Monday, October 24, 2016

‘The Joy of Life’ Minuman Sarang Burung Berkolagen Yang Pasti Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua orang tahu minuman sarang burung memang baik untuk kesihatan dan kecantikan wajah. Ianya telah terbukti secara saintifik mampu memberi banyak manfaat kesihatan seperti merangsang pertumbuhan semula sel-sel, menguatkan sistem imun dan sistem pernafasan manusia serta membantu meningkatkan prestasi fungsi organ-organ dalaman manusia. Dari segi kecantikan pula, sudah tentu minuman sarang burung dapat meremajakan sel-sel kulit manusia agar ianya kelihatan licin, berseri serta muda untuk jangka masa panjang. Tapi masih ramai lagi di luar sana yang berasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan status halal minuman sarang burung.

Baru-baru ini, Ecolite Boitech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) telah melancarkan minuman Sarang Burung yang mengandungi Kolagen. Minuman sarang burung berkolagen yang diberi nama 'The Joy of Life' didatangkan dalam bungkusan yang menarik untuk memudahkan penggemar minuman sarang burung menikmatinya.


Apa yang menarik adalah minuman Sarang Burung Berkolagen, 'The Joy of Life' ini telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan boleh diminum tanpa rasa was-was. 'The Joy of Life' menggabungkan ramuan daripada Marine Fish Collagen mampu merangsang pengeluaran kolagen dalam badan kita bagi mengelakkan pengeluaran tanda-tanda penuaan. Yang pasti, kalau korang amalkan mengambil minuman sarang burung yang ada kolagen secara konsisten, sudah tentu wajah akan kelihatan muda remaja dan sentiasa bertenaga.


‘The Joy of Life’ mengandungi gabungan ramuan semula jadi iaitu sarang burung, Marine Fish Collagen, Gula Batu dan RO Water. Ianya dijamin berkhasiat kerana tiada sebarang pewarna, perasa tambahan mahu pun bahan pengawet.

Sebenarnya, minuman sarang burung ini sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Cina. Malah, ianya sering kali digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Jadi, dengan menggunakan kepakaran teknologi yang ada serta ilmu pengetahuan daripada mereka yang profesional, Ecolite telah berjaya menghasilkan minuman Sarang Burung Berkolagen berstatus Halal yang mudah untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


'The Joy of Life' didatangkan dengan 5 perisa yang berbeza-beza dengan botol yang menarik.

 
Original

Longan

 
Kurma Merah dengan Buah Goji (Wolf-Berry)

 
Laici

Aloe Vera

Achik dah cuba semua perisa...Semuanya sedap...Yang paling penting setiap botol berisipadu 250ml ni ada 2500mg kolagen...Memang makin cantik la korang kalo selalu minum 'The Joy of Life', minuman sarang burung berkolagen. 

So, kat mana korang boleh dapatkan minuman 'The Joy of Life' ini??? Buat masa ini, 'The Joy of Life' hanya dijual di 7eleven sahaja. Tapi apa nak takut, cawangan 7eleven bersepah dekat Malaysia ni. Lagi best, korang boleh dapatkan minuman 'The Joy of Life' ni pada bila-bila masa sahaja sebab 7eleven kan beroperasi 24 jam....hehehehe...

Pada masa akan datang, sudah pastinya minuman 'The Joy of Life' akan dijual di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka di Malaysia. 

Jadi, jangan lupa singgah di 7eleven yang berdekatan dengan korang untuk dapatkan minuman 'The Joy of Life' pada harga RM6.80 sahaja. Satu harga yang Achik rasa berpatutan untuk minuman Sarang Burung yang ada Kolagen dengan rasa yang sedap!

Lagi satu Achik nak pesan, kalau korang tak dapat habis minum 1 botol minuman The Joy of Life tu, pastikan korang simpan dalam peti sejuk ye once botol dah dibuka...

Untuk maklumat lanjut berkaitan 'The Joy of Life' boleh layari www.thejoyoflife.my

Oh ye...semasa majlis pelancaran tersebut turut diadakan sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah, murah rezeki Achik kerana telah menjadi salah seorang pemenang cabutan bertuah. Terima kasih Ding Ding Technology selaku Sponsoring Partner untuk Soft Launch The Joy of Life.


~ Achik ~


Monday, October 17, 2016

Miliki Rupa Bentuk Badan Yang Menarik Serta Wajah Yang Cantik Dengan Brace 8 Slimming

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang !!! Sorry lama Achik tak update korang dengan story baru..agak busy sejak dua menjak ni...Alang-alang ada masa terluang sikit ni, Achik nak kongsikan dengan korang tentang satu produk..Mungkin ada di antara korang yang berminat. Mana tak nya, sambil kekal langsing, korang juga boleh generate income...best kan..!!

Kebetulan pula Achik memang sedang dalam proses menurunkan berat badan...Walau tak dapat badan yang langsing, tapi dapat achieve berat Achik yang sebelum ni pun dah kira puas hati...sekurang-kurangnya baju Achik yang dah ketat tu, boleh disarung balik...hehehehe..Lagi pun orang kate if Achik terlalu kurus tak cantik..nampak tua sebab kalau berat turun mesti muka Achik yang akan susut sangat...


Terbaru, Achik ada mencuba Brace 8 Slimming by BRACE BEAUTE. Mungkin ramai lagi yang belum pernah dengar nama BRACE BEAUTE. Meh Achik ceritakan sikit tentang latar belakang BRACE BEAUTE. BRACE BEAUTE merupakan sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menjalankan kerja jualan produk kecantikan dan kesihatan secara atas talian. BRACE BEAUTE juga turut aktif membabitkan diri dalam karnival jualan dengan membukan gerai jualan bagi mempromosikan produk keluaran BRACE BEAUTE. Sungguhpun baru ditubuhkan pada 15 Jun 2016, BRACE BEAUTE telah mengeluarkan beberapa lagi rangkaian produk kecantikan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Antara produk keluaran BRACE BEAUTE:
1.   Freely Face Serum
2.   Diamond Firming Serum
3.   Brace 8 Slimming
4.   Wonder Perfume

Ok...tu sedikit sebanyak info tentang BRACE BEAUTE..Skang, jom Achik story tentang Brace 8 Slimming yang Achik telah mula guna beberapa hari. Rasanya memang sedap...Rasa chocolate...Siapa yang tak suka kan..Dengan pengambilan Brace 8 Slimming ni sedikit sebanyak dapat membantu mengawal selera makan Achik..Jom tengok apa bahan-bahan yang ada dalam produk Brace 8 Slimming ni yang boleh membantu mengawal berat badan dan mencantikkan penggunanya..

Collagen
· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbarui sel kulit
· Melembutkan kulit

Teh Hijau
· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi

Garcinia Combogia
· Merawat masalah perut buncit
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis)


Hoodia
· Memperbaiki metabolisme tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

Guarana
· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan

Aloe Vera
· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit


Cara Penggunaan / Pemakanan:

·         Ambil 1 scoop / 5 gram sehari dan kemam pada bawah lidah.
·         Paling sesuai diambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam
·         Banyakkan minum air masak / air mineral sebanyak 3 liter sehari
·         Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ingat tu !
·         Jauhi minuman berkafein, minuman 3 in 1 mahu pun minuman bergas.

Cakap tentang minuman 3 in 1 ni, Achik memang sgt setuju..Kalau korang nak tahu, Achik dh 2 bulan stop ambil minuman 3 in 1..Walau pun terpaksa korbankan minuman coffee 3 in 1 kesukaan Achik. Sebenarnya minuman 3 in 1 ni memang banyak gula..Jadi korang boleh mula stop dari sekarang..Lebih-lebih lagi apabila korang dh start ambil Brace 8 Slimming.


So far, selera makan Achik dapat dikawal. Perut terasa kenyang. Kenyang bukan bererti tak makan apa2..Pengambilan kuantiti makanan tu dapat dikawal dan kekerapan makan pun mengikut waktu yang ditetapkan. Kalau korang tetap berasa lapar, jangan lupa minum air masak. Mungkin perut korang berasa lapar sebab korang tak minum air yang secukupnya.

Harga Pasaran Brace 8 Slimming:
1 botol RM210 (SM)
1 botol RM220 (SS)

Isipadu : 300 gram


Kalau korang nak tahu...dengan consume Brace 8 ni dalam masa yang sama korang boleh jana pendapatan tau. dapat tubuh badan yang menarik pakej sekali dengan poket tebal....Nak tahu cara nya? Jom sambung baca entry ini sampai habis...

Agent Affiliate Dropship Brace Beaute

Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan online bersama Brace Beaute. Brace Beaute mengajak anda untuk menjadi Agent Affiliate Dropship Brace Beaute. Brace Beaute merupakan Gerbang Pusat Membeli Belah bersistem Affiliate dropship.

Brace Beaute menawarkan 4 pakej utama untuk menjadi agent dropship BRACE BEAUTE dan seterusnya layak untuk mendapat bonus stiap kali belian semula atau pun bonus pengenalan produk kepada pengguna.

PRODUK-PRODUK BRACE BEAUTE

1. Freely Face Serum ( 3 botol ) = Rm198
2. Diamond Firming serum ( 3 botol ) = Rm198
3. Brace 8 Slimming ( 1 botol ) = Rm198
4. Wonder Perfume ( 1 box ) = Rm198

Rm198 adalah harga yg perlu dibayar untuk berdaftar sebagai agent dropship BRACE BEAUTE. Anda boleh pilih salah satu pakej yang disediakan di atas untuk berdaftar dengan BRACE BEAUTE. Harga termasuk yuran keahlian BRACE BEAUTE.

BONUS PENGENALAN PRODUK

Sekiranya setiap agent yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE, membuat jualan atau pun membuat belian semula mengikut pakej di atas, agent akan mendapat bonus seperti berikut:

Level 1 : RM40
Level 2 : RM15
Level 3 : RM10
Level 4 : RM5
Level 5 : RM5
Level 6 : RM5
......................
Total : RM80

 Menarikkan ? Cuma kenalkan produk keluaran BRACE BEAUTE kepada orang ramai. Jikalau ada yg berminat korang sudah mampu mendapat keuntungan sehingga RM80 dengan setiap 1 pakej terjual.

Brace beaute memberikan korang gaji RM1500 - RM3000 sebulan dengan bermodalkan serendah RM198. Sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline bersama brace beaute. JOMM.. TUNGGU APA LAGI. Ramai-ramai jadi Agent Affiliate Dropship Brace Beaute.


Jika korang bercadang ingin menjadi ahli Brace Beaute, korang boleh dapatkan
dengan harga RM198 dan automatik korang menjadi ahli dropship Brace Beaute.

Maklumat lanjut : Facebook Zul Fattah Saleh (0111 684 0717)
Fb page : Brace Beaute HQ


~ Achik ~

Sunday, October 09, 2016

Promosi 'Early Bird' di China Treasures Sime Darby Convention Centre Sempena Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena ketibaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada bulan Januari 2017 nanti, Restoran China Treasures yang terletak di Sime Darby Convention Centre (SDCC) akan memeriahkan lagi ‘Year of the Fire Rooster’ dengan set menu perayaan yang dijual lebih awal bermula pada bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016.


Seperti tahun-tahun lalu, tahun ini juga harga yang menarik ditawarkan bagi pembelian awal (‘early bird’). Untuk makluman korang, harga asal untuk set menu perayaan ini adalah RM1,388 nett bagi satu meja. Walau bagaimanapun, korang boleh menikmati harga promosi ‘early bird’ sekiranya pembelian dibuat bermula bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016.


Jom tengok harga promosi ‘early bird’ yang ditawarkan untuk set perayaan di China Treasures:

Pembelian dalam bulan Oktober 2016:
·         Meja untuk 5 orang = RM338 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM598 nett

Pembelian dalam bulan November 2016
·         Meja untuk 5 orang = RM408 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM698 nett

Pembelian dalam bulan Disember 2016
·         Meja untuk 5 orang = RM458 nett
·         Meja untuk 10 orang = RM798 nett

Kesemua voucher tersebut adalah sah digunakan bermula 01 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.

Sesuai dengan ciri-ciri yang ada pada ‘Fire Rooster’, kesemua hidangan sempena Tahun Baru Cina nanti berunsurkan kemakmuran, tuah, kejayaan, kasih sayang dan kekayaan.


Majlis pelancaran & food review Chinese New Year 2017 yang telah berlangsung pada 06 Oktober 2016


Jom tengok hidangan yang akan disajikan dalam set menu perayaan ini:


Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop & Ginseng Root


Roasted Golden Sesame Seed Chicken dihidangkan dengan Vietnamese Dressing


Steamed Live Grouper ‘Shanghai style’



Tiger Prawns with Assam Sauce ‘Nyonya Style’


Braised Black Moss Roll & Beancurd with Chinese Cabbage


Fried Rice with Diced Chicken & Golden Sea Whelk


Deep Fried CNY Money Bag


Chilled ‘Ayu’ Jelly & Longan with Lemongrass Lime Syrup

Hidangan set perayaan ini semuanya sedap-sedap. Yang paling Achik suka sudah tentu Tiger Prawns with Assam Sauce ‘Nyonya Style’. Udangnya segar...Dalam tu penuh dengan sayur-sayuran. Assam Sauce pun sedap!!

Selain hidangan di atas, pakej Yee Sang juga disediakan sama ada ‘dine-in’ atau ‘takeaway’ dengan harga serendah RM98 nett. Pakej penghantaran Yee Sang juga disediakan dengan harga bermula dari RM108 nett.

Yee Sang...wajib ada 

Mana-mana individu atau syarikat korporat yang berhajat meraikan Tahun Baru Cina di restoran, ‘private room’ atau di Grand Ballroom SDCC yang baru dinaik taraf, pihak SDCC turut menerima ‘group booking’. Sekiranya korang berhajat untuk mengadakan ‘private event’ sempena Tahun Baru Cina nanti, bilik jamuan di SDCC juga boleh ditempah dengan tawaran harga yang menarik. Korang boleh buat pilihan menu untuk pakej menu Chinese New Year dengan harga yang berbeza-beza. Promosi harga ‘early bird’ juga ditawarkan untuk tempahan yang dibuat bermula bulan Oktober 2016 hingga Disember 2016. Untuk pakej ini, harga asal adalah RM1,788 nett bagi satu meja. Jadi, berapa pula harga ‘early bird’ yang ditawarkan ?

Meja untuk 10 orang

harga promosi ‘early bird’ yang ditawarkan untuk ‘private event’ sempena Tahun Baru Cina:

Pembelian dalam bulan Oktober 2016:
·         Meja untuk 10 orang = RM888 nett

Pembelian dalam bulan November 2016
·         Meja untuk 10 orang = RM988 nett

Pembelian dalam bulan Disember 2016
·         Meja untuk 10 orang = RM1,088 nett

Pakej ini hanya boleh digunakan bagi event yang dibuat tempahan antara 01 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.


Grand Ballroom Sime Darby Convention Centre yang baru dinaik taraf

SDCC juga menawarkan pakej istimewa untuk perkhidmatan rumah terbuka atau katering sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Pastikan tempah awal sebelum penuh.

Chef yang bertanggungjawab ke atas semua hidangan yang disediakan.

Waktu Operasi China Treasures:
Lunch : 11.30 am - 2.30 pm (weekdays) / 10.00 am - 4.30 pm (weekend & cuti umum)
Dinner : 6.30 pm - 10.30 pm

China Treasures memiliki sijil halal daripada JAKIM, mampu memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa serta mempunyai 6 ruang makan privasi yang boleh memuatkan seramai 8 hingga 70 orang.

Untuk tempahan, sila hubungi China Treasures di talian 03-2089 3788 atau emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarby.com

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2089 3688 atau emelkan kepada enquiries.sdcc@simedarby.com

~ Achik ~

Thursday, October 06, 2016

Nights of Fright 4 - Festival of Fear Kembali Lagi Oktober Ini di Sunway Lagoon Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Festival of Fear di Sunway Lagoon Malaysia datang lagi tahun ini. Buat mereka yang terlepas untuk ke Nights of Fright 3 tahun lepas, apa kata cabar keberanian korang di Nights of Fright 4 (NOF4) yang sedang berlangsung di Sunway Lagoon Malaysia bermula 07 Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016.

Pelancaran NOF4 telah pun dilancarkan pada 04 Oktober 2016 dan ianya telah disempurnakan oleh Mr. Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon serta Mr. Lynton V. Harris, Chairman and Global Creative Director of Sudden Impact Entertainment Company. Tahun ini, Festival of Fear di Sunway Lagoon menjanjikan sesuatu yang seram berkonsepkan Asia, Modern Dsystopian dan Hollywood. Sebanyak 8 rumah hantu, 6 zon menakutkan dan 11 permainan yang boleh korang main pada waktu malam.


Ah Wing's Butcher Shop...yang 2 orang lagi tu hantu takde perasaan...hahaha


Nights of Fright adalah salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan. NOF4 kali ini mempunyai tarikan terbaru yang menakutkan diilham melalui gabungan cerita dongeng Asia dan antarabangsa yang paling popular, Mr. Sean Choo.

Mr. Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon

Seperti tahun lepas, pada malam pelancaran tahun ini Achik datang dengan Anis untuk sama-sama merasai ketakutan dalam NOF4. Hantu-hantu bersepah dalam taman tema Sunway Lagoon. Kalau tahun lepas, Anis ada rasa takut dan geli apabila dihampiri oleh hantu-hantu yang muka hodoh dan menakutkan. Tapi tahun ni, Anis lebih berani..hehehe..almaklumla dh pernah pergi tahun lepas.

Matlamat kami tahun ini ingin memastikan para tetamu yang hadir ke NOF4 berani melawan rasa takut mereka. Tahun ini, NOF turut mengetengahkan tema Asia yang lebih besar digabungkan dengan Kevin Hill yang menakutkan serta kisah Hollywood daripada Ghostbusters Adventure, Mr. Lynton V. Harris.

Mr. Lynton V. Harris, Chairman and Global Creative Director of Sudden Impact Entertainment Company

Jom tengok apa tarikan kisah seram Asia yang ada di NOF4. Sudah pasti jeritan bermula di CHAONEI NO. #81 dalam UV3D. Sebuah rumah berhantu yang paling terkenal di Beijing yang mempunyai kisah cinta yang tragis dan sedih antara penyanyi Opera dan suaminya. Kisah seram Asia seterusnya adalah DIYU – JOURNEY OF JUDGEMENT. Kisah sebuah jambatan yang mana nasib kehidupan korang pada masa akan datang ditentukan oleh jalan yang dipilih apabila korang melalui jambatan tersebut. 

Gimik pelancaran NOF4

Ok...yang ni memang seram..!!! Kisah hantu dekat sekolah...MALAYA HIGH SCHOOL..terdapat jenayah yang mengerikan telah berlaku di dalam bilik darjah di tingkat atas. Nak tahu apa jenayah yang berlaku dan macam mana ianya boleh sampai berhantu, korang wajib masuk ke dalam Malaya High School ni dan rasai sendiri.

Malaya High School yang menanti pengunjungnya

Seterusnya perjalanan seram korang di NOF4 diteruskan dengan KEVIN HILL. Kisah seram bermula apabila Cryo-freezer yang besar di dalam Kevin Hill Cryonic Corporation meletup dan terdapat zombie yang telah beku kerap muncul di dalam kilang tersebut. 

Mesti ada di antara korang yang pernah tengok movie Ghostbusters kan. Kisah seram hollywood yang terkenal ini turut dibawakan secara live di Taman Tema Sunway Lagoon. Sempena NOF4, korang yang membeli tiket NOF4 turut berpeluang untuk masuk kedalam The Ghostbusters Adventure Live bagi menyaksikan hantu-crew ini menangkap hantu-hantu yang berkeliaran dalam tu. Cerita pasal The Ghostbusters Adventure Live ni pernah Achik kongsikan sebelum ini...ni link nya http://achikhuda.blogspot.my/2016/08/the-ghostbusters-adventure-live-kini-di.html

Majlis pelancaran NOF4 pada 4 oktober 2016

Apa lagi yang seram di NOF4 ni....??

ANGOSCIA THEATER : ada persembahan fesyen yang menakutkan oleh ANGOSCIA mempersembahkan koleksi terbarunya.

ZOMBIE APOCALYPSE : The walking dead are among us as your heart beats faster at every twist and turn.

AH WING’S BUTCHER SHOP : hati-hati masa korang sedang berjalan untuk keluar ke photobooth. Ah Wing sedang menanti korang di situ. Jangan terkejut melihat keadaan kedai yang penuh dengan darah.

Ah Wing's Butcher Shop

TANAH PERKUBURAN BUKIT LANG : Achik pasti sini adalah kawasan tumpuan untuk korang duduk beristirehat tanpa korang sedar di belakang korang adalah Tanah Perkuburan Bukit Lang. Tanah Perkuburan yang sering kedengaran suara roh-roh menjerit.

Tanah Perkuburan Bukit Lang

Banyak lagi tarikan seram yang ada di NOF4 termasuklah THE LONDON FOG, KEVIL HILL TOWNSHIP, THE ZOMBIE WALK dan THE CLOWN COLLECTIVE. Jangan ada yang menjerit pula apabila disergah oleh zombie-zombie yang berkeliaran di sepanjang jalan.









11 permainan yang boleh korang main pada waktu malam:

·         Carousel
·         Apache Pots
·         Pirate’s Revenge
·         Colorado Splash
·         Tomahawk
·         Wagon Wheel
·         Lost City of Gold Scream Coaster
·         Fun Fair
·         Grand Canyon River Rapids
·         Butch Cassidy Trail
·         Vultures

Jangan lupa korang main semua permainan di atas. Sebab semua tu dah termasuk dalam harga tiket korang..So, berapa harga tiket ke NOF4 ni??

Harga Tiket:
RM58 (harga biasa)
RM50 (harga untuk pelajar)
RM120 (1 pass masuk Sunway Lagoon + 1 tiket NOF 4)
RM80 (Beli 2 tiket pada harga RM80 hanya untuk hari Ahad sahaja)

Waktu Operasi NOF4:
Tarikh: bermula 07 Oktober 2016 – 31 Oktober 2016
Hari : Setiap Jumaat hingga Ahad

Layari www.sunwaylagoon.com/NOF4 atau hubungi 03-5639 0000 untuk info lanjut.

Like FB rasmi di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Tonton Gimik Pelancaran Nights of Fright 4


~ Achik ~