Tuesday, June 28, 2016

Servis Penghantaran Makanan Terbaik Dari Shogun2u

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang..!!!

Wah...dah nak raya dah kan...Minggu2 terakhir bulan Ramadhan ni biasanya selera kita bertukar-tukar...dah tak nak beli makanan kat bazar..nak masak pun malas..kan kan...lagi-lagi penghujung Ramadhan ni masing-masing dah sibuk buat kuih raya..mengemas rumah, tukar langsir semua..Hehehe..

Jadi....meh nak bagitahu kat korang semua tentang servis penghantaran makanan oleh Shogun2u...Pertama kali diperkenalkan dengan shogun2u ni, ambil masa juga la untuk Achik nak explore menu-menu yang ditawarkan..Maklumlah tekak tak biasa makan makanan Jepun, China malah Korea...

Tapi, baru-baru ini apabila Shogun2u buat promosi Buy 1 Free 1, buat Achik teruja nak mencuba. Lebih-lebih lagi, makanan yang ditawarkan sememangnya ikut selera tekak Achik..Kalau korang nak tahu, pada 21 Jun hingga 25 Jun 2016 yang lalu, Shogun2u ada buat promosi Buy 1 Free 1. Jadi, promosi tersebut hanya sah dengan pembelian makanan dan senarai menu Raya Special sahaja.


Sempena bulan Ramadhan, Shogun2u telah memperkenalkan 4 hidangan baru dalam menu Raya Special iaitu:

1. Beef Rendang
2. Chicken Kurma
3. Gulai Ayam Nenas
4. Japanese Nasi Briyani Ayam Percik

Korang boleh pilih sama ada nak ambil menu ala-carte atau pun set dengan harga serendah RM24.90. Bayar untuk satu hidangan, korang dapat 1 lagi hidangan yang sama secara PERCUMA ! Wahhh...betul-betul menjimatkan. Bulan ramadhan tak elok membazirkan...

Tempahan makanan yang Achik buat masa 22 Jun 2016. Boleh cek status lagi makanan tu masih di peringkat penyediaan atau pun dalam proses penghantaran

Tak susah pun nak buat tempahan makanan di Shogun2u ni. Achik memang akan login dan buat tempahan guna smartphone sahaja. Malah, korang boleh buat pilihan sama ada nak bayar terus secara atas talian, atau pun bayar masa korang terima makanan yang dipesan. Untuk Achik, Achik lebih suka pilih 'Cash On Delivery'...senang!!!

Oh ye...22 Jun 2016 hari tu, Achik order set Japanese Nasi Briyani Ayam Percik. Hanya bayar RM34.80, Achik dapat 2 set yang sama siap dengan pencuci mulut dan air tebu..Yang penting sedap !!!!

Yeeehaaaaa...order dah sampai !!!!

Ini lah rupa set Japanese Nasi Briyani Ayam Percik yang Achik pesan. Sedap tau...

Satu yang Achik suka dengan servis penghantaran Shogun2u ni adalah tepati masa! Achik buat tempahan pada jam 3.00pm dan Achik telah pilih waktu penghantaran pada jam 7.00 pm kira dekat-dekat waktu berbuka. Tapi Shogun2u tiba di depan rumah 15 minit awal...puas hati tau!

Cumanya, kalau korang nak minta delivery masa peak hour contoh waktu makan tengahari, korang dinasihatkan untuk buat tempahan awal...Kerana berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Shogun2u, semalam Achik buat tempahan lagi...hehehehe...

Sake Zonsui (Salmon) berharga RM10.90

Teriyaki Salmon berharga RM19.90

Portion makanannya pun banyak dan berbaloi dengan harga yang dibayar...Untuk penghantaran pula, Shogun2u tidak mengenakan apa-apa bayaran buat ahlinya. Senang je nak daftar sebagai ahli...Login ke website shogun2u.com , daftar menggunakan emel. Pendaftaran pun percuma ! Cuma korang kena pastikan minimum order korang bernilai sekurang-kurangnya RM25.00 untuk servis penghantaran makanan.

Berita baik buat semua !!!!!!
Berita baik buat semua !!!!!!
Berita baik buat semua !!!!!!


Disebabkan sambutan yang memberangsangkan, Shogun2u sekali lagi buat promosi Buy 1 Free 1. Kali ni lagi best...sebab ianya melibatkan semua makanan dari kategori Japanese dan Raya Special termasuklah Mains, Sushi, Raya Cookies, Combo dan Meal Sets....lagi meriah..!!!!!


Layari www.shogun2u.com sekarang untuk membuat tempahan .!

Promosi sah bermula hari ini (28 Jun 2016) hingga 05 Julai 2016.
Hanya sah bagi waktu penghantaran bermula 3.00pm hingga 9.00pm.

#shogun2u #onlinefooddelivery #fooddeliveryMalaysia #shogun2umobile #buy1free1 #rayaspecial #japanese

~ Achik ~






Friday, June 24, 2016

Tampil Bergaya di Hari Raya Dengan Koleksi SweetHeart

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang..! dah beli baju raya ke? Tema apa tahun ni? Hehehe...Untung la buat mereka yang dah siap buat persiapan raya. Achik juga yang masih belum beli baju raya lagi.

Hari tu usha-usha dekat FB dan IG, terjumpa satu koleksi baju / jubah yang cantik untuk di gayakan pada Aidilfitri nanti. Diberi nama SweetHeart, ianya mempunyai warna yang ceria dan sesuai di pagi raya. Koleksi SweetHeart ini dikeluarkan hasil ilham 5 orang rakan kongsi yang berkongsi pengalaman mereka dalam fesyen Muslim dan Muslimah.


Pemilihan nama SweetHeart dibuat kerana perkataan itu sendiri membawa maksud yang istimewa iaitu begitu dekat di hati. Sudah tentu pengasas koleksi SweetHeart ini ingin menjadikan koleksi pakaian Muslim dan Muslimah mereka menjadi pilihan dan berjaya menambat hati para pelanggan.

Jom tengok koleksi di bawah label SweetHeart:

'SweetHeart' - Shawl dan tudung 2 muka
'Mirabella' - Baju Kurung Moden
'Salsabella' - Jubah Wanita
'Andalusia' - Jubah Lelaki

Shawl koleksi SweetHeart

Harga instant shawl : RM49.00
Harga instant Shawl 2 muka : RM59.00

Achik pasti peminat jubah di luar sana mesti menitikberatkan kualiti fabrik yang digunakan agar korang sentiasa selesa ketika berjubah. Begitu juga dengan koleksi SweetHeart, pemiliknya amat menitikberatkan fabrik yang digunakan agar ianya sangat selesa buat si pemakai.

Fabrik yang digunakan:
Tudung / Shawl : kain jenis Jameela Crepe @ Bubble Crepe; Chiffon Crepe; Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette

Jubah wanita Salsabella : Heavy Duty Satin Ombre; Como Crepe dan Italian Monaco

Jubah lelaki Andalusia : Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco dan Italian Valentro Uomo. Sudah tentu fabriknya ringan, sejuk dan warna yang terang ikut trend terkini.


Mengikuti perkembangan fesyen pada masa kini, fesyen Jubah Lelaki Andalusia mempunyai sedikit kelainan seperti 'piping' pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah 'high neck' yang membuat jejaka yang memakainya tampak kacak, tampan dan bergaya.

Sudah tentu fabriknya daripada kain kapas, tahan lasak, serta sejuk bila memakainya. Sesuai sangatlah untuk digayakan di Malaysia kan..Saiz bermula dari S hingga XXL






Harga Jubah ANDALUSIA
RM149.00





Achik suka tengok koleksi jubah Wanita Salsabella ini. Ianya simple dan tidak sarat dengan labuci atau lace yang boleh mengehadkan pergerakan si pemakai. Walaupun simple, tapi warna-warnya menarik dan ceria.

Harga jubah wanita Plain = RM149.00
Harga jubah wanita Two Tone = RM169.00

Kalau korang bukan peminat jubah, jangan risau..SweetHeart juga ada keluarkan koleksi Baju kurung Moden Mirabella yang mempunyai 5 warna pilihan. 




Sedikit kelainan pada warna baju kurung moden Mirabella ini. Warna-warna pastel yang digunakan membuatkan personaliti si pemakai kelihatan lembut dan lebih ayu. Saiz pula bermula dari saiz S hingga L.

Harga MIRABELLA = RM239.00

Oh ye..untuk makluman korang, semua koleksi SweetHeart dijual secara atas talian. Tapi jangan risau, korang pun boleh dapatkan baju koleksi SweetHeart menerusi butik Vendor 'Nanano' yang terdapat di Lembah Klang.

Kalau nak dapatkan lebih maklumat berkaitan SweetHeart, korang boleh Like FB rasmi SweetHeart di https://www.facebook.com/sweetheartbySH/ atau Follow IG https://www.instagram.com/sh.sweetheart/

~ Achik ~

Tuesday, June 21, 2016

Peluang Menang Citroen C4 Picasso di 'A Mystical Ramadan' IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena bulan Ramadhan, dengan penuh semangat Ramadan, IOI City Mall telah melancarkan kempen ‘A Mystical Ramadan’ berkonsepkan Moroccan (Maghribi). Mistik, inspirasi, seni merupakan beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan keajaiban Moroccan, sebuah negara yang tenggelam dengan keunikan unsur-unsur budaya dan kebanggaan landskapnya. 


Menurut Chris Chong, Pengurus Besar Kompleks IOI City Mall, pemilihan konsep Moroccan dibuat kerana ianya penuh dengan pelbagai elemen yang mempunyai keharmonian dan cerita yang menarik. Pemilihannya dibuat bagi menggambarkan keunikan yang ada di IOI City Mall yang mempunyai pelbagai jenis kedai yang bakal memenuhi citarasa, ‘trend’ dan ‘adventures’ di kalangan pengunjung yang hadir.

Mr. Chris Chong menyampaikan sumbangan kepada anak-anak dari Rumah Penyayang Ulin Nuha

Kalau korang ke IOI City Mall, di tengah-tengah tingkat Lower Ground (LG), Centre Court telah dihiasi dengan hiasan berkonsepkan Morrocan. Pentas utama dihiasi dengan gerbang kayu buatan tangan yang ikonik, dikelilingi dengan corak bermotifkan Moroccan, pokok kelapa, air pancut serta ada replika unta ! ‘A Mystical Ramadan’ ni telah pun bermula di IOI City Mall sejak 1 Ramadhan yang lalu dan akan tamat pada 10 Julai 2016.

Cantik hiasan replika unta ini. Seperti berada di negara Arab

Seperti yang Achik maklumkan tadi, IOI City Mall sememangnya menawarkan banyak kedai dan butik yang pelbagai bagi memenuhi citarasa pengunjung yang hadir. Tambahan pula, sempena kempen ‘A Mystical Ramadan’ ini, banyak ‘stall’ berkonsepkan Moroccan ditempatkan di sekitar aras LG Centre Court, LG East Wing, LG West Wing, G East Wing dan G West Wing. Antara yang menarik dijual di ‘stall’ ini termasuklah Bahulu Ann, Rendang Tok, Siti Cookies dan Yin Onn, pakaian tradisional, pakaian dan aksesori jenama Airaz, Alain Delon, Alharaman, EMZN, Fareeda, Galazy Dream, John Master, Lovely Lace, Lavely Lace Baby, Orlando, T&E, TimeKeeper, Kelengkapan kerongsang, capal, butang  baju Melayu dari Karyaneka, karpet dari Koleksi Pak Persian serta banyak lagi.

Pak Persian Collection dan Rendang Atuk

'Stall' Kuih Raya



Aksesori yang dijual di 'stall' Karyaneka

'Stall' hamper Hari Raya

Bahulu pun ada

Achik tahu ramai antara kita akan buat persiapan raya pada saat-saat akhir memandangkan gaji bulan jun baru je terima. Jadi, bagi membolehkan pengunjung mendapatkan keperluan hari raya mereka, IOI City Mall akan melanjutkan waktu perniagaan sehingga jam 11.00 malam dari 24 Jun 2016 hingga 03 Julai 2016.

Selain itu, sambil-sambil korang buat persiapan raya di IOI City Mall, korang juga berpeluang untuk menebus sampul duit raya serta berpeluang untuk memenangi sebuah kereta...Wow..best..!! Nak tahu macam mana? Jom ikut cara di bawah:

·         Perbelanjaan minimum RM150 (RM80 bagi ahli kad HSBC) dalam satu resit, pembeli akan terima satu set Sampul Duit Raya

·         Perbelanjaan minimum RM350 (RM250 untuk ahli kad HSBC) dalam satu resit, pembeli layak menebus 3 set Sampul Duit Raya atau pinggan mangkuk porselin eksklusif.

Penebusan boleh dibuat di Kaunter Penerangan, Aras G (sementara stok masih ada) dan mesti tebus pada hari sama pembelian dibuat. Penebusan bagaimanapun tidak sah untuk transaksi yang dibuat di GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Tukar Mata Wang dan apa-apa bentuk pembayaran bil.


Bukan itu saja, pengunjung bertuah juga bakal memenangi sebuah kenderaan Citroen C4 Picasso tajaan Citroen dalam peraduan ‘Joyous Drive’. Senang saja nak sertai, belanja minimum RM350 dalam satu resit, lengkapkan borang di Kaunter Maklumat, Aras G dan masukkan ke dalam kotak cabutan bertuah. Tiada soalan untuk dijawab. Korang kalau dah shopping tu Achik pasti berlebih-lebih belanjanya...Bawa family ke IOI City Mall, membeli-belah sama-sama dan pastikan bayaran dibuat dalam satu resit untuk menjadikan amaun minumum RM350..yeaahhh...

Penyerahan replika kunci Citroen C4 Picasso sumbangan Citroen

Kereta Citroen C4 Picasso menanti pemenang bertuah

Sama juga, peraduan ‘Joyous Drive ini’ tidak sah dengan transaksi yang dibuat di GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Tukar Mata Wang dan apa-apa bentuk pembayaran bil. Cabutan bertuah dan pengumuman pemenang akan dibuat secara langsung pada 31 Julai 2016 (Ahad) di mana peserta yang layak akan diberi ganjaran dengan baucar F & B untuk makan bersaksikan ‘waterfront’ dan ‘al-fresco unique dining concept of The Symphony Walk’ yang terletak di Aras G. Restoran yang menghadap padang golf dan kehijauan yang subur, The Symphony Walk menjanjikan pengalaman makan yang menyegarkan kerana ia juga menampilkan air pancut yang menari mengikut rentak muzik dan lampu yang mempesonakan dari hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.00pm, 9.30pm. Manakala dari hari Jumaat hingga hari Ahad ianya akan mula dimainkan pada pukul 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.30pm dan 10.00pm.

Kempen selama sebulan ini juga bakal menarik lebih ramai lagi pengunjung ke IOI City Mall. Pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan untuk para pengunjung antaranya Maghribi Dance, Riang Raya Dance Show, Arabic Dance, Tarian Tradisional Melayu & Joget Lambak, Belly Dance dan banyak lagi. Semua aktiviti ini akan dijalankan pada setiap hujung minggu dan cuti umum di Aras LG, Centre Court.


Sempena bulan Ramadhan ini juga, pihak IOI City Mall tidak melupakan tanggungjawab mereka dalam aktiviti ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR). Pada hari pelancaran tersebut, anak-anak dari Rumah Penyayang Ulin Nuha telah diraikan dengan aktiviti menonton wayang Angry Bird, membeli-belah di Parkson, LOL dan Zurfauzie Classic dah diakhiri dengan majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Texas Chicken, IOI City Mall. Kanak-kanak bertuah ini juga turut menerima pelbagai barangan yang ditaja oleh BMS Organics, Castania, Caring Pharmacy, Edibee, Yubiso, bersama-sama dengan aktiviti bengkel oleh Artopanda.


Terima kasih Texas Chicken

Terima kasih IOI City Mall kerana sudi menjemput Achik. Jom korang, membeli-belah persiapan raya di IOI City Mall sambil berpeluang memenangi Kereta Citroen C4 Picasso.

~ Achik ~

Monday, June 20, 2016

Raikan Saat-Saat Ramadan dan Raya Bersama Ribena

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Siapa dekat sini yang suka minum Ribena? Wahhh….bestkan rasa Ribena ni…kanak-kanak memang sangat menggemari rasa buah blackcurrant. Sejak ianya di bawa masuk ke Malaysia pada tahun 1955, minuman Ribena masih hangat di pasaran dengan pelbagai pembaharuan dibuat. Tapi Achik tetap gemarkan rasa Ribena Original dengan rasa blackcurrant.

Sesi Temubual
Dari Kiri: Rodney Tan (Ketua Pemasaran SFBM), Chef Anis Nabilah (Chef Selebriti) dan Lee Hon Tong (Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong)

Baru-baru ini, Suntory Beverage & Food Malaysia (SBFM) telah memperkenalkan kempen Ribena® Moments bertemakan Saat-Saat Ramadhan. Untuk kempen kali ini, Ribena telah bekerjasama dengan Chef Selebriti, Chef Anis Nabilah untuk membuat pembaharuan kepada hidangan kegemaran Malaysia dengan mencipta resepi baru yang unik. Sudah tentu menggunakan Ribena sebagai bahan utama…Jangan ingat Ribena untuk minum je tau…Boleh buat muffin, jem, kek dan macam-macam lagi..Nanti Achik kongsikan cara untuk dapatkan resepi yang telah diolah oleh Chef Anis Nabilah.

Chef Anis bersama hidangan yang dihasilkannya menggunakan Ribena sebagai bahan utama

“Sebagai jenama pilihan ramai, kami ingin memberikan sentuhan istimewa Ribena® kepada saat-saat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia, menjadikan ia Saat-Saat Ribena® (Ribena® Moments). Sejajar dengan perubahan citarasa dalam pemilihan makanan dan minuman tahun demi tahun hingga kini, Ribena® juga menampilkan perubahan untuk memenuhi permintaan dan citarasa para pengguna di Malaysia. Pengguna hari ini mementingkan makanan dan minuman yang bukan sahaja sedap, malah berkhasiat dan menyihatkan, maka kami percaya bahawa Ribena® yang dihasilkan daripada buah blackcurrant New Zealand sahaja, bebas daripada pewarna dan pemanis tiruan, mampu menjadi pilihan sihat dan menyelerakan untuk menjadikan saat istimewa Saat-Saat Ribena®,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong.

Mr. Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong

Majlis pelancaran kempen Saat-Saat Ribena telah pun diadakan di Mydin Mall USJ pada 17 Jun 2016 yang lalu turut dihadiri oleh Encik Rodney Tan, Ketua Pemasaran SFBM serta Chef Anis Nabilah. Istimewanya, Chef Anis Nabilah turut berkongsi cara-cara membuat lempeng kelapa, jem Ribena dan minuman jus delima Ribena. Chef Anis juga tidak lokek untuk berkongsi tips untuk menghasilkan lempeng yang lembut, gebu dan tidak keras.

Mr. Rodney Tan, Ketua Pemasaran SFBM

Chef Anis memberikan tips memasak

Kalau korang nak tahu, Chef Anis Nabilah telah menghasilkan sendiri lapan (8) resepi eksklusif menggunakan Ribena untuk dipromosikan sepanjang kempen Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena. Selain lempeng, jem Ribena, minuman delima Ribena, Chef Anis turut mencipta resepi apam kukus, tat nenas Ribena, kef Jaffa, minuman campuran Ribena dengan mangga dan nenas, minuman ros dan serai Ribena dan minuman asam boi + limau kasturi Ribena. Macam mana nak dapatkan resepi tersebut? Senang je…semua resepi dan cara-cara membuatnya turut dikongsikan dalam Facebook Ribena di www.facebook.com/RibenaMalaysia. Jadi, jangan lupa Like FB Ribena Malaysia cepat-cepat..Siapa tahu raya nanti korang boleh sediakan hidangan baru menggunakan Ribena.

Atas: Kek Jaffa (sedap!)
Bawah: Tart Nenas (sedap juga!)

Atas kiri: Lempeng Kelapa (lembut!)
Atas Kanan: Minuman campuran Ribena
Bawah kiri: Apam kukus Ribena (sedap sangat !)
Bawah kanan: Jem Ribena yang boleh dimakan bersama lempeng kelapa

Turut hadir bersama semasa sesi pelancaran tersebut adalah kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir. Hidangan berbuka puasa turut disediakan buat para jemputan dan kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir. Pihak SFBM turut berbesar hati menyampai sumbangan duit raya dan minuman Ribena buat kanak-kanak tersebut.


kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir

Buat yang terlepas untuk sertai Majlis pelancaran di Mydin Mall USJ, siri jelajah Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena akan diteruskan ditempat-tempat berikut:
•        Giant Stadium Shah Alam dari 24 – 26 Jun 2016
•        Aeon Big Wangsa Maju dari 1 – 3 Julai 2016

Jangan lupa datang..Sebab minuman Ribena juga dijual pada harga promosi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Ribena serta aktiviti promosi akan datang, Like FB Ribena Malaysia di www.facebook.com/RibenaMalaysia atau hubungi Careline di 1-800-38-1231 (Isnin ke Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).

~ Achik ~