Friday, September 02, 2016

Aktiviti Hujung Minggu Mendaki Bukit Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahhh...dah lama rasanya tak mendaki bukit ni..Eceh...macam la mendaki bukit ni merupakan salah satu hobi Achik kan..Hahahaha...apa2 pun, paling tinggi yang Achik pernah daki adalah Gunung Ledang...masa Kursus Asas Penguasa Kastam tahun 2012..tapi takdela sampai puncak sebab katanya tutup...ntah ye ntah tidak...

Kemudian, masa join Jom Kurus dulu pernah la panjat Bukit Broga...masa tu rasa badan fit lagi...Laju je panjatkan..Berat pun takde la macam sekarang..Kemudian dah lama stop exercise, badan pun sikit-sikit lama-lama naik jadi tembam..hahahah...Panjat lagi bukit Broga setelah sekian lama tak exercise. Semput juga dibuatnya...

Dah masuk suku tahun ketiga tahun 2016, barulah nekad nak turunkan berat balik..Mahu tak nekad...Sebab berat Achik makin hari makin naik tak nak turun-turun..Tambah lagi baru habis Raya Aidilfitrikan...Dalam tak sedar, rupa-rupanya penyakit Hyperthyroid Achik dan bertukar jadi Hypothyroid..hahaha..patutla makin gemuk..Apa yang dimakan elok je disimpan dalam badan..tak dibakar..Lagi makan banyak lagi la berat  naik banyak...

Sebagai permulaan, Achik nekad untuk join team Scouts Flexi 5.0...Alhamdulillah, ada nampak penurunan pada berat Achik...Diam tak diam, dah masuk minggu yang terakhir...Tapi perjuangan harus diteruskan...takkan dah habis Scouts Flexi5.0, dan dan nak habiskan diet & exercise kan..mau naik balik berat..

Laluan masuk ke Bukit Puchong

Oh ye...Ahad lepas Achik dengan team Scouts Flexi5 Weekend sempat luangkan masa mendaki Bukit Puchong yang terletak berdekatan dekat Taman Wawasan Puchong. First time tau Achik sampai sini...Walau pun bukitnya tak setinggi Bukit Broga, tapi untuk yang firstimer macam Achik ni terasa juga mencabarnya. Tambah lagi bila badan tak fit macam dulu. Cuma apa yang membuatkan Achik lebih bersemangat dan tak nak mengalah apabila sepanjang trek tersebut Achik akan jumpa aunty & uncle berbangsa Chinese..Sungguh pun bertongkat, mereka tak kenal erti mengalah..Naik & turun bukit dengan jayanya. Jadi takkan la Achik yang muda ni nak give up kan....

Oh ye...untuk makluman korang, Bukit Puchong ni dah lama wujud...Ianya merupakan Hutan Simpan Ayer Hitam yang diuruskan bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau pun ianya merupakan hutan persendirian, tetapi kerana treknya yang tidak berbahaya dan sering digunakan oleh penduduk di sekitarnya, Bukit Puchong ini telah menjadi salah satu tempat rekreasi dan riadah yang boleh digunakan oleh orang awam.


Treknya juga redup..Pokok-pokok tinggi..jadi takdelah terasa panas walaupun korang datang mendaki pada waktu tengahari. Biasanya kalau pergi panjat Bukit Broga, Achik akan mula mendaki pada jam 5.00 @ 5.30 am...Supaya bila sampai atas, matahari baru nak naik dan tak rasa panas..Yela, puncak Bukit Broga takde pokok tinggi-tinggi macam ni..Tapi di Bukit Puchong, kitorang start mendaki hari tu dalam 7.45 am...Redup je rasa...

Hijau je sepanjang trek...

yeaaaayy...Ni dah sampai Puncak..

Kami bertiga dah sampai puncak...

Oh ye...bila korang sampai puncak Bukit Puchong ni, ianya tidak lah seperti puncak Bukit Broga yang korang boleh nampak pemandangan dari atas bukit...Sebabnya pokok di sini tinggi-tinggi...

Achik diberitahu bahawa dari puncak tersebut actually ada laluan untuk ke Blue Lagoon, Air terjun yang terdapat di Hutan Simpan Ayer Hitam. Tapi sayang, laluan ke air terjun tersebut telah ditutup dan air terjun tersebut telah menjadi kawasan larangan. Jadi tak dapatlah Achik nak melihat keindahan yang ada di sekeliling Blue Lagoon tersebut...Ni Achik kongsikan sedikit gambar Blue Lagoon di situ yang Achik jumpa dalam google.



Pemandangan ni dapat dilihat masa korang nak sampai bawah...Tapi nampak macam korang sedang berada di puncak..hehehhe...


Nak dapatkan gambar pemandangan yang cantik, masa korang on the way turun bawah, akan ada batu-batu besar yang boleh korang panjat...Dari atas batu tu dapatlah snap gambar sepertinya korang berada di puncak bukit..heheheheheh...



Perjalanan naik dan turun tak lama pun...tak sampai sejam korang dh boleh sampai puncak..lepak-lepak kat puncak kejap, then turun...Cumanya kalau malam tu baru lepas hujan, trek akan sedikit licin dan korang perlu lebih berhati-hati bila turun..takut silap langkah, licin & tergelincir...Jangan lupa pakai kasut yang sesuai untuk panjat bukit ye...


Sampai-sampai je kat bawah...wahhhh..meriahnya air kelapa...Bolehlah basahkan tekak korang dulu...Air teh bunga pun ada dijual..


Jadi, orang Puchong dan mereka yang tinggal berdekatan dengan Wawasan Hill ni, apa kata luangkan dalam sejam dua masa hujung minggu korang beriadah dengan mendaki Bukit Puchong...

Untuk yang berhajat ke sini, Bukit Puchong atau Wawasan Hill ni terletak di Jalan Wawasan 5/1, Taman Puching Jaya.

(Google Map Location: 3 01 29.86'N, 101 37 46.78'E)

Jangan risau pasal parking..Korang boleh letak kenderaan korang di tepi-tepi jalan..Kalau nak dekat, datang la awal pagi...Cuma pastikan jangan halang lalulintas sudah la ye..

Rasa nak pergi lagi panjat Bukit Puchong ni..Jom sape nak joinnn...!!!

~ Achik ~

3 comments:

  1. Bestnye.. Mera pn lame dah tak pergi hiking. Tapi makan tak ingat dunia. Kalau hiking ni confirm pancit. Hahaa.. Btw done follow u.. 😊

    ReplyDelete
  2. Bestnye.. Mera pn lame dah tak pergi hiking. Tapi makan tak ingat dunia. Kalau hiking ni confirm pancit. Hahaa.. Btw done follow u.. 😊

    ReplyDelete
  3. Achik...try la pulak bukit saga...sana ade waterfall...45mnit lebih kurang la smpai puncak ��

    ReplyDelete