Tuesday, May 22, 2018

Shah Alam Convention Centre (SACC) Meraikan Anak-Anak Yatim Dalam Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdullilah...diam tak diam sudah 7 hari umat Islam menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan. Bersamaan dengan 2 Ramadhan, Shah Alam Convention Centre (SACC) telah berbesar hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa SACC Bersama-sama Anak-Anak Yatim. Penganjuran majlis berbuka puasa ini selaras dengan amalan kemasyarakatan yang sudah menjadi tradisi SACC melalui satu program Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.


Dalam tazkirah yang disampaikan semasa majlis tersebut, Ustaz turut menekankan bahawa amalan meraikan anak-anak yatim semasa berbuka puasa adalah amalan yang mulia. Namun begitu, makanan yang dihidangkan kepada anak-anak yatim tersebut hendaklah sama dengan makanan yang kita makan sewaktu berbuka. Maknanya tiada istilah ‘double standard’ antara anak yatim dan juga para jemputan.

Tazkirah berkaitan berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim pada bulan Ramadan

Ketua Pegawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar

Menurut kata Ketua Pengawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar, tahun ini merupakan tahun kelapan pihak SACC mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim. Encik Nasrudin juga berasa sukacita kerana dapat mengumpulkan warga kerja dan ahli keluarga SACC untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Sebahagian Anak-anak Yatim yang hadir

Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari yang hadir turut diceriakan dengan pemberian sumbangan duit raya dan hadiah daripada pihak SACC. Sumbangan ini turut ditaja oleh ADABI Consumers Industries Sdn Bhd. Pihak SACC percaya, dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan dan membantu anak-anak yatim ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan duit raya dan sumbangan hadiah kepada anak-anak yatim yang hadir. Majlis Berbuka Puasa tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Teresa Kok Suh Sim, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah SACC Convec.

Penyampaian sumbangan daripada pihak SACC kepada Pengetua Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Puan Asmanira Muhamad Ramly

Penyampaian sumbangan daripada pihak ADABI Consumers Industries Sdn Bhd kepada Pengetua Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bistari

Ketua Pegawai Operasi SACC turut memberi duit raya kepada anak-anak yatim dari meja ke meja


Majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelanggan yang lain yang turut berbuka puasa di Bufet Ramadan 2018 di SACC. Untuk tahun ini, pihak SACC memperkenalkan Bufet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi yang telah dibuka kepada umum sejak 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Lebih dari 100 hidangan resepsi turun temurun disediakan khas untuk pengunjung yang hadir.

Seperti yang Achik kongsikan dalam entry [klik] Achik sebelum ini, Bufet Ramadan 2018 di SACC berkonsepkan “Berbuka Sambil Beramal”. Setiap pembelian voucher berbuka sebanyak RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelendangan. Jemput singgah ke entry Achik berkaitan Bufet Ramadan 2018 di SACC untuk dapatkan info lanjut,

Untuk tempahan Bufet Ramadan bolehlah layari 03-55118858 / 013-2502858 atau layari www.sacc.com.my/ramadan-buffet .


~ Achik ~



Saturday, May 19, 2018

DairyGo Teh Tarik Rendah Kalori Mudah Dibawa Kemana Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau diperhatikan rata-rata masyarakat Malaysia memang menggemari minuman teh tarik. Malah minuman teh tarik ini yang kebiasaannya diminum di kedai mamak atau pun warung telah pun dikomersialkan. Malah dah ramai anak-anak muda masa kini menceburi perniagaan menjual air dengan menjual air teh tarik yang telah dipelbagaikan rasanya.



Baru-baru ini Achik telah pun menghadiri majlis pelancaran minuman Teh Tarik keluaran DairyGo yang telah berlangsung di IDCC Shah Alam. Apa yang menarik tentang pengasas minuman teh tarik ini, beliau merupakan pengasas dan pemilik butik fesyen di bawah jenama Bella Ammara, iaitu Puan Belle Alyahya. Seorang usahawan fesyen dan kosmetik tetapi mempunyai minat yang sama dalam mengusahakan perniagaan minuman.



Tercetusnya idea untuk menghasilkan produk DairyGo Teh Tarik ini kerana Puan Belle sendiri merupakan penggemar minuman Teh Tarik. Bermula dari situ, maka bermulalah proses untuk menghasilkan minuman teh tarik. Proses penghasilannya tidaklah begitu mudah kerana banyak proses R & D yang perlu dilalui untuk memastikan minuman teh tarik yang dihasilkan sememangnya berkualiti dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Jika dilihat pada reka bentuk pek minuman ini, ianya sangat mudah di bawa kemana sahaja. Memang itulah konsep yang dipilih bersesuaian dengan jenama DairyGo.


Kenapa mereka menitik beratkan soal jangka hayat teh tarik tersebut ?

Kalau korang arif dalam pengeluaran produk makanan atau minuman, untuk memastikan jangka hayat sesuatu produk itu dapat tahan lebih lama, bahan pengawet hendaklah digunakan lebih-lebih lagi apabila melibatkan produk tenusu. Berbeza dengan DairyGo Teh Tarik, ianya tiada bahan pengawet, tiada pewarna, tiada kolestrol dan yang paling penting telah diiktiraf Halal.

Sebab itulah penghasilan DairyGo Teh Tarik ini telah melalui proses R & D yang lama seperti yang Achik nyatakan di atas. Setiap pek DairyGo Teh Tarik mempunyai jangka hayat selama 1 tahun 6 bulan dari tarikh pengeluarannya. Jadi tak perlu simpan dalam peti sejuk melainkan korang dah buka penutup pek tersebut.


Mereka disebalik pengeluaran DairyGo Teh Tarik


Kata orang, minuman teh tarik tidak elok untuk kesihatan. Bagaimana pula dengan DairyGo Teh Tarik ?

Haaaa...ini sememangnya fakta yang tidak disangkal lagi. Kalau korang nak tahu, minuman teh tarik yang korang selalu minum di kedai mamak tu sangatlah tak elok untuk kesihatan. Kenapa ? Cuba korang rajin-rajin sikit cari bahan bacaan tentang susu pekat manis untuk ketahui berapa banyak kuantiti gula yang ada dalam satu tin susu pekat manis tu...Hehehe..ada konspirasi gula di situ.

Berbeza dengan DairyGo Teh Tarik, sungguhpun ianya mempunyai kandungan gula, tetapi susu yang digunakan merupakan Susu Segar yang diimport dari New Zealand. Jadi ianya tidak mempunyai kandungan gula yang banyak seperti teh tarik yang menggunakan susu pekat manis. Setiap hidangan 100 ml hanya 66 kcal sahaja.

Achik sendiri dah rasa DairyGo Teh Tarik ni. Rasanya memang tidak manis. Boleh kata teh nya kaw dan sedap. So, kalau korang yang berdiet di luar sana tetapi mempunyai keinginan nak minum teh tarik yang dah lama dipendamkan, hehehehe...Maka Achik syorkan korang untuk cuba DairyGo Teh Tarik. 1 pek mempunyai kandungan sebanyak 200 ml. Jadi hari ini boleh minum 100 ml, esok boleh minum lagi 100 ml.




Bagaimana hendak nikmati DairyGo Teh Tarik yang Panas ?

Ok...soalan bijak. Nampakkan betapa mudahnya pek pembungkusan minuman DairyGo Teh Tarik ni. Maknanya korang boleh bawa kemana sahaja yang korang pergi. Andai kata korang nak travel, bawa sahaja DairyGo Teh Tarik melancong bersama-sama korang. Disebabkan ianya dalam pek, maka tidaklah berat untuk dibawa kemana sahaja.

Bila korang berada di luar dan teringin nak minum DairyGo Teh Tarik Panas, korang boleh rendamkan pek ke dalam air panas, kemudian hidangkan dalam cawan. Mudahkan...

Kalau yang gemarkan minuman sejuk, simpan sahaja pek DairyGo Teh Tarik dalam peti sejuk...Memang sedap apabila ianya dinikmati dalam keadaan sejuk.





Nak beli di mana ????

Kalau korang  nak tahu, sejak ianya dikeluarkan walau pun masih belum dilancarkan, DairyGo Teh Tarik telah menerima tempahan yang luar biasa iaitu lebih dari 200,000 bungkusan telah pun dijual secara atas talian. DairyGo sendiri telah mempunyai ramai agen yang berdaftar.

Jadi, sekiranya korang ingin dapatkan produk DairyGo Teh Tarik, pembelian boleh dibuat secara atas talian dengan layari Instagram @dairygo_ atau pun melalui agen-agen yang berdaftar. Korang search je dekat instagram tu “DairyGo”, memang akan keluar pelbagai akaun instagram yang merupakan agen berdaftar. Harga yang ditawarkan adalah RM4.00 untuk satu pek.

Pada masa akan datang, pihak DairyGo bercadang untuk menempatkan produk sulung keluarannya di kedai dan pasaraya sekitar Malaysia seperti di 7eleven, Giant, Petronas dan sebagainya.



Sekalung tahniah buat Puan Belle Alyahya dan pasukan atas pelancaran jenama terbaru, DairyGo dengan produk sulung mereka minuman Teh Tarik.

~ Achik ~

Saturday, May 05, 2018

Rasai Iftar Ke-20 | Buffet Ramadhan 2018 di Verandah Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Meriahnya korang buffet ramadan di Verandah, Cyberview Resort & Spa. Kalau korang peminat makanan laut, Achik memang rekemen kat korang untuk cuba berbuka di sini. Mungkin ada sesetengah mereka yang mengatakan harga buffet ramadan di sini agak tinggi tetapi bagi Achik tidaklah terlalu keterlaluan jika dibandingkan dengan kepelbagaian makanan yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja...Cyberview Resort & Spa menjanjikan suasana persekitaran yang menyamankan. Korang boleh memilih sama ada ingin meja di dalam Verandah mahupun di luar Verandah. Kalau korang nak menikmati juadah makanan sambil menghirup udara segar di Cyberview Resort & Spa serta mendengar bunyi air di kolam renang yang berdekatan, jadi pilihlah untuk berbuka di meja luar Verandah..nyaman tau....


Rasai Iftar Yang Ke-20 merupakan tema buffet ramadan tahun ini di Verandah sempena ulang tahun Cyberview Resort & Spa yang ke-20 tahun. Verandah menawarkan sebanyak 26 gerai makanan yang menjanjikan kepelbagaian makanan yang sedap-sedap dari pelbagai budaya. Rambang mata Achik nak pilih apa yang hendak dimakan. Pengunjung buffet ramadan di sini dapat menikmati hidangan signature ‘seafood-live-on-the-wok’, udang harimau dan ketam yang segar dimasak sepanjang waktu operasi buffet ramadan. Bermakna hidangan yang disediakan semuanya segar dan masih panas.

Chef eksekutif iaitu Chef Imran serta pasukannya akan memastikan setiap hidangan yang disajikan mencapai kualiti yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan hidangan makanan laut seperti tiram Australia yang mentah. Sekiranya kualiti makanan laut yang dihidangkan tidak segar, ianya bakal menyebabkan pengunjung mengalami keracunan makanan. Syabas buat pasukan chef di Verandah.



Selain daripada makanan laut, apa lagi yang menarik disajikan di Buffet Ramadan Verandah, Cyberview Resort & Spa..? Fuhhhh.....hidangan Assam Pedas mahupun Masak Lemak Tempoyak di sini sememangnya segar dan sedap. Di gerai ini korang boleh buat pilihan ikan mana yang hendak dimasukkan ke dalam kuah asam pedas atau masak lemak tempoyak. Sungguhpun ikan yang dipamerkan di gerai ini masih belum masak, tetapi ianya sangat segar dan tidak berbau hanyir langsung.


Lagi yang menarik adalah digerai yang menyajikan hidangan Sotong, Salmon Bakar, Sayur Brokoli, dan macam-macam lagi...Ya Rabbi...Achik sememangnya peminat brokoli..Happy sangat bila jumpa brokoli dimasak secara sihat dimakan bersama dengan salmon bakar...yummyyy...

Kalau korang nak tahu, di sini menawarkan pelbagai hidangan udang...Hehehehe...tapi yang paling Achik rasa berbaloi adalah udang harimau yang masih segar, dimasukkan ke dalam air rebusan..Memang terasa kemanisan dan originality udang harimau tu.


Khas untuk kanak-kanak yang turut hadir bersama, Verandah turut menyediakan sudut makanan kanak-kanak. Takde la para ibu bapa pening nak melayan selera anak-anak mereka. Antara yang disajikan di Kidz Corner adalah chocolate fountain, sweet counter, soft ice cream, popcorn, cupcakes dan cookies. Budak-budak memang happy sangat la..Berulang-ulang kali ke kidz corner untuk ambil manisan yang ada...eheheh

Bila korang  berbuka di sini, pastikan korang tidak lepaskan peluang untuk menikmati hidangan antarabangsa yang disajikan seperti sushi dan ramen dari Jepun, Teppanyaki dan Okonomiyaki dari Korea, pilihan pasta dari Itali, Nasi Paella dari Sepanyol dan banyak lagi.


Selain hidangan di atas, hidangan yang wajib ada di setiap buffet ramadhan adalah Kambing Golek. Antara gerai yang menjadi tumpuan pengunjung. Kalau korang peminat Laksa, 1 gerai yang menyajikan pelbagai jenis laksa turut disediakan..Antaranya laksa Kedah, laksa Penang, laksa Johor, Laksa Sarawak dan Laksam...Buat yang cari nasi dan lauk-pauk melayu untuk hidangan berbuka, gerai Nasi kukus juga disediakan dengan pelbagai jenis lauk. Malah korang boleh nikmati hidangan nasi bersama-sama dengan aneka kerabu dan ulam-ulaman yang sangat meriah.






Ok...part yang paling best sekali dan buat nafsu makan achik melonjak-lonjak adalah kaunter dessert...Ya Rabbi...banyak sangat pencuci mulut yang dihidangkan merangkumi kuih-muih tradisional, aneka jenis kek, puding, bingka roti bakar, dan macam-macam lagi la...Sumpah Achik memang rambang mata apabila berdiri depan kaunter dessert...Puding roti dia sedap wei..bertambah2 Achik makan..memang kena dengan selera Achik..






Berapa harga Buffet Ramadhan dekat sini...? Mungkin korang rasa agak mahal tapi berbaloi sangat ok...

Harga :
* Dewasa = RM149 nett
* Warga Emas = RM100 nett
* Kanak-Kanak = RM75 nett

Promosi Early Bird juga ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad. Harga bagi Dewasa = RM120 nett manakala Kanak-Kanak = RM45 nett. Untuk yang buat bayar menggunakan kad kredit pula akan nikmati potongan harga sebanyak 20%.

Untuk membuat tempahan dan dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web di bawah atau hubungi talian 03-8312 7042 / 7041.


~ Achik ~

Friday, May 04, 2018

Bufet Ramadan 2018 | Masakan Warisan Tradisi Turun Temurun di Shah Alam Convention Centre (SACC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahun ini SACC kembali lagi dengan Bufet Ramadan berkonsepkan Warisan Tradisi yang membawakan hidangan komplikasi resepi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Apa yang Achik dapat lihat, makanan yang disajikan pada tahun ini lebih menarikh berbanding tahun lepas. Sudah pasti hidangan lauk-pauk warisan tradisinya sangat menarik dan menyelerakan.


Antara hidangan menarik yang pasti membuka selera para pengunjung termasuklah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Sayur Jawar, Bebek Ijo dan banyak lagi. Malah, SACC turut menyediakan hidangan lemang dan nasi impit beserta pilihan serunding, lontong serta rendang. Menarikkan...hidangan yang biasa dinikmati pada hari raya dapat dinikmati dalam bulan Ramadan lagi. Lebih menarik lagi Kambing Kebuli yang menjadi hidangan tradisi SACC masih lagi dihidangkan buat para pelanggan pada tahun ini.

Ayam Masak Seroja dan Gulai Bebek Ijau

Pisang Muda Masak Lemak & Sambal Udang Terung Pipit

Sayur Campur Jawa & Singgang Kepala Ikan. Sayur Campur Jawa tu sedap sangat..Rasa pedas memang membuka selera. Banyk juga Achik makan sayur campur jawa ni. Dan sememangnya ia favourite Achik.

Sotong Masak Hitam

Setiap tahun, pihak SACC pasti akan mengumpul dan menyumbang dana bagi tabung-tabung kebajikan yang terpilih hasil dari juala voucher bufet ramadhan. Untuk tahun ini, SACC sekali lagi mengambil inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Jadi para pelanggan yang membuat pembelian voucher bufet ramadhan di sini berpeluang berbuka sambil beramal. Sebanyak RM1 dari setiap penjualan voucher akan disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Gelandangan yang diamanakan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Kambing Kebuli merupakan menu wajib ada di Bufet Ramadan SACC pada setiap tahun.

Aneka kerabu yang sememangnya sedap. Kalau berbuka di sini, kaunter Kerabu ni lah yang Achik akan serbu dulu


Bufet Ramadan Warisan Tradisi Turun Temurun SACC

Harga        :        RM88.00++ (Dewasa)
                :        RM52.00++ (Kanak-kanak 7 tahun hingga 10 tahun)
                :        RM52.00++ (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Masa          :        6.30 petang sehingga 10.00 malam
Tarikh        :        18 Mei 2018 – 13 Jun 2018

Antara manisan yang dihidangkan buat para tetamu

Aneka bubur, kuih goreng-goreng dan apam balik. Oh Apam balik ni memang addicted betul. Masa preview bufet ramadan SACC, Achik makan banyak Apam Balik ni. Yela..kalau beli di luar dah tentu inti nya kurang..tapi di SACC, inti apam balik ni memang mewah lagi2 jagung..Korang mesti berulang-ulang ambil ler...hehehe

Kebiasaannya kita perlu tunggu hari raya untuk menikmati hidangan lemang, nasi himpit, rendang, lontong dan sebagainya. Tapi kalau korang berbuka di SACC, macam-macam hidangan rendang, serunding, lontong ditawarkan


Kuey teow goreng ala-ala padthai ni pun sedap. Antara hidangan yang paling laku semasa preview bufet ramadhan

Sup Daging dan roti ini juga antara hidangan yang menyelerakan di bufet ramadhan SACC

Harga yang ditawarkan di atas adalah harga bagi pembelian secara walk-in. Pihak SACC turut menawarkan harga promosi bagi pembelian voucher yang dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi SACC, www.sacc.com.my/ramadan-buffet .


Banyak lagi hidangan menarik yang ada selain yang Achik nyatakan di atas..Ada ABC, ada Kacang Pool, ada aneka jenis bubur dan macam-macam lagi. So kalau nak tahu sedap ke tak sedap, korang kena datang sendiri berbuka puasa di Bufet Ramadan SACC sepanjang bulan ramadan ini.

Selain itu, pihak SACC juga turut menawarkan Pakej Korporat pada harga RM75.00++ dengan jumlah minima tetamu seramai 30 orang. Pakej ini turut menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pakej Korporat ini, ada bolehlah berhubung terus dengan pihak SACC.

Untuk tempahan awal, hubungi pihak SACC di talian 03-5511 8858.

~ Achik ~