Showing posts with label Sunway Lagoon. Show all posts
Showing posts with label Sunway Lagoon. Show all posts

Monday, October 15, 2018

Hantu-Hantu Merasuk Lagi di Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wahhhhh…musim hantu-hantu berkeliaran di sekitar Sunway Pyramid & Sunway Lagoon kini kembali..Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) kini kembali lagi oi…Kalau NOF5 achik terlepas peluang untuk sama-sama memeriahkan aktiviti jerit-menjerit di Sunway Lagoon, untuk NOF6 kali ini memang Achik tak akan lepaskan peluang.


Bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018, mereka yang meminati aktiviti menjejak mistik atau yang gemarkan aktiviti sera mini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri adegan ngeri yang menanti di setiap tarikan NOF6 yang terdapat di Sunway Lagoon.


Jom tengok ape tarikan seram yang ada sepanjang NOF6 ini..

Wendigo – The Legend in The Mist

Wendigo ini dikatakan hantu kanibal yang memakan manusia. Wendigo sentiasa berada dalam keadaan lapar..Laparkan daging manusia ye..Walau pun hantu ni dah makan banyak kali, ianya tetap berasa lapar.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns

Kalau bercakap tentang badut ni mesti kira akan ingat badut ni fungsinya selalu menggembirakan orang..Ada di majlis-majlis untuk menceriakan kanak-kanak terutamanya. Tapi sebenarnya kita silap. Badut ini sebenarnya mampun mengganggu emosi korang dan kekal berada dalam kepala korang sampaikan wujudnya rasa fobia. Bila dah kerap sangat badut ni muncul dalam kepala korang, maka berlakulah ketakutan yang tidak rasional. Jadi, kalau nak rasai sendiri ketakutan yang macam mana, korang kena masuk ke rumah hantu badut ni di NOF6.



Slaughterhouse 13

Ok..yang ni tengok nama pun dah takut..Mestilah ada kaitan dengan sembelih-sembelih yang penuh dengan darah bersepah kat merata-rata tempat. Kisahnya rumah penyembelihan Chan ini dah lama ditutup dan ditinggalkan selepas berlakunya kejadian seorang pekerjanya bernama Lee Lee Choong terjumpa badan manusia tergantung dalam freezer. Rupa-rupanya badan tersebut merupakan. Menjadi tanda tanya adakah tubuh yang dijumpai tergantung tu merupakan anak Chan, Calvin Chan? Korang kena masuk sendiri dalam ni..Suasana dalam pusat penyembelihan ni memang seram.



Scarytales Theater

Dalam ruang teater ni korang akan disajikan dengan kisah seram yang dipaparkan di layar putih. Sambil korang menonton kisah seram tu, tiba-tiba akan muncul pelbagai jenis hantu di sekeliling korang..Ada yang merangkak macam ju-on..ada yang tiba-tiba lari dengan laju di sebelah korang. Ada juga hantu pocong yang muncul di tingkap ruang teater tersebut. Jadi hati-hati dengan pilihan tempat duduk yang korang pilih dalam ruang teater ini. Yang pasti tiada sorang pun yang terselamat dari diganggu oleh hantu dalam tu..Hehehe..

Banyak lagi tarikan yang menarik antaranya Zoombie Zoo, Ghostbusters, Horrorwood Studios Wax Museum of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D, Jampi dan Enclave of Torture.


Tunggu ape lagi…Dapatkan tiket korang sekarang di www.sunwaylagoon.com atau follow www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia untuk maklumat lanjut.

NOF6 berlangsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Harga tiket = RM69

~ Achik ~

Friday, November 17, 2017

25 Wonder Years : Sunway Lagoon Malaysia Meraikan Ulangtahun Yang Ke-25 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahh...diam tak diam Sunway Lagoon telah pun berusia 25 tahun. Tahniah buat Sunway Lagoon Malaysia atas sambutan ulangtahun yang ke 25. Semua dia makluma bahawa Sunway Lagoon sememangnya telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran pelbagai acara dan kempen berprestij di peringkat antarabangsa. Malah, taman tema di Sunway Lagoon semakin hari semakin berkembang pesat dengan idea yang inovatif dan menawarkan keseronokan buat lebih 20 juta pengunjungnya.


Pada 11 November 2017 yang lalu, Sunway Lagoon telah mengadakan majlis sambutan Sunway Lagoon 25th Wonder Years. Para tetamu yang hadir disambut dengan meriah, diberi minuman dalam kulit nenas, dan disambut dengan tarian berkonsepkan Hawaii.



Bagi memperingati kejayaannya, Sunway Lagoon telah bekerjasama dengan beberapa artis tempatan yang berbakat iaitu Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly (Mimi Norhisham) dan Kaka Azraff (Nor Atiqa Noor Azraff) untuk mencipta lagu mengenai pencapaian Sunway Lagoon yang digelar "Experience It". Semua orang kenal betapa ligatnya Mimi Fly dan Kaka Azraff di atas pentas...Heehehe..pada malam tu juga, kesemua artis ini turut diundang untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu tema sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years iait “Experince It”. Sedap kot lagunya...lagu yang sangat catchy dan funky..sesuai dengan keseronokan yang boleh dialami di Taman Tema Sunway Lagoon.



Selain itu, para tetamu turut dimeriahkan dengan pertunjukan api. Kalau nak tahu Sunway Lagoon ni memang terkenal dengan pertunjukan api. Dah menjadi trademark mereka.



Untuk menambahkan lagi keseronokan pada malam tersebut, para tetamu disajikan dengan persembahan "The Tale of Mount Berapi", sebuah pameran gunung berapi pertama di taman yang menceritakan kisah seorang gadis yang memiliki kuasa ajaib yang tersembunyi dan berusaha untuk mencari batu lava yang terletak di pulau terpencil dan dilindungi oleh penduduk tempatan yang setia menjaganya. Persembahan “The Tale of Mount Berapi” ini sememangnya menjadi kebanggaan kepada Sunway Lagoon kerana ia adalah produksi pertama mereka bermula dari skrip, bakat, muzik, koreografi dan rekaan kostum. Sambutan pada malam tersebut turut diceriakan dengan persembahan bunga api. Sudah pasti para tetamu yang hadir berasa seronok dengan persembahan dan kepelbagaian makanan yang disajikan.




Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks dalam ucapannya berkata, "25 tahun dalam perniagaan adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, peka dengan perubahan semasa dan kekal relevan dalam penyampaian perkhidmatan. Sunway Lagoon berasa sangat bangga kerana selama 25 tahun ini berjaya memberikan kegembiraan dalam hidup berjuta-juta pengunjungnya. Kejayaan Sunway Lagoon juga turut disokong dengan sokongan berterusan oleh para tetamu, rakan kongsi dan para media yang sentiasa ada dibelakang kami.”


Kalau korang nak tahu, Sunway Lagoon telah meraih 3 anugerah besar tahun ini. Sunway Lagoon telah memenangi anugerah “Oscar” kategori Taman Tema Keluarga dan turut tersenarai dalam ‘Brand of The Year’ di Kensington Palace’s World Branding Awards untuk pertama kalinya. Sunway Lagoon juga baru-baru ini telah memenangi Bronze di Anugerah Pilihan Rakyat 2017 (Hiburan) di Putra Brand Awards serta dianugerahkan sebagai “Employer of Choice” di HR Asia Awards 2017. Wahhh...Tahniah diucapkan buat Sunway Group secara keseluruhan dan Sunway Lagoon khususnya atas pencapaian dan penganugerahan tersebut.


Sempena sambutan Sunway Lagoon 25 Wonder Years dan bagi memeriahkan cuti hujung tahun 2017, Sunway Lagoon menawarkan promosi yang menarik sehingga 31 Disember 2017. Para pengunjung berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM25 untuk two-day Fun Pass.

Lain-lain promosi yang ditawarkan :

* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember 2017: Beli FAMFun or 4 To Go Packages dan nikmati voucher F&B bernilai RM25

* Bermula 25 November 2017 hingga 31 Disember 2017 : Untuk 5 minggu berturut-turut, pengunjung boleh mengumpul 5 koleksi limited edition ’25 Wonder Years button badge’ dari hari Isnin hingga Jumaat dengan setiap pembelian 1 Tiket Dewasa ke Sunway Lagoon (sah untuk walk-in sahaja). Kemudian, pengunjung boleh tebus 1 tiket dewasa dalam bulan Januari 2018 apabila korang tunjukkan 3 badges di kaunter tiket.

Jadi, tunggu apa lagi..Sempena cuti sekolah ini, jangan lupa berkunjung ke Sunway Lagoon dan kongsikan gambar kegembiraan anda ketika berada di Taman Tema Sunway Lagoon. Jangan lupa #SL25Years dan #ExperienceIt apabila korang upload gamabr di Instagram. Banyak hadiah menarik yang ditawarkan buat pengunjung yang bertuah.

Untuk muat turun lagi tema Experiece It, korang boleh layari Spotify, KK Box, Joox, Yonder dan Deezer. 


Untuk maklumat lanjut layari www.sunwaylagoon.com atau Like FB www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

~ Achik ~

Thursday, October 06, 2016

Nights of Fright 4 - Festival of Fear Kembali Lagi Oktober Ini di Sunway Lagoon Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Festival of Fear di Sunway Lagoon Malaysia datang lagi tahun ini. Buat mereka yang terlepas untuk ke Nights of Fright 3 tahun lepas, apa kata cabar keberanian korang di Nights of Fright 4 (NOF4) yang sedang berlangsung di Sunway Lagoon Malaysia bermula 07 Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016.

Pelancaran NOF4 telah pun dilancarkan pada 04 Oktober 2016 dan ianya telah disempurnakan oleh Mr. Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon serta Mr. Lynton V. Harris, Chairman and Global Creative Director of Sudden Impact Entertainment Company. Tahun ini, Festival of Fear di Sunway Lagoon menjanjikan sesuatu yang seram berkonsepkan Asia, Modern Dsystopian dan Hollywood. Sebanyak 8 rumah hantu, 6 zon menakutkan dan 11 permainan yang boleh korang main pada waktu malam.


Ah Wing's Butcher Shop...yang 2 orang lagi tu hantu takde perasaan...hahaha


“Nights of Fright adalah salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan. NOF4 kali ini mempunyai tarikan terbaru yang menakutkan diilham melalui gabungan cerita dongeng Asia dan antarabangsa yang paling popular”, Mr. Sean Choo.

Mr. Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon

Seperti tahun lepas, pada malam pelancaran tahun ini Achik datang dengan Anis untuk sama-sama merasai ketakutan dalam NOF4. Hantu-hantu bersepah dalam taman tema Sunway Lagoon. Kalau tahun lepas, Anis ada rasa takut dan geli apabila dihampiri oleh hantu-hantu yang muka hodoh dan menakutkan. Tapi tahun ni, Anis lebih berani..hehehe..almaklumla dh pernah pergi tahun lepas.

“Matlamat kami tahun ini ingin memastikan para tetamu yang hadir ke NOF4 berani melawan rasa takut mereka. Tahun ini, NOF turut mengetengahkan tema Asia yang lebih besar digabungkan dengan Kevin Hill yang menakutkan serta kisah Hollywood daripada Ghostbusters Adventure”, Mr. Lynton V. Harris.

Mr. Lynton V. Harris, Chairman and Global Creative Director of Sudden Impact Entertainment Company

Jom tengok apa tarikan kisah seram Asia yang ada di NOF4. Sudah pasti jeritan bermula di CHAONEI NO. #81 dalam UV3D. Sebuah rumah berhantu yang paling terkenal di Beijing yang mempunyai kisah cinta yang tragis dan sedih antara penyanyi Opera dan suaminya. Kisah seram Asia seterusnya adalah DIYU – JOURNEY OF JUDGEMENT. Kisah sebuah jambatan yang mana nasib kehidupan korang pada masa akan datang ditentukan oleh jalan yang dipilih apabila korang melalui jambatan tersebut. 

Gimik pelancaran NOF4

Ok...yang ni memang seram..!!! Kisah hantu dekat sekolah...MALAYA HIGH SCHOOL..terdapat jenayah yang mengerikan telah berlaku di dalam bilik darjah di tingkat atas. Nak tahu apa jenayah yang berlaku dan macam mana ianya boleh sampai berhantu, korang wajib masuk ke dalam Malaya High School ni dan rasai sendiri.

Malaya High School yang menanti pengunjungnya

Seterusnya perjalanan seram korang di NOF4 diteruskan dengan KEVIN HILL. Kisah seram bermula apabila Cryo-freezer yang besar di dalam Kevin Hill Cryonic Corporation meletup dan terdapat zombie yang telah beku kerap muncul di dalam kilang tersebut. 

Mesti ada di antara korang yang pernah tengok movie Ghostbusters kan. Kisah seram hollywood yang terkenal ini turut dibawakan secara live di Taman Tema Sunway Lagoon. Sempena NOF4, korang yang membeli tiket NOF4 turut berpeluang untuk masuk kedalam The Ghostbusters Adventure Live bagi menyaksikan hantu-crew ini menangkap hantu-hantu yang berkeliaran dalam tu. Cerita pasal The Ghostbusters Adventure Live ni pernah Achik kongsikan sebelum ini...ni link nya http://achikhuda.blogspot.my/2016/08/the-ghostbusters-adventure-live-kini-di.html

Majlis pelancaran NOF4 pada 4 oktober 2016

Apa lagi yang seram di NOF4 ni....??

ANGOSCIA THEATER : ada persembahan fesyen yang menakutkan oleh ANGOSCIA mempersembahkan koleksi terbarunya.

ZOMBIE APOCALYPSE : The walking dead are among us as your heart beats faster at every twist and turn.

AH WING’S BUTCHER SHOP : hati-hati masa korang sedang berjalan untuk keluar ke photobooth. Ah Wing sedang menanti korang di situ. Jangan terkejut melihat keadaan kedai yang penuh dengan darah.

Ah Wing's Butcher Shop

TANAH PERKUBURAN BUKIT LANG : Achik pasti sini adalah kawasan tumpuan untuk korang duduk beristirehat tanpa korang sedar di belakang korang adalah Tanah Perkuburan Bukit Lang. Tanah Perkuburan yang sering kedengaran suara roh-roh menjerit.

Tanah Perkuburan Bukit Lang

Banyak lagi tarikan seram yang ada di NOF4 termasuklah THE LONDON FOG, KEVIL HILL TOWNSHIP, THE ZOMBIE WALK dan THE CLOWN COLLECTIVE. Jangan ada yang menjerit pula apabila disergah oleh zombie-zombie yang berkeliaran di sepanjang jalan.









11 permainan yang boleh korang main pada waktu malam:

·         Carousel
·         Apache Pots
·         Pirate’s Revenge
·         Colorado Splash
·         Tomahawk
·         Wagon Wheel
·         Lost City of Gold Scream Coaster
·         Fun Fair
·         Grand Canyon River Rapids
·         Butch Cassidy Trail
·         Vultures

Jangan lupa korang main semua permainan di atas. Sebab semua tu dah termasuk dalam harga tiket korang..So, berapa harga tiket ke NOF4 ni??

Harga Tiket:
RM58 (harga biasa)
RM50 (harga untuk pelajar)
RM120 (1 pass masuk Sunway Lagoon + 1 tiket NOF 4)
RM80 (Beli 2 tiket pada harga RM80 hanya untuk hari Ahad sahaja)

Waktu Operasi NOF4:
Tarikh: bermula 07 Oktober 2016 – 31 Oktober 2016
Hari : Setiap Jumaat hingga Ahad

Layari www.sunwaylagoon.com/NOF4 atau hubungi 03-5639 0000 untuk info lanjut.

Like FB rasmi di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Tonton Gimik Pelancaran Nights of Fright 4


~ Achik ~

Monday, August 01, 2016

The Ghostbusters Adventure Live Kini di Scream Park Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Arghhhhh….anjat gegirl bila disergah dengan hantu di Sunway Lagoon. Semua tahu di Sunway Lagoon memang ada Scream Park…dah tentu kalau masuk dalam Scream Park ni memang akan menjerit la kan..Sape tak terkejut dik non oi bila disergah dengan hantu...

Ready to scream

Cuma, baru-baru ini Sunway Lagoon telah melancarkan tarikan terbaru dalam Scream Park tersebut iaitu Ghostbusters. Pengasas Scream Park iaitu Mr Lynton V. Harris telah pun memperkenalkan tarikan terbaru ini yang sudah tentu pertama di dunia, ‘The Ghostbusters Adventure Live!’.

Sunway Lagoon telah berbesar hati mengundang para blogger untuk merasai sendiri suasana di dalam Scream Park dengan tarikan terbaru Ghostbusters. Kalau korang nak tahu, pelancaran ‘The Ghostbusters Adventure Live!’ ini merupakan pelaburan tahunan terbesar Sunway Lagoon sejak Scream Park ditubuhkan kira-kira 7 tahun yang lalu.

Achik bersama Mr. Lynton

Menurut kata Mr. Calvin Ho, merangkap Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks, pihak Sunway Lagoon sangat teruja untuk memperkenalkan tarikan terbaru yang diiktiraf antarabangsa untuk dinikmati oleh para pengunjungnya.

‘The Ghostbusters Adventure Live!’ yang baru diperkenalkan ini terletak di tingkat atas Scream Park dan ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan yang menyeramkan pengunjung. Laluan dan suasana dalam ‘The Ghostbusters Adventure Live!’ ini adalah berdasarkan suasana dalam filem Ghostbusters.




Perjalanan di Ghostbusters Adventure dimulakan dari Slimer’s pad yang dipenuhi dengan Ghostbusters memorabilia dan diikuti dengan Aldridge Mansion iaitu rumah persendirian dan muzium tertua di New York.

Laluan diteruskan dengan melalui New York Subway’s Seward Street Station…dekat sini pun ada hantu yang menanti..hehehe..Kemudian, pengunjung akan melalui Old Zhu’s Chinese Restaurant, HQ terbaru melibatkan Ghostbusters perempuan…Dekat restoran ni pun ada hantu cina yang menanti dengan jelingan mata yang menyeramkan..hhahahah..

Masuk Train ada visual hantu yang menanti

Laluan sempit ke restoran China ada ghost yang menanti...hati hati....

Tajam tau renungan mata hantu China tu..hehehehe..


Seterusnya perjalanan diteruskan ke Rowan’s basement, diikuti dengan Hotel Mercado yang terletak di iconic Times Square New York…Katanya di sini tempat yang paling menyeramkan dan menakutkan buat pengunjung…Nak tahu seram dan takut yang macam mana, kena la datang sendiri…Baru tahu kan..

Kami para blogger yang hadir telah diberi peluang untuk merasai terlebih dahulu keseraman dan ketakutan yang ada dalam Ghostbusters Adventure tersebut. Selepas semua orang dah puas menjerit disergah oleh hantu, barulah kami semua masuk ke dalam sekali lagi untuk melihat dengan lebih dekat serta bergambar dengan hantu yang ada dalam Scream Park tu…hahaha..This time, kitorang dah tak takut..


Konon-konon dah berani la kan..

Jangan terkejut bila ada hantu polis yang chubby dan comel muncul kan diri..hihihihi

Oh ye, sempena pelancaran ‘The Ghostbusters Adventure Live!’ ini, Sunway Lagoon turut menganjurkan peraduan ‘Spend and Win’ di mana semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, berpeluang untuk bawa pulang kereta jenama Proton Iriz dengan hanya berbelanja RM300.00 atau lebih dalam 1 resit. Pastikan korang tak buang resit pembelian korang bagi membolehkan korang join contest ini.


‘The Ghostbusters Adventure Live!’ telah pun dibuka sejak 14 Julai 2016 yang lalu.

Waktu Operasi:
11.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)

Untuk tiket pula, ianya dah termasuk dalam harga tiket Sunway Lagoon. Maknanya korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon Theme Park, korang boleh menikmati lebih 90 permainan dan tarikan termasuklah Scream Park.

Harga Tiket Sunway Lagoon:
Umur 12 tahun dan keatas = RM150.00
Umur bawah 12 tahun = RM120.00

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi 03-5639 000.



Picture credit to Sunway Lagoon.

Terima kasih Sunway Lagoon sebab undang kami...Puas menjerit, puas mandi dan puas berhibur dalam theme park...

Korang yang nak spend time di Sunway Lagoon Theme Park ni, pastikan korang datang awal tau. Sebab banyak tarikan yang korang kena cuba...Untuk yang ada lemah semangat pula, elakkan untuk masuk Scream Park...Takut nanti jadi sesuatu yang tak diingin pula...apa-apa pun enjoy...!!!!

~ Achik ~