Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Wednesday, May 02, 2018

Bufet Ramadan 2018 | Warna-Warni Ramadan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum terlewat lagi Achik rasa untuk berkongsi dengan korang kemeriahan Bufet Ramadan di PICC. Seriously memang banyak pilihan makanan yang disajikan di Bufet Ramadan PICC. Untuk tahun ini PICC telah mengumumkan untuk mengadakan promosi Warna-Warni Ramadan di Restoran Pot & Pan bermula hari kedua Ramadan.



Semasa majlis prebiu yang diadakan kesemua 12 orang chef dari pasukan kulinari PICC telah mempersembahkan lebih 30 gerai makanan dengan 300 jenis sajian seperti Kambing Panggang Golek PICC, Kuey Teow Tomyam, Laksa Thai, Pulut Mangga, Som Tam, Laksa Kedah Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, pelbagai aneka sup, kuih keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy. Semua hidangan yang menarik serta sedap ni akan disajikan kepada pelanggan bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.








Setiap tahun PICC memang tidak kalah dalam menyediakan hidangan bufet ramadan yang menarik. Kalau presentation makanan pun dh menarik, rasa makanannya apa ntah lagi..Memang semuanya sedap-sedap ! Di bawah pengendalian Chef Eksekutif Abdul Rahim Abu Bakar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini, beliau dan pasukan kulinari akan menyediakan pelbagai juadah tempatan mahu pun dari antarabangsa. Sebahagian dari sajian tersebut akan dimasak secara langsung dengan berkonsepkan gerai di bazar Ramadan.


Aneka Kerabu

Bufet Ramadan tahun ini pihak PICC memberi penekanan untuk mengekalkan keaslian makanan dalam hidangan bufetnya. Selain hidangan tradisi, Restoran Pot & Pan turut menyediakan masakan western sepanjang bulan Ramadan seperti pasta dan western grill yang dimasak secara langsung mengikut citarasa pelanggan.



Bercakap tentang pencuci mulut yang ni sememangnya buat iman Achik lemah...Adoiiii...banyak nya hidangan pencuci mulut yang disajikan. Kuih keria PICC memang sedap. Puding roti pun sedap...bubur pun sedap.. Pencuci mulut paling digemari rakyat Malaysia iaitu ABC disaluti aiskrim, cendol, kek, buah-buahan, teh tarik dan banyak lagi hidangan pencuci mulut untuk korang nikmati.






Apa yang penting di bulan Ramadan ni adalah tempat untuk menunaikan solat. Untuk makluman korang, pihak PICC menyediakan ruang solat lengkap dengan Imam untuk solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih. Ruang parkir kenderaan pula sudah tentu cukup untuk tampung bilangan kenderaan pelanggan yang hadir. Sepanjang bulan Ramadan suasana di Restoran Pot & Pan akan dimeriahkan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Syed Omar serta penampilan khas dari band busker, KamiJadi Band.



Tak cukup dengan itu, pihak PICC juga menawarkan hadiah cabutan bertuah dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai RM10,000 bakal dimenangi oleh pelanggan. Pihak PICC juga akan menyediakan bubur lambuk yangg akan diagihkan secara percuma kepada orang awam pada 17 Mei 2018 bermula dari 5.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Aras Mezzanine, PICC.




HARGA BUFET “WARNA-WARNI RAMADAN”

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM98 nett (dewasa) / RM49 nett (kanak-kanak)


Selain Bufet Warna-Warni Ramadan, pihak PICC turut menawarkan Bufet Oriental di Restoran Seafood Putrajaya (PSR). PSR terletak di Taman Botani Putrajaya turut menawarkan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan ini berkonsepkan Oriental. Demua sajian makanannya disediakan oleh Ketua Chef PSR, Chef Choi dan pasukan kulinarinya bermula 18 Mei hingga 13 Jun 2018. Menu makanannya pula akan berubah pada setiap minggu.



Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah Makanan Laut Bakar ala Nyonya, Kambing Panggang, Nasi Ayam dan Itik Hainan, Bubur Teow Chew, pelbagai jenis DimSum bersama sos, sayur-sayuran, pelbagai pilihan Nasi Goreng dan juga Mee Sup. Hidangan pencuci mulut juga tidak ketinggalan seperti Kek Red Velvet, Puding Roti, Sagu Gula Melaka, Bubur Gandum dan kuih Mochi Jepun. Menarikkan bufet ramadan berkonsepkan Oriental ni.

HARGA BUFET ORIENTAL DI PSR, TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM78 (dewasa) / RM58 (kanak-kanak)

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui medium berikut:

Emel                     : enquiry@pcs.my / pot.pan@picc.com.my
Talian Hotline        : 013-5299 496
Talian Utama         : 03-8887 6186 (Pot & Pan) / 03-8889 1188 (PSR)

Pembelian voucher bufet ramadan juga boleh dibuat secara atas talian di Fave, Eatigo, 8excite dan 11street.

~ Achik ~

Friday, March 23, 2018

Berbuka Puasa 2018 di Sime Darby Convention Centre : Pilihan antara ‘Sajian Tradisi Bufet Ramadhan’ atau pun ‘Ramadhan Dinner Indulgence’


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Seperti tahun-tahun lalu, tahun ini Sime Darby Convention Centre (SDCC) melancarkan Buffet Ramadhan nya 2 bulan lebih awal dari ketibaan bulan Ramadhan. Sudah pasti promosi harga menarik ditawarkan pada hari pelancaran tersebut. Kalau korang nak tahu, Achik berpeluang beli lebih dari 20 voucher berbuka puasa di Restoran Halia SDCC dengan harga RM59.90 seorang. Murah dan sangat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan menu lauk-pauk, kuih-muih dan pelbagai jenis menu makanan yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan nanti.


Pada setiap tahun, dua restoran utama di SDCC iaitu Halia dan China Treasures tidak pernah mengecewakan pengunjungnya sepanjang bulan Ramadhan. Jom kita tengok apa yang menarik ditawarkan di Restoran Halia sepanjang bulan ramadhan nanti...

Sajian Tradisi Bufet Ramadhan di Restoran Halia

Lebih 80 menu asli masakan tradisional Melayu ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan nanti antaranya Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk Berherba, Sotong Sambal Tumis Petai, Roasted Whole Lamb, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Special dan Roti Jalan Pandan yang dihidangkan dengan Serawa Durian.





Bukan itu sahaja..Di sudut ‘bakar-bakar’ pula, para tetamu boleh nikmati Itik Panggang, Ikan Bakar, Kerang, Otak-otak beserta dengan sos yang sedap.




Sungguh pun Bufet Ramadhan di SDCC berkonsepkan Sajian Tradisi, ianya turut menawarkan beberapa hidangan barat bagi mempelbagaikan lagi pilihan menu yang ditawarkan. Orang Malaysia ni kita tak boleh jangka...Kadang-kadang tekak pun ada rasa teringin nk makan sesuatu yang lain dari biasa...Hehehe.. So jangan risau. Di Buffet Ramadhan Restoran Halia turut menjamukan Italian pasta, Pizza, Pasta seperti Spaghetti Carbonara, Fettuccini dan macam-macam lagi.

Di sudut minuman pula, apa yang menarik adalah air zam-zam yang turut disediakan buat para tetamu untuk membasah tekak ketika berbuka puasa. Selain itu, turut disediakan adalah Teh Tarik, Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Air Jagung, Sirap Selasih, Air Tebu dan Fruity Smoothies Blend.

Bercakap tentang pencuci mulut pula, Restoran Halia tidak pernah mengecewakan para tetamunya...Pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih tradisi melayu yang sedap, kek, tiramisu, brownies, ais krim, tapai, wajik, dodol, churros, ABC dan macam-macam lagi...Sumpah sedap la dessert dekat sini..!!!!






Harga Biasa : RM99 nett / pax
     Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
                Tempoh       : 17 Mei 2018 - 13 Jun 2018

* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma



Ramadhan Indulgence Dinner


Kalau korang teringin berbuka puasa dengan masakan Chinese, maka Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures adalah pilihan yang tepat.

Sama seperti tahun-tahun lalu, makanan di China Treasures semuanya panas-panas. Ianya tidak dihidangkan secara Bufet. Jadi para tetamu yang hadir perlu buat tempahan makanan on the spot. Ramadhan Indulgence Dinner di China Treasures menawarkan lebih 60 hidangan ‘ala minute’ yang boleh ditempah termasuklah 79 pilihan dim sum yang menarik.

Menu ‘ala minute’ yang ditawarkan merupakan menu top yang disarankan oleh Chef di China Treasures yang terdiri daripada Deep Fried Fresh Mushroom with Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawns with Hokkien Shrimp Sauce in Claypot, Deep Fried Chicken with Dried Chill & Cashew Nuts dan Roasted Duck with Siamese Plum Sauce. Banyak lagi menu yang menarik menanti para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti.




Selain itu, sebanyak 79 jenis dim sum ditawarkan termasuklah Deep-Fried Shrimp Patties with Slice Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy Chicken Dumplings dan Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Buns.




Harga Biasa : RM99 nett / pax
     Masa           : 6.30 pm - 10.30 pm
                Tempoh       : 01 Mei 2018 - 30 Jun 2018

* kanak-kanak (usia 6 - 12 tahun) & warga emas (usia 60 tahun ke atas) nikmati diskaun 25%
** kanak-kanak usia bawah 6 tahun makan percuma


Promosi Early Bird


Untuk Tempahan

Halia
Tel. : 03-2089 3799 
Emel : halia.sdcc@simedarbyproperty.com

China Treasures
Tel. : 03-2089 3788
Emel : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Banquet Enquiry
Tel. : 03-2089 3688
Emel. : enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

SDCC juga menawarkan pakej banquet untuk Beruka Puasa, Rumah Terbuka Hari Raya dan Catering luar. 

~ Achik ~