Thursday, April 21, 2016

Restoran GEGEY di Dengkil Pilihan Terbaik Dikala Cuaca Terik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak dapat dinafikan cuaca pada ketika ini memang sangat panas. Terlalu bahang di luar sana. Malah empangan-empangan di utara semakin kering dan penduduk di utara kemungkinan akan mengalami masalah catuan air. Di dunia pun cuaca panas macam ni kita dah merungut kepanasan, tak dapat bayangkan macam mana pula kepanasan api neraka..Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah swt.

Ok..balik kepada tujuan asal entri kali ni. Achik berhajat nak berkongsi dengan korang semua port terbaik untuk sejukkan tekak yang dahaga. Malah juga menjadi port terbaik untuk korang nikmati makan tengahari dan malam di sini.


Restoran yang diberi nama GEGEY ini telah mula ditubuhkan pada tahun 2016. Ikutkan apa yang kawan-kawan Achik beritahu, Gegey ni dalam dialek Kelantan membawa maksud "bising". Jadi, Achik beranggapan mungkin pemilik restoran ini adalah anak jati Kelantan. Tambah pula antara menu yang dihidangkan di restoran ini adalah Nasi Kerabu.


Apa yang buat Achik tertarik dengan Restoran Gegey ini adalah minuman Extreme yang ditawarkan kepada pengunjung. Minuman Extreme yang ditawarkan terdiri daripada 5 pilihan:

Chocoholic
Oreo
Red Velvet
Donut
Rainbow

Extreme Rainbow. Atasnya adalah Rainbow Cake

Extreme Donut. Donutnya sedap dan lembut.

Buat korang yang masih belum berkunjung ke restoran Gegey ni & tak tahu macam mana nk order minuman extreme ni, senang je. Mula-mula sekali korang kena pilih flavor minuman apa yang korang suka. Korang boleh pilih sama ada Milk Tea, Green Tea, Mocha. Cappucino, Chocolate atau pun Vanilla. Kemudian, baru korang pilih Extreme yang mana satu korang nak rasa.

Pandangan dari atas Extreme Rainbow

Tepi bekas minuman disapu dengan Buttercup kemudian ditabur dengan Choc rice, Choc chip berdasarkan pilihan Gegey Extreme yang dipilih


Achik dah pernah cuba Extreme Rainbow dan Donut. Flavor air yang Achik pilih pula adalah Mocha. Pilihan Achik sememangnya tepat. Air Mocha yang dibancuh oleh restoran Gegey memang sedap. Di campur pula dengan Kek Rainbow / Donut. Memang superb rasanya. 

Sesetengah orang mungkin akan berasa muak. Yela, air dah ada susu kemudian letak kek / donut pula atas tu...hehehe...Tapi bagi Achik, memang menyelerakan dan sedap..!! Lepas ni Achik nak try Red Velvet, Oreo & Chocoholic pula. Harga minuman Extreme ini adalah RM9.90 sahaja.

Buat yang tak gemarkan Extreme, korang boleh pilih minuman biasa (Gegey Time) hanya dengan RM5.00 sahaja.


Selain minuman, restoran Gegey juga menawarkan Nasi Kerabu Gegey, Nasi Gegey, Pizza Gegey King, Ayam Goreng Gegey dan Keropok Ikan. Menu istimewa akan ditambah dari semasa ke semasa. Hidangan combo juga ditawarkan dengan harga yang lebih menjimatkan.

Harga ?

Nasi Gegey = RM5.50
Combo Gegey 1 (Nasi Gegey + Air Gegey Time ) = RM10.00

Nasi Kerabu Gegey = RM6.50
Combo Gegey 2 (Nasi Kerabu Gegey + Air Gegey Time) = RM11.00

Ayam Goreng = RM4.00

Ayam Goreng = RM4.00

Suasana di dalam Restoran Gegey. Sentiasa penuh terutama waktu kemuncak seperti makan tengahari

Ada yang berhajat nak berkunjung ke Restoran Gegey lepas baca entri Achik ni.?

Jom Like FB Restoran Gegey & Follow IG @restorangegey dulu untuk dapatkan info lanjut.

Waktu Operasi:
Selasa - Ahad (bermula jam 11.00 pagi hingga 10 malam)
Tutup pada hari Isnin

Alamat:
G-09, Jalan Dengkil Centre Point

Nak mudahkan kerja korang, waze je Restoran GeGey. 
Waze akan membawa membawa korang terus ke depan restoran ini.


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment