Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Arghhhhh….anjat gegirl bila disergah dengan hantu
di Sunway Lagoon. Semua tahu di Sunway Lagoon memang ada Scream Park…dah tentu
kalau masuk dalam Scream Park ni memang akan menjerit la kan..Sape tak terkejut dik non oi bila disergah dengan hantu...
Ready to scream
Cuma, baru-baru ini Sunway Lagoon telah melancarkan
tarikan terbaru dalam Scream Park tersebut iaitu Ghostbusters. Pengasas Scream Park iaitu Mr Lynton V. Harris telah
pun memperkenalkan tarikan terbaru ini yang sudah tentu pertama di dunia, ‘The Ghostbusters Adventure Live!’.
Sunway Lagoon telah berbesar hati mengundang para
blogger untuk merasai sendiri suasana di dalam Scream Park dengan tarikan
terbaru Ghostbusters. Kalau korang
nak tahu, pelancaran ‘The Ghostbusters
Adventure Live!’ ini merupakan pelaburan tahunan terbesar Sunway Lagoon
sejak Scream Park ditubuhkan kira-kira 7 tahun yang lalu.
Achik bersama Mr. Lynton
Menurut kata Mr. Calvin Ho, merangkap Pengurus
Besar Kanan Sunway Theme Parks, pihak Sunway Lagoon sangat teruja untuk
memperkenalkan tarikan terbaru yang diiktiraf antarabangsa untuk dinikmati oleh
para pengunjungnya.
‘The
Ghostbusters Adventure Live!’ yang baru diperkenalkan ini
terletak di tingkat atas Scream Park dan ianya mengambil masa lebih kurang 20
minit perjalanan yang menyeramkan pengunjung. Laluan dan suasana dalam ‘The Ghostbusters Adventure Live!’ ini
adalah berdasarkan suasana dalam filem Ghostbusters.
Perjalanan di Ghostbusters Adventure dimulakan dari
Slimer’s pad yang dipenuhi dengan
Ghostbusters memorabilia dan diikuti dengan Aldridge Mansion iaitu rumah
persendirian dan muzium tertua di New York.
Laluan diteruskan dengan melalui New York Subway’s
Seward Street Station…dekat sini pun ada hantu yang menanti..hehehe..Kemudian,
pengunjung akan melalui Old Zhu’s Chinese Restaurant, HQ terbaru melibatkan
Ghostbusters perempuan…Dekat restoran ni pun ada hantu cina yang menanti dengan
jelingan mata yang menyeramkan..hhahahah..
Masuk Train ada visual hantu yang menanti
Laluan sempit ke restoran China ada ghost yang menanti...hati hati....
Tajam tau renungan mata hantu China tu..hehehehe..
Seterusnya perjalanan diteruskan ke Rowan’s
basement, diikuti dengan Hotel Mercado yang terletak di iconic Times Square New
York…Katanya di sini tempat yang paling menyeramkan dan menakutkan buat
pengunjung…Nak tahu seram dan takut yang macam mana, kena la datang sendiri…Baru
tahu kan..
Kami para blogger yang hadir telah diberi peluang
untuk merasai terlebih dahulu keseraman dan ketakutan yang ada dalam
Ghostbusters Adventure tersebut. Selepas semua orang dah puas menjerit disergah
oleh hantu, barulah kami semua masuk ke dalam sekali lagi untuk melihat dengan
lebih dekat serta bergambar dengan hantu yang ada dalam Scream Park tu…hahaha..This
time, kitorang dah tak takut..
Konon-konon dah berani la kan..
Jangan terkejut bila ada hantu polis yang chubby dan comel muncul kan diri..hihihihi
Oh ye, sempena pelancaran ‘The Ghostbusters Adventure Live!’ ini, Sunway Lagoon turut
menganjurkan peraduan ‘Spend and Win’
di mana semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, berpeluang untuk
bawa pulang kereta jenama Proton Iriz dengan hanya berbelanja RM300.00 atau lebih dalam 1 resit. Pastikan korang tak
buang resit pembelian korang bagi membolehkan korang join contest ini.
‘The
Ghostbusters Adventure Live!’ telah pun dibuka sejak 14
Julai 2016 yang lalu.
Waktu Operasi:
11.00
pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
Untuk tiket pula, ianya dah termasuk dalam harga
tiket Sunway Lagoon. Maknanya korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon Theme
Park, korang boleh menikmati lebih 90 permainan dan tarikan termasuklah Scream
Park.
Harga Tiket Sunway Lagoon:
Umur
12 tahun dan keatas = RM150.00
Umur
bawah 12 tahun = RM120.00
Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi
03-5639 000.
Picture credit to Sunway Lagoon.
Terima kasih Sunway Lagoon sebab undang kami...Puas menjerit, puas mandi dan puas berhibur dalam theme park...
Korang yang nak spend time di Sunway Lagoon Theme Park ni, pastikan korang datang awal tau. Sebab banyak tarikan yang korang kena cuba...Untuk yang ada lemah semangat pula, elakkan untuk masuk Scream Park...Takut nanti jadi sesuatu yang tak diingin pula...apa-apa pun enjoy...!!!!
~ Achik ~
Wah macam menarik ni..kalau SA masuk umah hantu ni confirm menangis melalak..hantu tipu ke hantu betul ke...i is penakutt
ReplyDeletehahaha..kitorang jalan br6 dlm satu barisan..achik belakang sekali..bygkn hantu duk ikut blakang buat suara menakutkan..hahaha..nasib baik dia xdibenarkan sentuh kita
Delete