Monday, April 24, 2017

Nescafe Dolce Gusto Piccolo kini di Malaysia | Nikmati Coffee Kegemaran Anda Di Mana Saja

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera...

Kalau sebelum ini Achik pernah berkongsi dengan korang semua tentang mesin Nescafe Gold Blend Barista, kali ini, Nestle tampil dengan mesin kopi terbaru dari rangkaian Nescafe Dolce Gusto. Mesin kopi yang kecil dan comel ini diberi nama Piccolo.

Korang semua sedia maklum bahawa peredaran zaman pada masa kini turut memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia. Gaya hidup yang moden dengan kesibukan kerja membuatkan sesetengah manusia mempunyai masa yang agak terhad untuk menikmati minuman kegemaran mereka. Faham dengan kehendak pelanggannya, Nestle menampilkan Nescafe Dolce Gusto Piccolo yang pasti dapat memenuhi permintaan dan citarasa gaya hidup moden masyarakat kini.

Pre-order Nescafe Dolce Gusto Piccolo di www.lazada.com.my dengan harga RM239

Apabila bercakap tentang mesin kopi, ramai yang beranggapan bahawa mesin tersebut hanya boleh menghasilkan minuman berunsurkan kopi sahaja. Kalau lihat pada permintaan pelanggan di pasaran pada masa kini, minuman kopi turut bersaing hebat dengan minuman teh. Malah minuman teh itu sendiri turut diolah rasanya agar dapat menghasilkan pelbagai jenis hidangan teh seperti ‘green tea latte’, ‘tea latte’ dan macam-macam lagi. Jadi, apa yang istimewanya dengan mesin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini? 

Jom Achik kongsikan kelebihan yang ada pada mesin Nescafe Dolce Gusto Piccolo berdasarkan pengalaman Achik menggunakannya....

Saiz – Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini mempunyai saiz yang sebesar botol minuman 2 liter. Yang paling best, ianya ringan, mudah dibawa kemana-mana sahaja. Malah, korang boleh tempatkan mesin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini di atas meja pejabat. Ianya langsung tidak mengganggu ruang untuk korang bekerja.

Achik boleh menikmati Cafe Au Liat di workstation sahaja.

Pilihan kapsul perisa yang banyak - ‘Capsule Flavour’ yang terdiri daripada perasa atau 2 perasa telah dihasilkan khusus untuk digunakan bersama-sama dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo. Sebanyak 16 rangkaian perisa kapsul yang boleh dipilih mengikut citarasa korang semua:

Black cups
·   Espresso
·   Ristrestto Ardenza
·   Espresso Intenso
·   Lungo
·   Grande Intenso

White cups
·   Cappuccino
·   Latte Macchiato
·   Caramel Latte Macchiato
·   Cortado
·   Cafe Au Liat
·   Vanilla Latte Macchiato
·   Cappuccino Ice

Chocolate and Tea
·   Chococino
·   Mocha
·   Green Tea Latte
·   Tea Latte
·   Chai Tea Latte

Antara pilihan kapsul yang ada. Harga pasaran untuk Black Cups = RM29.90...Ada 16 kapsul bersamaan dengan 16 cawan...Manakala White Cups = RM31.69...Ada 16 kapsul (gabungan susu dan kopi/teh/coklat) bersamaan dengan 8 cawan..Tetapi harga kapsul tetap murah berbanding dengan harga minuman kopi yang korang beli di restoran jenama terkemuka...


Paras air boleh dikawal secara manual – Yang ni memang Achik suka...lain orang lain citarasanya. Walaupun setiap kapsul telah dilabelkan dengan paras air yang diperlukan, tetapi semuanya bergantung pada citarasa korang...Kalau ingin kan bancuhan yang pekat, korang boleh kurangkan paras air dan sebaliknya...




Ada pilihan air sejuk – Kebiasaannya mesin bancuhan kopi didatangkan dengan air panas. Berbeza dengan Piccolo, ianya ada pilihan air sejuk. Sesuai sangat digunakan bersama-sama dengan kapsul Cappucino Ais.


Perisa White Cups yang lengkap dengan susu dan gula – Buat peminat minuman latte, Achik syorkan korang cuba perisa kapsul dari rangkaian White Cups. Penyediaan minuman latte lebih mudah kerana kandungan susu dan gula telah pun ada dalam kapsul tersebut. Korang hanya perlu kawal paras air sahaja.

Bancuhan Cappucino yang sedap rasanya...Lengkap susu dan gula..

Kalau Achik sendiri pun dah jatuh cinta dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini, Achik pasti korang di luar sana pun pasti menyukainya. Jadi, macam mana hendak memiliki Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini??

Tempahan awal Nescafe Dolce Gusto Piccolo boleh dibuat secara eksklusifnya di www.lazada.com.my bermula 21 April 2017 hingga 30 April 2017 dengan harga RM239.00 !!! Untuk setiap tempahan awal yang dibuat, Lazada menawarkan promosi hebat iaitu set Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine dan percuma 1 x Limited Edition Box (3 random designs) yang mempunyai 16 kapsul. Selagi stok masih ada...
 


Selain itu, Achik pun ada hadiah istimewa buat korang semua yang berminat untuk memiliki Nescafe Dolce Gusto Piccolo atau apa-apa produk Nescafe Dolce Gusto dari Lazada. Untuk setiap pembelian yang korang buat, jangan lupa masukkan voucher code di bawah:

Voucher Code : PICCOLO10AC

Voucher code ini akan melayakkan korang untuk menikmati diskaun sebanyak 10% (terhad kepada RM20 sahaja). Tiada had pembelian ditetapkan. Voucher Code ini sah bermula 21 April 2017 hingga 31 Mei 2017. Terhad kepada 100 orang yang terawal sahaja !!!!


Untuk membuat pembelian di lazada, jangan lupa layari www.lazada.com.my/nescafe-dolce-gusto/nestle-malaysia/


~ Achik ~