serta di luar negara termasuklah Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India. Minyak herba yang cukup terkenal ini mampu membantu melegakan Batuk dan Lelah serta Asma. Selain itu, ianya boleh menghilangkan masalah kembung perut, sakit perut, luka, terkena api mahu pun digigit binatang berbisa, sakit gigi, tergeliat dan lain-lain penyakit yang dapat dikurangkan dengan izin Allah swt.

Untuk makluman korang, Minyak Herba Asma Mujarab ini memang sangat berkesan digunakan buat mereka yang sedang mengalami masalah batuk dan lelah serta asma. Baru-baru ini anak buah Achik (nama Syauqi) yang berusia 2 tahun dijangkiti batuk dan lelah. Nafas memang berbunyi kuat..Kesian pula Achik dengar..Bila makan terbatuk, terus keluar balik apa yang dimakan beserta lendir. Kalau sikit takpe lagi, tapi banyak..Disebabkan mama Syauqi tengah dalam pantang, jadi Achik tolong bawa Syauqi ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan doktor.

 
Syauqi yang sangat aktif semasa berada di klinik. Risau dia batuk & muntah sebab keletihan.

Di klinik, Doc dengar sendiri bunyi pernafasan Syauqi. Memang banyak lendir. Doc sarankan untuk masuk gas. Achik ikutkan je sebab nak bagi Syauqi cepat sembuh..Punya meronta-ronta di saat gas di masukkan ke dalam hidung Syauqi..Keesokkan harinya badan Syauqi panas. Sekali lagi Syauqi dibawa ke klinik..Doc kata Syauqi demam..Kebetulan pada hari yang sama juga Achik baru terima bungkusan yang berisi Minyak Herba Asma Mujarab. Malam tu sebelum tidur, Achik sapukan pada dada dan badan Syauqi...Alhamdulillah, dengan izin Allah, esoknya demam Syauqi dah beransur pulih, batuk pun dah takde...

Musim perayaan ni, perut memang mudah kembung...Sama ada disebabkan makan banyak, atau pun makan makanan yang berangin. Alhamdulillah, lepas sapu Minyak Herba Asma Mujarab ni, perut lebih rasa selesa...angin pun turut keluar sama...hehehe...


Minyak Herba ini tidak panas tetapi sedikit berangin. Walau bagaimanapun, ianya tidak memedihkan kulit dan sesuai digunakan pada bayi dan juga orang dewasa.

Disebabkan nama Minyak Herba Asma Mujarab ini sudah cukup terkenal di Malaysia dan luar negara, ada sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Patutlah terdapat sticker hologram dilekatkan pada botol Minyak Herba ini.

Pelekat Hologram yang asli. Pastikan beli yang Asli.!


Peniruan 1: Apa yang korang nampak beza pada kedua-dua botol ini? Yes...seal pada penutup botol minyak ini berlainan warna. Yang Asli sepatutnya berwarna hijau. Walau bagaimanapun, ada juga yang cukup bijak dengan meniru warna seal seakan sama dengan warna yang asli.


Penipuan 2: Warna seal hijau yang sama seperti warna asli. Jadi macam mana nak bezakan yang mana satu Asli dan yang mana satu tiruan? Botol Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli tidak menggunakan pelekat hologram yang mempunyai nombor telefon untuk dihubungi. Jadi..perhatikan dengan teliti botol minyak tersebut sebelum korang membuat pembelian.

Walau pun perkongsian telah pun dibuat oleh pemilik sebenar tentang bagaimana ingin mengenali keaslian minyak herba ini, tetap ada yang mudah tertarik dengan minyak herba tiruan kerana harga yang ditawarkan mungkin lebih murah berbanding dengan yang asli...Bukan kata minyak herba sahaja, malah produk-produk lain pun kadang-kadang kita mudah percaya dengan harga murah yang ditawarkan tanpa kepastian sama ada ianya produk asli atau pun tiruan.

Jom Achik kongsikan video cara-cara untuk mengenal Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli. Wajib tonton ye untuk menjadi pembeli yang bijak.. !

.
Bagi memastikan pelanggan hanya membeli Minyak Herba Asma Mujarab yang asli sahaja, setiap pelanggan yang berminat untuk membuat pembelian atau hendak mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan produk ini, bolehlah hubungi HQ : Puan Nurul (Product Owner) di talian 017-623 9935 / En. Hafis (Bahagian Pemasaran)  di talian 013-480 6787.

Selain itu, korang boleh layari laman web di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Minyak Herba Asma Mujarab serta testimonial pengguna:

Blog rasmi: www.herbaasma.com
FB rasmi: www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma
Testimonial pengguna: http://suarainsan.net/penawar- anak-anak-semput-lelah-asma- dan-batuk-hingga-muntah- muntah/ 

Harga:
RM39.00 sebotol

Buat korang yang sememangnya ada ahli keluarga yang mempunyai masalah asma, Achik nasihatkan untuk beli sekurang-kurangnya sebotol untuk disimpan di rumah dan dikongsi bersama keluarga. In sha Allah, dengan izin Allah dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Kalau mujarab, boleh beli lagi..

~ Achik ~

Sunday, July 24, 2016

Manjakan Haiwan Kesayangan Anda Dengan SIMBAE

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai petlovers di luar sana !! Korang yg bela kucing or anjing, ada mandikan haiwan kesayangan korang tak? Mandi sendiri di rumah atau di petshop? Hehehe..

Agak-agaknya kenapa ye Achik tanya korang soalan tu?

Sebenarnya Achik nk share dengan korang tentang produk penjagaan bulu dan kulit haiwan peliharaan anda...sudah tentu Shampoo dan Conditioner keluaran Simbae. Untuk Achik yang mempunyai 22 ekor kucing ni, nak berulang-alik ke petshop utk hantar kucing pergi groom memang agak meletihkan dan makan masa. Jadi, Achik lebih suka mandikan kucing-kucing Achik sendiri. Lebih memudahkan sebab 21 dari 22 ekor kucing yg Achik jaga adalah kucing kampung, manakala seekor lagi baka persian...jadi, hanya yg persian tu jela Achik akan bawa pergi groom di petshop...kerana ianya memerlukan extra care pada bulu..

Ok..bercakap pasal Simbae Pet Care ni, meh Achik kongsikan serba sedikit tentang Simbae. Simbae adalah rangkaian produk penjagaan haiwan kesayangan yang sudah pasti bakal menjadi kegemaran dan pilihan pemilik haiwan. Sebagai salah seorang petlover, Achik pasti ramai petlover di luar sana menganggap haiwan peliharaan yang dijaga merupakan sebahagian daripada ahli keluarga. Kalau dh jadi sebahagian daripada ahli keluarga mestilah kena sentiasa wangi dan bersih..

Shampoo keluaran Simbae ni mempunyai 4 jenis yang berbeza..walau botolnya sama je berwarna kuning tapi warna corak dan tulisan pada botol berbeza bagi keempat-empat fungsi. 4 jenis shampoo dan conditioner tersebut adalah 'Fabulous Fur', 'Long Haired', 'Puppy & Kitten' dan Sensitive Skin'.


Puppy & Kitten Shampoo keluaran Simbae ini didatangkan dengan 2 wangian iaitu Country Grove dan Spring Garden.


Wangian Country Grove ini terdiri daripada campuran Lavender, Cinnamon, Chamomile serta Ginger yang mampu menenangkan puppy dan kitten. Walau ianya boleh digunakan untuk mandikan puppy, pemilik kucing yang beragama Islam di luar sana tak perlu risau. Produk dari Simbae ini ada sijil Halal. Logo halal turut dicetak di bahagian belakang botol.

Puppy & Kitten Shampoo keluaran Simbae ini direka khas untuk anak anjing dan anak kucing dengan menitik beratkan bulu mereka yang masih halus dan lembut. Di samping membantu menenangkan anak anjing dan anak kucing, Puppy & Kitten Shampoo juga mempunyai pH yang seimbang yang boleh menyeimbangkan emosi anak anjing dan anak kucing.


Sebenarnya apa kelebihan yang ada pada 3 bahan asas ini dalam Puppy & Kitten Shampoo? Jom baca di bawah:

* Lavender bertindak sebagai agen menenangkan.
* Ginger pula membantu mengurangkan ketegangan pada anak anjing dan anak kucing. Ianya juga merupakan antioksidan yang kuat untu kesihatan dan kecergasan.
* Cinnamon melancarkan peredaran darah yang mampu meningkatkan perasaan kehangatan dan keselamatan yang ada pada anak anjing dan anak kucing.

Hai acik...mami nak mandikan kite guna Shampoo Simbae ni..

Aktiviti hujung minggu Achik sudah tentu bersihkan rumah kucing dan mandikan kucing ikut giliran mana yang sempat..hahaha..maklum lah Achik ada 22 kucing kan...

Cara-cara gunakan Puppy & Kitten Shampoo:

Basahkan bulu kucing bermula air suam. Biasanya Achik akan basahkan bulu kucing bermula dari bahagian ekor, punggung dan baru naik ke badan kucing. Kenapa? supaya kucing tidak terkejut apabila kena air...


Picit keluar shampoo dari botol. Berapa banyak shampoo yang hendak digunakan tertakluk kepada saiz kucing korang. Gosokkan shampoo tadi pada bulu kucing yang telah dibasahkan dengan cara mengurut bulu kucing dari kepala hingga ke ekor..Pastikan diratakan keseluruh bahagian bulu kucing supaya bulu lembut apabila kering nanti.

Selepas berpuas hati, bolehlah bilas bulu kucing tadi dengan air suam. Balut kucing dengan tuala yang serap air untuk kurangkan rasa sejuk pada kucing..Keringkan bulu kucing guna hair dryer, blower atau pun ditempat yang ada sedikit cahaya matahari...Sebab tulah Achik lebih suka bela kucing kampung...penjagaan mereka mudah...lepas mandi nak keringkan pun mudah...hehehe..


Selesai bersihkan bulu kucing tadi, korang boleh lah sembur Puppy & Kittten Conditioner ni pada bulu kucing. Untuk conditioner pula, Achik menggunakan wangian Spring Garden. Walau baunya berbeza tetapi tetap menggunakan bahan-bahan yang sama iaitu Lavender, Cinnamon, Chamomile dan Ginger.

 
Seperti biasa, ada logo Halal di belakang botol..jadi boleh gunakan tanpa was-was !

Cara penggunaannya:

Sembur sahaja pada bulu kucing sama ada bulu yang masih basah atau pun yang telah kering. Pastikan jangan sembur di bahagian muka kucing tau. Kang masuk dalam mata, tak pasal-pasal pedih mata kucing tu. Sembur sedikit demi sedikit sambil menggosok bulu kucing dengan lembut menggunakan berus yang sesuai. Mendandan kucing dengan perlahan-lahan dan cermat akan memberikan kesan yang lebih menarik pada bulu kucing. Bulu kucing korang akan kelihatan lebih halus dan berkilau...

Bulu kucing yang telah dikeringkan...

Hai acik-acik..!!!! Kite dah mandiii...dah wangiiii...

Siap dah mandikan si comel sekor ni...sayang mami dah wangi...cium sikitttt...muaahhh...

Buat korang yang memelihara anjing mahupun kucing, bolehlah gunakan Shampoo dan Conditioner keluaran Simbae ini. Yang penting produk keluaran Simbae ini telah dirumuskan dengan teliti dan selamat digunakan buat manusia dan haiwan kesayangan korang.

Untuk info lanjut berkaitan Simbae, bolehlah layari www.simbae.com follow IG Simbae Pet Care / Like FB Simbae


~ Achik ~

Wednesday, July 20, 2016

Althea Raikan Ulangtahun Yang Pertama #AltheaTurns1

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Happy 1st Birthday Althea !!!!


Hari ni 20 Julai 2016 merupakan Ulangtahun yang pertama buat Althea. Siapa antara korang semua yang dah biasa shopping di Althea.? Achik bukanlah kaki shopping online, lagi-lagi bila melibatkan barang kosmetik dan produk penjagaan kulit. Kerana mencurigai keaslian sesuatu produk itu, Achik lebih selesa untuk membeli barangan kosmetik dan produk kecantikan dari Watsons mahupun Guardian.

Achik mengenali Althea daripada rakan-rakan blogger yang lain. Rata-rata rakan-rakan blogger yang telah membeli-belah di Althea, akan membuat pembelian untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya selagi Althea memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Buat korang yang menggemari produk kecantikan dari Korea, membeli-belah di Althea adalah pilihan yang tepat. Nak tahu kenapa? Sebab Althea menawarkan produk kecantikan Korea yang original pada tawaran harga yang menakjubkan...Tak lupa juga, sempena ulangtahun Althea yang pertama ini, pelbagai promosi menarik ditawarkan oleh Althea buat korang semua..!!!!!


Sempena 1st Birthday ni, Althea akan mengadakan sambutan Hari Lahir Althea dengan menawarkan promosi yang menarik buat korang semua bermula dari 20 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016.

Jom tengok apa promosi yang menarik sepanjang sambutan Hari Lahir Althea:

1) Limited Edition Birthday Box + DIY Party

Bagi setiap tempahan yang dibuat bermula 20 Julai 2016 dan seterusnya, korang akan dapat birthday box edisi terhad serta DIY Party Kit. Sementara stok masih ada tau..!!

Achik dah ada Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit...Kalau korang nak, cepat2 shopping sekarang di Althea


2) Free Goodies for first 1500 shoppers !!

Nak jadi antara 1500 pembeli yang terpantas? Baik korang start shopping sekarang. Sebabnya 1500 ni termasuk pembeli dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia serta Filipina. Dengar cerita penduduk dari negara yang Achik sebutkan tadi memang ramai yang suka membeli-belah di Althea. Hehehe..

Untuk 1500 pembeli yang terawal, korang berpeluang terima full size beauty products dan dah tentu semuanya selagi stok masih ada !!!



3) Birthday Giveaway. Pick 3 Best Sellers for 100% Rebate !!

Wahhh...yang ni Achik suka!!! Korang cuma perlu pilih 3 produk dari senarai 'best sellers', buat bayaran tetapi amaun yang korang bayar untuk 3 produk tersebut, 100% akan dikreditkan semula ke dalam korang...Maknanya korang shopping 3 produk dari senarai best sellers secara percuma..!!!! Rebate akan dikreditkan ke akaun korang dan boleh digunakan untuk pembelian akan datang...



4) #AltheaTurns1 Instagram Contest

Buat korang yang dah dapat Althea party kit, bolehlah start decorate apa yang ada dalam kit tersebut. Kemudian, jangan lupa untuk post ucapan Happy Birthday buat Althea melalui akaun Instagram korang. Yang penting mesti ada #AltheaTurns1 ...macam mana cara nak wish? Ikut kreativiti masing2...nak wish guna gambar pun boleh, video pun boleh...


Mereka yang bertuah berpeluang memenangi hadiah yang sangat menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits dan beauty hampers. Semua hadiah ini bernilai KRW10,000,000 !!!!

Pertandingan ini bermula dari 20 Julai 2016 hingga 15 Ogos 2016...Jom ramai-ramai kita wish Happy Birthday Althea #AltheaTurns1

*tertakluk pada terma dan syarat. Sila layari www.althea.kr dan Althea FB untuk maklumat lanjut..

Birthday Box Edisi Terhad yang bakal korang miliki apabila membuat pembelian bermula 20 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016. Ada 3 saiz semuanya...

Birthday Box yang Achik terima berwarna pink pekat...sudah tentu box yang paling besar..

Nak tahu apa yang Achik beli untuk sambut Althea 1st Birthday ni? Nak tahu lebih lanjut berkaitan produk yang Achik pilih, korang boleh klik pada nama produk tu...nanti akan terus direct ke web althea..lagi mudah...



















Kalau korang klik pada link barang-barang yang Achik beli dari Althea ni, korang boleh nampak harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga asal..So, Tunggu apa lagi...Jom ramai2 shopping di Althea sekarang untuk nikmati harga promosi yang menarik dengan kualiti barangan yang original !!!

Penghantaran adalah PERCUMA dengan setiap pembelian melebihi RM150.00...Tak mampu ke Korea tetapi ingin memiliki produk kecantikan dari Korea? Althea lah tempatnya....

Happy shopping uols..!!

Sekali lagi, Happy 1st Birthday buat ALTHEA !!!



~ Achik ~