Sunday, August 21, 2016

Spa di Rumah Menggunakan AgeLOC Edition Galvanic Spa II dari Nu Skin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Belum terlewat lagi untuk Achik berkongsi dengan korang semua tentang sesuatu yang menarik keluaran Nu Skin. Kita biasa dengar tentang Anti-aging produk..tetapi sejauh mana produk keluaran Nu Skin ini benar-benar berkesan untuk melambatkan proses penuaan kelihatan pada wajah kita. Baru-baru ini, Achik dengan rakan-rakan blogger yang lain sempat berkunjung ke rumah Miss Shu Yi, yang merupakan salah seorang pengedar sah produk keluaran Nu Skin. Kami semua berpeluang untuk membuat facial spa dengan menggunakan mesin handheld Galvanic Spa II keluaran Nu Skin.

Bercakap tentang Nu Skin, mungkin masih ramai lagi diluar sana tak sedar dengan kewujudan produk anti-aging dari jenama ini. Kalo korang nak tahu, Nu Skin Expo 2016 yang telah diadakan pada 13 Ogos 2016 yang lepas rata-rata pengunjung yang hadir adalah mereka dari masyarakat China. Jadi, perkongsian ini Achik harap lagi masyarakat Melayu di luar sana menitikberatkan penjagaan kulit muka dengan menggunakan produk keluaran Nu Skin.

Oh ye, jom Achik cerita serba sedikit tentang Nu Skin. Ianya ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah nama Nu Skin Enterprise yang merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk anti-penuaan termasuk produk penjagaan diri dan makanan tambahan. Nu Skin telah lama berada di pasaran antarabangsa sejak ianya ditubuhkan. Malah masih beroperasi hingga kini merangkumi di 54 pasaran antarabangsa termasuklah Amerika, Asia Pasifik, Eropah, Afrika serta Timur Tengah. Nu Skin telah menjual lebih 200 produk dalam rangkaian anti-aging yang bertindak dari dalam dan luar badan kita. Lebih menyakinkan apabila Nu Skin mempunyai saintis tersendiri yang sentiasa bekerjasama dengan pakar bertaraf dunia dalam penghasilan produk anti-penuaan keluaran Nu Skin.

Handheld Machine Galvanic Spa II untuk muka

Untuk entry kali ini, Achik sangat tertarik untuk berkongsi dengan korang semua tentang mesin Galvanic Spa II yang digunakan untuk facial spa. Kalau korang nak tahu, Galvanic Spa ni merupakan handheld machine yang tidak menggunakan kuasa elektrik tau. Ianya akan berfungsi menggunakan cas yang terdapat pada tangan penggunanya. Nanti Achik akan kongsikan video tutorial yang sempat Achik rakam semasa Shu Yi sedang membuat demonstrasi pada muka Achik.

Sebelum menggunakan mesin Galvanic Spa ni, pastikan muka korang dibersihkan terlebih dahulu ye. Pastikan tiada make up pada wajah. Kebetulan pada hari Ahad tu Achik dah kenakan make up pada muka Achik. Jadi kenalah basuh terlebih dahulu.


Creamy Cleasing Lotion : losyen ini digunakan sebagai make up remover. Langsung tidak berminyak berbanding dengan make up remover yang ada di pasaran.

Nu Skin 180 Face Wash : Lepas dah buang make up, Achik gunakan Nu Skin 180 Face Wash untuk cuci wajah Achik dan buang sisa-sisa make up yang ada pada muka. Lembut je muka Achik lepas cuci

Muka baru lepas dicuci dengan Nu Skin 180 Face Wash


Dah siap cuci muka, tibalah masanya untuk sapu mask dimuka. Mask yang digunakan adalah epoch Glacial Marine Mud. Apa yang menarik, epoch Glacial Marine Mud ini dapat membantu menanggal sel kulit mati yang ada pada wajah, membuang bahan-bahan tercemar yang ada pada kulit serta meremajakan kulit yang rosak dan bermasalah. Ianya mampu membekalkan lebih 50 mineral pada kulit korang.

Beginilah rupa Achik sementara menunggu Mask tersebut kering...tak boleh senyum..hahaha

Cuba tengok pada hidung Achik...dah keluar bintik-bintik di hidung..Maknanya mask ini sedang bertindak balas dengan kulit muka Achik...

Muka Achik selepas mask dibersihkan...Nampak lebih bercahaya...

Ok...muka dah bersih...tak sabar rasanya nak gunakan mesin Galvanic Spa pada muka Achik. Keluaran ageLOC Galvanic Spa II ini yang digunakan bersama dengan ageLOC Pre-Treat Gel dan Treatment Gel dapat memberikan kesan yang lebih mujarab dalam mencegah penuaan pada kulit. Sungguh pun saiznya kecil dan tidak menggunakan kuasa elektrik, tetapi ianya mampu meningkatkan penyerapan bahan-bahan ageLOC ke dalam kulit anda sehingga 5 kali ganda. Keluaran kali ini mempunyai rupa yang lebih menarik, paparan yang lebih cerah, intuitif kebolehgunaan dan ergonomik yang dipertingkatkan. Lebih menarik lagi, ageLOC Edition Galvanic Spa II ini boleh meningkatkan kesan penyerapan bahan-bahan anti-penuaan sehingga 24 Jam.

Pre-Treat Gel dan Treatment Gel. 

Bagaimana Pre-Treat Gel bertindak pada muka

Bagaimana Treatment Gel bertindak pada muka


Pastikan korang guna sepenuhnya Pre-Treat Gel dan Treatment Gel. Sebabnya lebih banyak Gel yang diletakkan pada face conductor, lebih banyak lagi bahan-bahan AgeLoc diserap ke dalam kulit. Setiap botol kecil tu, gunakan separuh dimuka kanan, separuh lagi dimuka kiri..Untuk lihat perbezaan pada kulit muka korang, gunakan ageLoc Edition Galvanic Spa II pada separuh wajah dulu, kemudian disambung dengan separuh lagi.

Ini adalah illustrasi bagaimana nak menggunakan mesin Galvanic Spa pada wajah.

OK....jom tonton video tutorial menggunakan Galvanic Spa...

Kalau lihat dalam video tersebut, sebelah tangan Ms Shu yi perlu menyentuh kulit Achik baru mesin Galvanic Spa tersebut akan berfungsi. Macam yang Achik beritahu sebelum ni, mesin ini tidak menggunakan elektrik. Ianya berfungsi menggunakan bateri serta cas yang ada pada tangan penggunanya. Di belakang Galvanic Spa akan ada satu surface macam besi. Jadi jari korang perlu dibasahkan sedikit dan diletakkan pada permukaan macam besi tu. Barulah galvanic spa ni akan berfungsi bila face conductor bersentuh dengan kulit muka. Kalau orang lain yang tolong buatkan, maka jari orang tu perlulah sentuh pada kulit korang supaya face conductor berfungsi. Tak susah pun...selepas Ms Shu Yi tunjukkan tutorial, untuk sebelah muka lagi Achik buat sendiri tau...

Taraaa......yang Achik tunjukkan dengan anak panah tu adalah separuh muka yang telah selesai menggunakan Galvanic Spa. Apa yang Achik nampak, bentuk muka lebih V-shape, muka naik sedikit & lebam bawah mata tu pudar sedikit. Ini bermakna kalau ianya digunakan secara konsisten, tanda-tanda penuaan dapat dielakkan dan kulit korang kelihatan muda remaja.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan produk keluaran Nu Skin, korang bolehlah layari laman web rasmi di www.nuskin.com atau pun, untuk lebih mudah, Achik sertakan di bawah maklumat berkaitan Miss Shu Yi untuk korang hubungi...

Miss Shu Yi Wong

FB personal : Wong Shu Yi
FB page : Nu Igniters
Instagram : @shuyi2699 / @antiagingsolution_nuskin
Youtube : Shu Yi Wong
Blog : passionteigniters.wordpress.com
Email : Wongshuyi.nuskin@gmail.com

~ Achik ~

7 comments:

  1. Wahhhh achik makin cun la lpas ni

    ReplyDelete
  2. Wahhhh achik makin cun la lpas ni

    ReplyDelete
  3. I have read many blogs but your blog are always very nice and now here I got some detail about the nu galvanic spa it's Good work keep it up.
    nu galvanic spa

    ReplyDelete
  4. Interesting and valuable information which have share here well done.



    Lavender

    ReplyDelete
  5. Your blog provided us with valuable information to work with. Each & every tips of your post are awesome. Thanks a lot for sharing. Keep blogging, face wand massager

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing your info. I really appreciate your efforts and I will be waiting for your further write ups thanks once again.

    Beauty

    ReplyDelete
  7. Thank you i did really need this topic you share a very nice information.

    Fashion & Beauty

    ReplyDelete