Monday, October 24, 2016

‘The Joy of Life’ Minuman Sarang Burung Berkolagen Yang Pasti Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua orang tahu minuman sarang burung memang baik untuk kesihatan dan kecantikan wajah. Ianya telah terbukti secara saintifik mampu memberi banyak manfaat kesihatan seperti merangsang pertumbuhan semula sel-sel, menguatkan sistem imun dan sistem pernafasan manusia serta membantu meningkatkan prestasi fungsi organ-organ dalaman manusia. Dari segi kecantikan pula, sudah tentu minuman sarang burung dapat meremajakan sel-sel kulit manusia agar ianya kelihatan licin, berseri serta muda untuk jangka masa panjang. Tapi masih ramai lagi di luar sana yang berasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan status halal minuman sarang burung.

Baru-baru ini, Ecolite Boitech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) telah melancarkan minuman Sarang Burung yang mengandungi Kolagen. Minuman sarang burung berkolagen yang diberi nama 'The Joy of Life' didatangkan dalam bungkusan yang menarik untuk memudahkan penggemar minuman sarang burung menikmatinya.


Apa yang menarik adalah minuman Sarang Burung Berkolagen, 'The Joy of Life' ini telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan boleh diminum tanpa rasa was-was. 'The Joy of Life' menggabungkan ramuan daripada Marine Fish Collagen mampu merangsang pengeluaran kolagen dalam badan kita bagi mengelakkan pengeluaran tanda-tanda penuaan. Yang pasti, kalau korang amalkan mengambil minuman sarang burung yang ada kolagen secara konsisten, sudah tentu wajah akan kelihatan muda remaja dan sentiasa bertenaga.


‘The Joy of Life’ mengandungi gabungan ramuan semula jadi iaitu sarang burung, Marine Fish Collagen, Gula Batu dan RO Water. Ianya dijamin berkhasiat kerana tiada sebarang pewarna, perasa tambahan mahu pun bahan pengawet.

Sebenarnya, minuman sarang burung ini sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Cina. Malah, ianya sering kali digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Jadi, dengan menggunakan kepakaran teknologi yang ada serta ilmu pengetahuan daripada mereka yang profesional, Ecolite telah berjaya menghasilkan minuman Sarang Burung Berkolagen berstatus Halal yang mudah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


'The Joy of Life' didatangkan dengan 5 perisa yang berbeza-beza dengan botol yang menarik.

 
Original

Longan

 
Kurma Merah dengan Buah Goji (Wolf-Berry)

 
Laici

Aloe Vera

Achik dah cuba semua perisa...Semuanya sedap...Yang paling penting setiap botol berisipadu 250ml ni ada 2500mg kolagen...Memang makin cantik la korang kalo selalu minum 'The Joy of Life', minuman sarang burung berkolagen. 

So, kat mana korang boleh dapatkan minuman 'The Joy of Life' ini??? Buat masa ini, 'The Joy of Life' hanya dijual di 7eleven sahaja. Tapi apa nak takut, cawangan 7eleven bersepah dekat Malaysia ni. Lagi best, korang boleh dapatkan minuman 'The Joy of Life' ni pada bila-bila masa sahaja sebab 7eleven kan beroperasi 24 jam....hehehehe...

Pada masa akan datang, sudah pastinya minuman 'The Joy of Life' akan dijual di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka di Malaysia. 

Jadi, jangan lupa singgah di 7eleven yang berdekatan dengan korang untuk dapatkan minuman 'The Joy of Life' pada harga RM6.80 sahaja. Satu harga yang Achik rasa berpatutan untuk minuman Sarang Burung yang ada Kolagen dengan rasa yang sedap!

Lagi satu Achik nak pesan, kalau korang tak dapat habis minum 1 botol minuman The Joy of Life tu, pastikan korang simpan dalam peti sejuk ye once botol dah dibuka...

Untuk maklumat lanjut berkaitan 'The Joy of Life' boleh layari www.thejoyoflife.my

Oh ye...semasa majlis pelancaran tersebut turut diadakan sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah, murah rezeki Achik kerana telah menjadi salah seorang pemenang cabutan bertuah. Terima kasih Ding Ding Technology selaku Sponsoring Partner untuk Soft Launch The Joy of Life.


~ Achik ~


1 comment:

  1. Untuk kanak² sesuai tak.minum air ni..bwh 12tahun..

    ReplyDelete