Monday, August 22, 2016

4 Days Promotion Roadshow Setiap Minggu Di Petsmore

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai korang pemilik kucing dan anjing di luar sana. Untuk makluman korang semua, Petsmore Malaysia sedang mengadakan promosi selama 4 hari pada setiap minggu bermula hari Khamis hingga Ahad..pada minggu lepas, telah berlangsungnya promosi selama 4 hari di Petsmore cawangan Bandar Mahkota Cheras.


Achik di Petsmore Bandar Mahkota Cheras

Promosi yang bermula pada hari Khamis (18 Ogos 2016) hingga Ahad (21 Ogos 2016) di Petsmore Bandar Mahkota Cheras sememangnya menawarkan pelbagai promosi yang menarik termasuklah promosi early bird yang bermula pada jam 11.30 am pada hari pertama promosi.

Sepanjang tempoh 4 hari promosi ini, sebanyak 1000 unit produk terpilih yang ditawarkan oleh Petsmore dengan diskaun sehingga 70%. Setiap ahli Petsmore berpeluang untuk grab 3 unit daripada 1000 produk yang ditawarkan selagi stok masih ada.

 


Lebih menarik lagi, pada hari pertama promosi bermula, Petsmore Bandar Mahkota Cheras menawarkan voucher membeli-belah bernilai RM30 kepada 200 orang pembeli terawal. Tiada minimum pembelian ditetapkan. 200 pembeli terawal tersebut juga berpeluang untuk memiliki RM300 pet voucher serta 5 sesi basic gromming ticket dengan harga RM10 sahaja.. Murah sangat !!!!.




Selain itu, Petsmore Bandar Mahkota Cheras juga menawarkan sebanyak 100 unit sangkar dan perabot haiwan peliharaan dengan harga yang sangat menakjubkan. Pelanggan yang bertuah juga berpeluang untuk terlibat dalam sesi lucky draw (setiap pembelian RM150 dalam 1 resit berpeluang untuk dapat 1x spin, RM300 dalam 1 resit dapat 2x spin dan RM450 dalam 1 resit dapat 4x spin). Walaupun pelanggan berpeluang untuk putar lebih dari sekali, pelanggan hanya layak untuk memilih 1 hadiah sahaja.


Buat peminat hamster, korang juga boleh dapatkan hamster dari Petsmore dengan harga yang menarik sepanjang promosi tersebut. Sebanyak 200 hamster ditawarkan dengan harga RM1 untuk pelajar yang mendapat pencapaian markah lebih daripada 80%. Mudah sahaja, datang je ke Petsmore bersama dengan report kad, atau bukti keputusan peperiksaan anak korang, korang layak beli hamster tersebut dengan harga RM1. Walau bagaimanapun, Petsmore turut menawarkan hamster tersebut pada harga RM8.99 untuk ahli Petsmore.



Selain daripada promosi yang Achik nyatakan di atas, banyak lagi promosi menarik yang ditawarkan oleh Petsmore sepanjang 4 days promotion roadshow, antaranya:

·         Premium collection (caps, cups, badges, toys, frisbee), enjoy up to 70% off with purchase 11 selected brand products (Eukanuba, Iams, Apls Natural, Iskhan, Nutrience, Dr. Pro Merrick, ProBalance, Ciao, Singen, Inodorina) in this 4 days. Kalau hari biasa, promosi hanya 35% sahaja !

·         Pembelian kedua dengan diskaun sebanyak 50% untuk jenama terpilih (Eukanuba, Iams, Aple Natural, Iskhan)

·         Pembelian ke-4 pada harga RM1 sahaja untuk jenama pilihan (Nutrience, Dr. Pro, Merrick).

·         Pembelian ke-7 pada harga 10sen sahaja untuk jenama pilihan (ProBalance, Ciao, Dr. Pro). Murah nya !!!!!

·         Beli 3 tapi bayar 2 sahaja untuk jenama pilihan (Singen, Inodorina).




Bestkan !!! Banyak sangat kelebihan sekiranya korang mendaftar menjadi ahli Club Petsmore. Yang paling best, korang dapat enjoy semua promosi menarik sepanjang 4 hari roadshow promotion  yang diadakan pada setiap minggu di cawangan Petsmore yang terpilih.

Apa kelebihan menjadi ahli Club Petsmore???

·         Yuran RM12 setahun
·         Percuma 2 hari stay di pet hotel setiap tahun
·         Jaminan kesihatan selama 7 hari untuk setiap haiwan peliharan yang dibeli dari Petsmore
·         Pertukaran produk sehingga tempoh 30 hari
·         5% diskaun pada semua pembelian yang dibuat
·         Diskaun tambahan sebanyak 5% semasa birthday korang
·         Love card member days promotion
·         Kumpul mata & tebus mata
·         Promotion update newsletter

Antara pelanggan yang hadir memeriahkan 4 days roadshow promotion di Petsmore Bandar Mahkota Cheras

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan promosi yang berlangsung di Petsmore, jangan lupa LIKE FB rasmi di www.facebook.com/petsmore atau layari laman web rasmi di www.petsmore.com

Dengar cerita minggu ni promosi sedang berlangsung di Petsmore Sri Petaling. Jangan lepaskan peluang untuk grab barang-barang keperluan haiwan kesayangan korang dari Petsmore.


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment