Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekalung tahniah diucapkan kepada Wipro Unza Malaysia atas pelancaran produk terbaru di bawah jenama Safi Rania Gold baru-baru ini. Sedikit kelainan diberikan kepada produk terbaru Safi Rania Gold ini. Masih mengekalkan Nano Gold 24k sebagai bahan utama, produk terbaru ini menggabungkan kecanggihan teknologi dan keajaiban Alam Semulajadi dengan penggunaan khasiat bisa lebah yang mampu memberi tindak balas yang baik ke atas kulit wajah wanita Asean.
Kini, tidak perlu lagi berbelanja besar untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu seperti mengambil suntikan botox kerana produk terbaru Safi Rania Gold Beetox ini mampu memberikan kesan yang sama sekiranya digunakan secara konsisten. Kalau korang nak tahu, kajian teknologi telah menemukan bahawa bisa lebah berupaya untuk meningkatkan keanjalan kulit dan
memberikan wajah yang gebu. Selain itu, bisa lebah turut mendapat gelaran
“jawapan alam untuk botox”, disebabkan sifatnya yang meransang penghasilan
kolagen secara semula jadi pada wajah. Proses mengeluarkan bisa lebah yang
rumit serta populariti yang diraih menjadikan produk-produk berasaskan
‘sengatan emas’ ini kelihatan mewah dan dijual pada harga yang sangat tinggi.
Memahami impian setiap wanita untuk kelihatan muda remaja sepanjang masa, SAFI
Rania Gold- rangkaian penjagaan wajah Halal nombor 1 di Malaysia tampil
membawakan solusi anti penuaan dengan sentuhan emas Teknologi BEETOX seterusnya
menghasilkan bingkisan keremajaan yang diidam-idamkan ini mampu dimiliki semua.
Bila bercakap tentang lebah, semua orang tahu sengatan lebah tu memang berbisa. Tetapi apa yang dihasilkan oleh lebah itu sebenarnya banyak memberikan khasiat kepada badan serta kulit wajah kita. Antara sumber-sumber khasiat daripada lebah termasuklah Madu lebah, Royal Jelly, Bisa Lebah dan Propolis.
Mengambil inspirasi daripada
gabungan kecanggihan teknologi dan keajaiban alam semula jadi, Safi Rania Gold
berbangga untuk memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Nano Gold
24K bersulamkan amino peptide memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses
sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali
ganda. Teknologi BEETOX yang dicipta merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah,
Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan
struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini
juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya, tekstur kulit wajah akan
kelihatan muda remaja secara semulajadi.
“Berdasarkan kajian bebas
yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia baru-baru ini, 88% daripada 160 orang
pengguna wanita Melayu berusia 25-35 menggunakan produk Safi Rania Gold selama
14 hari telah bersetuju bahawa produk ini menjadikan kulit mereka lebih tegang
dan anjal. Manakala 80% bersetuju bahawa produk Safi ini menjadikan kulit
mereka kelihatan lebih muda,” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif
Wipro Unza Malaysia.

Eliksir Keremajaan yang sangat berkesan dengan penggunaan yang konsisten
Antara produk yang ingin diketengahkan oleh pihak Unza adalah Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold. Sebelum ianya dilancarkan, pihak Unza telah pun memilih seramai 500 orang daripada Home Tester Club (HTC) untuk mencuba sendiri Eliksir Keremajaan selama 2 bulan. Hasilnya, kesemua wakil HTC memberikan testimonial yang menarik.
Jom tengok apa manfaat Eliksir kepada kulit wajah korang. “Bingkisan Emas Sang Ratu
Lebah” – Eliksir Keremajaan Safi
Rania Gold, formulasi dwi aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan
anti-pigmentasi.
- Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera
seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano
Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit
wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.
- Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit
wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan
pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan
seri pada wajah.
- Serum dwi-aksi yang diadun dengan pati minyak berkhasiat
yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan
lembut sehalus sutera selepas dioles.
- Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit
memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada
kulit.
“Untuk mendapatkan kulit
wajah muda remaja, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah dan
gunakan pelembap sepanjang hari, skrub setiap minggu dan lindungi kulit anda
dari sinaran matahari. Dengan penggunaan produk yang betul pada wajah, anda
akan melihat hasilnya dalam masa yang singkat,” kongsi Mahsuri Sulaiman,
Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia.
Mr. Sriram dan Puan Mahsuri bersama-sama bakat baru dalam iklan Safi Rania Gold Beetox
Jadi tunggu apa lagi...Pastikan korang dapatkan Eliksir Keremajaan di pasaran dan pastikan korang guna secara konsisten ye. Achik sememangnya peminat Serum Safi Rania Gold kerana ianya memberikan kesan yang baik pada kulit wajah Achik. Melihat pada keberkesanan produk Safi Rania Gold, Achik pasti teknologi beetox dalam produk baru ini dapat memberi kesan yang lebih baik pada kulit wajah Achik dan korang semua.

Doc Say Shazril, juga bakat baru dalam iklan Safi Rania Gold Beetox
www.instagram.com/safimalaysia
www.facebook.com/SAFI.MY/
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment