Assamualaikum dan salam sejahtera...
Cerita dah lama peram..tapi hari ini rasa nak
berkongsi dengan korang semua..Untuk makluman korang, Achik adalah salah
seorang pesakit thyroid. Thyroid ni actually ada 2 kategori, Hyperthyrodism dan
Hypothyrodism..
So, apa bezanya Hyper dan Hypo ni?
Hyperthyroidism ni terjadi apabila thyroid gland
dalam kawasan tekak korang tu terlalu aktif dan menghasil hormon tiroid yang
berlebihan.
Manakala Hypothyroidism ni berlawanan dengan
Hyperthyroidism iaitu thyroid gland tidak menghasilkan hormon thyroid yang
cukup untuk badan kita.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang penyakit
ni, boleh je google..dah banyak sangat info pasal hyperthyroid dan hypothyroid
ni dalam kamu abang google. Masa awal2 Achik disahkan positif Hyperthyroid,
google la sumber Achik untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit ni dan
rawatannya.
Achik telah disahkan positif hyperthyroid sejak
tahun 2014 lagi. Awal tahun 2014 badan Achik semakin susut, tapi Achik tak
perasan. Hanya makcik kantin kat opis Achik je yang perasan..selalu juga la dia
tegur kata Achik nampak kurus..Achik pun spontan jawab, “saya pun tak tahu kenapa kurus sedangkan makan macam
tak cukup”...lepas dengar jawapan Achik, dia terus bercerita pasal pengalaman
dia & dihujung ceritanya dia siap pesan suruh Achik berdiri depan cermin
telan air liur dan tengok pergerakan pada leher Achik..ada juga buat tapi masa
tu fikir positif je.
Nak jadi cerita beberapa minggu sebelum puasa tahun
2014 tu Achik batuk tak baik2..dah sebulan..so pergi la cek doktor takut2 tibi.
Nasib negatif...dalam duk jumpa doktor tu, ada la beritahu doktor yang tangan
Achik menggigil tak tahu pasal apa..then berat turun walau makan banyak..doktor
terus cek leher Achik & suruh telan air liur....doktor suruh Achik buat
pemeriksaan darah...Yes !!! lepas sebulan result darah keluar & Achik
positif Hyperthyroid !!!!
Kini, dah lebih 2 tahun Achik mengidap
hyperthyroid..dalam 2 tahun tu juga Achik consume ubat Carbimazole tiap-tiap
hari (tapi ada tinggal juga...hehe)...Setiap 2 bulan akan kena cek darah &
jumpa doktor...Beberapa bulan lepas, doktor kata Achik dah terlalu lama ambil
Carbimazole which is tak elok untuk organ dalam badan Achik. Carbimazole ni
adalah ubat, bahan kimia yang jika diambil dalam tempoh yang lama boleh bagi
kesan negatif pada jantung Achik...So doktor sarankan Achik untuk minum radioactive Iodine..dengar bunyi pun
dah menakutkan..
Apa
persediaan yang Achik perlu buat sebelum minum Radioactive Iodine?
·
Berhenti makan segala jenis supplement, ubat tradisional
sebulan sebelum tarikh minum iodine.
·
Berhenti makan makanan laut seminggu sebelum tarikh minum iodine, tak kiralah udang kering,
tomyam, laksa, sambal belacan, budu dan segala jenis makanan berunsurkan
seafood sama ada kering atau basah (yang ni ada pengalaman sikit nak cerita)
·
Berhenti ambil ubat Carbimazole seminggu sebelum tarikh minum iodine
Maka, mulalah Achik untuk melalui tempoh pantang di
atas terutamanya makanan laut. Sampai pening nak makan apa...nak dijadikan
cerita, sehari sebelum minum iodine Achik pergi kenduri kahwin...nampak sambal
belacan..Apa lagi, ambil sambal belacan 2 sudu besar & makan tak ingat
dunia. Sampai masa esok pergi Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya nk minum
iodin, doktor pun bagi penerangan & last sekali tanya “awak betul ni takde
makan seafood, sambal belacan ke, tomyam ke”
Jeng jeng jeng.....Achik dah termakan sambal
belacan!!!! Huwaaa...kena marah dengan doktor...Achik beritahu doktor yang
nurse dekat kaunter tak inform pun pasal sambal belacan..hihihi..Jadinya kenala
postpone minum iodine ke minggu depan...kena puasa lagi seafood...
Balang yang berisi iodine untuk Achik minum
Pejam celik pejam celik, hari yang dinanti pun
tiba...berdebar nak minum sebab tak tahu apa rasa...doktor bagi penerangan
panjang lebar tentang apa kesan-kesan dan langkah-langkah keselamatan selepas
minum iodine ni. Nama Achik pun kena panggil...ikutlah pergi ke bilik
radioactive...atas meja dah siap ada balang kecil ni...tak nampak pun berapa
banyak iodin kat dalam..petugas makmal siap berdiri jauh dari Achik, memang itu
prosedur nya...elok dia buka penutup balang, terus Achik sedut iodin dengan
sekali sedut dah habis...laaaa...sikit sangat !!!! Apa rasa? Takde rasa..!!!!!! macam minum air
kosong...hehehehe
Apa kesan
lepas minum radioactive iodine?
·
Doktor kata untuk 2 @ 3 hari Achik akan rasa
aktif...jantung dipam laju & Achik takkan duduk diam..so doktor akan
bekalkan ubat untuk kawal denyutan jantung..yang ni betul..memang Achik aktif
mengemas, berpeluh macam bersukan.
·
Bacaan thyroid hanya boleh diketahui selepas 4
bulan minum iodin. Ada 3 kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, hormon tiroid
mungkin degil & rawatan iodine perlu dibuat lagi sekali lepas 6 bulan dari
rawatan yang pertama. Kedua, yang selalu berlaku paras hormon tiroid akan drop
berada pada bawah paras normal. Yang ni kena makan supplement untuk tambah
balik hormon tiroid. Supplement ni kalau terpaksa memang kena makan seumur
hidup..tetapi tak memberi kesan negatif pada organ jantung kerana ianya bukan
ubat tetapi supplement. Ketiga, yang memang jarang berlaku adalah hormon tiroid
tu kembali pada paras normal & tak perlu makan ubat lagi...huhuhu
·
Kena kuarantin. Doktor akan bagi MC seminggu. Untuk
Achik tak perlu tahan wad sebab dos rendah..Jadi kuarantin di rumah saja...Tak
boleh expose to public sebab takut ibu-ibu mengandung akan terkesan dengan sisa
radioactive yang dirembes keluar dari badan Achik..Kandungan boleh cacat.
·
Tak boleh kongsi bilik air...kalau terpaksa dekat
rumah ada 1 bilik air je, kena basuh bersih2 lepas guna.
·
Ubat carbimazole masih kena ambil seperti nasihat
doktor...tak boleh berhenti terus..
·
Minum air kosong dengan banyak untuk mempercepatkan
sisa radioactive tu keluar dari badan melalui Air kencing..
Buat yang kena lalui rawatan radioactive iodine ni
jangan risau....tak banyak pun iodine yang kena minum tu..rasa pun takde...lagi
best boleh MC lama...hehehhe...
Doakan
Achik sembuh cepat ye.
Assalamualikum achik.
ReplyDeleteTq for sharing.
Ibu(selesa dgn panggilan nih)kanser tiroid. Dah spread ke tulang. Slps RAI 1 &2 xleh jln 4 bln.Now alhamdulillah bole dgn bertongkat. Nk RAI ke 3 on 20/3/17 kat HKL....apa supplement achik ambik utk kanser tiroid?
Assalamualaikummmm acik. Nak tanya, slps acik minum iodin kesihatan dh semakin baik ke? Sbb sy pon hypertyriod. Dr cdg utk rai tp sy betul takut. Tak pasti nak minum @ tak.
ReplyDeleteAssalamualaikummmm acik. Nak tanya, slps acik minum iodin kesihatan dh semakin baik ke? Sbb sy pon hypertyriod. Dr cdg utk rai tp sy betul takut. Tak pasti nak minum @ tak.
ReplyDeleteassalam. saya pun ada hyperthyroid juga dan sudah pun mengambil radio iodine di sjmc pada tahun lepas. pada mulanya perasaan takut tu memang ada, tapi bila baca semua info pasal radio iodine saya confident. memang betul apa yang acik tulis dekat atas tu. pengalaman saya pun memang sama. jangan takut untuk sihat. saya doakan semoga cik terus sihat seperti saya. insyaAllah
ReplyDeleteSaya tengah kuarantin RAI Kat rumah ni. Hari keempat dah. Masih Tak selesa bahagian leher. Tapi efek dia jugà kata doktor. Start cirit birit semula, takde selera makan tapi air sy banyak minum. Makan sikit sikit tapi kerap. Tak sabar nak habis RAI 21 haribulan no. Rindu dekat keluarga, especially anak anak. Huhu.
Delete