Showing posts with label Buffet Ramadhan Laman Kayangan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan Laman Kayangan. Show all posts

Friday, April 13, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 | Kembara Selera Memikat Jiwa di Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam tak diam tinggal sebulan lagi kita nak sambut ketibaan bulan Ramadhan. Achik tengok banyak dah tempat yang buat prebiu Buffet Ramadhan. Malah tawaran harga ‘early bird’ sedang rancak berlangsung.

Terbaru, Achik sempat berkunjung ke Majlis Prebiu Buffet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan Shah Alam. Seperti tahun-tahun lalu, Segi Seri Sdn Bhd diberi tanggungjawab untuk menguruskan buffet ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam.


Berkonsepkan Kembara Selera Memikat Jiwa, Buffet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan menjanjikan lebih 88 menu yang pasti dapat memikat jiwa para tetamunya. Tahun ini, Laman Kayangan menyediakan ‘signature dish’  yang lazat iaitu Sup Tulang dan Nasi Arab Kambing Golek. Untuk tahun 2018 ini, Achik nampak ada penambahbaikan pada kambing golek yang disediakan, malah daging kambing lebih rasa lembut dan tidak terasa hanyir kambing. Lagi bertambah menyelerakan bila daging kambing tu dimakan dengan Nasi Arab yang lengkap dengan bahan-bahannya.


Selain nasi Arab, apa yang menarik dekat Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni adalah Nasi Kebuli dan Nasi Daging. Achik dah rasa dan memang sedap rasa kedua-dua nasi ini.

Sama seperti tahun-tahun lalu, Buffet Ramadhan Laman Kayangan berkonsepkan ‘stall’ dan setiap ‘stall’ menghidangkan menu makanan yang berbeza-beza. Jom tengok apa sahaja menu yang ditawarkan di setiap ‘stall’:

Stall “A” (Bombastik)
·                    Roti Boom Kuah kari & Sambal Sardin



Stall “B” (Kacang Pool Larkin)
·                    Kacang Pool & Condiments



Stall “C” (Mat Tak Done)
·            Pasta Station Asian Flavor yang dihidangkan dengan 3 pilihan sos iaitu Green Curry Bolognese, Chicken Curry dan Tomyam Tomato



Stall “D” (Periok Belanga)
·                    Nasi Putih, Nasi Kebuli / Nasi Kacang Dhal / Nasi Daging
·                    Ayam Kalio / Ayam Kapitan / Ayam Palembang / Ayam Masak Lada Hitam / Ayam Masala
·                    Daging Kerutuk / Daging Salai Masak Lemak / Daging Bamia / Daging Masak Merah Thai / Daging Halia
·              Ikan Masak Kunyik Berlada / Ikan Asam Pedas / Ikan Masak Cuka / Ikan Lemak Tempoyak / Ikan Keng Som
·                    Rendang Kacang Buncis / Sayur Campur SS / terung Lomak Cili Api / Sayur Petola Rampai udang
·                    Nasi Arab, Ayam Panggang, Gulai Kambing, Daging Panggang, Salata & Sup








Stall “E” (Teluk Kumbaq)
·                    Gorengan (Lok Lok & Cendawan)



Stall “F” (Kap Khun Khap)
·                    Teppan Noodles & Chicken Phad Thai



Stall “G” (Mr Burn)
·                    Grilled & BBQ (Ayam Percik, Sosej, Ikan, Fillet Ayam)



Stall “H” (Round The Clock)
·                    Dessert & Fruit Counter






Stall “I” (Noodle In Boat)
·                    Laksa / Mee Jawa / Wantan & Dumpling / Mee Kari Nyonya



Stall Beverages (Tak Tuang Tuang)
·            Air Jagung, Air Limau Asam Boi Ipoh Mali, Air Sirap Selasih Ku Sayang, Teh Ais Kaw Kaw, Coffee & Teh Tarik panas, Cendol / Aiskrim


Stall “J” (Aeroon Pak Ajis)
·                    Sup Tulang Merah



Harga Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
·                    RM50 (dewasa)
·                    RM35 (kanak-kanak & warga emas)

Harga Normal
·                    RM65 (dewasa)
·                    RM35 (kanak-kanak & warga emas)

Untuk nikmati penjimatan yang berbaloi-baloi, pastikan korang tidak terlepas dengan promosi harga 'early bird'. Selain itu, Buffet Ramadhan Laman Kayangan turut menawarkan promosi harga yang sangat menarik untuk Pakej Famili dan Pakej Korporat. Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut tentang harga yang ditawarkan.

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi Puan Nor Iliana (Nana) di talian 019-311 7443 / 03-5542 4200.




~ Achik ~


Monday, May 08, 2017

Buffet Ramadhan Shah Alam 2017 | Citarasa 2 Sempadan di Laman Kayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...tahun ini berpeluang lagi untuk menghadiri Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2017 di Laman Kayangan Shah Alam. Seperti tahun lalu, Bufet Ramadhan di Laman Kayangan masih lagi menggunakan khidmat syarikat Segi Seri Sdn Bhd untuk menampilkan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan ‘Citarasa Dua Sempadan’.


Berbeza dengan tahun lalu, untuk tahun 2017 ini, konsep bufet ramadhan yang dipilih hanya mengetengahkan hidangan makanan dari citarasa negara di sempadan utara Malaysia iaitu hidangan Thailand dan juga hidangan Utara Malaysia. Sungguh pun tahun ini hanya menampilkan hidangan makanan dari Thailand dan Utara Malaysia, Segi Seri tetap menjanjian lebih 100 menu yang akan dihidangkan di Bufet Ramadhan 2017 Laman Kayangan.


Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2017 Laman Kayangan telah pun disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (Cawangan Kuala Lumpur), Encik Ahman Md Adam dengan diiringi Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Bahrain beserta selebriti jemputan, Kak Ogy.

Antara menu yang bakal memikat selera perut korang adalah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (Kaeng Kheiywhwan Ki), Ikan Daun Selasih dengan Cili (Pla bai Pakapow), Tomyam Pok Tek, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan Bilis, Laksa Kuah Pengelih, Murtabak King Segi Seri dan banyak lagi...So, nak tahu apa lagi hidangan yang ada di Bufet Ramadhan 2017 Laman Kayangan ini, korang kena berbuka puasa di sini pada bulan Ramadhan nanti. Buat masa ni, jom cuci mata dengan gambar-gambar antara hidangan makanan yang ada di Bufet Ramadhan 2017 Laman Kayangan, Shah Alam : -

Hidangan Makanan Dari Utara Semenanjung Malaysia

Mee Laksa Kuala Penghelih / Mee Hoon Sup Kanchut

Hidangan Utama - Ayam Gulai Darat dengan Rebung

Hidangan Pembuka Selera Utara Semenanjung Malaysia - Kerabu, ikan pekasam, ikan masin, telur masin dan sebagainya

Antara hidangan Dari Batas Bendang - Ikan Keli Goreng

Menu Utama - Ikan Lemak Tempoyak dengan Belimbing Buluh

Selain menu-menu di atas, banyak lagi menu makanan utara semenanjung Malaysia yang akan dihidangkan buat para tetamu termasuklah, sup tulang + daging / ayam berempah, Daging Acar dengan Cili Hijau, Makanan Laut Sambal Petai, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan Bilis, Soo Hoon Fu Cuk Masak Lemak Tauhu, Ulam-ulam kampung, sambal belacan, penjan ubi kayu dan sebagainya.


Hidangan Makanan Dari Thailand

Ayam Kari Hijau Terung Pipit

Daging Musamman dengan Rebung

Ikan Daun Selasih Dengan Chili

Seafood Masak Pedas

Aneka Kerabu

Untuk hidangan dari Thailand pula, sudah pasti banyak lagi hidangan makanan thailand yang Achik tak dapat tunjukkan dalam gambar. Nak tahu apa dia? Antaranya Tom Yam Putih / Merah / Pong tek, Nasi Goreng Nenas, Telur BUngkus, Ikan Celup Tepung, Masakan Paprik, Mee Celup Thau dan sebagainya...Nak tahu dan rasa sendiri, kenalah datang berbuka puasa di Laman Kayangan ini...

Lain-lain hidangan Istimewa


Kuih-muih Tradisional

Aneka Pengat antaranya Pengat Pisang, Pengat Ubi Keledek, Bubur Kacang dan Bubur Pulut Hitam

Hidangan istimewa Segi Seri - Murtabak King

Bubur nasi & condiments

2 jenis pasta dengan sos kari ayam dan sos seafood paprik

Bagi mereka yang berbuka puasa di sini, tidak perlu risau dengan lokasi surau bagi menunaikan solat maghrib. Terdapat kemudahan surau disediakan di dalam khemah Laman Kayangan serta di Kompleks Belia Selangor yang terletak bersebelahan dengan lokasi Bufet Ramadhan Laman Kayangan.

Lain-lain kemudahan / tarikan :

* Kaunter zakat fitrah disediakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad
* Dewan makan yang berhawa dingin
* Persembahan Ghazal sepanjang waktu bufet beroperasi
* kehadiran anak-anak dari rumah-rumah anak yatim & sekolah-sekolah tahfiz sebagai memenuhi tanggungjawab sosial (CSR)
* Segi Seri turut menghulurkan sumbangan kepada kumpulan gelandangan dgn mengedarkan makanan utk bersahur

 Harga:
Dewasa : RM59.00
Kanak-Kanak (7 thn -12 thn ) / Warga Emas :RM35.00

EARLY BIRD : RM45.00 *Sehingga 25 Mei 2017

 Turut disediakan pakej tempahan berbuka puasa seperti berikut:

Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa : RM295.00 & Percuma 2 kanak2/ warga emas
Pakej 9 Dewasa : RM531.00 & Percuma 1 Dewasa

Pakej Berbuka Puasa Korporat / Berkumpulan.
Pakej 10 Meja : RM5,900.00
Pakej 50 Meja : RM29,500.00

untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

017-218 1875 | 011-1878 4681 | 019-311 7443 | 017-332 6646 | 
03-5542 4250

Emel:
sales@segiseri.com



Lokasi:
Laman Kayangan
d/a Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Negeri Selangor, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor


~ Achik ~