Tuesday, December 13, 2016

Keceriaan ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 di Plaza Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah Achik ucapkan buat Ice-Watch kerana larian kedua ‘Ice-Watch – Light Up The Night Run 2016’ telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Disember 2016. #IWLUTNR16 dimulakan dengan senaman zumba untuk memanaskan badan para pelari. Tepat jam 8.30 pm, larian dimulakan dengan pelepasan peserta untuk jarak 10 KM diikuti dengan jarak 5 KM.



Suasana pada malam tersebut sangat ceria dan jalan raya di Shah Alam diwarnai dengan warna t-shirt yang berwarna-warni yang dipakai oleh para pelari. Kalau korang nak tahu, t-shirt larian #IWLUTNR16 terdiri daripada warna Biru, Hijau, Kuning, Orange, Merah, Pink dan Ungu. Larian #IWLUTNR16 turut disertai oleh pelari amatur dan pelari berpengalaman yang pernah turut serta dalam larian pada tahun lepas.

Pada larian tahun lepas, Ice-Watch telah berjaya menarik penyertaan hampir 3,500 orang peserta. Berbeza dengan larian tahun ini, Ice-Watch menerima hampir 6,000 penyertaan. Penambahan jumlah peserta ini lebih kepada laluan 5 KM. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelari baru pertama kali yang menyertai larian Ice-Watch turut mendaftar bagi larian jarak 10 KM yang meliputi laluan ke Bukit Bandaraya. Lebih menarik, pada malam tersebut, Plaza Shah Alam selaku penaja lokasi telah menyediakan ruang makan dan peluang membeli belah kepada peserta sebelum dan selepas larian kerana waktu operasi pada malam tersebut telah dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.


para peserta dengan tshirt rasmi yang berwarna-warni telah berkumpul di parking lot Plaza Shah Alam menanti larian bermula

Untuk t-shirt larian pula, 2ndSkin telah menjadi penaja bagi T-shirt rasmi yang mana kesemua peserta yang mengambil bahagian mempunyai pilihan untuk memilih salah satu daripada 7 warna yang ada. Kalau korang nak tahu, 7 warna tersebut merupakan warna unik jam jenama Ice-Watch. Tidak lupa juga, finisher medal untuk larian ini menggunakan ‘black steel die-cut’ yang menampilkan warna semangat Ice-Watch.

YBhg. Datin Sri Zarida Nordin dan YBhg. Dato' Sri Meer Habib

Apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Ice-Watch Malaysia, YBhg. Dato' Sri Meer Habib adalah tepat. Tidak kira berapa pun umur korang, #IWLUTNR16 bertujuan untuk menggalakkan seluruh keluarga tampil aktif sambil berseronok dan meningkatkan kesedaran kita tentang kesihatan. YBhg. Dato' Sri Meer Habib juga sentiasa menggalakkan pekerja-pekerjanya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sebegini. Ianya secara tidak langsung dapat menanam semangat persaingan, keazaman dan inspirasi dalam diri anak-anak muda sama ada dalam bidang akademik mahupun kerjaya. #IWLUTNR16 diadakan bertujuan untuk menyokong sukan larian dengan cara yang positif dan memberi kesan kepada rakyat dan komuniti Malaysia.


Peserta memulakan larian

“Ini adalah tahun kedua The Marathon Company bekerjasama dengan Ice-Watch, satu jenama global jam tangan yang terkenal di pasaran. The Marathon Company berasa bangga untuk bekerjasama dengan Ice-Watch dan berharap larian ini menjadi larian yang tak dapat dilupakan,” En. Hafiz Md Khas, Project Director of The Marathon Company.

#IWLUTNR16 tahun ini menyaksikan Ice-Watch berbesar hati menyediakan hadiah jam tangan Ice-Watch bernilai lebih RM1,000,000.00 kepada 2,000 peserta bertuah yang dipilih secara rawak. Para peserta yang bertuah berasa sangat teruja pada hari pengambilan ‘race kit’.

Jam tangan percuma untuk 2000 pelari yang bertuah



Jalan raya di sekitar Shah Alam meriah dengan para peserta Ice-Watch Light Up The Night Run 2016

Selain itu, Ice-Watch juga memperuntukkan voucher pembelian jam tangan Ice-Watch Ice-Style kepada semua peserta yang mendaftar #IWLUTNR16..Para peserta berpeluang beli jam yang berharga RM699 dengan harga RM99 sahaja !! Wow..!!!! Murah sangat !!!! Kalau korang nak tahu, sempena #IWLUTNR16 Ice-Watch telah mengadakan roadshow selama 3 hari di Plaza Shah Alam. Jadi para peserta yang mempunyai voucher tersebut berpeluang membeli jam tangan Ice-Watch Ice-Style di roadshow tersebut dengan harga RM99 dan tiada limit pada kuantiti yang dibeli!! Wow !!! Patutlah ramai yang beli jam tu berkotak-kotak. Achik pun siap beli 7 kotak...hehehe...

Para peserta larian mengambil peluang untuk membeli jam tangan Ice-Watch Ice-Style dengan harga RM99 sebelum larian bermula

Pemenang 10 KM Lelaki dan Perempuan

Apa-apa pun, tahniah Achik ucapkan buat Ice-Watch dan The Marathon Company kerana #IWLUTNR16 telah berlangsung dengan jayanya. Berikut adalah senarai nama pemenang beserta hadiah yang berjaya dibawa pulang bagi #IWLUTNR16 di bawah kategori 10 KM dan 5 KM:

Top 3 Lelaki. (dari kiri) Amin Manan, Goh Wai Ching, YBhg. Dato' Sri Meer Habib, Hafiz Khas, Azwan Bunjing

TOP 5 LELAKI

1st Prize – Goh Wai Ching (Emas)
1 x Limited Edition Ice-Watch Golf Bag bernilai RM2,500
1 x Ice-Watch BMW Motosport Steel Chrono timepiece bernilai RM1,289

2nd Prize – Azwan Bunjing (Perak)
3rd Prize – Amin Manan (Gangsa)
1 x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1 x Ice-Watch City Milanese timepiece bernilai RM899 setiap seorang

4th Prize – Ahmad Sayuti bin Abu Khuzafah
5th Prize – Jasni Khairil bin Jamaluddin
1 x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1 x Ice-Watch SixtyNine timepiece bernilai RM539 setiap seorang


Top 3 Perempuan. (dari kiri) YBhg. Datin Sri Zarida Nordin, Seah Bee Lian, Karen Goh, YBhg. Dato' Sri Meer Habib, Hafiz Khas, Angel Tang

TOP 5 PEREMPUAN

1st Prize – Karen Goh (Emas)
1 x Limited Edition Ice-Watch Golf Bag bernilai RM2,500
1 x Ice-Watch BMW Motosport Steel Chrono timepiece bernilai RM1,289

2nd Prize – Angel Tang (Perak)
3rd Prize – Seah Bee Lian (Gangsa)
1 x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1 x Ice-Watch City Milanese timepiece bernilai RM899 setiap seorang

4th Prize – Ngu Wee Jyeh
5th Prize – Vivien Chen
1 x Ice-Watch backpack bernilai RM300 setiap seorang
1 x Ice-Watch SixtyNine timepiece bernilai RM539 setiap seorang

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ice-Watch – Light Up The Night Run 2016 dan Ice-Watch, bolehlah layari:
FB rasmi Ice-Watch – www.facebook.com/ice.watch.my
IG rasmi Ice-Watch – www.instagram.com/ice_watch_malaysia
FB The Marathon Company – www.facebook.com/themarathoncompany

~ Achik ~


Saat-saat pelari dilepaskan bagi larian 10 KM

Saturday, December 10, 2016

Pertama Kali Achik ke MAHA : MAHA 2016 Sangat Best !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau korang semua nak tahu, sejak MAHA diadakan, inilah pertama kali Achik menjejakkan kaki ke tapak MAHA..yes, MAHA 2016..!! Tertarik dengan perkongsian gambar dan info menarik yang dikongsi oleh rakan-rakan Achik, buat diri ini terpanggil untuk sama-sama memberi sokongan kepada MAHA 2016. Penganjuran MAHA ni merupakan program dwi tahunan Ministry of Agriculture (MOA). Memandangkan sambutan yang sangat memberangsangkan, MOA sedang mempertimbangkan untuk menjadikan MAHA acara tahunan mereka 

10 Disember 2016 (Sabtu), Achik dengan jayanya telah menjejakkan kaki di tapak MAHA 2016 bersama rakan-rakan Blogger yang lain. Walau kesuntukan masa untuk explore setiap pelusuk laman yang ada di MAHA 2016, Achik tetap berpuas hati kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan pertanian, peladangan, penternakan dan perikanan.

Jom Achik kongsikan pada korang tempat-tempat yang Achik sempat lawati di MAHA 2016 yang boleh dijadikan panduan buat korang yang akan berkunjung ke MAHA 2016 pada hari terakhir, 11 Disember 2016...


NAFAS CUBE @mardi

Nafas Cube merupakan Homestay berkonsepkan kontena, tube dan khemah. Struktur dan landskap di Nafas Cube ni sangat cantik. Ianya dibina sempena MAHA 2016 dan akan kekal di situ untuk disewa walau pun MAHA 2016 telah melabuhkan tirai pada 11 Disember 2016.



Ada pelbagai jenis bilik yang boleh disewa..yang paling Achik suka adalah bilik VIP yang dibuat dalam kontena...Bilik VIP ni terletak di tingkat atas dan pemandangan persekitaran Nafas Cube dari tingkat atas ni sangat menarik..

Bilik VIP, kontena berwarna Oren

Bilik khemah



Ini lah rupa dalam Bilik VIP di NAFAS CUBE


Nafas Cube juga menyediakan Cafe bersebelahan dengan homestay. Jadi, kalau bermalam di sini, jangan lupa sarapan pagi di Cafe Nafas Cube. Pelbagai makanan dan minuman disediakan untuk para pengunjung. Air mentol yang berwarna-warni pun boleh didapati di sini.



Sempat bersarapan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek


Laman Perikanan

Meneruskan langkah ke Laman Perikanan, tempat pertama yang diterjah adalah Tuna in the House...pastikan korang rasa satay tuna di sini. Sedap tau !



Nama pun Laman Perikanan, sudah tentu pelbagai jenis spesis ikan dipamerkan di sini. Turut dipamerkan adalah Ikan Termahal...Tak sangka Achik ada juga yang sanggup keluar duit untuk makan ikan mahal-mahal. Ikan paling mahal yang dipamerkan di sini adalah Ikan Empurau, dijual pada harga RM1,800/kg !!


Kingdom of Sharks juga turut dibina di Laman Perikanan bertujuan untuk memupuk kesedaran manusia dalam kempen Say No to Sharkfin.



Laman Padi

Pitstop Achik seterusnya adalah di Laman Padi. Padi sangat sinonim dengan negeri Kedah. Tapi kalau korang nak tahu, padi bukan ditanam di negeri Kedah sahaja, malah sawah padi turut terdapat di Melaka, Selangor dan Perak.



Industri penanaman padi ni dah semakin maju. Malah agensi-agensi yang terlibat telah pun menggunakan teknologi canggih dalam proses penanaman padi dan pemprosesan beras. Kat sini nanti bolehlah korang pelajari lebih lanjut lagi tentang padi dan beras.


Kenali jenis beras di sini

Banyak aktiviti diadakan di kawasan bendang. Antaranya perlawanan bola sepak dalam kawasan bendang..Menarik tau untuk ditontoni..bukan permainan yang mudah bila korang kena berlari dalam selut yang berat. Nak bangun dari selut tu pun macam seksa..Tapi inilah hakikat kehidupan anak-anak kelahiran sawah bendang..Mereka membesar dengan aktiviti seperti ini.


Pengunjung berpeluang untuk buat bedak sejuk di Laman Padi


Pineapple Planet

Rupa-rupanya nanas ni ada pelagai jenis.. Yang Achik selalu nampak adalah Nanas Morris. Nanas Morris ni memang senang nk jumpa di pasaraya terkemuka atau pun yang jual ditepi jalan. Disebabkan selalu sangat jumpa Nanas Morris, jadi Achik ingat semua nanas yang Achik pernah makan sebelum ni adalah nanas jenis Morris...hahahaha..begitulah jadinya kalau cetek ilmu berkaitan pertanian.


Kalo korang nak tahu, nanas ada pelbagai jenis. Selain Morris, ada Nanas Gandul, Nanas Josapine, Nanas Sarawak, dan Nanas MD2. Sebenarnya Nanas MD2 ni yang sesuai untuk makan dan dijadikan minuman. Ianya tidak tajam, dan lidah korang takde la rasa macam luka-luka.

Evolusi Nanas


Kat Laman Nanas ni juga korang berpeluang untuk rasa Jus Bob Nanas. Dijual dengan harga RM5 sebotol. Perghhh...jus nya memang asli nanas yang sedap !



Laman Armada Jentera

Dah puas minum Jus Bob Nanas, Achik meneruskan pengembaraan di MAHA 2016 dengan berkunjung ke Laman Armada Jentera. Tertarik betul Achik dengan jentera-jentera yang dipamerkan. Ada jenteranya seperti watak dalam filem kartun Carz..hahaha..



Para pengunjung juga diberi peluang untuk menaiki Monoride pada kadar yang rendah. Kalau korang nak tahu, Monoride ni digunakan oleh petani untuk bercucuk tanam di kawasan lereng-lereng bukit.

Achik suka Strawberry

Jus Jagung Klebang ni pun sedap !

Korang juga boleh dapatkan produk-produk makanan keluaran Peladang di Laman Armada Jentera.


Laman Veterinar

Hehehe..inilah laman yang Achik tunggu-tunggukan. Tak sabar nak tengok betapa sadonya lembu yang dipamerkan di sini. Kalau korang nak tahu Lembu Sado ni besar bukannya gemuk lemak, tetapi ianya adalah daging. Penternakan Lembu Sado ni sangat terkenal di Kelantan.


Memandangkan Achik ada darah pencinta haiwan, jadi Achik sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan Lembu Sado. Petugas veterinar turut berkongsi info tentang proses persenyawaan Lembu Sado. Sesuatu yang menarik untuk korang ketahui, air mani lembu sado jantan yang dikeluarkan boleh dibekalkan kepada 300 straw yang akan dimasukkan ke dalam rahim 300 lembu sado betina..Bunyi macam lucah, tapi kalau korang nak faham dengan lebih lanjut lagi, apa kata korang singgah di Laman Veterinar pada hari terakhir MAHA 2016, 11 Disember 2016.



Laman Sayur

Zaman sekarang ni agak sukar untuk memiliki rumah atas tanah. Selalunya mereka yang tinggal ni kondominium, apartment mahupun flat akan menggunakan alasan tiada tanah untuk bercucuk tanam. Ni Achik nak beritahu korang, dekat Laman Sayur ni turut dipamerkan tanaman yang sesuai ditanam di balkoni. Jadi alang-alang rumah korang dh tinggi, apa kata bercucuk tanam di balkoni..Jadi tak perlulah turun ke kedai untuk membeli sayur kalau korang boleh tanam sayur sendiri di balkoni rumah...Bijak kan..





Di sini juga ada sarang madu kelulut. Achik berpeluang untuk sedut madu kelulut direct dari kantung madu kelulut terus masuk ke dalam mulut..hahaha..Cuak juga dengan lebah madu kelulut yang berterbangan.

Sarang Madu Kelulut



Rythem of The Farmers

Tapak konsert sempena MAHA 2016. Malam tadi giliran Dato’ Ramli Sarip menghiburkan peminat.


Tapak Rythem of the Farmers ini sebenarnya adalah padang ragut. Sekiranya tiada apa-apa program diadakan, kuda akan dilepaskan untuk meragut rumput-rumput di situ.


Perkampungan Durian Runtuh (Upin Ipin)

Sudah pasti ini adalah tarikan utama MAHA 2016. Upin Ipin sangat sinonim dengan kanak-kanak. Menjadikan watak Upin Ipin sebagai duta untuk mempromosikan MAHA 2016 adalah langkah yang bijak untuk tarik crowd..


Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa seperti Achik pun meminati Upin Ipin ni. Sebaik je melangkah masuk ke dalam Perkampungan Durian Runtuh, wahhhh...cantiknya hiasan kat dalam ni. Ada visual 3D Upin Ipin turut dipamerkan. Malah ibu bapa dan anak-anak boleh mengambil peluang untuk beristirehat dalam kawasan Perkampungan Durian Runtuh.


Setiap pengunjung yang masuk ke sini akan dibekalkan dengan pasu kecil. Pasu kecil ini akan diisi dengan tanah dan kemudiannya pengunjung boleh memilih benih apa yang hendak ditanam dalam pasu tersebut. Oh ye, korang jangan lupa tanya pada petugas di situ macam mana cara untuk pastikan benih yang korang tanam tu hidup dan membesar. Hehehe..

Achik pilih pokok bunga raya...agak2 boleh hidup tak?


Persembahan pentas Upin Ipin dan Rakan-rakan juga turut diadakan pada waktu yang telah ditetapkan. Memang full house ok!



Empayar Makanan (Food Empire)

Yeeehaaaaa....kalau perut tu dah lapar, kenalah pandai-pandai cari gerai makan. Di MAHA 2016 bersepah kedai makan..so perut korang tu tak kan berada dalam mode kelaparan...hehehe..

Fakta yang perlu korang tahu, Empayar Makanan ni menyediakan lebih 168 sajian makanan dari seluruh pelusuk Malaysia. Ruang tempat makan juga luas dan sangat selesa.

Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak...Sedap ok..ikannya besar !

Ketupat Sotong

Antara Gerai Makan yang ada di Empayar Makanan

Actually, banyak lagi tempat yang Achik tak sempat nak explore. Masa berlalu sangat pantas dan rasanya sehari di MAHA 2016 memang tidak cukup..

Memandangkan MAHA 2016 akan melabuhkan tirai pada hari Ahad 11 Disember 2016, Achik berhajat nak ke MAHA 2016 untuk singgah di DOME  #IATbazaar..Iaitu ruang jualan bagi produk-produk Industri Asas Tani..

So, kalau korang yang belum ke MAHA 2016, jangan lepaskan peluang. Banyak produk-produk industri kecil, pertanian, perikanan, peladangan dan sebagainya untuk korang dapatkan. Sudah pasti, harga yang ditawarkan pada harga promosi.

Jagung Mr. Roscorn...sedap !

Aiskrim Melon pun sedap !

Bagi mereka yang suka bercucuk tanam, MAHA 2016 adalah tempat terbaik untuk dapatkan apa-apa benih pokok untuk di bawa pulang. Jangan risau kalau tak cukup tangan nak pikul. Khidmat penghantaran anak-anak pokok ke kereta turut disediakan.

Pastikan korang datang awal pagi. Waktu terbaik, elok lepas solat subuh tu terus bertolak ke MAHA 2016. Memandangkan cuti umum yang panjang, hari terakhir MAHA 2016 akan diserang oleh lawatan manusia..

Jumpa korang semua di MAHA 2016 !

~ Achik ~