Thursday, July 30, 2015

Riang Ria di Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah...

Hari ni sudah 16 Syawal..dh separuh bulan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Di kesempatan ini Achik ingin memohon ampun dah maaf daripada anda semua. Salam Kosong-kosong...

1 Syawal itu hari, family Achik semua berkumpul di rumah abah & mak Achik..cuma Kak yang saja yang beraya di rumah mertua..

Macam biasa, selepas solat sunat Aidilfitri, kami semua mengambil peluang utk merakam potret keluarga..mohon abaikan pemandangan yang kurang menarik dalam gambar tersebut..hehe..

Adik sekeluarga dgn mak & abah...

Mak abah Achik

Keluarga Faisal Al-jarumi

K.ngah sekeluarga..


Hehe..ni gambar yang masih bujang bersama mak abah...

Selesai bergambar, kami semua bertolak ke Melaka utk beraya di rumah sanak saudara sebelah mak Achik

Kami ke Melaka balik hari...badan masih belum cukup rehat, Syawal ke 2, Achik, mak, abah, adik laki, K.ngah sekeluarga bergerak ke Kedah..perjalanan ke kedah memang memenakan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk..gerak dri kl jam 11am, kami sampai di Guar Cempedak pada pukul 5pm.

Keluarga achik beraya di Kedah..


Kami di kedah selama 3hari 2 malam..Syawal ke4 kami dh bertolak pulang ke KL..perjalanan 12jam yang memenatkan sebab jalan sangat jem..walau ikut jalan dalam sekali pun..

Achik harap Aidilfitri korang pun meriah dgn keluarga dan sanak saudara berkumpul bersama..

SALAM AIDILFITRI

Wednesday, July 29, 2015

Throwback Bulan Ramadhan : P1 Omanite Iftar

Alhamdulillah...

Sekali lagi Achik diberi peluang untuk iftar bersama anak yatim. Tapi untuk iftar kali ini ianya dianjurkan oleh P1..
P1 OMANITE IFTAR ini telah diadakan pada 8 Julai 2015 ( rabu ), yang bertempat di Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. P1 Omanite Iftar ini bertujuan untuk meraikan kesemua Online Media Associates yang telah bersama-sama mempromosi Jenama P1. 


Hari tu memang Achik sampai awal. so bila dh sampai awal, sempat la bergambar, selfie guna kamera sendiri dan yang paling best, selfie di photobooth yang disediakan oleh P1.



Sementara menunggu event bermula, mata Achik ni melilau mencari seseorang sampailah terpandang pada seorang artis ni. Alahai Atilia...comel sangat...baju yang dipakai oleh Atilia cantik dan bersesuaian dengan bentuk tubuh Atilia. Atilia telah ditugaskan oleh P1 untuk menjadi emcee pada malam tersebut.

sempat juga kami bergambar dengan Atilia.


Waktu azan maghrib semakin hampir. Turut diundang ke majlis ini adalah anak-anak yatim ( dari rumah mana, Achik kurang pasti..Sorry ye ). 

Waktu yang dinantikan pun telah tiba. Beberapa minit sebelum azan maghrib berkemundang, kami semua bergegas beratur untuk mengambil makanan.. Hehe..perut lapar kan...Sebelum tu lemau je..bila nampak makanan terus jadi cargas.

Hidangan utama yang disediakan buat tetamu


Tapai juga turut dihidangkan buat tetamu. Memang suka achik tengok si kolin makan tapai..hehehe


Photo : kredit to Hafiz Yusuf

Kami golek pun ada. Tapi kesian kat Achik sebab tak sempat nak rasa. Takde rezeki nak buat macam mana. Mana-mana tempat kalau ada kambing golek, mesti itulah hidangan utama yang akan diserbu oleh tetamu.


*****

Sambil menikmati makanan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada newband yang diberi nama Dischoders.


Photo : kredit to Hafiz Yusuf


Atilia juga tidak melepaskan peluang untuk berduet bersama Dischorders.

*****

Sebelum majlis berakhir, P1 turut menyampai sumbangan duit raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir. Achik pasti, adik-adik tersebut gembira kerana masih ada yang sudi untuk berkongsi kemeriahan bulan Ramadhan dan Aidilfitri.


Photo : kredit to Hafiz Yusuf


Oh ye, sebelum berakhir majlis iftar tersebut, para pemenang bagi pakaian tercantik lelaki dan perempuan serta pemenang bagi pertandingan selfie diumumkan. Hadiah yang ditawarkan oleh P1 untuk para pemenang memang sangat memuaskan hati. Tahniah Najlaa untuk Pakaian Tercantik Kategori Perempuan dan Tahniah juga buat Leona kerana menjadi salah seorang pemenang bagi contest selfie.

Sebelum melangkah keluar dari Cenderawasih Ballroom, Achik dan Anis sempat berselfie buat kali terakhir di photobooth  P1. tengoklah gelagat kami yang sempat dirakam oleh kolin...hehehe.


Seronok sangat..!!!! Kami juga tidak pulang dengan tangan kosong. Selain daripada gambar-gambar di photobooth, P1 juga bagi souvenir Chocolate Dates yang sangat sedap.. 


Thank You So Much P1 

for

* the invitation
* the food
* the photos
* the happiness
* the entertainment
* the souvenir

and also...

* the appreciation.  !!!


Untuk Online Media yang berminat untuk sertai P1 Online Media Associates boleh lah layari 
Facebook : OMA

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang ditawarkan oleh P1, boleh lah layari
Website : P1


Untuk kali terakhir, wefie terbesar di Majlis P1 Omanite Iftar. Tq Kak Ruby for the photo...

#P1omanite #iftar #blogger #thankyou




Saturday, July 25, 2015

Modelez International ~ Sale Coklat di South City Plaza



Semalam, hari Ahad, Achik telah ke South City Plaza..sebabnya member Achik kata ada sale coklat..dia dh pegi hari Sabtu lagi..geram jugak la tengok coklat yang bermacam macam dgn harga yg murah..

Jadinya semalam Achik turun padang sendiri untuk borong ape yang ada...malangnya dh banyak coklat yg habis..masa Achik sampai pukul 1pm, coklat yg tinggal hanya Zip, Cadbury Dairy Milk Fruit & Nuts dan Toblerone Putih...selebihnya biskut..

apa yang menarik perhatian Achik, Jacobs Oatmeal Apricot ni dijual dgn harga 5 pek = RM10.00...murah sangat..terus Achik ambil 15pek dan letak dalam kotak..


Ni pula Cadbury Zip...5pek harganya RM10.00..yg ni pun Achik borong 15pek..


Biskut memang banyak..antaranya oreo chocolate...harga..? Memang murah..


Cadbury Dairy Milk hanya tinggal Fruit & Nuts...harga? 3 pek = RM10.00...murahkan?




Ni pula biskut Tiger yang banyak dan murah...harga 1 kotak RM25..murah betul.

Ikut kan nak je Achik borong tapi disebabkan Achik belasah pergi seorang diri, terpaksa dibatalkan hasrat tu...




Tengok lah akak ni borong biskut Tiger...sampai kan kawan dia cakap.. ko ni nak makan biskut je ke..hahahaha


Oreo Mini ni pun murah..


Manusia dah semakin ramai...Achik dah tak larat tarik kotak yg sarat dgn coklat dan biskut..


Elok je dah bayar, sekali tengok dh ada troli standby nak hantar barang sampai kereta..syukur sangat..Achik dh la sorang2...barang pula berat..


Fuh..selesai borong...next time if ada lagi sale macam ni, Achik kena pergi awal supaya tak kehabisan stok.

Hehehe.

Friday, July 24, 2015

Ikan Pekasam Pekan Rabu kini di Ukir Mall

Yeehaaaa....

Bila ke Kedah, perkara paling wajib adalah beli Ikan Pekasam untuk bawak balik KL.

Oh ye, untuk pengetahuan semua, lokasi Pekan Rabu telah berpindah ke tempat baru memandangkan Bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan untuk dibina semula siap dengan parking bertingkat.

Kerja-kerja pembinaan yang baru bermula dijangka akan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap.

Jadinya, dimanakah lokasi baru Pekan Rabu buat masa ini.?? 

Untuk sementara waktu, kesemua peniaga di Pekan Rabu akan berniaga di Ukir Mall. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ukir Mall boleh la melayari laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Sebelum achik terlupa, dalam bangunan Ukir Mall ini hanya menempatkan peniaga-peniaga Pekan Rabu yang meniaga barang-barang kering sahaja. Ini bermakna, gerai-gerai ikan Pekasam bukan berada dalam bangunan Ukir Mall.

Bersebelahan dengan Ukir Mall, iaitu seberang jalan terdapat medan selera yang mana bersebelahan dengan medan selera ini terletak lot-lot gerai. Di sinilah Ikan Pekasam dijual.


Tempat letak kenderaan di Ukir Mall amat terhad. Sekiranya anda perlu mengambil masa yang lama, bolehlah meletakkan kenderaan di ruang parking lot terbuka yang terdapat berhadapan dengan Ukir Mall. Selain itu, terdapat juga  kawasan tanah lapang yang terletak di belakang Ukir Mall. Laluan masuk ke tanah lapang ini adalah dengan menggunakan jalan utama bersebelahan dengan gerai Ikan Pekasam.

Pesanan achik, janganlah meletakkan kenderaan anda bersepah-sepah yang akan menyusahkan pengunjung yang lain.



Tara....ikan pekasam uolssss...

Harga..??

Ikan sepat = 500gram = RM13
Talapia = 500gram = RM7
Lompang = 500gram = RM7

tu jer harga yang sempat achik tanya..hehehhe



So, siapa yang berhajat untuk ke Kedah, jangan terperanjat bila tengok bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan. Pekan Rabu masih beroperasi seperti biasa namun lokasi sementara adalah di Ukir Mall..ingatttt... UKIR MALL...

Jom ke Kedah dengan menaiki Keretapi Laju....

Thursday, July 23, 2015

Kisah sedih Cafee mania @ Ikon Connaught


Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...achik minta maaf sangat sebab dekat seminggu tak post apa2 update...sakan nak berhari raya kan..

Sebelum terlambat, achik nak share sikit story pasal Cafeemania yang terletak di Ikon Connaught, Cheras.

Untuk pengetahuan korang, Cafeemania ni dah setahun bertapak di Ikon Connaught. Dah banyak kalo achik ke Ikon untuk makan Boat Noodle. Setiap kali naik escalator kecik untuk ke atas, mesti akan lalu sebelah Cafeemania ni. Dari luar memang nampak kecil. Tapi sebenarnya Cafeemania turut menyediakan ruang makan di luar premis.

Minggu lepas Achik sempat berkunjung ke Cafeemania ni. Itu pun selepas kawan achik ajak try pasta dekat sini. Dia kata spageti di Cafeemania sedap giler. Owner Cafeemania ni dia punya kawan.

So, sampailah achik ke Cafeemania.

Oreo blended untuk kawan Achik

Chocolate blended untuk Achik

Meatball Tomyam Spagheti



Chicken Tomyam Spagheti

Masa makan tu, owner Cafeemania turut join kitorang makan. Nama owner Melati. So sepanjang makan tu Melati banyak cerita pasal Cafeemania. Yang paling memeranjatkan, Melati akan shut down bisnes Cafeemania bermula bulan depan. Bermakna 31 Julai 2015 adalah tarikh akhir untuk korang try pasta dekat sini. Memang sedap. Tak tipu. 

Sayang sangat lokasi yang dipilih Melati agak kurang strategik. Mungkin nama Cafeemania masih belum dikenali oleh kita semua.

Beginilah nasih perniagaan yang dikendalikan oleh Bumiputera. Memang berisiko tinggi untuk naikkan jenama sendiri yang tak pernah didengari oleh kita. Tapi Melati berani mengambil risiko untuk buka Cafeemania yang hanya mampu bertahan selama setahun lebih sahaja.

Kos renovation Cafeemania memang sangat tinggi. Decoration nya cantik. achik tak sempat nak snap picture interior Cafeemania.

Melati ada beritahu achik yang dia nak lelong semua barang-barang dalam Cafeemania. Jadi sekiranya ada yang berminat boleh berkunjung ke Cafeemania sebelum 31 Julai 2015. Sambil-sambil try pasta di situ  boleh lah usha apa-apa barang yang nak dilelong oleh Melati.

Sekian..

Wednesday, July 22, 2015

Insurans Bijak Dutch Lady



Buat ibu-ibu diluar sana, Dutch Lady menawarkan Insurans Bijak Dutch Lady...

Program insurans khas untuk kanak-kanak dari umur 1 ke 10 tahun untuk memastikan dana pendidikan serta sekuriti kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada ibu bapa atau penjaga...

Rujuk gambar di atas untuk jenis perlindungan yang ditawarkan..

Cara untuk menebus sangat mudah...ibu-ibu perlu daftar sebagai ahli Dutch Lady Moms Club untuk mendapatkn ganjaran dan kelebihan..

kemudian kumpulkan kod bar pek Dutch Lady Nutri Plan dgn 5x DHA untuk ditukarkan kepada Mata Ganjaran yang mencukupi...

Langkah yang terakhir para ibu hanya perlu melengkapkn borang dan hantar borang tersebut bersama bar kod ke Dutch Lady

Nak tahu macam mana nak dapatkan mata ganjaran..rujuk gambar di atas...

Untuk menebus mata ganjaran perlu ikut tempoh yang telah ditetapkan...bagi bulan Jun akan tamat pada 30 Jun...

Bagi ibu-ibu yang menggunakan produk Dutch Lady utk anak anda, jgn lepaskan peluang ini..

Selamat maju jaya..