Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sempena pesta menuai yang akan disambut
oleh Masyarakat China, BMS Organics telah pun melancarkan “Warmth Beneath The Autumn Moon”. Majlis Pelancaran tersebut yang
telah diadakan pada 13 Ogos 2016, bertempat di Cheras Leisure Mall turut
mendapat sambutan hangat daripada pengunjung Shopping Mall tersebut. Rata-rata
orang awam khususnya masyarakat China tidak melepaskan peluang untuk merasai
sendiri 6 perasa mooncake yang baru diperkenalkan
oleh BMS Organics.
Sudah tidak asing lagi, Mid-Autumn Festival atau pun pesta
menuai yang disambut oleh masyarakat China sememangnya berkait rapat dengan
aktiviti perhimpunan, nyanyian kesyukuran serta sesi berdoa. Kuih bulan
merupakan hidangan wajib ada dalam sambutan pestan menuai ini.
Dalam entry kali ini, bukanlah sambutan
Pesta Menuai yang Achik ingin tekankan. Tapi entry kali ini lebih kepada
Pelancaran Kuih Bulan yang sihat oleh BMS Organics. Di kalangan masyarakat China
sememangnya sudah biasa merasai kuih bulan yang manis, mengandungi kandungan
gula yang tinggi serta lemak yang tinggi. Sudah tentu kuih bulan tersebut tidak
sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah kencing manis dan darah
tinggi.
Oleh sebab keprihatinan yang tinggi
terhadap golongan yang berpenyakit ini, BMS Organics telah memperkenalkan 6
pilihan kuih bulan tanpa gula yang baru dan dibuat menggunakan bahan-bahan yang
terbaik yang pasti memberi anda sedikit intensity dan tekstur yang menarik.!
Dengan adanya Organic Sugar Free Mooncake ini, semua golongan yang sukakan
kuih bulan dapat menikmatinya bersama keluarga tercinta.
Untuk makluman semua, natural isomalt telah digunakan bagi menggantikan gula biasa dalam
kuih bulan yang dihasilkan oleh BMS Organics. Jadi, ianya sangat sesuai dimakan
oleh mereka yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis kerana
bahan-bahan yang digunakan adalah 100% organic. Sebagai contoh, tepung gandum bebas daripada
pelunturan dan bahan tambahan, dihasilkan melalui proses pengilangan gaya batu
tradisional yang membantu amat dalam mengurangkan kehilangan bijirin enzim dan
nutrien.
Jom tengok senarai 6 pilihan kuih bulan sugar free dari BMS Organics ini:
1.
Pink Lady 10 Grain
Beetroot
Kalau yang biasa ke BMS Organics mesti tahu
pasal minuman Pink Lady Oat Milk yang dijual di BMS Organics. Rasa kuih bulan
ini seakan sama dengan minuman Pink Lady tersebut. Ianya tidak manis dan sedap…Achik
pun dah rasa..! Kalau korang nak tahu, 10 Grain Beetroot bagus untuk
menambahkan semula darah untuk wanita. Gabungan susu oat, pes biji teratai
ditambah pula dengan warna asli lapisan luar yang diperoleh daripada jus ubi
bit, sudah pasti memberikan kebahagian buat kaum wanita di luar sana.
2.
Bamboo Charcol Black Sesame
Tidak kurang hebatnya, kuih bulan perasa
Bamboo Charcol Black Sesame ini pun sedap. Rasa Black Sesame sudah tentu
menjadi pilihan pembeli. Tidak manis tu yang pasti ! Kek bulan yang kaya dengan
bijan hitam ini penuh dengan kalsium, vitamin dan mineral surih. Lapisan luar
berwarna hitam diperbuat daripada arang buluh, rasa yang lebih hebat dan
melancarkan sistem penghadaman.
3.
Green Balance Macha
Red Bean
Aroma sihat teh hijau dan rumput gandum…gabungan
yang sempurna warna hijau dan merah di mana kacang merah memberi rasa yang
lemak manis manakala serbuk the hijau semula jadi digunakan dibahagian luar
kuih bulan. Gabungan 2 bahan ini dilihat dapat membantu proses detoksifikasi
badan kita.
4.
Pure Lotus
Menggunakan bahan-bahan yang terbaik dan
berkualiti tinggi seperti biji teratai berkualiti tinggi yang memberi anda
gabungan rasa yang sihat dan hebat.
5.
Pure Lotus with Yolk
Bahan asas yang sama seperti Pure Lotus
cumanya telur kuning masin aromatic digunakan sebagai bahan tambahan. Gabungan
kuning telur masin aromatic dan pes biji teratai gula klasik menjadikan rasa
kuih bulan ini lebih hebat.
6.
Mixed Nuts Delight
Kaya dengan serat dan asid lemak yang sihat.
Rasa yang hebat ini pasti akan membuatkan kuih bulan Mixed Nuts Delight berada
lama dalam mulut anda..Achik yakin ianya akan menjadi kuih bulan pilihan ramai
kerana rasa tradisionalnya. Buktinya, pilihan Mixed Nuts Delight ni dah pun kehabisan stok..!!!
Sempena pelancaran Kuih Bulan ini, BMS
Organics turut menawarkan gift box
kuih bulan yang menarik yang telah di makeover
oleh BMS Organics. Gift box yang
berbentung tanglung dan boleh memuatkan 4 keping kuih bulan itu, boleh
digunakan sebagai bekas lampu selepas anda keluarkan semua kuih bulan yang
terdapat di dalamnya. Menarikkan. Mesti cahaya lampu yang dikeluarkan oleh gift box tanglung tersebut kelihatan
cantik.
Selain itu, BMS Organics juga menawarkan
kotak hadiah yang boleh membuat 2 keping kuih bulan dan 1 tin organic green
tea. Bungkusannya adalah elegan..sudah pasti sesuai untuk dijadikan hadiah buat
keluarga dan sahabat-handai.
Gift box berbentuk tanglung yang boleh membuatkan 4 keping kuih bulan
Macam mana nak
dapatkannya?
Bermula 01
Ogos 2016, orang ramai sudah boleh mendapatkan kesemua kuih bulan ini di
mana-mana cawangan BMS Organics.
Harga:
4 keping kuih bulan beserta gift box =
RM107.60
2 keping kuih bulan + organic green tea
beserta gift box = RM63.00
Tawaran Menarik untuk BMS Organics
member atau pemegang kredit kad Citibank, Public Bank atau Aeon, anda
berpeluang untuk menikmati:
1. RM10 BMS Organics
Vegetarian Café cash voucher dengan setiap pembelian 4 keping kuih bulan
beserta gift box serta berpeluang dapat 20% diskaun untuk pembelian kotak
kedua; atau pun
2.
RM5 BMS Organics Vegetarian Café cash voucher dengan setiap pembelian 2
keping kuih bulan beserta gift box serta berpeluang dapat 20% diskaun untuk
pembelian kotak kedua.
Muka Achik pun ada dalam video pelancaran Organic Sugar Free Mooncake by BMS Organics ni..Tapi kejap jela..hahahaha...
Sekiranya ada di antara anda yang tak boleh
membuat pembelian di mana-mana cawangan BMS Organics, jangan risau….pembelian
secara atas talian juga disediakan. BMS Organics akan hantar kuih bulan
tersebut di hadapan ruman anda (caj
penghantaran adalah percuma untuk West Malaysia sahaja).
Jangan lupa masukkan kod promosi BMSO2UMC untuk dapatkan rebat
10%...Best !!!!
Untuk
maklumat lanjut, layari www.bmsorganics.com dan http://www.organic2u.com.my/mooncake/
macam2 flavor..mesti sedap..
ReplyDeletesedap..ikut citarasa tekak masing2..tpi mixed nuts tu dh sold out..huhu
Delete