Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Bertuah
rasa badan bila Achik diberi peluang untuk turut sama menghadiri Majlis Blogger
Raya 2016 yang dianjurkan oleh Hai
Blogger! Di kalangan para blogger sudah sedia maklum tentang kewujudan Komuniti Hai Blogger! yang menampilkan
saudara Halim Nadzeri sebagai pengasasnya. Ianya mula ditubuhkan pada tahun
2013 dan sehingga kini, Komuniti Hai Blogger! masih lagi bertahan dalam
mengumpul lebih ramai lagi Blogger di Malaysia dalam satu komuniti yang dapat
memberi peluang, pelbagai manfaat serta ilmu pengetahuan untuk dikongsi
bersama-sama Blogger.
dengan blogger Mawardi & Rafzan Tomomi
dengan blogger Mawardi & Rafzan Tomomi
Majlis
Blogger Raya anjuran Hai Blogger! ini sudah menjadi kemestian dan ianya telah
dijadikan sebagai aktiviti tahunan yang wajib dianjurkan. Untuk tahun ketiga ini, Hai Blogger! dengan berbesar
hati menganjurkan Majlis Blogger Raya
2016. Lebih meriah lagi apabila hidangan makanan, lokasi serta khemah telah
ditaja sepenuhnya oleh syarikat katering Sajian
d-Hidang.
Walau
pun persediaan serta pemilihan tarikh dibuat pada saat-saat akhir, namun
kualiti makanan serta persedian dan perkhidmatan yang diberikan oleh Sajian d-Hidang memang terbaik ! Ianya
tidak dapat disangkal lagi, lebih-lebih lagi syarikat katering Sajian d-Hidang
ini telah pun mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam industri makanan dan
katering. Dalam tempoh 14 tahun tersebut, Sajian d-Hidang telah diberi
kepercayaan dalam menguruskan katering untuk orang-orang kenamaan termasuklah
YB Timbalan Perdana Menteri, Timbalan-timbalan Menteri serta pembesar negara
yang lain.
English style sangat tau...
Sungguh
pun sudah mempunyai pengalaman selama 14 tahun, Sajian d-Hidang tidak pernah
berhenti dalam usaha untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya. Bagi memastikan
mereka terus menggorak langkah kehadapan dengan jayanya, pemilik kepada Sajian
d-Hidang ini telah mengambil langkah bijak untuk bekerjasama dengan para
Blogger dalam membantu menyebarkan maklumat kepada para pelanggan diluar sana.
Bercerita
tentang kemeriahan Majlis Blogger Raya 2016 ini, pujian harus diberikan kepada
saudara Halim Nadzeri serta para krew yang bertungkus-lumus dalam memastikan
majlis ini berlangsung dengan meriah dan jayanya. Bermula dari kaunter
pendaftaran, pengacaraan, hidangan makanan, hiburan berkonsepkan karaoke serta
peluang untuk para blogger mendapatkan serum rambut dari Cool Hijab dalam game
yang dianjurkan...Tahniah Achik ucapkan..
Dari
segi makanan pula, memang tak dapat dinafikan...sedap! Lebih-lebih lagi yang
macam kebab tu...ntah betul ke tak namanya kebab...Tapi yang penting sedap
& banyak Achik makan! Jom cuci mata korang dengan gambar-gambar makanan
yang dihidangkan semasa Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang yang telah
berlangsung di Central Kitchen Seksyen 15, Shah Alam pada 01 Ogos 2016 yang lalu.
Ni namanye Burritos ye..bukan kebab..hahahha..tapi sumpah sedap !
Fuhhh..yang ni memang lazat..brownies yang disusun dengan biskut coklat, strawberi, ada plak coklat bulat2 tu...biasanya yang sedap itu memang menggemukkan..hahahaha..
Seri muka durian ni pun sedap...Achik siap tapau
Kek pisang ni pun comel & sedap
Red velvet
Pavlova
Buah-buahan tempatan yang wajib diterkam..Nampak tak ada manggis dan rambutan di situ...
Penuh dengan gambar desert je...takkan pergi majlis raya makan pencuci mulut je kan..Hehehe..untuk pengetahuan korang, kamera Achik memang suka tuju pada menu dessert terlebih dahulu sampaikan terlupa nak snap gambar menu utama...Lagi-lagi bila dah ternampak hidangan Burritos yang masih panas...
Selain menu di atas, banyak lagi menu lain yang dihidangkan termasuklah lemang, lontong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, satay ayam / daging, roti jalan & kari ayam, kuey teow goreng panas, kambing golek, sambal sotong rendam, ABC / Cendol, air kordial dan banyak lagi la...
Nak tengok lagi gambar menarik semasa Majlis Blogger Raya 2016 boleh klik link ni Majlis Blogger Raya 2016

Semasa
majlis tersebut juga, satu lagi platform baru untuk menaiktarafkan industri
Blogger Malaysia turut diumumkan oleh Tuan Faiz Razak. Platform baru tersebut
diberi nama Blogrdirect. Jadi para
Blogger diluar sana, ambil peluang ini dengan mendaftar di www.blogrdirect.com
Majlis
meriah...dekorasi cantik...makanan sedap...yang datang pun pakai baju raya
cantik-cantik takkan takde jurugambar professional kan...Sudah tentulah
ada...Hai Blogger! turut bekerjasama dengan CVS Production untuk merakamkan
detik-detik indah serta keceriaan sepanjang Majlis Blogger Raya 2016. Kalau
korang belum pernah menggunakan perkhidmatan daripada CVS Production, Achik
syorkan korang untuk cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh CVS Production yang
sudah pasti mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi dan pembikinan video.
Korang bleh like FB CVS Production di https://www.facebook.com/CvsProduction
untuk dapatkan info lebih lanjut...
MIWA Jelly Drink turut menjadi penaja bersama Majlis
Blogger Raya 2016 dengan menyediakan goodie bags untuk para blogger yang hadir.
Oh
ye...bagi mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan katering dari Sajian d-Hidang, berikut adalah maklumat
penting yang wajib korang simpan:
Sajian d-Hidang Catering
33,
Jalan Tukul P15/P,
Seksyen
15
40000
Shah Alam
Talian
pejabat :
03-5510
8776 / 9776 / 3773 / 03-5519 3773
Talian
Faks:
03-55114076
Email:
Contact
Persons:
Tuan
Haji Mahadi : 019-231 7733
Puan
Hajah Marsidah : 019-272 7733
Puan
Ruhani : 019-332 8484
Encik
Zulah : 019-233 1727
~
Achik ~
No comments:
Post a Comment