Showing posts with label Safi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Safi Malaysia. Show all posts

Wednesday, October 18, 2017

SAFI RANIA GOLD BEETOX | Eliksir Keremajaan Nano Gold 24k dengan Beetox & Propolis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekalung tahniah diucapkan kepada Wipro Unza Malaysia atas pelancaran produk terbaru di bawah jenama Safi Rania Gold baru-baru ini. Sedikit kelainan diberikan kepada produk terbaru Safi Rania Gold ini. Masih mengekalkan Nano Gold 24k sebagai bahan utama, produk terbaru ini menggabungkan kecanggihan teknologi dan keajaiban Alam Semulajadi dengan penggunaan khasiat bisa lebah yang mampu memberi tindak balas yang baik ke atas kulit wajah wanita Asean. 

Kini, tidak perlu lagi berbelanja besar untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu seperti mengambil suntikan botox kerana produk terbaru Safi Rania Gold Beetox ini mampu memberikan kesan yang sama sekiranya digunakan secara konsisten. Kalau korang nak tahu, kajian teknologi telah menemukan bahawa bisa lebah berupaya untuk meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan wajah yang gebu. Selain itu, bisa lebah turut mendapat gelaran “jawapan alam untuk botox”, disebabkan sifatnya yang meransang penghasilan kolagen secara semula jadi pada wajah. Proses mengeluarkan bisa lebah yang rumit serta populariti yang diraih menjadikan produk-produk berasaskan ‘sengatan emas’ ini kelihatan mewah dan dijual pada harga yang sangat tinggi. Memahami impian setiap wanita untuk kelihatan muda remaja sepanjang masa, SAFI Rania Gold- rangkaian penjagaan wajah Halal nombor 1 di Malaysia tampil membawakan solusi anti penuaan dengan sentuhan emas Teknologi BEETOX seterusnya menghasilkan bingkisan keremajaan yang diidam-idamkan ini mampu dimiliki semua.


Bila bercakap tentang lebah, semua orang tahu sengatan lebah tu memang berbisa. Tetapi apa yang dihasilkan oleh lebah itu sebenarnya banyak memberikan khasiat kepada badan serta kulit wajah kita. Antara sumber-sumber khasiat daripada lebah termasuklah Madu lebah, Royal Jelly, Bisa Lebah dan Propolis.
  

Rangkaian produk Safi Rania Gold

Mengambil inspirasi daripada gabungan kecanggihan teknologi dan keajaiban alam semula jadi, Safi Rania Gold berbangga untuk memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Nano Gold 24K bersulamkan amino peptide memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda. Teknologi BEETOX yang dicipta merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya, tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semulajadi.


Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia

“Berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia baru-baru ini, 88% daripada 160 orang pengguna wanita Melayu berusia 25-35 menggunakan produk Safi Rania Gold selama 14 hari telah bersetuju bahawa produk ini menjadikan kulit mereka lebih tegang dan anjal. Manakala 80% bersetuju bahawa produk Safi ini menjadikan kulit mereka kelihatan lebih muda,” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia.


Eliksir Keremajaan yang sangat berkesan dengan penggunaan yang konsisten

Antara produk yang ingin diketengahkan oleh pihak Unza adalah Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold. Sebelum ianya dilancarkan, pihak Unza telah pun memilih seramai 500 orang daripada Home Tester Club (HTC) untuk mencuba sendiri Eliksir Keremajaan selama 2 bulan. Hasilnya, kesemua wakil HTC memberikan testimonial yang menarik.

Jom tengok apa manfaat Eliksir kepada kulit wajah korang. “Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah” – Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan anti-pigmentasi.

  1. Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.
  2. Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan seri pada wajah.
  3. Serum dwi-aksi yang diadun dengan pati minyak berkhasiat yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan lembut sehalus sutera selepas dioles.
  4. Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada kulit.

Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia

“Untuk mendapatkan kulit wajah muda remaja, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah dan gunakan pelembap sepanjang hari, skrub setiap minggu dan lindungi kulit anda dari sinaran matahari. Dengan penggunaan produk yang betul pada wajah, anda akan melihat hasilnya dalam masa yang singkat,” kongsi Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia.

Mr. Sriram dan Puan Mahsuri bersama-sama bakat baru dalam iklan Safi Rania Gold Beetox


Jadi tunggu apa lagi...Pastikan korang dapatkan Eliksir Keremajaan di pasaran dan pastikan korang guna secara konsisten ye. Achik sememangnya peminat Serum Safi Rania Gold kerana ianya memberikan kesan yang baik pada kulit wajah Achik. Melihat pada keberkesanan produk Safi Rania Gold, Achik pasti teknologi beetox dalam produk baru ini dapat memberi kesan yang lebih baik pada kulit wajah Achik dan korang semua.


Doc Say Shazril, juga bakat baru dalam iklan Safi Rania Gold Beetox

www.instagram.com/safimalaysia

www.facebook.com/SAFI.MY/

~ Achik ~




Tuesday, August 08, 2017

Formulasi Baru SAFI Balqis dengan OxyWhite

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Produk Safi Balqis sememangnya sudah lama berada di pasaran. Dah bertahun ok. Sejak zaman Achik sekolah lagi, Achik memang menggunakan pencuci muka keluaran Safi. Terbaru, Safi Balqis kini tampil dengan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit tampil lebih sihat dan cerah sempurna.

Memahami dengan tuntutan gadis dan kaum wanita pada masa kini yang sangat menitikberatkan pelindungan wajah yang tercemar dengan sinaran UV, SAFI memperkenalkan produk SAFI BALQIS OxyWhite. Produk Safi Balqis OxyWhite ini mampu memberikan kulit 2 tona lebih cerah, menjadika kulit lebih sihat secara semulajadi dan dapat mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.


Kalau korang perasan kan, SAFI kerap menghasilkan produk baru dalam rangkaian penjagaan kulit. Walau pun kerap tampil dengan produk baru, SAFI sangat menitikberatkan kualiti produk dan keberkesanannya. Sebab itu setiap kali ada kelahiran produk baru, produk tersebut telah melalui proses penyelidikan terlebih dahulu oleh pasukan SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya.


Macam mana sebenarnya formulasi OxyWhite ini terhasil ? untuk makluman korang, Formulasi OxyWhite ini dihasilkan daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

Sungguhpun menggunakan formulasi baru, SAFI turut mempertingkatkan keberkesanan formulasi sedia ada dalam Safi Balqis. Formulasi bau SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Untuk tujuan review ini, Achik berpeluang untuk mencuba sendiri produk Safi Balqis OxyWhite dari Set Ayu. Dalam set ni ada Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat, Penyegar (percuma) dan Pelembab Gel. Sebelum dapat offer untuk review produk Safi Balqis OxyWhite ini, Achik sememangnya telah pun menggunakan Pembersih Muka Kawalan Minyak dan Jerawat. So far Achik memang puas hati dengan pembersih muka ini.

Jom tengok apa yang menariknya dengan produk dari rangkaian Safi Balqis OxyWhite ini:


Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat

* Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
* Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit
* Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
* Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat



Penyegar Bebas Alkohol

* Mengecilkan liang pro agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
* Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
* Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol 



Safi Balqis OxyWhite Pelembap Gel

* Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
* Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
* Asid Hialuronik member lembapan mendalam dan berpanjangan
* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
* Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang atau pun malam

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi rangkaian produk SAFI Balqis Oxywhite selain daripada yang Achik kongsikan di atas, korang boleh layari fb, ig dan channel youtube Safi Malaysia di alamat berikut:


~ Achik Huda ~