Tuesday, November 28, 2017

Pertama Kali Berkunjung Ke Karnival Upin & Ipin 2017 | Upin & Ipin Sememangnya LUAR BIASA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Watak animasi kartun Upin dan Ipin sememangnya sangat terkenal di kalangan anak-anak kita. Malas anak-anak kecil yang tidak tahu bertutur pun cukup menggemari kartun Upin & Ipin...Malah mereka lebih hebat dalam menghafal lirik dan alunan muzik lagu Upin & Ipin..hehehehe...

Kalau korang nak tahu, sempena permulaan Cuti Sekolah Akhir Tahun, Les' Copaque Production telah mengadakan Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa bertempat di Hall A dan Hall C, MAEPS Serdang. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula 24 November 2017 hingga 26 November 2017, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam telah berjaya menarik kunjungan ribuan pengunjung tanpa mengenal usia.



Achik juga berpeluang untuk berkunjung ke karnival ini bersama-sama rakan Achik iaitu Anis. Almaklumla, Achik masih belum berumah tangga, jadi takdela anak untuk dibawa berjalan ke karnival ini. Membuat pilihan untuk tidak bersesak-sesak pada cuti hujung minggu, Achik dan Anis decide untuk ke Karnival Upin & Ipin pada hari perasmiannya iaitu pada hari Jumaat, 24 November 2017.

Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa telah berlangsung pada jam 3.30 petang dan ianya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Semasa majlis perasmian tersebut, para pengunjung telah dipertontonkan dengan kejayaan animasi kartun Upin & Ipin ini di luar negara seperti Indonesia. Malah, kartun Upin & Ipin ini ditayangkan di Indonesia dalam Bahasa Melayu. Les' Copaque Production juga telah menandatangani kerjasama dengan negara China bagi mempromosikan animasi kartun Upin & Ipin ke negara China.

Sesuai dengan hasrat Kerajaan mengiktirafkan watak Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia, Les' Copaque Production sedang dalam perancangan untuk membina Taman Tema Upin & Ipin yang lengkap dengan kemudahan hotel. Sudah pasti, inisiatif ini dapat menarik lebih ramai lagi pelanconga berkunjung ke Malaysia.



Ok...jom cerita apa yang menarik tentang Karnival Upin & Ipin ini. Jika dilihat pada harga tiketnya, ianya dijual pada harga yang berpatutan. Tiket VIP juga ditawarkan kepada pengunjung. Dengan tiket VIP ni korang ada access untuk duduk bersebelahan dengan pentas utama dan berpeluang untuk bergambar dengan watak-watak kartun keluar Les' Copaque Production.

Dewan Utama (Hall A)
* Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
* Ultraman Ribut
* Puteri Limau
* Pada Zaman Dahulu
* Upin & Ipin The Musical
* dan banyak lagi...

Dewan Magik (Hall C)
* Alam Dino
* Rumah Opah
* Bergambar di Tadika Mesra
* Bergambar bersama Ultraman Ribut
* Berinteraksi bersama Kak Ros
* dan banyak lagi.


Booth Puteri Limau untuk adik-adik membuat perhiasan seorang puteri, bersolek dan menggayakan watak seorang Puteri Limau

Apa yang menarik di Hall A ni, terdapat skrin besar di pentas utama. Jadi, sementara menunggu kemunculan watak kartun kegemaran korang, korang dengan family boleh duduk melepak depan pentas utama sambil menonton siri kartun Upin & Ipin yang ditayangkan melalui skrin besar tersebut.

Para pengunjung yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Karnival Upin & Ipin

Ruang duduk untuk tiket VIP

Selain itu, banyak booth pameran dan jualan terdapat di Hall A. Kalau nak menabung SSPN pun boleh semasa karnival Upin & Ipin tersebut. Kalau korang nak tahu Achik sempat semak laporan CCRIS di booth Bank Negara Malaysia..hehehe..

Selain booth pameran dan jualan, turut disediakan pelbagai permainan untuk anak-anak turut serta. Di kaunter penebusan tiket korang akan diberi buku nota kecil. Sebenarnya buku nota tersebut untuk korang main kesemua permainan yang disediakan di karnival tersebut dan dapatkan cop disetiap muka surat. Kalau korang berjaya lengkapkan semua permainan tersebut, korang akan diberi medal. Seronok tengok ibu bapa yang sporting melayan karenah anak-anak mereka di karnival tersebut. Yela...hujung tahun la waktu yang sesuai untuk manjakan anak-anak korang...sebab cuti sekolah kan.

Booth jualan biskut jenama Upin & Ipin dan barangan Ultraman

Gerai jualan buku


Barangan koleksi Upin dan Ipin pun ada



Permainan untuk anak-anak dan orang dewasa juga..hehehe

Puas meronda dalam Hall A, Achik dan Anis terus ke pentas utama untuk menonton persembahan Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Ultraman Ribut. Rasa beruntung pula bila dapat duduk di ruangan VIP..Jadi kitorang dapat melihat watak-watak kartun ini dengan lebih dekat. Malah, Achik pun tak nak kalah dengan kanak-kanak yang ada di situ untuk turut bergambar dengan Upin & Ipin..hahaha...rasa teruja bila tengok banyak sangat maskot Upin & Ipin keluar di atas pentas...





Masa yang dinanti-nanti pun tiba...Persembahan oleh Ultraman Ribut....sebelum persembahan bermula, pihak penganjur telah meminta kerjasama daripada para ibu bapa agar mengawal ketat anak mereka dan tidak naik ke atas pentas semasa persembahan Ultraman Ribut sedang berlangsung. Kenapa ..? Sebabnya aksi yang dimainkan betul-betul real..Aksi berlawan, aksi tergolek atas pentas, aksi tendang-menendang...Malah costume raksasa yang besar tu jugak dikhuatiri akan terkena pada kanak-kanak sekiranya mereka dibiarkan bebas di atas pentas utama. Achik cukup teruja dengan persembahan Ultraman Ribut. Terkejut juga melihat kemunculan raksasa yang cukup besar. Macam mana la agak rasa si pemakai costume tersebut..berdiri dan berjalan dengan costume raksasa yang sangat besar tu..hahahaa...Kalau korang nak tahu, krew Ultraman Ribut ini dijemput khas dari negara Jepun...Hebatkan !



Besar sangat raksasa ni




Selain Hall A, banyak lagi aktiviti menarik disediakan di Hall C....sayang betul Achik tak sempat berkunjung ke Hall C..Akibat kekangan masa dan perlu bergegas pulang sebab Achik ada lawan badminton pada malam tu. Kalau tak, memang Achik stay lebih lama untuk menikmati keseronokan di Hall C..rasa jeles tengok gambar-gambar menarik di Hall C yang dikongsikan oleh rakan-rakan blogger yang lain...Tula...kalau Achik ni dah berkahwin dan ada anak sendiri, sudah tentu dari pagi bawak ke malam Achik berkampung di Karnival Upin & Ipin ni...Hahahaha..

Apa-apa pun, syabas dan sekalung tahniah Achik ucapkan kepada Les' Copaque Production atas kejayaan menganjurkan Karnival Upin & Ipin #UpinIpinLuarBiasa ini. Diharapkan karnival ini terus diadakan pada setiap tahun dan bilangan harinya dilanjutkan agar lebih ramai lagi Ibu Bapa yang berada di luar Klang Valley dapat membawa anak-anak mereka berhibur di karnival ini

Untuk maklumat lanjut layari :

Website : www.lescopaque.com


~ Achik ~

Saturday, November 25, 2017

Kemunculan BEN 10 & THE POWERPUFF GIRLS Sempena POW HOLIDAY Di Sunway Lost World Of Tambun

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Yeayyyy…!!! Cuti sekolah dah pun bermula!!! Sempena cuti sekolah ini Lost World of Tambun (LWOT) membawakan kemunculan wira-wira dalam Cartoon Networks iaitu The Powerpuff Girls (menyelinap dari sekolah dan menyelamatkan dunia) dan Ben 10 (seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang boleh bertukar kepada makhluk asing).

Sempena Cuti Sekolah ini, LWOT menjanjikan aktiviti yang penuh keseronokan bermula dari 25 November 2017 hingga 01 Januari 2018. Pengunjung sudah pasti akan tertarik dengan hiasan pokok krismas setinggi 20 kaki di Malayana Village, hiasan berkonsep epik dan patung-patung The Powerpuff Girls dan hiasan Ben 10 di Toon City, Riverside. Sudah pasti akan ada permainan yang menarikh seperti Giant Jenga, Giant Snakes & Ladders, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan Slow & Steady yang akan menguji koordianasi dan minda anak-anak anda.

Nurul Nuzairi, General Manager of Lost World Of Tambun, Saimi Abdullah, Senior Manager Operation KTMB ETS & Intercity Services dan Angeline Pasqual, General Manager of Sales & Marketing of Sunway Theme Parks


Sepanjang musim cuti sekolah ini juga, LWOT turut menyediakan 4 sesi ‘meet-and-greet’ dalam sehari untuk anak-anak bertemu dengan watak kartun tersebut dan menari bersama mereka. Awesome Pool Party juga akan diadakan di Jungle Wave Bay yang akan menampilkan kemunculan Ben 10 dan Powerpuff Girls.


Para pengunjung juga berpeluang menikmati popcorn diinspirasi oleh Cartoon Network dan gula-gula kapas. Sepanjang tempoh promosi POW Holiday ini, para pengunjung  berpeluang untuk membeli-belah pelbagai barangan bertemakan Ben 10 dan Powerpuff Girls di POW SHOP. Macam-macam barangan menanti korang semua…hanya sediakan duit je..hehehehe...

Encik Nurul Nuzairi bin Mohd Azahari, Pengurus Besar LWOT

"Meluangkan waktu bersama di luar rumah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan adalah sangat berharga. Pada hujung tahun yang istimewa ini, LWOT akan membawa watak-watak kartun sepanjang masa yang akan membawa kehidupan kepada LWOT! Sudah pasti LWOT menjadi tempat yang paling sesuai bagi mereka yang ingin berehat dan melepaskan diri dari kesibukan setiap hari dan menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar LWOT, "kata Nurul Nuzairi Bin Mohd Azahari, Pengurus Besar Lost World Of Tambun .

Selain itu, lebih menarik lagi LWOT turut bekerjasama dengan rakan pengangkutan strategiknya iaitu ETS KTMB. ETS KTMB sedang menganjurkan Peraduan LWOT-ETS Selfie sehingga 31 Disember 2017. Para peserta perlu mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday dan berdiri di 6 stesen ETS yang terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar.

Para peserta perlu mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday yang terdapat di 6 stesen ETS yang terletak di KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar. Gambar selfie tersebut hendaklah dihantar beserta ID tiket ETS di laman web di https://a.pgtb.me/WsSkkd. Seorang pemenang mingguan akan membawa pulang penginapan 2D1N di Lost World Glamping untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket kereta api ETS pergi/balik ke/dari Padang Besar. Sepuluh hadiah mingguan iaitu 4 tiket masuk ke LWOT (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk dimenangi.

Majlis Perasmian POW Holiday di LWOT

LWOT adalah destinasi pilihan yang tempat sekiranya korang nak menikmati keindahan alam semula jadi. Kalau korang nak tahu, LWOT telah pun meluaskan kawasan Petting Zoo nya...Lebih banyak tarikan alam semulajadi untuk korang nikmati di Petting Zoo.

Jadi tunggu apa lagi, jom rancang percutian hujung tahun korang bersama keluarga di Lost World of Tambun. Nikmati diskaun sehingga 35% apabila korang membuat pembelian tiket secara atas talian.


Jadi apa yang menarik di LWOT..? Dengan pembelian tiket tersebut, korang leh enjoy semua tarikan yang ada di:

* Lost World Amusement Park
* Lost World Water Park
* Lost World Tiger Valley
* Lost World Petting Zoo
* Lost World Tin Valley
* Lost World Hot Springs & Spa
* Lost World Lupe's Adventure
* Lost World Hippo Kingdom

Waktu Operasi:
Hari biasa : 11.00 am - 6.00 pm
Hari minggu : 10.00 am - 6.00 pm

*tutup pada setiap hari selasa kecuali pada musim cuti sekolah / cuti umum

Antara tarikan di Lost World Amusement Park

Catopia...tarikan terbaru di Tiger Valley...Peminat kucing jangan lupa singgah di Catopia untuk tengok kucing baka maine coon yang gemuk2

Antara tarikan di Petting Zoo LWOT

Saksikan persembahan sketsa di Lost World Tin Valley


Tarikan terbaru di Lost World Hippo Kingdom

Untuk pembelian tiket masuk secara online, layari https://sunwaylostworldoftambun.com/product/pow-holidays/..


Korang juga boleh pilih untuk menginap di Lost World Hotel. Setiap tempahan yang dibuat, korang akan dapat tiket masuk ke Night Hot Spring & Spa dan sarapan untuk 2 orang. Layari https://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hotel/ untuk tempahan bilik.

Berhibur dengan persembahan oleh Flaming Percussion pada waktu malam dan nikmati keindahan Night Hot Springs & Spa pada waktu malam

~ Achik ~