Tuesday, July 18, 2017

Food Review : Chili Seafood Aglio Olio Sedap Hanya di Philtre Coffee, Damansara Uptown

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kawasan Damansara Utama / Damansara Uptown sememangnya banyak sangat kedai makan yang korang boleh cuba. Dari yang berkonsep hipster sampaikan yang berkonsep tradisional. Achik sendiri pun tak habis explore kedai makan yang ada di kawasan Damansara Uptown ni. Terbaru, Achik berpeluang untuk lepak santai dengan rakan-rakan blogger yang lain di bawah Kiple Influencer Program untuk merasai sendiri makanan dan minuman yang disajikan di Philtre Coffee.


Philtre Coffee terletak di Damansara Uptown bersebelahan LDP dan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai. Tak susah pun nk cari lokasi kedai ni. Korang just waze Philtre Coffee dan waze akan bawa korang terus di hadapan kedai makan ni.

Interior design di dalam Philtre Coffee

Sebaik melangkah masuk ke dalam restoran ini, Achik tertarik dengan interior design di Philtre Coffee. Nampak macam moden, tetapi hiasan di dinding menggunakan papan yang selalu digunakan di rumah-rumah kampung. Pujian harus diberikan kepada pemilik Philtre Coffee kerana menggunakan sumber-sumber yang dikitar semula untuk dijadikan hiasan dalam kedai. Papan pada dinding restoran merupakan kayu kitar semula manakala meja makan besi yang digunakan adalah besi-besi kitar semula yang diperoleh daripada longgokan logam besi skrap di kawasan Ipoh. Lebih menarik lagi mesin espresso yang digunakan diperoleh dari Batu Pahat selepas ianya dibuang oleh pemiliknya..



Philtre Coffee mendapat namanya dari kopi yang ditapis yang dihidangkan di restoran tersebut. ‘Filtered coffee’ atau kopi yang ditapis ini merupakan salah satu proses pembuatan minuman kopi yang melibatkan air dititiskan di atas ground coffee yang dipanggang yang diletakkan di dalam penapis. Kalau korang nak tengok sendiri proses penghasilan minuman kopi yang istimewa ni korang boleh datang sendiri di Philtre Coffee. Korang boleh saksikan bagaimana minuman Cold Drip dihasilkan dari 100% Arabica Beans. Ais batu yang berada di bahagian paling atas akan cair dan menitik  di atas serbuk kopi panggang. Proses ini memakan masa selama 7 jam untuk menghasilkan 3 liter minuman kopi yang sejuk.

Proses penghasilan Cold Drip..kopi sejuk

100% Arabica Beans Cold Drip yang dibotolkan

Sesi food review kami di Philtre Coffee pada tempoh hari turut disertai oleh pemilik restoran yang cukup peramah iaitu Mr. Victor. Mr. Victor sangat mesra orangnya dan banyak berkongsi tentang sejarah Philtre Coffee serta menu yang menjadi tarikan pengunjung yang datang. Oh ye, kalau korang nak tahu "Philtre" dalam bahasa Perancis membawa maksud "ramuan cinta". Sungguh pun nama restoran daripada perkataan Perancis dan pemiliknya berbangsa Cina, tetapi menu makanan yang dihidangkan di Philtre Coffee menggabungkan makanan kegemaran masyarakat Timur Semenanjung Malaysia iaitu Nasi Kerabu serta makanan kegemaran ramai iaitu Nasi Lemak.

Jom kita tengok antara makanan yang disajikan di Philtre Coffee:

Kalau korang nak tahu, Nasi Kerabu, Aglio Olio dan Nasi Lemak merupakan menu yang sering berada dalam Top 3 makanan yang laris dipesan oleh pelanggan yang berkunjung ke Philtre Coffee.


Nasi Kerabu dengan Grilled Ayam Percik. Untuk Nasi Kerabu ni, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada Fried Ayam Berempah, Beef Rendang, Chicken Kapitan atau pun Grilled Ayam Percik.


Chili Seafood Aglio Olio. Makanan laut yang ada dalam Aglio Olio tersebut sangat menarik malah rasa Aglio Olio tersebut memang pedas dan menepati citarasa Achik. Achik beri 5 bintang untuk Chili Seafood Aglio Olio di Philtre Coffee.


Nasi Lemak dengan Rendang Daging. Sama seperti Nasi Kerabu, pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada Fried Ayam Berempah, Beef Rendang, Chicken Kapitan atau pun Grilled Ayam Percik untuk dihidangkan bersama Nasi Lemak.


Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah


Soft Shell Crab with Salted Egg Butter Milk..yang ni pun sedap dan turut menjadi kegilaan antara Blogger yang hadir pada hari tersebut.


Smoked Salmon Aglio Olio. Rasa Aglio Olio nya tidak pedas sepertimana rasa Chili Seafood Aglio Olio. Jadi mereka yang tak gemar makanan pedas boleh cuba menu ni. Ikan Salmonnya rasa segar dan tidak berbau hanyir.


Cheese Wantan....walau pun dalamnya ada cream cheese dan mozzarela tapi ianya tetap rasa crunchy di luar. Sedap tau ! makan macam tu sahaja tanpa sos pun sedap..


Hail Berry dihidangkan bersama-sama dengan seasonal berries, pisang, handcrafted ice cream serta chocolate sauce on top of it. Kalau korang nak tahu, ais krim yang digunakan di Philtre Coffee merupakan ais cream yang dibuat sendiri yang turut dikenali sebagai Forty Licks. Ada pelbagai perasa dan yang paling penting semua perasanya sangat istimewa dan premium.

Forty Licks (Handcrafted Ice Cream)

Cukup dengan makanan, jom tengok antara minuman yang ada di Philtre Coffee:

Chai Latte

Cafe Latte

Prana Chai - A Masala Blend

Mocha Ice

Menu (click photos to enlarge):


Seperti biasa, korang boleh menggunakan aplikasi KIPLE apabila korang makan di Philtre Coffeekorang berpeluang untuk enjoy cashback sebanyak 10% apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi KIPLE.


Philtre Coffee
44, Jalan SS 21/35, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi
Selasa - Ahad 8AM - 12AM (tutup pada hari Isnin dan Sabtu)

Contact : +60 3-7732 2216


~ Achik ~

Wednesday, July 12, 2017

Nikmati Makanan Sarawak di Cawangan Kedua SARAWAK'S BOWL Sunway Putra Mall


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang...entry kali ni tetap nak bercerita dengan korang tentang makanan..Hehehehe...Korang ingat menetap dekat Klang Valley dah lebih 30 tahun ni tak teringin ke nak makan makanan dari Negeri lain..Ala, kalau setakat masakan utara, pantai timur dan selatan tu dah biasa sangat. Jadi, apabila diundang ke Pembukaan Cawangan Kedua Sarawak's Bowl di Sunway Putra Mall, Achik memang tersangatlah berbesar hati.



First and foremost, Tahniah Achik ucapkan buat pemilik Sarawak's Bowl atas pembukaan cawangan kedua Sarawak's Bowl di Aras 4, Sunway Putra Mall. Kalau korang nak tahu, ketiga-tiga pemilik Sarawak's Bowl adalah anak kelahiran negeri Sarawak. Sudah pasti kesemua masakan yang disajikan menggunakan resepi asli dari Sarawak. Kalau korang perasan dalam menu ada nama hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Latip kan...Pak Latip tu merupakan ayah kepada salah seorang pemilik Sarawak's Bowl. Jadi mana-mana anak kelahiran Sarawak yang menetap di Klang Valley, bolehlah berkunjung ke Sarawak's Bowl bila korang craving for makanan Sarawak...

Ok, jom tengok hidangan makanan yang ditawarkan di Sarawak's Bowl:

1.    Sarawak Laksa Uncle Liew = RM8.90


Achik bukanlah anak kelahiran Sarawak..jadi Achik kurang arif dengan rasa sebenar masakan sarawak tu. Tapi, kalau korang nak tahu ini kali kedua Achik makan Laksa Sarawak. Kali pertama di rumah terbuka kawan Achik..So, apa komen Achik untuk Laksa Sarawak di Sarawak's Bowl ni?

Sedap !!!! Dihidang dalam mangkuk yang besar. Bagi Achik portion makanan sangat berbaloi dengan harganya. Cuma, portion bihun dalam laksa tu agak banyak..kalo korang lambat makan, bihun tu akan cepat kembang dan kuah laksa tu tinggal sikit je...apa2 pun rasa Laksa Sarawak di Sarawak's Bowl memang sedap.


2.    Kolo Mee Daging = RM8.90


Kolo Mee di Sarawak's Bowl didatangkan dengan 2 pilihan iaitu Kolo Mee Daging atau Kolo Mee Ayam. Jadi, ikut citarasa korang sama ada nk yang daging atau ayam. Untuk Kolo Mee pula, ianya dihidangkan dengan sup. Ni kali pertama Achik rasa Kolo Mee....Achik lebih suka makan Kolo Mee tanpa sup...macam makan Indomee goreng gitu...hehehe..Tapi ada sesetengah yang gemar makan Kolo Mee dengan Sup..biar rasa basah2 sikit...Bagi Achik ada sup or takde sup tu tak jadi masalah...yang masalahnya, Achik suka rasa pedas !!! Mungkin lepas ni Achik nak request for cili potong..hehehe


3.    Mee Jawa Nyonya Tey (Lembu) = RM8.90


Achik tak tahu pula Mee Jawa ni sinonim dengan masakan Sarawak. Sebab Mee Jawa ni mudah untuk didapati di sekitar Klang Valley. Bila fikir balik, logik juga orang Sarawak pun gemarkan Mee Jawa sebab negeri Sarawak kan bersempadan dengan Indonesia. Mee Jawa Nyonya Tey ni dihidangkan bersama dengan 2 cucuk satay..Jujur cakap, rasa Mee Jawa ni sangatlah sedap. Korang memang wajib cuba.


4.    Sarawak Mee Sua = RM8.90


"Mee Sua"...biasa Achik dengar dan biasa Achik sebut. Tapi tak pernah tahu lagi macam mana rupa dan rasa Mee Sua. Kalau korang nak makan sesuatu yang tak heavy, Mee Sua adalah pilihan yang tepat. Rasa herba pada ayamnya pun tidak terlalu pekat. Kalau tekak Achik boleh terima rasa Mee Sua ni, sudah tentulah rasanya SEDAP !!


5.    Nasi Lemak Daging Hitam Manis = RM8.90


Rakyat Malaysia memang gemarkan Nasi Lemak. Cuma, yang istimewanya nasi Lemak di Sarawak's Bowl dihidangkan dengan Daging Hitam Manis yang sangat sedap ! Memang layan tau makan Nasi Lemak Daging Hitam Manis ni tak kira pada bila-bila masa.


6.    Ayam Pansoh = RM15.90


"Ayam Pansoh"....salah satu makanan Sarawak yang sangat istimewa dan unik. Ayamnya dimasak dalam buluh..Untuk ianya kelihatan lebih  menarik lagi, Ayam Pansoh ini dihidangkan kepada pelanggan menggunakan buluh. Ayam Pansoh dihidangkan bersama-sama dengan nasi yang dimasak menggunakan beras "Bario"

Beras Bario ni kalau korang nak tahu, ianya kaya dengan vitamin dan mineral. Rasa berlemak jika dibandingkan dengan beras biasa. Korang jangan keliru pulak beras Bario ni dengan beras Perang ye walau pun warnanya macam lebih kurang. Istimewanya beras Bario ni ianya diimport daripada Bario.

Masakan Ayam Pansoh di Sarawak's Bowl memang sedap dan ada rasa seperti ayam rendang cili api..Korang wajib cuba tau !


7.    Minuman


Ini antara minuman yang menjadi tarikan pelanggan di Sarawak's Bowl. 3 Layers drink. Ada 7 hidangan 3 Layers drink iaitu 3 Layers Tea, 3 Layers Bandung, 3 Layers Cendol, 3 Layers Lemon Lime, 3 Layers Cincau, 3 Layers Coffee dan 3 Layers Tea Pandan. Hari tu Achik minum 3 Layers Cincau...ermmmm sedap !



Untuk pengetahuan korang, Sarawak's Bowl sedang menawarkan hidangan Combo Set yang lebih menjimatkan. Didatangkan dengan hidangan utama dan minuman dengan harga RM14.80 (tidak termasuk GST). Korang boleh refer gambar di atas untuk pilihan hidangan utama dan minuman yang ditawarkan dalam Combo Set.

Sebelum Achik terlupa, korang juga boleh buat bayaran menggunakan apps KIPLE apabila korang makan di Sarawak's Bowl. Jangan lupa untuk download apps KIPLE dari Play Store atau Apple Store untuk ketahui promosi menarik di semua kedai dan restoran yang mengambil bahagian.

Tidak lupa juga, korang berpeluang untuk enjoy cashback sebanyak 10% apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi KIPLE.


Menu untuk rujukan korang:





Lokasi:
Sarawak's Bowl
Tingkat 4, Bazaar Asia
Sunway Putra Mall



~ Achik ~




Wednesday, July 05, 2017

Nikmati Makanan Yang Seimbang di Pickle & Fig TTDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak Achik turut serta dalam group workout ni, Achik memang sangat menitikberatkan apa yang Achik makan...Ecehhh...tidak la 100% clean diet...Tapi Achik sangat berhati-hati dalam memilih makanan terutamanya kalau makan di restoran. Menjadi salah seorang blogger berdaftar dengan Kiple’s Influencers Program (KIP) sedikit sebanyak dapat membantu Achik untuk explore restoran-restoran yang ada di Malaysia dan kenal pasti restoran yang menyediakan hidangan makanan yang sihat dan seimbang.


Diundang ke Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail untuk merasai sendiri menu baru serta menu sedia ada yang telah diolah semula sememangnya buat perut Achik gembira..Hehehe..Ini kali pertama Achik berkunjung ke Pickle & Fig dan sejujurnya Achik tak pernah dengar nama restoran ini. Tapi selepas berkunjung ke restoran ni, Achik pasti akan datang lagi sebab Achik suka dengan semua menu yang disajikan.

Tengok saja pada senarai menu, dah buat Achik tertarik kerana terdapat pengiraan kalori yang dinyatakan bersebelahan dengan nama hidangan. Jadi, takdela rasa ragu-ragu dengan kiraan calories intake Achik kalau makan di Pickle & Fig. Menurut kata pemiliknya, Mr. Ken, Pickle & Fig sememangnya menyajikan hidangan makanan yang seimbang. Mengamalkan konsep ‘eat-clean’ dalam setiap hidangannya, pelanggan berpeluang untuk reka sendiri menu sarapan pagi sama ada dengan memilih makanan untuk Burn (portion 3x protein & 2x vitamins), Balance (portion 2x protein, 1x carb , 2x vitamins) dan Build (2x protein, 2x carb 1x vitamins). Korang tak tahu makanan jenis apa yang ada protein, carb atau vitamin? Jangan risau...dalam menu ada disenaraikan pilihan makanan mengikut kategorinya.

Mr. Ken, pemilik Pickle & Fig TTDI


Oh ye, kalau korang nak tahu, sebelum Achik datang ke sini, Achik sempat usha Facebook dan Instagram Pickle & Fig. Tahu apa yang Achik nampak dulu, dah tentulah Butterfly Pea Latte - "Blue Latte" yang menjadi hidangan signature di sini. Apa lagi, sudah tentu Achik tak lepaskan peluang untuk merasai sendiri kenikmatan rasa Blue Latte. Warna biru yang korang tengok ni bukanlah pewarna tambahan, tapi ianya menggunakan Bunga Telang...alaa...yang guna untuk buat Nasi Kerabu tu...Rasanya memang sedap dan segar !


Kalau korang peminat coffee, bolehla cuba hidangan Reversed White Mocha dan nikmati sendiri kelainan rasanya. Yang bulat tu adalah Mocha yang telah dikeraskan..So, yang sebelah kanan tu pula white chocolate yang korang perlu tuang ke dalam gelas yang berisi Mocha...Nak tahu rasanya macam mana? Kenalah datang sendiri ke Pickle & Fig.


Sementara menunggu hidangan utama disajikan, korang boleh cuba Churros yang dihidangkan bersama-sama dengan Caramel dan Chocolate Dip. Kalau ikut tekak Achik, Achik lebih suka rasa churros tersebut dimakan bersama-sama dengan Caramel Dip. Tapi lain-lain orang, lain seleranya kan.

Ok...jom kita tengok apa saja hidangan yang ada di Pickle & Fig. Oh ye...hidangan yang Achik akan tunjuk kat korang ni adalah antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan...in fact, banyak lagi hidangan yang ada dalam menu untuk korang pilih kalau berkunjung ke sini.


All Day Breakfast

Macam Achik cakap tadi, untuk breakfast korang berpeluang pilih portion makanan untuk pinggan korang...nak yang Burn ke, Balance ke atau pun Build.


Croque Madame....wahhh..menarik sangat!! Kalau korang  nak tahu Achik memang suka makan wholemeal roti dengan telur macam ni..Jadi, tahu tak betapa excited nya Achik bila nampak hidangan ni. Dia punya rasa, SEDAP !!!!

Apa ada dalam Croque Madame ni? Ada smoked turkey ham dan cheese dengan bechamel sauce dan telur. Yang pasti salad turut disertakan. Barulah hidangan sarapan pagi korang tu seimbang.



Nak kelainan dalam hidangan sarapan korang? Meh Achik nk recommend korang untuk cuba Smoothie Bowl. Smoothie Bowl ni korang boleh pilih base nya...ada pilihan Strawberry & Raspberry, Peach & Blackberry, Dragonfruit dan Avocado. Di bahagian atasnya pula dihidangkan dengan buah-buahan yang segar, granola dan chia seed. Nak tahu Achik suka base yang mana? Sudah tentula Dragonfruit !! so yummy !!!!


Fresh Salads

Buat peminat salad, Pickle & Fig menyediakan 5 pilihan salad & 4 pilihan topping untuk salad korang. So, korang pilih satu salad yang korang nak makan kemudian korang boleh pilih salah 1 topping untuk salad korang. Topping yang korang boleh pilih adalah Grilled Chicken Breast, Breaded Mushroom, Smoked Salmon dan Shishamo.

Base : Avocado & Strawberry (mixed green, wild rockets, chia seed, almond flake with raspberry vinaigrette)
Topping : Smoked Salmon

Base : Ebikko & Nuts (mixed green, onion, cherry tomato, olive, alfalfa with black sesame dressing)
Topping : Grilled Chicken Breast

Base : Mango & Mint (mixed green, roast peppers, nuts with thai sweet & sour dressing)
Topping : Shishamo


Signature Panini / Sandwiches

Untuk hidangan ini, korang boleh pilih roti pilihan korang dan ianya dihidang dengan salad dan wedges. Pilihan roti yang ada adalah wholemeal, whitebread, Ciabatta, Foccacia dan Tortilla wrap.

Beef Ribeye Roast & cheses with onion rings & bbq sauce

Rotkraut, Beef Pastrami & cheese with russian sauce


Dinner Menu (selepas jam 4.00 pm)

Yeahhh...dah sampai ke kemuncaknya. Inilah hidangan terbaru yang ingin diketengahkan oleh Pickle & Fig. Tiga hidangan ini hanya untuk makan malam sahaja dan korang boleh mula order selepas jam 4.00 petang.

Bertuah rasanya bila Achik adalah antara orang terawal untuk merasai sendiri 3 hidangan makan malam ini. Nak tahu mana satu pilihan Achik? Of course ketiga-tiganya sekali !!!! Sebab ketiga-tiga menu ni sedap sangat !!!

So, macam mana nk order hidangan makan malam korang? first skali korang kena pilih dulu sama ada nk makan Grilled Chicken with Guacamole atau Chickpea & Spinach topped with Fried Portobello atau Sriracha Chicken. Kemudian, pilih 2 sides dish untuk dinikmati bersama.

Berikut adalah sides dish yang korang boleh pilih:
* Cauliflower rice
* Salad
* Sauteed brocolli & peppers
* Sweet potato fries
* Brown rice
* Edamame

Grilled Chicken with Guacamole dengan pilihan sides dish cauliflower rice dan sweet potato fries

Chickpea & Spinach topped with Fried Portobello dengan pilihan sides dish Salad dan Brown rice

Sriracha Chicken dengan pilhan sides dish Sauted Brocolli & peppers dan Edamame

Menarikkan menu yang ada di Pickle & Fig. Nak tahu apa lagi yang ada kat sini, korang kena datang sendiri ke sini. Korang juga boleh dapatkan maklumat berkaitan restoran ini dengan menggunakan aplikasi Kiple yang korang boleh muat turun di telefon pintar korang. Apa faedah yang korang dapat dengan menggunakan aplikasi Kiple ? Sudah tentu dalam cashback sebanyak 10% daripada total bil korang, dan 10% tersebut korang boleh guna untuk pembayaran akan datang..Nak tahu apa lagi yang ditawarkan di aplikasi ini, korang wajib download [Kiple] !


Pickle & Fig TTDI
Address: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail
Opening Hours: 9AM–11PM
Phone: 03-2858 9960


~ Achik ~