Tuesday, June 30, 2015

Food Review : Go'bang Maju Patin Tempoyak

Patin Tempoyak...? Wow...baru dengar nama tapi dah menyelerakan.

Sabtu lepas Achik telah memenuhi undangan daripada Kelab Nissan Almera Pantai Timur ( NAPT ) untuk berbuka puasa di  Go'bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh Pahang.


Go'bang Maju Patin Tempoyak ini terletak bersebelah dengan Esso Temerloh yang sekarang sudah berwajah baru menjadi Petron. Achik tak pernah sampai sini. So bile nak pergi tempat yang Achik tak tahu, Achik akan menggunakan khidmat Waze. Bila waze nama restoran, yang keluar restoran cawangan Sri Rampai. So, kalo korang yang malas nak travel jauh-jauh, boleh try rasa Patin Tempoyak di Go'bang Maju Patin Tempoyak, Sri Rampai. Rasa sama ke tak dengan yang Temerloh, itu achik tak tahu sebab tak pernah try lagi.

So, untuk memudahkan pencarian korang bila ke Temerloh, search saja Esso Temerloh dalam Waze korang tu. Memang waze akan bawa korang ke jalan yang benar...hehehe...korang akan nampak restoran ni dulu di sebelah kiri dan Esso @ Petron tu ada disebelah restoran ni.

Yeehaaa....pukul 5.00pm achik bertolak dari Tol Gombak. perjalanan yang mengambil masa sejam setengah, achik berjaya sampai di Go'bang Maju Patin Tempoyak Temerloh sebelum waktu berbuka puasa.

Sampai saja di restoran, kawan-kawan achik suruh achik terus ambil lauk pauk yang hendak dimakan semasa berbuka. Tak lupa juga ikan patin tempoyak...!!!

Sebab achik sampai dah lambat, tinggal la patin bahagian kepala sahaja...Walau pun bahagian kepala tapi rasanya sedap. Isi di bahagian tepi kepala tak rasa pahit malah rasa manis. Tak seperti rasa ikan patin yang achik pernah cuba sebelum ni. achik bagi 5 bintang untuk Patin Tempoyak di Go'bang Maju Patin Tempoyak Temerloh.

Sebab yang tempoyak ada kepala sahaja, achik ambil bahagian ekor patin goreng.

Inilah lauk pauk yang achik pilih untuk berbuka.

Patin tempoyak
Patin goreng
Sayur kacang buncis
Sambal Udang petai
Keladi masa pindang yang pedas...heheheh

Lauk-pauk disini telah siap dihidang di kaunter dalam mangkuk kecil untuk dipilih oleh pelanggan restoran. Maknanya pelanggan takk perlu beratur panjang nak cedok lauk lagi.

Ikan bakar pun ada..

Kami semua dengan rasa sabar menunggu waktu berbuka puasa sambil mengadap lauk pauk yang menyelerakan di atas meja...hehehe..

So, untuk siapa yang nak mencuba rasa keenakan patin tempoyak di Temerloh, bolehlah waze location dengan search landmark ESSO TEMERLOH.
No. telefon 019-9569696



atau



bagi yang malas nk drive jauh-jauh, boleh lah singgah di cawangan yang terletak di Sri Rampai yang terletak di Alamat berikut:

19, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur.
No. telefon : 017-3796555


Selamat mencuba..!!!

Monday, June 29, 2015

Zalora kini di Mitsui Outlet Park, KLIA


Assalamualaikum..

Dah 3 hari Achik tak update blog...bulan puasa ni rasa tak cukup sangat masa tu...hehe..

Hari ni Achik nk share kat korang yang butik Zalora dah buka dekat Mitsui Outlet Park. Korang tahu tak Mitsui Outlet Park ni dekat mana? Mitsui ni dekat jalan on the way ke KLIA. Apa benda Mitsui ni kan...Ok...actually Mitsui ni Outlet yang berkonsepkan macam Johor Premium Outlet ( JPO ).

Cuma nya, kedai tak buka habis lagi. Achik dengar cerita 30 Jun 2015 ni semua kedai akan dibuka. betul ke tidak Wallahua'lam....kena check it out sendiri kan.

Masa tengah jalan di Mitsui, achik ternampak butik Zalora. terus jengah masuk


Oh ye..butik Zalora tengah buat sale uols..Discount up to 80%. sesuai sangat la nak pergi cari baju raya. Hari ni dah 12 Ramadhan. tinggal lagi 17 hari kita akan menyambut Syawal. sekejap sangat kan...


Antara koleksi yang ada di butik Zalora...


Baju Melayu ni dijual dengan harga RM49.90. Murah betul..

Koleksi kasut turut dipamerkan

Sedondon...boleh dijadikan tema untuk hari raya aidilfitri tahun ni.

Dalam butik tersebut turut disediakan 3 PC untuk customer browse pilihan koleksi yang dijual zalora secara online di website Zalora. kemudian customers boleh terus beli koleksi tersebut di Butik...lebih berpuas hati kan...


So kawan-kawan, jom la serbu ke butik Zalora di Mitsui Outlet Park.

~Selamat membeli belah~

Wednesday, June 24, 2015

Bicara Nur Ramadhan

Alhamdulillah.

Dah 7 hari kita semua umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadhan...ini bermakna lagi 22 hari sahaja kita akan menyambut Aidilfitri...

Cepat nya masa berlalu...

Sementara bulan Ramadhan masih ada lagi, ni Achik nak ajak kawan-kawan semua ke Bicara Nur Ramadhan yang akan di adakan esok pagi seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Jun 2015 ( Khamis )
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya.


Jadi, siapa-siapa yang berkelapangan dan berada di kawasan Putrajaya, jemputlah datang ke Bicara Nur Ramadhan untuk menambah ilmu kita sepanjang bulan Ramadhan.

Sekian.

Monday, June 22, 2015

Delic10usly ~ MyDulang @ Oldtown


Sempena bulan Ramadhan, Oldtown White Coffee menawarkan menu untuk berbuka yang dikenali sebagai MyDulang..

MyDulang didatangkan dengan 3 jenis set..yang membezakan set ini adalah jenis ayam yang dihidangkan...

Ketiga tiga set Nasi Arab nya dihidangkan dengan Papadom, Keropok Lekor, Sambal Hard Boiled Egg, Cucumber, Kangkung Belacan dan pilihan air berkarbonat ( coca cola, fanta grape dan sprite )

SET A - Ayam Percik = RM23.90

SET B - Ayam Masak Merah = RM19.90

SET C - Ayam Rendang = RM19.90

Pelanggan juga boleh memilih untuk upsize minuman dgn perlu menambah RM1.

Upgrade ke minuman Float juga disediakan dengan perlu menambah RM1..

Menu Ala Carte MyDulang juga ada untuk pelanggan yang ingin menempah secara Ala Carte.

Sepanjang promosi MyDulang ini, setiap set yang ditempah akan dapat RM5 Cash Voucher Malaysiaku yang boleh digunakan dari 1 Ogos 2015 hingga 30 September 2015.

Ni yang bahaya ni sebab tempoh nya lambat lagi..takut Achik terlupa je.


Yang bestnya masa bayar bil Achik diberi 3pek sampul raya iaitu setiap pek ada 5 keping sampul raya.


So, inilah menu berbuka Achik hari ni..korang jangan lupa try tau.



Oh ye..harga di atas telah termasuk GST dan subject to service charge..

Sunday, June 21, 2015

Kesihatan yang tidak memberangsangkan

Maaf andai kurang nya update dari Achik sejak 2 menjak ni.

Achik kurang sihat. dengan penyakit sedia ada, tambah dengan demam....diarrheoa lagi..

Banyak betul dugaan buat Achik untuk menghadapi bulan Ramadhan ni.

Buat semua umat Islam di luar sana, Achik ucapkan selamat menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan.. Puasa di bulan Ramdhan adalah wajib dan sebagai umat Islam, kita dilarang keras untuk saja-saja tidak berpuasa. Dan bagi yang tidak berpuasa atas sebab yang tidak dapat dielakkan, jangan lupa ganti balik lepas habis Ramadhan..

Oh ye, sepanjang bulan Ramadhan ni, jangan abaikan kesihatan anda semua. Kalau tak sihat, dah susah nak berpuasa kan. 

Apa-apa pun, doakan semoga Achik cepat sembuh ye...!!! see ya !!!!



Friday, June 19, 2015

The FARM Satay & Grill


Malam 1 Ramadhan.. Achik sempat singgah di Restoran The Farm Satay & Grill untuk sahur.

Menggunakan konsep "Kambing Muda Segar Dari Ladang", makanan yang ditawarkan adalah bertemakan western dan kambing..


Sampai saja di restoran tersebut, Achik buat pilihan order Lamb Chop dan Satay Kambing.

Lamb Chop berharga RM31.70, dihidangkan dgn 2 scoop mash potato dan pilihan sayur beserta kuah blackpepper..Achik pilih coselaw.

Daging kambing dalam 1 hidangan tersebut memang banyak dan puas hati..kuah blackpepper nya pun memang sedap dan pedas..!!!

Satay kambing yang Achik order ada 1 set yang dihidangkan di atas hot plate..1set ada 10 cucuk satay kambing berharga rm10.70 untuk 1 set.

Satay yang dihidang dalam hot plate memang menyelerakan dgn kuah yang masih menggelegak.

Kuah kacang dan kuah kicap brcili dan diperah limau turut dihidangkan.

Kuah kacang nya sedap sgt..kalau ada nasi impit lagi sedap..

Bagi yang teringin makan disini boleh lah berkunjung ke The FARM Satay & Grill yang terletak di

Jalan Niaga 1, Alam Damai, Cheras

FB :

Wednesday, June 17, 2015

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Yeehaa...

mungkin ramai yang tak tahu PR1MA dah buka untuk permohonan projek terbaru Perumahan Rakyat 1 Malaysia di pelbagai lokasi


ni lah dia senarai projek PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan sejak 15 Jun 2015.


Jadi.. yang berminat untuk memiliki rumah sendiri..jangan lepaskan peluang ini..tempoh permohonan masih dibuka.

Ayuh jangan berlengah lagi..


Sunday, June 14, 2015

Royal Floria Putrajaya

Bismillah.

Ahad lepas (7 Jun 2015), Achik berpeluang pergi ke Floria Diraja Putrajaya..kerana terlalu sibuk dgn rutin harian, dah sampai hari terakhir Floria barulah Achik dapat datang menjengah...


hari Ahad tu kebetulan Achik ada undangan kenduri kahwin kt Kepong..balik dari Kepong, terus singgah Putrajaya..

Achik, Anis & Aqem sampai Anjung Floria dalam pukul 4.30pm..jalan sesak atas jambatan sebelum Anjung Floria. Parking semua penuh..dan yang paling dasyat orang beratur nak beli tiket punya panjang..

Achik berhenti tepi turunkan Anis..suruh dia beli tiket sementara Achik cari parking kereta.

Tengok la..ramai orang..tambahan pula hari tu hari terakhir Floria Putrajaya.

Achik dah siap park kereta tapi Anis & Aqem masih lagi beratur nk beli tiket..

Tiket untuk masuk ke Floria Putrajaya adalah RM5.00 untuk dewasa & RM1.00 untuk kanak-kanak.

Ok..dh berjaya masuk..jom explore.!!!

Tempat pertama yang kami tuju adalah lokasi pameran kucing...tolak je pintu sekali padat manusia dalam tu..kesian kucing2 berada dalam keadaan takut..kami pun decide untuk keluar dari situ.

Royal Floria Putrajaya..
Achik & Aqem dalam Taman Terengganu..belakang kami adalah replika kapal yang dipenuhi dengan bunga..

Taman Terengganu

Taman Melaka

Antara hiasan flora di Anjung Floria

Laman MTIB - TESCO yang berkonsepkan buluh dan Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah.

Pasukan berkuda Perbadanan Putrajaya pun ada..nangis adik kt belakang tu..hehe

Taman Persahabatan Malaysia-Cina pun ada..time ni feeling2 Achik ada di Beijing..hahahah





Di Floria Putrajaya turut diadakan jualan kraf & barang2 seni untuk dibuat koleksi..

Bagi yg tak berpeluang ke Floria tahun ni, jangan risau tahun depan ada lagi..Perbadanan Putrajaya dah jadikan Floria sebagai acara tahunan mereka..

Sekian..