Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Friday, September 09, 2016

Promosi Belle La Belle di Lazada Sempena Fashion Big Brand Sale

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera...

Wahhh...sedang hangat berlangsung ketika ini adalah Fashion Big Brand Sale di Lazada yang telah pun bermula sejak 05 September 2016 hingga 11 September 2016. Apa yang menariknya, banyak baju dari pereka fesyen yang terkenal turut serta dalam Lazada Fashion Big Brand Sale. Antara jenama pakaian wanita yang turut serta dalam Fashion Big Brand Sale ini adalah Belle La Belle.


Seperti yang korang semua sedia maklum, Lazada sangat menitikberatkan kualiti barangan yang dijual di laman web rasmi Lazada. Setiap barang / pakaian yang dijual di laman web rasmi Lazada adalah barang original yang diperoleh secara langsung daripada pengeluar barangan tersebut. Lebih menarik lagi, sungguh pun ianya merupakan barang original daripada pengeluarnya, namun harga yang ditawarkan oleh Lazada sangat eksklusif dan lebih rendah daripada harga di pasaran mahu pun di mana-mana kedai atau pun butik fesyen.

Sempena Fashion Big Brand Sale yang sedang berlangsung di Lazada, Achik telah diberi peluang untuk mencuba sendiri BelleLabelle Azalea Kaftan keluaran Belle La Belle yang dijual secara eksklusif di www.lazada.com.my

Potongan yang longgar dan hiasan pada bahu kaftan yang tidak sarat

Apa yang menarik dengan Belle Labella Azalea Kaftan ini adalah potongan kaftannya longgar dan tidak mengikut bentuk badan. Ianya sangat sesuai digayakan oleh perempuan muslimah yang sangat menitikberatkan potongan pakaian yang dipakai.

Model menggayakan saiz L. Oh ye...model ni kakak Achik tau. Saiz L memang sesuai digayakan oleh kakak Achik..

Sungguh pun warna Belle Labelle Azalea Kaftan ini berkonsepkan ‘plain color’, tetapi rekaan eksklusif pada bahu Kaftan keluaran Belle La Belle ini membuatkan si pemakainya tampil eksklusif dan bergaya. Kombinasi kain berwarna maroon dan ‘detailing’ di bahu yang berwarna gold adalah pilihan bijak yang dibuat oleh perekanya.


‘detailing’ pada bahu yang berwarna Gold merupakan kombinasi yang menarik dengan warna kain yang berwarna maroon

Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan Belle Labelle Azalea Kaftan ini juga merupakan fabrik yang berkualiti tinggi, tidak panas malah ianya tidak terlalu berat untuk digayakan. Selain warna maroon, Belle Labelle Azalea Kaftan turut didatangkan dengan warna putih. Cantik juga kaftan berwarna putih. Nampak suci murni je si pemakainya. 



Bersesuaian dengan Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba tak lama, Achik rasa korang boleh gunakan kesempatan ini untuk dapatkan Belle Labelle Azalea Kaftan dari Lazada.com.my dengan harga promosi sempena Fashion Big Brand Sale.

Harga normal : RM185.00
Harga promosi : RM150.00

Berikut adalah ukuran Belle Labelle Azalea Kaftan untuk rujukan korang semua:

Shoulder x Bust x Waist x Hip x Kaftan Length

·         S (14” x 35.6” x 27.6” x 37.6” x 62”)
·         M (14.5” x 37.6” x 29.6” x 39.6” x 63”)
·         L (15” x 39.6” x 31.6” x 41.6” x 64”)
·         XL (16” x 41.6” x 33.6” x 43.6” x 65”)

Untuk yang berminat nak dapatkan koleksi Bella Labelle Azalea Kaftan atau mana-mana koleksi pakaian dari Belle La Belle boleh layari www.lazada.com.my/belle-la-belle/

Achik pun sempat menggayakan Bella Labelle Azalea Kaftan

Pastikan korang tak lepaskan peluang untuk membeli-belah di Lazada sempena Fashion Big Brand Sale yang akan berakhir pada 11 September 2016.

Fashion Big Brand Sale : 05 September 2016 – 11 September 2016


Jangan lupa masukkan kupon ni untuk korang nikmati diskaun:

COUPON CODE: FABIG20
Tarikh Tamat : 11 September 2016

Tidak lupa juga, sempena Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September 2016, Lazada juga turut mengadakan Malaysia Day Sale yang akan berakhir pada 16 September 2016. Korang boleh klik gambar di bawah untuk mula membeli belah dan enjoy diskaun sehingga 30%.


COUPON CODE : MDAYSPECIAL30
Tarikh Tamat : 16 September 2016

Happy shopping korang!!

~ Achik ~








Monday, March 14, 2016

10 barang pilihan dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016

Assalamulaikum & salam sejahtera..

Happy Birthday LAZADA !!!

Yup..bulan Mac ini, Lazada menyambut ulangtahun yang ke-4. Sempena ulangtahun ke-4 ni, Lazada menawarkan diskaun menarik sehingga 90% bagi barang-barang yang dijual di Lazada. Menarikkan? Banyak sangat korang boleh berjimat dengan adanya diskaun sempena Birthday Lazada yang ke-4.


Achik sebelum ini dah beberapa kali membuat pembelian dengan lazada..Antara yang Achik ingat Cyclone Vacum jenama Global, Air Purifier jenama Sharp, memory kad Flash Air jenama Toshiba, Sport Watch, Telefon Bimbit jenama Asus & Nokia Lumia, memory kad untuk smartphone dan banyak lagi.. Sepanjang pengalaman Achik berbelanja dengan Lazada ni, Achik sangat berpuas hati dengan barang diberi, harga yg lebih murah serta perkhidmatan penghantaran yang diberikan. Sebab tu lah Achik berani untuk membeli-belah di Lazada.

Sempena jualan hebat di Lazada untuk sambutan 4th Birthday, Achik sempat survey beberapa barang untuk Achik punya Projek Nak Kurus 2016. Hehehe..Almaklumlah, berat badan Achik dah naik 5kg. Ni pun dah beberapa hari tak timbang. Risau kilo tu akan bertambah lagi. Jadi dengan adanya promosi hebat di Lazada, 10 barang yang menjadi pilihan Achik adalah seperti dalam gambar di bawah. Kenapa barang-barang menjadi pilihan ? Jom teruskan lagi membaca entry ini sampai habis.

10 barang pilihan Achik di Lazada



Kenapa sport bra menjadi pilihan utama Achik ? Sebab Achik tak pernah ada sport bra seumur hidup Achik. Memandangkan berat badan dah bertambah, jadi Achik berpendapat sport bra sangat penting untuk Achik pakai semasa melakukan senaman. Sport Bra yang menjadi pilihan Achik dari Lazada adalah USA Pro Med Bra Women (Tiger AOP).

Antara kelebihan yang ada pada sport bra ini adalah:

*racer back
*padded bust support
*elasticated hem
*Breathable Fabric
*88% polyester, 12% elastane



Sport Watch yang menjadi pilihan Achik adalah Suunto M5 Black Pack (SS018466000) berwarna hitam seperti dalam gambar di atas. Kenapa pentingnya sport watch ini untuk senaman? Sebabnya dengan adanya sport watch, Achik boleh tahu dan monitor berapa banyak kalori yang Achik bakar. Bila Achik tahu status pembakaran kalori dari senaman yang Achik buat, seang la skit nak pantau prestasi senaman Achik.


Ciri-ciri apa yang ada pada Suunto ini:

*paparkan tarikh, masa dan boleh tetapkan alarm
*paparkan berapa nadi dan kalori yang telah dibakar
*ujian kesihatan
*recovery-time
*Automatic adapting exercise programs
*Real-time intensity guidance
*Motivational feedback messages
*Upload exercise data
*Pelbagai fungsi bahasa



Yoga Mat juga merupakan salah satu kelengkapan yang penting untuk bersenam. Tak semestinya ianya digunakan untuk senaman Yoga sahaja. Malah dengan adanya Yoga Mat ni, Achik boleh melakukan senaman seperti plunk, push up, burpees, dan macam-macam lagi tanpa mencederakan tangan. Kenapa? Sekiranya Achik lakukan senaman dipermukaan yang tidak rata seperti jalan tar ke, sekurang-kurangnya yoga mat ni boleh melindungi bahagian tangan dan lutut Achik dari luka.


Yoga Mat yang menjadi pilihan Achik dari Lazada adalah Eco Sport NBR 10MM Durable Yoga Exercise Mat with Carrying Strap.

  
Ciri-ciri yang ada pada Yoga Mat pilihan Achik



Dalam keadaan ukur lilit lengan Achik makin bertambah akibat kenaikan berat badan sebanyak 5kg, dumbell sangat la penting untuk senaman tangan.

Dengan menggunakan teknik yang betul, Achik harap sangat ukur lilit tangan Achik berkurang dan lebih pejal..hehehe..




Hehehe..DVD Zumba ni memang sangat berguna buat Achik yang mepunyai gaya hidup yang sibuk. Sibuk dengan kerja di pejabat sampaikan Achik tiada masa untuk keluar bersenam. Jadi dengan adanya DVD Zumba ini, Achik boleh lakukan gerakan Zumba di rumah berpandukan video Zumba yang dipasang. The best part is, dengan pembelian DVD Set ini, dapat free toning stick yang Achik boleh gunakan untuk senaman tangan sewaktu Zumba. Macam dalam gambar di bawah.


Set DVD ini didatangkan dengan 7 keping DVD dengan fungsi senaman yang berbeza-beza:

1) Dics 1 > Step-by-Step
2) Dics 2 > Activate
3) Disc 3 > Ripped
4) Disc 4 > Exhilarate
5) Disc 5 > Rush
6) Dics 6 > Mix
7) Dics 7 > Fitness-Concert.



Kenapa Achik sampai perlukan peralatan push up ni? Kenapa tak buat je push up macam biasa? Haaa...ada sebabnya. Untuk pengetahuan korang, pergelangan Achik tak berapa nak kuat. Jadi bila dibuat senaman push up dalam kiraan yang lama, pergelangan Achik akan sakit.

Makanya, Achik berminat dengan Push Up Pro Body Workout Exercise Muscle Fitness Training Gym ni.


Peralatan push up ini boleh rotate bagi membolehkan tangan dan bahu bergerak secara natural semasa senaman push up. Push Up Pro ini membantu menegangkan dan membentuk dada, bahu, tangan, belakang dan bahagian abs dengan cepat!. Sangat disyorkan untuk mereka yang nak dapatkan bentuk badan ideal.




Barang keperluan ke-7 untuk Projek Nak Kurus 2016 yang menjadi pilihan Achik adalah Fitness 2.5HP Heavy Duty Gym 10 In 1 Home Motorized Treadmill. Setelah membuat beberapa survey, Achik jumpa treadmill jenama ini menawarkan harga yang berpatutan di Lazada.

Ciri-ciri dan fungsi yang ada pada treadmill ini setanding dengan harga treadmill yang lebih mahal. Rutin harian Achik terutamanya pada hari bekerja amatlah sibuk dan kebiasaanya Achik akan sampai rumah pada jam 7.00pm. Jadi macam mana Achik nak cari masa untuk pergi jogging kan. Dengan adanya treadmill ni di rumah, Achik boleh berlari di atas treadmill di dalam rumah dengan pakaian sukan yang minima.


Antara ciri-ciri yang ada pada treadmill ini:

*2.5HP low noise DC import motor, using 220V/50HZ family electrical.
*Blue LCD display
*Have 8 kinds internal function sports procedure
*Hand the machine counting heartbeat, mastery exercise personal
*Special safe key away from switch, the function have stop at once
*Keep electric current and short-circuit current
*Directly elected functions
*Waterproof spring running board
*The whole folding designs let install easier
*MP3 Function.



Satu kajian yang dijalankan oleh NASA mendapati bahawa 10 minit melantun pada trampolin adalah senaman kardiovaskular yang lebih baik berbanding daripada 33 minit berjalan kaki. Menurut laporan itu, "untuk tahap yang sama kadar jantung dan penggunaan oksigen, magnitud rangsangan mekanikal bio adalah lebih besar dengan melompat ke atas trampolin daripada dengan berjalan." Melantun atas trampolin juga merangsang aliran dengan cara yang yang membantu membersihkan badan daripada toksin dan bahan buangan.


Seronok tengok peserta Asia's Next Top Model Cycle 4 mencari pose yang mantap dengan melompat atas trampolin. Berapa banyak lah kalori yang dibakar oleh peserta-peserta AsNTM tersebut.

Setelah di survey, EcoSport Trampoline 40-inch berwarna biru ini menjadi pilihan hati Achik. Mempunyai diameter frame seluas 40"inch, 8.5" tinggi dari lantai dan berat maksimum yang boleh guna trampoline ni tak boleh lebih 90kg..hehehe..



Siapa kata Achik tak perlu nak beli water bag pouch backpack ni sebagai keperluan dalam Projek Nak Kurus 2016? Korang silap. Dengan adanya beg galas boleh isi air ni, memudahkan Achik bila mendaki bukit. Ye...tahap kecerdasan Achik buat masa ini tidak bersesuaian untuk Achik mendaki gunung tapi boleh lagi mendaki bukit...contohnya Bukit Broga.


2.5L Hydration Outdoor Tactical Water Bag Pouch Backpack with Bladder Black bersifat kalis air 900D high density Nylon material.


10. Roller skate (Klik untuk info berkaitan produk)

Yeah....roller skate melengkap senarai 10 barang pilihan Achik dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016. Nampak santai kan...Yup ! itulah tujuannya. Bermain roller skate nampak santai tapi juga membantu membakar kalori dengan gerakan kaki. Bersungguh Achik survey roller skate  dan akhirnya mata Achik jatuh cinta dengan SRZ Hard Boot Inlone Skates (gold / black) seperti dalam gambar di bawah ni.


Smart kan...nampak eksklusif tapi harganya amatlah berpatutan. Ciri-ciri pada inline skates ini:

*Hard boot body and high quality
*Design same with real shoes and comfortable when using
*Spare part can change and easier to get
*The Lining Material is Quality Ventilation mesh & loop velvet fabric
*The sponge can put out and dry after using



Menarikkan 10 barang pilihan dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016 Achik. Kalau korang pun ada masalah yang sama, iaitu masalah berat badan, apa kata ambil masa untuk klik setiap satu produk yang dinyatakan di atas untuk korang dapatkan info lanjut berkaitan harga serta diskaun yang ditawarkan.

Jom Kurus sama-sama dengan Lazada.

~ Achik ~



>> This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.