Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Diundang
untuk menyaksikan pelancaran KL Sky Tour pastinya tidak akan ditolak oleh
Achik. Lebih-lebih lagi apabila para media yang hadir turut diberi peluang
untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter menyaksikan pemandangan Ibu
Kota Kuala Lumpur dari udara.
Pada 25 Ogos 2016 yang lalu, Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd (CHCSB) telah berbesar hati melancarkan KL Sky Tour bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Helipad. KL Sky Tour yang merupakan kerjasama antara Cempaka Helicopters dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) telah disempurnakan majlis pelancarannya oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, selaku Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.
YBhg. Dato' James
YBhg. Datuk Zakaria
Pada 25 Ogos 2016 yang lalu, Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd (CHCSB) telah berbesar hati melancarkan KL Sky Tour bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Helipad. KL Sky Tour yang merupakan kerjasama antara Cempaka Helicopters dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) telah disempurnakan majlis pelancarannya oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, selaku Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.
YBhg. Dato' James
YBhg. Datuk Zakaria
YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, Penasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia
Pemilihan Taman Tasik Titiwangsa sebagai Helipad untuk KL Sky Tour adalah sangat tepat memandangkan lokasinya yang sangat strategik dan menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam dan luar Malaysia. Perkhidmatan helikopter yang ditawarkan melalui KL Sky Tour ini dapat memberi peluang kepada anda semua untuk menaiki helikopter bagi menikmati pemandangan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur dari udara selama 6 minit. Selain itu, Cempaka Helicopter juga turut menawarkan pakej yang berbeza mengikut kemampuan dan bajet para pengunjung. Perjalanan selama 15, 30 dan 45 minit juga ditawarkan dengan pemandangan dari udara yang berbeza.
Pilot yang bawa kami ronda naik helikopter
Selain KL Sky Tour di Titiwangsa Helipad ini, Cempaka Helicopter telah pun beroperasi di 2 lokasi yang berbeza iaitu satu di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang dan satu lagi di Pulau Langkawi. Ianya turut menyediakan perkhidmatan helikopter buat para pelancong menikmati pemandangan KL dan Pulau Langkawi dari udara.
Pada masa akan datang, Cempaka Helicopter memasang impian untuk melebarkan sayapnya di Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Dengan perluasan pusat operasi ini, Cempaka Helicopter turut menyediakan perkhidmatan eksklusif untuk memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan perkhidmatan helikopter ke sesuatu tempat sama ada resort transfers, golf trip, lunch trip dan sebagainya pada kos yang berbeza.
Pemandangan yang sempat Achik rakamkan semasa berada dalam helikopter
Sangat teruja bila nampak Berjaya Times Square di bawah Achik..
Cempaka Helicopter juga berharap kerjasama dengan agensi pelancongan yang lain dapat dieratkan bagi menjadikan KL Sky Tour yang berpusat di Titiwangsa Helipad sebagai salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan harga serendah RM198 seorang (tidak termasuk GST), kini semua orang mampu menaiki helikopter.
Robinson R66 Turbine
Ketibaan Robinson R44
Jom usha pakej yang ditawarkan oleh KL Sky Tour:
1. The KL Express
Perjalanan menaiki helikopter selama 6 minit akan tertumpu di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan KL Tower, Dataran Merdeka, Stadium Merdeka, Petronas Twin Towers dan banyak lagi.
Harga: RM198 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan
2. The City Explorer
Perjalanan menyaksikan keunikan Batu Caves, menuju ke Jalan Duta, Masjid Negara, Istana Negara serta beberapa lagi kawasan tarikan yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 15 minit.
Harga : RM488 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan
3. The Jungle Escape
Perjalanan yang mengambil masa 30 minit ini sudah pasti sangat istimewa. Penumpang akan dibawa ke hutan simpan di sekitar Kuala Lumpur jauh dari kesibukan ibu kota. Hutan simpan yang terletak di sepanjang Quartz Ridge menuju ke Batu Dam sudah pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Harga : RM960 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan
4. The Mountain View
Perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit ini akan membawa penumpang ke Genting Highlands sambil menikmati pemandangan gunung ganang serta hutan simpan yang dapat dilihat dari helikopter. Dalam perjalanan pulang pula, penumpang berpeluang menikmati pemandangan ibu kota Kuala Lumpur dari udara melalui laluan Batu Caves dan seterusnya menuju ke Titiwangsa Helipad.
Harga : RM1,388 seorang + 6% GST
*minimum 3 penumpang untuk satu penerbangan
Berikut adalah nombor telefon serta alamat emel yang boleh dihubungi untuk info lanjut:
No. Tel : 019 – 258 6818
Emel : info@klskytour.com
Laman web rasmi : www.klskytour.com
FB rasmi : KL Sky Tour by Cempaka Helicopters
IG Rasmi : @KLSkyTour
Twitter Rasmi : @klskytourbychcs
IG Rasmi : @KLSkyTour
Twitter Rasmi : @klskytourbychcs
fuhh mahal giler.. hahahah orang2 ado boleh la naik ni..
ReplyDeleterasanya harga RM198 utk 6 minit tu dh puas hati dpt naik heli
Deletefuhh mahal giler.. hahahah orang2 ado boleh la naik ni..
ReplyDeleteeh..ada ke..nnt kita bersua muka ua
ReplyDeletedi lain event
ada...hehehe
Deletegayat tapi seghoonokk kaaann???
ReplyDeletehehehee..
seronok...walau nervous masa senget tu...haha
Deletekalau 2 org je x leh ke
ReplyDelete