Thursday, December 24, 2015

Malam Kalimah Cinta bersama Opick Memukau Para Penonton di Istana Budaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sempena Maulidur Rasul, Mask Team dan Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya telah mempersembahkan Malam Kalimah Cinta yang menampilkan Opick dan Hafiz Hamidun bermula 23 Disember 2015 hingga 25 Disember 2015.


Malam tadi, 23 Disember 2015, Pentas Panggung Sari telah diserikan dengan alunan lagu-lagu indah hasil nyanyian Opick, Siti Nordiana dan Ronnie Hussein di malam pertama Malam Kalimah Cinta. Mengambil keberkatan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul, persembahan yang berdurasi selama 90 minit ini turut menampilkan elemen zikir dan berselawat serta dipenuhi dengan pertunjukkan multimedia dan efek khas yang sangat menarik.

Credit photo to Istana Budaya

Opick tampil membuka pentas dengan lagu medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Persembahan Opick telah diiringi dengan kumpulan muzik yang dibawakan khas dari Indonesia iaitu "Tombo Ati". Sebanyak 23 buah lagu yang berunsurkan ketuhanan dan selawat ke atas Rasulullah SAW telah dipersembahkan termasuklah lagu duet Opick dengan Siti Nordiana dan Ronnie Hussein.


Panggung Sari menjadi semakin meriah setibanya giliran juara GegarVaganza musim kedua keluar mengambil tempat di atas pentas. Siti Nordiana telah mendendangkan dua buah lagu secara duet dengan Opick. Menurut Nana, peluang membuat persembahan bersama Opick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga memandangkan beliau turut meminati penyanyi Opick. Antara sebab yang membuatkan Nana meminati Opick adalah kesungguhan dan keikhlasan Opick dalam setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkannya.

Credit photo to Istana Budaya

Keindahan Malam Kalimah Cinta diwarnai lagi dengan penampilan Ronnie Hussein, penyanyi yang sudah terbukti dengan kemampuan dan kelunakkan vokalnya. Peluang menyampaikan dua buah lagu, Ronnie sangat berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital kerana membuka peluangnya untuk berkongsi pentas bersama penyanyi yang cukup disegani di Indonesia dan Malaysia.


Di akhir konsert, Opick berharap semua penonton yang hadir akan berasa puas dan terhibur dengan persembahan yang diberikan olehnya, Nana dan juga Ronnie. Pada malam tersebut para penonton turut diajak sama-sama berselawat dan memuji Rasulullah SAW.

"Meskipun hanya 1 malam, sambutan dan energi yang diberikan oleh penonton, benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick".


Malam Kalimah Cinta akan diteruskan dengan persembahan oleh Hafiz Hamidun dan Lah Ahmad pada 24 dan 25 Disember 2015.

Tiket-tiket boleh didapati di AirAsia RedTix menerusi laman web redtix.airasia.com atau di Kaunter Box Office Istana Budaya. Sebahagian hasil jualan tiket akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia untuk aktiviti amal di seluruh negara.

Marilah memeriahkan Malam Kalimah Cinta sambil beramal.

~Achik~

Wednesday, December 16, 2015

Ceriakan Musim Perayaan dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah...Alce Nero telah memperkenalkan rangkaian Jem Buah Beri Campuran yang baru. Sempena kedatangan musim perayaan tidak lama lagi, apa kata tambah kemanisan organik yang lebih sihat ke atas hidangan pencuci mulut, pastri dan kek dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero yang baru sahaja diperkenalkan.
Rangkaian Jem Buah Beri Campuran Organik dari Alce Nero

Peneraju jenama produk organik di Itali, Alce Nero menawarkan rangkaian pasta, sos pasta, madu serta jem yang menarik, khusus buat mereka yang peka terhadap aspek kesihatan, alam sekitar dan gemarkan makanan yang asli. 

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buah-buahan organik berkualiti tinggi; 270g buah-buahan menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan, pektin, bahan pengawet mahupun aditif demi memberikan rasa serta aroma buah-buahan yang semula jadi. Jem buah-buahan Alce Nero terdiri daripada perisa strawberi, plum, pic dan buah beri campuran yang baru diperkenalkan.
Perisa Strawberi
Perisa Plum


Apabila dimakan dengan roti, pastri dan diletakkan di dalam muffin atau kek, jem Alce Nero sememangnya boleh menjadi sarapan yang  sempurna. Ia juga sedap dimakan bersama ayam panggang, yogurt, aiskrim atau pilihan-pilihan lain untuk menikmati kemanisan semula jadi yang menyihatkan ini.
Jem Organik Alce Nero digunakan dalam kek

Juga boleh digunakan dalam Muffin

Jem buah beri campuran Alce Nero mengandungi gabungan strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru organik yang seimbang. Ia menggabungkan rasa manis dan masam yang merangsang tunas rasa anda, selain menambah rasa istimewa kepada apa jua snek atau hidangan.

Pada musim perayaan ini, hasilkan pencuci mulut yang sedap dengan resipi-resipi jem Alce Nero. Ia pasti dapat mengagumkan ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu dengan rasa, konsistensi dan aromanya yang segar. Tidak terkecuali, manfaat dari segi kesihatan kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bebas daripada gula tambahan.

Pencuci mulut yang menyelerakan dengan Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero 

Antara resipi itu termasuklah kek span klasik, muffin campuran jem beri dan pic dan pencuci mulut Mousse buah pic.

Cuba resipi Alce Nero serta ceriakan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan hidangan enak yang anda hidangkan pada musim perayaan ini.
Perisa Mix Berries

Maklumat lanjut mengenai Alce Nero dan resepi yang sihat, bolehlah layarilaman web www.alcenero.asia.

Jem buah-buahan Alce Nero boleh didapati di semua Hypermarket dan supermarket utama. Jem buah beri campuran dan jem strawberi dijual pada harga RM 20.03 sebotol. Manakala jem buah plum pula berharga RM15.79.

~ Achik ~

Monday, December 14, 2015

SALINA'Z HERB BLOGGER DAY ~ Cantik Menawan dengan Salina'z Herbs

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih buat Hai Blogger kerana sudi jemput Achik ke Salina'z Herbs Bloggers Day yang telah diadakan pada 12 Disember 2015 ( Sabtu ) bertempat di Alamanda Putrajaya. Seramai 15 orang Blogger telah diundang ke majlis ini.

Sungguhpun telah banyak jenama produk kecantikan yang ada di pasaran, Salina'z Herbs juga merupakan produk yang tidak asing lagi bagi kaum hawa yang ingin kekal cantik menawan. Salina'z Herbs telah mula beroperasi sejak 8 tahun yang lepas dan ianya merupakan syarikat bumiputera yang masih berdiri teguh dalam bidang produk kecantikan wanita dan keluarga walaupun banyak produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan di luar sana.

Achik bersama Puan Nor Salina Abd Sani, pemilik Salina'z Herbs

Puan Nor Salina Abd Sani, 39 tahun merupakan pengasas dan pemilik kepada Salina'z Herbs. Beliau dan suami, Encik Zamzuri Zahari, 41 tahun, telah melalui pelbagai rintangan dalam menaikkan nama Salina'z Beauty dan Salina'z Herbs. Hanya bermodalkan RM500.00, dua usahawan ini tidak pernah mengalah dan tidak pernah berputus asas dalam memastikan impian mereka untuk menjadi usahawan berjaya tercapai. Buktinya, mereka telah mempunyai beberapa rangkaian kedai jamu dan butik kecantikan mereka sendiri di samping mengeluar dan memasarkan produk jenama mereka sendiri di bawah label Salina'z Herbs bagi produk penjagaan diri dan Salina'z Beauty bagi produk kecantikan.

Rangkaian produk dari Salina'z Herbs

Lebih membanggakan lagi, Salina'z Herbs adalah satu-satunya kedai Jamu yang telah beroperasi di Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya sejak syarikat Salina'z Herbs  ditubuhkan sehinggalah ke hari ini. Sudah menjadi kelaziman peniaga-peniaga dalam Alamanda Putrajaya bertukar ganti, tetapi Salina'z Herbs masih maju dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka di Alamanda Putrajaya. 

Produk Salina'z Herbs dan Salina'z Beauty

Selain itu, kedai jamu Salina'z Beauty merupakan kedai jamu yang dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari produk penjagaan dan kecantikan diri khususnya mereka yang berada di Putrajaya. Produk Salina'z Herbs juga mempunyai rangkaian produk kesihatan yang lengkap untuk wanita dan keluarga. Bermula dengan hanya satu produk pada tahun 2007, kini Salina'z Herbs telah mempunyai lebih dari 15 produk dibawah jenama Salina'z Herbs.  Dari hanya 2 orang pekerja, kini Salina'z Herbs telah mempunyai 10 orang pekerja yang membantu melicinkan operasi urusan perjalanan perniagaan.

Mereka berdua telah pun menggunakan Perfect White Slym dan telah merasai sendiri sensasi dan keberkesanan produk tersebut 

Antara produk-produk Salina'z Herbs yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna adalah Perfect White Slym ( minuman tambahan Kolagen ), Slimaz White Cafe ( kopi ), Corong Resdung, Minyak Kelapa Dara, Mandian Mujarab dan Pencuci Wanita. Selain itu, Jus Kembali Dara dan Putri Drink juga merupakan produk yang popular di kalangan pengguna wanita. Produk Salina'z Herbs yang bermutu tinggi dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM19.90 hingga RM150.00.

WM RM42.90 / EM RM46.90
Jus Kembali Dara
+ Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
+ Menaikan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok dan anjal
+ Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat)
+ Menegang & mencerahkan kulit
+ Melambatkan proses menopaus
+ Memberikan tenaga dalaman wanita
+ meningkatkan sistem imunisasi
+ Mengurangkan senggugut
+ Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
+ Sesuai untuk semua wanita sebelum atau selepas rumahtangga
+ Membantu mengatasi masalah keputihan
+ Mengetat dan mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
+ Menguatkan otot faraj dan mengetatkan faraj
+ Menambah kolagen dalam badan
+ Mencantikan kulit dan nenaikan seri wajah
+ Membantu menghilangkan bau badan
+ Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina
+ Membantu wanita dari dijangkiti penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan fungus dan bakteria

Produk Jus Kembali Dara dapay mengekalkan kecantikan dalaman serta kecantikan luaran wanita. Produk ini telah dilancarkan pada Tahun 2014 dan telah dilabel serta diadun dengan teknologi dan formulasi yang terkini bagi memberi manfaat yang maksima kepada pengguna. Ramuan yang digunakan daripada bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, daun, akar kayu, buah-buahan, bunga-bungaan asli yang mempunyai khasiat yang tersendiri.
WM RM39.90 / EM RM43.90
Slimax White Cafe
+ Membantu melangsingkan badan
+ Membantu merendahkan kolesterol
+ Membantu mencerahkan kulit
+ Membantu merawat penyakit
+ Membantu masalah rambut
+ Membantu masalah insomnia
+ Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot
+ Membantu menambah tenaga
WM RM22.90 / EM RM27.90
Feminine Wash
+ Mengembalikan kewanitaan
+ Merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin
+ Membantu mengatasi masalah keputihan
+ Membantu mengatasi masalah kegatalan
+ Membantu mengatasi masalah berbau akibat daripada bakteria
+ Memelihara keseimbangan pH
+ Memberi kesegaran & keselesaan sepanjang hari

WM RM179.90 / EM RM189.90
Perfect White Slym
 + Gabungan 11x stem sel dan Lutein berfungsi untuk merawat & mencerahkan kulit
+ Menurunkan berat badan dalam masa yang singkat
+ Melambatkan penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit
+ Menghilangkan bekas parut dan jerawat
+ Menghapuskan toksin dalam badan
+ Menguatkan dan mencantikkan kuku dan rambut
+ Mencerahkan lingkaran bawah mata dan penglihatan
+ Merawat penyakit sembelit dan buasir
+ Memelihara kulit dari rekahan
+ Sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur

Berita baik buat semua..!! Salina'z Herbs sedang mengadakan promosi bagi Perfect White Slym iaitu harga yang ditawarkan adalah RM150.00.
WM RM39.90 / EM RM43.90
Minyak Kelapa Dara
+ Mengatasi masalah migraine
+ Mengatasi masalah resdung
+ Mengatasi masalah sembelit
+ Mengatasi masalah ruam lampin
+ Mengatasi masalah psoriasis
+ Mengatasi masalah alahan makan & ezima
+ Mengekalkan berat badan ideal
+ Melembutkan rambut
ΓΌ Membantu mencairkan kahak & melegakan pernafasan
WM RM39.90 / EM RM43.90
Putri Drink
+ Meningkatkan keinginan seksual
+ Meningkatkan kesuburan wanita
+ Mengimbangi hormon
+ Membantu mencerahkan kulit
+ Menghilangkan kedutan pada kulit
+ Membantu menegangkan kulit
+ Membantu mencantikan & menggebukan kulit
+ Membantu menambah tenaga



Sememangnya Achik adalah peminat tegar coffee. Slimax White Cafe ini menjadi pilihan Achik dan rasanya memang sedap. Yang paling penting, Slimax White Cafe ini terdiri daripada campuran ramuan serbuk kopi dengan serbuk Habbatus Sawda yang memang memberikan banyak kebaikan.


Selain itu, produk kecantikan juga dikeluarkan oleh Puan Salina di bawah jenama Salina'z Beauty yang dihasilkan dari ramuan semulajadi dan kaya dengan pelbagai ramuan herba asli. Apa yang penting adalah ianya dijamin halal dan selamat digunakan untuk wanita dari semua peringkat umur. Pemilik kepada Salina'z Beauty dan Salina'z Herbs ini sentiasa memantau dan memastikan produk keluaran syarikat mereka bermutu tinggi, selamat digunakan dan mendapat kelulusan KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ). Pihak pengurusan juga sentiasa menggiatkan aktiviti promosi produk dari semasa ke semasa sama ada melalui media cetak, media elektronik dan juga media sosial bagi melonjakkan jenama dan jualan produk Salina'z Beauty dan Salina'z Herbs.

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Salina'z Beauty dan Salina'z Herbs, boleh hubungi:

Puan Nor Salina Abd Sani
019-2796949
email: salinazherb@ymail.com

atau, kunjungi Cawangan Salina'z Herbs / Salina'z Beauty yang berdekatan anda:

Shah Alam:
No. 10, Tingkat 1, Alam Budiman
Seksyen U10, Shah Alam

Putrajaya:
No. 26A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik, Presint 15
65025 Putrajaya

atau

K08, Lower Ground, South Area
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya


Jangan lupa layari:
Laman Web Rasmi : http://salinazbeauty.com/

atau


atau

Follow Instagram Rasmi:

~Achik~