Wednesday, August 23, 2017

Cegah “3 Tinggi” Dengan Anlene HEART-PLUS | Kunci kepada Jantung Yang Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ramai tidak tahu kebaikan susu kepada jantung kita terutamanya dalam mencegah risiko ‘3 Tinggi’ pada diri seseorang manusia. Apa yang dimaksudkan dengan ‘3 Tinggi’ ni..? Risiko ‘3 Tinggi’ ini terdiri daripada Kolestrol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi dan Tahap Gula Dalam Darah Yang Tinggi. 3 Perkara ini adalah faktor risiko utama untuk penyakit yang tidak berjangkit dan merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Seram kan dengar..?


Sempena kempen pelihara jantung, Fonterra Malaysia sekali lagi telah melancarkan formula terbaru jenama susu dewasa terkemuka yang diberi nama Anlene HEART-PLUS. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Duta Anlene, Dato’ Sheila Majid yang turut berkongsi tentang kebaikan susu Anlene serta kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang dalam memelihara jantung kita.



Tak perlu kita bercerita tentang usia Dato’ Sheila Majid, tetapi kalau korang tengok pada wajah beliau, beliau kelihatan muda daripada usianya. Kenapa boleh jadi macam tu..? Yes....pemakanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif adalah kunci Dato’ Sheila Majid tampil lebih muda dan bertenaga.

Semasa majlis pelancaran tersebut turut diadakan sesi perkongsian tentang tip-tip penjagaan kesihatan jantung yang disertai oleh Dr. Chee dan Dato’ Sheila Majid. Menurut kata Dr. Chee, hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolestrol yang tinggi, hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi , satu daripada enam mengalami diabetes jenis 2 dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun. Jadi, kita yang masih muda ni jangan cakap besar tiada risiko kena sakit jantung. Sedangkan ramai yang muda belia diserang sakit jantung ketika sedang bermain bola sepak, mendaki gunung dan lain-lain.

sesi bual bicara tentang penjagaan jantung 

Demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, Fonterra telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaru bagi membanttu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung. Apa yang menarik dengan susu Anlene HEART-PLUS ialah ianya mengandungi gabungan nutrien MoveMax dan HeartMax bagi membantu manjaga kesihatan jantung di samping menyokong pergerakan penggunanya.

Gabungan nutrien HeartMax termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA) dan kalium yang memberikan kebaikan-kebaikan seperti berikut:

i)    Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah;
ii)   Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal; dan
iii) Terdapat kajian yang menunjukkan Asid Lemak Omega3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.

Lebih menarik lagi, formulasi Anlene HEART-PLUS telah diuji mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Pengambilan makanan dengan GI yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah. Jadi bagi mereka yang sedang berdiet dan sangat menitikberatkan kuantiti kalori yang diambil pada setiap hari sememangnya sesuai untuk mengamalkan minum susu Anlene HEART-PLUS pada setiap hari.

pemeriksaan tulang turut diadakan semasa majlis pelancaran tersebut

Tengok kekuatan tulang Achik..lebih pada skala...Tulang Achik tulang besi !! hehehe

Pengambilan susu Anlene HEART-PLUS juga hendaklah disulamkan dengan aktiviti harian yang aktif. Kalo korang nak pelihara jantung korang, jangan bergantung harap pada susu sahaja. Gaya hidup yang aktif dan sering bersenam adalah kunci segala-galanya dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dato’ Sheila Majid sendiri sentiasa melibatkan suami dan anak-anak beliau keluar untuk bersenam, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene HEART-PLUS setiap hari.

Sungguh pun korang kerap bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat setiap hari, tapi jangan lupa untul lakukan pemeriksaan jantung tahunan dalam menjaga tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah. Jangan ingat korang yang kurus tiada risiko untuk kena 3 tinggi ni ye. Hehehehe...

Simbolik pelancaran kempen Hati-Hati 3 Tinggi

Anlene HEART-PLUS boleh didapati di semua kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my

~ Achik ~

Monday, August 21, 2017

Alainn Kuala Lumpur | Pembukaan Cawangan Kedua Alainn Clinic & Medispa di Platinum Park Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah diucapkan buat pemilik Alainn Clinic & Medispa atas kejayaan pembukaan cawangan kedua yang terletak di Platinum Park, Persiaran KLCC Kuala Lumpur. Pemiliknya ialah Dr. Nurul Ain Abdullah yang merupakan ibu kepada tiga orang anak. Dr. Nurul Ain merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan kecemasan, perubatan pecegahan, penjagaan kesihatan utama, ibu dan kanak-kanak. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam bidang perubatan, Dr. Nurul Ain telah membangunkan program rawatan professional di Alainn.


Dr. Nurul Ain (bergaun putih) bersama-sama dengan ahli keluarganya yang banyak memberikan sokongan

Pengalaman Dr. Nurul Ain dalam bidang estetika telah membolehkan beliau mengenal pasti masalah utama yang mempengaruhi kecantikan kebanyakan wanita. Disebabkan itu, nama Alainn telah dipilih sebagai nama clinic dan medispa beliau. Kalau korang nak tahu sebutan Alainn ini adalah 'aw-lin' merupakan perkataan lama Irish yang membawa maksud 'cantik'.



Bilik rawatan di Alainn Clinic & Medispa Kuala Lumpur

Di Alainn Clinic & Medispa, pelbagai rawatan kecantikan ditawarkan termasuklah facials, laser therapy, radio frequency therapy, platelet rich plasma, derma fillers, anti-aging, weight loss management dan banyak lagi. Berikut adalah antara nama rawatan yang ditawarkan:

'Yummy Mummy' - membantu wanita menghilangkan kesan kehamilan dan melahirkan anak pada badan mereka dengan menangani masalah seperti kulit menggelebeh, stretch mark dan selulit dengan pendekatan yang holistik dalam membentuk semula kontur badan.

'FemiVa' - satu lagi idea baru yang menarik yang telah membangkitkan keghairahan feminin dengan menggabungkan prosedur tidak invasif untuk meremajakan vulva dan vagina - memberikan wanita perasaan dan kelihatan lebih muda.

'Smart Sculpting' - membolehkan orang ramai untuk menghilangkan lemak degil dengan terapi kelas perubatan bukan pembedahan yang terbaik dalam persekitaran yang santai dan selesa.

Menurut Dr. Nurul Ain, intipati anti penuaan semuanya terletak pada minda dan badan yang sihat, manakala prosedur perubatan estetik ini hanya untuk melengkapi proses semula jadi ini. Selain rawatan estetika, Alainn turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit jenamanya termasuklah pencuci muka, serum, essence, sunscreen dan banyak lagi. Penggunaan produk ini bersama-sama dengan rawatan perubatan estetika mampu memberikan kesan dan hasil yang lebih baik.



Skincare product jenama Alainn

Semasa majlis pembukaan cawangan kedua Alainn Clinic & Medispa tersebut Achik sempat mencuba rawatan Laser Lip Rejuvenation. First time Achik cuba rawatan laser di bibir dan rasa teruja dengan hasilnya. Baru rawatan kali pertama, terasa bibir Achik lebih lembut. Kalau buat sehingga 6 kali rawatan, memang bibir Achik boleh jadi merah-merah pink dan nampak lebih mungil. Rawatan Laser Lip Rejuvenation ini membantu menghilangkan lingkaran gelap pada bibir dan kembalikan kemerahan bibir korang..



Selepas rawatan Laser Lip Rejuvenation bibir akan bertanda putih putih macam dalam gambar ni. Jangan risau tanda putih tu akan hilang dalam tempoh 30minit. korang boleh minum dan makan macam biasa tapi jangan makan pedas


Untuk makluman lanjut berkaitan Alainn Clinic & Medispa, layari:


Lokasi:

Alainn Medispa
J-2-3 Jalan SS7/26
Park Lane Commercial Hub
Kelana Jaya, 47301 PJ

Tel: 03-7887 6499
Whatsapp: 012-271 0301
Waktu operasi: 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)


Alainn Kuala Lumpur
Platinum Park, Unit 2-1 Menara Felda
11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 9.30 am - 6.00 pm (Isnin hingga Sabtu)

~ Achik ~

Saturday, August 19, 2017

Kemeriahan Mega Wedding Malaysia 3.0 | Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai Yang Eksklusif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Majlis kahwin beramai-ramai sesuatu yang tidak asing lagi di Malaysia dan ianya telah menjadi trend di kalangan masyarakat kita. Tapi Achik tak pernah lagi dapat undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai ini, so tak tahu bagaimana meriahnya majlis seperti ini. Pada 12 Ogos 2017, Achik telah diundang untuk menghadiri Mega Wedding Malaysia 3.0 iaitu Majlis Perkhawinan Beramai-ramai Eksklusif di Marina Putrajaya. Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini meraikan 10 pasangan raja sehari yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk merealisasikan majlis yang gilang-gemilang mengikut lunas Islam.


Kalau korang nak tahu, Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif yang diadakan oleh syarikat Mega Wedding Malaysia ini sangat menjimatkan kos. Sungguhpun kos yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding majlis perkahwinan yang diadakan sendiri, tetapi suasana, kemeriahan, pelamin, door gift, makanan, jurusolek, majlis resepsi dan segala-galanya berkaitan dengan majlis perkahwinan semuanya ditawarkan oleh Mega Wedding Malaysia dalam pakej tersebut. Walaupun perkahwinan diadakan secara beramai-ramai tetapi kemeriahannya sangat luar biasa. 

pelamin yang menjadi saksi majlis resepsi 10 pasangan mempelai di Mega Wedding Malaysia 3.0

Kek perkahwinan untuk setiap pasangan

Kek Eksklusif

Kompang 5 Beradik

Pada hari kejadian, seramai 10 pasangan mempelai telah dinikahkan di Masjid Putra, Putrajaya. Selepas majlis akad nikah selesai, kesemua 10 pasangan mempelai telah dibawa belayar menaiki Cruise Putrajaya menuju ke tempat majlis resepsi di Marina Putrajaya. Best kan..? Kita buat majlis perkahwinan sendiri-sendiri pun belum tentu ada peluang nak belayar menaiki cruise.

Menurut kata penganjur Mega Wedding Malaysia, Encik Azahari Azemi, penganjuran Mega Wedding Malaysia telah pun bermula sejak tahun 2016 dan ianya telah menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin memandangkan pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah menarik dengan kos yang lebih rendah.




Mega Wedding Malaysia menawarkan pakej perkahwinan beramai-ramai yang eksklusif berkonsepkan Perkahwinan Taman di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya dengan kos RM7,000.00 untuk satu pasangan. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ini adalah untuk membantu pasangan pengantin dalam meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih berpeluang melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan. Niat murni Mega Wedding Malaysia ini seharusnya dipuji dan ianya adalah langkah yang bijak memandangkan kos perbelanjaan selepas berkahwin adalah jauh lebih tinggi dalam menyediakan keperluan rumah tangga dan keluarga. Projek kahwin beramai-ramai ini tidak bermotifkan keuntungan dan merupakan kesedaran dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibu bapa yang kurang berkemampuan.




Jom tengok apa yang pasangan pengantin nikmati dengan bayaran pakej perkahwinan RM7,000.00:

* Tajaan dan pengurusan majlis pernikahan
* Penginapan honeymoon di hotel 5 bintang sekitar Putrajaya
* Pelayaran Cruise di sepanjang Tasik Putrajaya
* Kek gergasi eksklusif
* Media coverage : majalah, akhbar, radio, media elektronik dan lain-lain
* 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
* Menu Briyani istimewa untuk semua jemputan
* Sesi Outdoor Photoshoot "lakeside concept"
* Persembahan Live Band jemputan
* DJ jemputan dan PA System
* Doorgift untuk setiap jemputan
* Kad Kahwin Eksklusif setiap pasangan
* Hand bouquet untuk setiap pasangan
* Kek perkahwinan untuk setiap pasangan
* Videografi coverage sepanjang majlis percuma untuk setiap pasangan
* Hadiah perkahwinan misteri daripada penganjur dan penaja
* Pelamin Eksklusif istimewa
* Pelamin Nikah di dalam Cruise
* Pengurusan majlis nikah di Masjid Putrajaya, Putrajaya
* Parkir untuk pengantin disediakan
* Tiada GST

Untuk pakej tahun 2018, pasangan pengantin boleh 'add-on' pakej berikut:

Pakej Fotografi
RM650 : shoot & burn
RM1,650 : Shoot + softcopy + Album (10x20) + Frame canvas

Pakej Busana
RM650: 1x make up + Busana L/P + Aksesori




Penganjur bersama majlis ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. 

Senarai Penaja Untuk Mega Wedding Malaysia 3.0 yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2017:

1)       Ampire Events
2)       Eddie Photo Video
3)       Yann Rifft Team (Makeup)
4)       Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)       Fynaz Wedding Favors
6)       Butik Norjuma
7)       Masjid Putra, Putrajaya
8)       Shangri-La Putrajaya
9)       Marina Putrajaya
10)     Cruise Tasik Putrajaya

Potret bersama-sama keluarga

potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta

potret kenangan mempelai bersama ibu bapa tercinta

Meriahkan majlis perkahwinan beramai-ramai ni..Kalau ada antara korang yang berhajat untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018, apa kata korang usha Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai Eksklusif ini. Mega Wedding Malaysia dah pun keluarkan tarikh mega wedding untuk tahun 2018 iaitu pada 03 Mac, 30 Jun, 04 Ogos dan 03 Nov 2018.


Untuk maklumat lanjut mengenai MEFA boleh layari : 

Website : www.mefa.my
Telefon : 012-387 1775 (En Azahari)

~ Achik ~

Wednesday, August 16, 2017

Khasiat Buah Tin Dalam De'Figues Face Mist Keluaran HERLYSA VEGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Achik nak tanya ni..ada tak antara korang yang pernah cuba produk kecantikan keluaran Herlysa Vegan? Atau mungkin ada di antara pembaca blog Achik yang pernah dengar produk kecantikan jenama ini. Jujur Achik nk beritahu ini adalah kali pertama Achik dengar jenama Herlysa Vegan. Untuk pengetahuan korang,  jenama Herlysa Vegan ni telah pun berada di pasaran sejak bulan Julai 2014 lagi.

Baru-baru ini, Herlysa Vegan telah melancarkan produk terbaru mereka yang diberi nama De’Figues Face Mist. Apa yang istimewanya dengan produk terbaru ini adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan Face Mist yang memberi pelbagai kebaikan pada wajah penggunanya. Kalau korang nak tahu, De’Figues Face Mist ini mengandungi ektrak buah tin yang mampu mempercepatkan proses pencerahkan tona kulit dengan selamat serta menjadi anti radikal bebas bagi melambatkan proses penuaan.


Sememangnya kita semua tahu tentang khasiat buah tin, buah dari Syurga yang disebut dalam Al-Quran. Kebiasaannya buah tin dibuat makan atau pun dijadikan jus sebagai makanan tambahan. Jarang-jarang kita jumpa produk kecantikan yang menggunakan ektrak buah tin. Nak tahu apa baiknya buah tin ni pada manusia? Jom baca di bawah:

Kebaikan BUAH TIN:

i)            Mengandungi pelbagai zat yang diakui Rasulullah s.a.w;
ii)           Kaya dengan protein;
iii)          Mengandungi fitokimia & antioksida yang dapat menentang kanser;
iv)          Membantu mengurangi kanser prostate;
v)           Rawatan untuk insomnia;
vi)          Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah).



Kalau diperhatikan, semua khasiat buah tin yang dinyatakan di atas dapat dinikmati dengan mengamalkan pengambilannya secara konsisten. Jadi, bagaimana pula buah tin ini dapat berikan kebaikan pada kulit wajah kita.?

Baru-baru ini Achik bersama para blogger yang lain sempat meluangkan masa bersama pengasas dan orang kuat Herlysa Vegan untuk mendengar sendiri perkongsian tentang De’Figues Face Mist serta produk-produk lain jenama Herlysa Vegan. Kalau korang nak tahu, sebelum produk Face Mist ini berada di pasaran, pihak Herlysa Vegan telah terlebih dahulu memberi beberapa sampel untuk dicuba terlebih dahulu oleh pengguna khususnya jurusolek. Jurusolek plak bukan yang cikai2 punya jurusolek..Kebanyakan mereka adalah jurusolek artis, dan mereka sendiri mengakui produk face mist keluaran Herlysa Vegan ini sangat best kesannya terhadap kulit.


De’Figues Face Mist ini boleh digunakan sama ada sebelum mahupun selepas bersolek. Jom tengok apa kelebihan yang ada pada De’Figues Face Mist ini:

i)        Mengandungi AHA untuk mengurangkan hiperpigmentasi. Ianya dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mempercepatkan regenarasi sel-sel kulit akibat jerawat sehingga kulit wajah akan kelihatan cerah, kenyal & segar

ii)     Make-up lebih tahan lama tau. If korang sembur sebelum bersolek, ianya dapat membantu mengecilkan liang-liang pori. So takdela make up korang tersumbat dekat pori muka. Manakala kalau korang sembur selepas bersolek, fuhhh...solekan korang memang nampak lagi glowing. Yang ni Achik tak dapat nafikan. Malah kawan Achik pun turut tegur make up Achik nampak lebih cantik.

iii)      Wajah terasa lebih segar. Macam mana pula wajah lebih segar? Campuran mineral dan ekstrak buah tin yang ada dalam face mist tersebut membantu seimbangkan pH kulit dan mengurangkan kesan dedahan kulit wajah pada pencemaran sekeliling dan sinaran UV.

iv)      Bertindak sebagai pelembap sebelum bersolek. Face Mist Herlysa mengandungi bahan-bahan seperti Aloe Vera, Vitamin E, Witch Hazel dan Glycerin yang dapat melembapkan kulit wajah.

v)       Bertindak sebagai make-up fixing spray. Ianya dapat mengelakkan make-up dari cair kerana ada kandungan menthol dalam tu. Bila korang sembur face mist ni pada muka, fuhhhh...rasa sejuk jer muka tu...

vi)      Aromaterapi untuk menghilangkan spray & mengantuk. Memang tak dapat dinafikan bau face mist wangi dan menyegarkan.



Mudah sahaja penggunaan Face Mist ni. Korang just perlu sembur wajah dari jarak 5 inci. Jangan lupa tutup mata tau kerana dikhuatiri kandungan menthol yang ada dalam face mist akan memedihkan mata korang. Gunakan hujung jari & urutkan perlahan-lahan dimuka agar face mist dapat meresap ke dalam kulit. Dah 2 minggu Achik gunakan face mist ni dan Achik memang bawa face mist ni ke mana sahaja. Kalau lepas waktu bekerja & Achik perlu hadir ke mana-mana event, Achik hanya semburkan sahaja face mist di wajah, dan make-up yang memang ada pada wajah Achik akan nampak glowing..Muka nampak lebih bermaya.

Lagi menggembirakan adalah harga De'Figues Face Mist keluaran Herlysa Vegan ni hanya RM40.00 sebotol dengan isian 30 ml. Harga mampu milik untuk produk yang sangat berkualiti !

Untuk korang yang berminat untuk dapatkan De'Figues Face Mist keluaran Herlysa Vegan ini, jangan lupa layari dan buat pembelian secara atas talian dengan cara klik di SINI & korang akan terus di bawah ke laman web Herlysa Vegan.

Selain De'Figues Face Mist, Herlysa Vegan turut mengeluarkan produk R'Seven dan yang terbaru adalah Double Serum.


R'Seven mengandungi Day Cream, Night Cream & Whitening Soap

De Figues Double Serum

Website : www.herlysa.com
Instagram : www.instagram.com/herlysa.vegan

Alamat:
93-1 SECC Mall, 
Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya,
 70450 Senawang,
Negeri Sembilan

Email: 
sislysa@gmail.com

Telefon:
013-602 6521

Achik dah jatuh cinta dengan De'Figues Face Mist Herlysa Vegan

~ Achik ~




Tuesday, August 08, 2017

Formulasi Baru SAFI Balqis dengan OxyWhite

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Produk Safi Balqis sememangnya sudah lama berada di pasaran. Dah bertahun ok. Sejak zaman Achik sekolah lagi, Achik memang menggunakan pencuci muka keluaran Safi. Terbaru, Safi Balqis kini tampil dengan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit tampil lebih sihat dan cerah sempurna.

Memahami dengan tuntutan gadis dan kaum wanita pada masa kini yang sangat menitikberatkan pelindungan wajah yang tercemar dengan sinaran UV, SAFI memperkenalkan produk SAFI BALQIS OxyWhite. Produk Safi Balqis OxyWhite ini mampu memberikan kulit 2 tona lebih cerah, menjadika kulit lebih sihat secara semulajadi dan dapat mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.


Kalau korang perasan kan, SAFI kerap menghasilkan produk baru dalam rangkaian penjagaan kulit. Walau pun kerap tampil dengan produk baru, SAFI sangat menitikberatkan kualiti produk dan keberkesanannya. Sebab itu setiap kali ada kelahiran produk baru, produk tersebut telah melalui proses penyelidikan terlebih dahulu oleh pasukan SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya.


Macam mana sebenarnya formulasi OxyWhite ini terhasil ? untuk makluman korang, Formulasi OxyWhite ini dihasilkan daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

Sungguhpun menggunakan formulasi baru, SAFI turut mempertingkatkan keberkesanan formulasi sedia ada dalam Safi Balqis. Formulasi bau SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Untuk tujuan review ini, Achik berpeluang untuk mencuba sendiri produk Safi Balqis OxyWhite dari Set Ayu. Dalam set ni ada Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat, Penyegar (percuma) dan Pelembab Gel. Sebelum dapat offer untuk review produk Safi Balqis OxyWhite ini, Achik sememangnya telah pun menggunakan Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat. So far Achik memang puas hati dengan pembersih muka ini.

Jom tengok apa yang menariknya dengan produk dari rangkaian Safi Balqis OxyWhite ini:


Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

* Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
* Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit
* Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
* Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat



Penyegar Bebas Alkohol

* Mengecilkan liang pro agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
* Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
* Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol 



Safi Balqis OxyWhite Pelembap Gel

* Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
* Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
* Asid Hialuronik member lembapan mendalam dan berpanjangan
* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
* Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang atau pun malam

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi rangkaian produk SAFI Balqis Oxywhite selain daripada yang Achik kongsikan di atas, korang boleh layari fb, ig dan channel youtube Safi Malaysia di alamat berikut:


~ Achik Huda ~