Friday, May 04, 2018

Bufet Ramadan | Masakan Warisan Tradisi Turun Temurun di Shah Alam Convention Centre (SACC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahun ini SACC kembali lagi dengan Bufet Ramadan berkonsepkan Warisan Tradisi yang membawakan hidangan komplikasi resepi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Apa yang Achik dapat lihat, makanan yang disajikan pada tahun ini lebih menarikh berbanding tahun lepas. Sudah pasti hidangan lauk-pauk warisan tradisinya sangat menarik dan menyelerakan.


Antara hidangan menarik yang pasti membuka selera para pengunjung termasuklah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Sayur Jawar, Bebek Ijo dan banyak lagi. Malah, SACC turut menyediakan hidangan lemang dan nasi impit beserta pilihan serunding, lontong serta rendang. Menarikkan...hidangan yang biasa dinikmati pada hari raya dapat dinikmati dalam bulan Ramadan lagi. Lebih menarik lagi Kambing Kebuli yang menjadi hidangan tradisi SACC masih lagi dihidangkan buat para pelanggan pada tahun ini.

Ayam Masak Seroja dan Gulai Bebek Ijau

Pisang Muda Masak Lemak & Sambal Udang Terung Pipit

Sayur Campur Jawa & Singgang Kepala Ikan. Sayur Campur Jawa tu sedap sangat..Rasa pedas memang membuka selera. Banyk juga Achik makan sayur campur jawa ni. Dan sememangnya ia favourite Achik.

Sotong Masak Hitam

Setiap tahun, pihak SACC pasti akan mengumpul dan menyumbang dana bagi tabung-tabung kebajikan yang terpilih hasil dari juala voucher bufet ramadhan. Untuk tahun ini, SACC sekali lagi mengambil inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Jadi para pelanggan yang membuat pembelian voucher bufet ramadhan di sini berpeluang berbuka sambil beramal. Sebanyak RM1 dari setiap penjualan voucher akan disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Gelandangan yang diamanakan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Kambing Kebuli merupakan menu wajib ada di Bufet Ramadan SACC pada setiap tahun.

Aneka kerabu yang sememangnya sedap. Kalau berbuka di sini, kaunter Kerabu ni lah yang Achik akan serbu dulu


Bufet Ramadan Warisan Tradisi Turun Temurun SACC

Harga        :        RM88.00++ (Dewasa)
                :        RM52.00++ (Kanak-kanak 7 tahun hingga 10 tahun)
                :        RM52.00++ (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Masa          :        6.30 petang sehingga 10.00 malam
Tarikh        :        18 Mei 2018 – 13 Jun 2018

Antara manisan yang dihidangkan buat para tetamu

Aneka bubur, kuih goreng-goreng dan apam balik. Oh Apam balik ni memang addicted betul. Masa preview bufet ramadan SACC, Achik makan banyak Apam Balik ni. Yela..kalau beli di luar dah tentu inti nya kurang..tapi di SACC, inti apam balik ni memang mewah lagi2 jagung..Korang mesti berulang-ulang ambil ler...hehehe

Kebiasaannya kita perlu tunggu hari raya untuk menikmati hidangan lemang, nasi himpit, rendang, lontong dan sebagainya. Tapi kalau korang berbuka di SACC, macam-macam hidangan rendang, serunding, lontong ditawarkan


Kuey teow goreng ala-ala padthai ni pun sedap. Antara hidangan yang paling laku semasa preview bufet ramadhan

Sup Daging dan roti ini juga antara hidangan yang menyelerakan di bufet ramadhan SACC

Harga yang ditawarkan di atas adalah harga bagi pembelian secara walk-in. Pihak SACC turut menawarkan harga promosi bagi pembelian voucher yang dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi SACC, www.sacc.com.my/ramadan-buffet .


Banyak lagi hidangan menarik yang ada selain yang Achik nyatakan di atas..Ada ABC, ada Kacang Pool, ada aneka jenis bubur dan macam-macam lagi. So kalau nak tahu sedap ke tak sedap, korang kena datang sendiri berbuka puasa di Bufet Ramadan SACC sepanjang bulan ramadan ini.

Selain itu, pihak SACC juga turut menawarkan Pakej Korporat pada harga RM75.00++ dengan jumlah minima tetamu seramai 30 orang. Pakej ini turut menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pakej Korporat ini, ada bolehlah berhubung terus dengan pihak SACC.

Untuk tempahan awal, hubungi pihak SACC di talian 03-5511 8858.

~ Achik ~

Wednesday, May 02, 2018

Bufet Ramadan | Warna-Warni Ramadan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum terlewat lagi Achik rasa untuk berkongsi dengan korang kemeriahan Bufet Ramadan di PICC. Seriously memang banyak pilihan makanan yang disajikan di Bufet Ramadan PICC. Untuk tahun ini PICC telah mengumumkan untuk mengadakan promosi Warna-Warni Ramadan di Restoran Pot & Pan bermula hari kedua Ramadan.


Semasa majlis prebiu yang diadakan kesemua 12 orang chef dari pasukan kulinari PICC telah mempersembahkan lebih 30 gerai makanan dengan 300 jenis sajian seperti Kambing Panggang Golek PICC, Kuey Teow Tomyam, Laksa Thai, Pulut Mangga, Som Tam, Laksa Kedah Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, pelbagai aneka sup, kuih keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy. Semua hidangan yang menarik serta sedap ni akan disajikan kepada pelanggan bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.







Setiap tahun PICC memang tidak kalah dalam menyediakan hidangan bufet ramadan yang menarik. Kalau presentation makanan pun dh menarik, rasa makanannya apa ntah lagi..Memang semuanya sedap-sedap ! Di bawah pengendalian Chef Eksekutif Abdul Rahim Abu Bakar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini, beliau dan pasukan kulinari akan menyediakan pelbagai juadah tempatan mahu pun dari antarabangsa. Sebahagian dari sajian tersebut akan dimasak secara langsung dengan berkonsepkan gerai di bazar Ramadan.

Aneka Kerabu

Bufet Ramadan tahun ini pihak PICC memberi penekanan untuk mengekalkan keaslian makanan dalam hidangan bufetnya. Selain hidangan tradisi, Restoran Pot & Pan turut menyediakan masakan western sepanjang bulan Ramadan seperti pasta dan western grill yang dimasak secara langsung mengikut citarasa pelanggan.



Bercakap tentang pencuci mulut yang ni sememangnya buat iman Achik lemah...Adoiiii...banyak nya hidangan pencuci mulut yang disajikan. Kuih keria PICC memang sedap. Puding roti pun sedap...bubur pun sedap.. Pencuci mulut paling digemari rakyat Malaysia iaitu ABC disaluti aiskrim, cendol, kek, buah-buahan, teh tarik dan banyak lagi hidangan pencuci mulut untuk korang nikmati.





Apa yang penting di bulan Ramadan ni adalah tempat untuk menunaikan solat. Untuk makluman korang, pihak PICC menyediakan ruang solat lengkap dengan Imam untuk solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih. Ruang parkir kenderaan pula sudah tentu cukup untuk tampung bilangan kenderaan pelanggan yang hadir. Sepanjang bulan Ramadan suasana di Restoran Pot & Pan akan dimeriahkan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Syed Omar serta penampilan khas dari band busker, KamiJadi Band.


Tak cukup dengan itu, pihak PICC juga menawarkan hadiah cabutan bertuah dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai RM10,000 bakal dimenangi oleh pelanggan. Pihak PICC juga akan menyediakan bubur lambuk yangg akan diagihkan secara percuma kepada orang awam pada 17 Mei 2018 bermula dari 5.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Aras Mezzanine, PICC.



HARGA BUFET “WARNA-WARNI RAMADAN”

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM98 nett (dewasa) / RM49 nett (kanak-kanak)


Selain Bufet Warna-Warni Ramadan, pihak PICC turut menawarkan Bufet Oriental di Restoran Seafood Putrajaya (PSR). PSR terletak di Taman Botani Putrajaya turut menawarkan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan ini berkonsepkan Oriental. Demua sajian makanannya disediakan oleh Ketua Chef PSR, Chef Choi dan pasukan kulinarinya bermula 18 Mei hingga 13 Jun 2018. Menu makanannya pula akan berubah pada setiap minggu.


Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah Makanan Laut Bakar ala Nyonya, Kambing Panggang, Nasi Ayam dan Itik Hainan, Bubur Teow Chew, pelbagai jenis DimSum bersama sos, sayur-sayuran, pelbagai pilihan Nasi Goreng dan juga Mee Sup. Hidangan pencuci mulut juga tidak ketinggalan seperti Kek Red Velvet, Puding Roti, Sagu Gula Melaka, Bubur Gandum dan kuih Mochi Jepun. Menarikkan bufet ramadan berkonsepkan Oriental ni.

HARGA BUFET ORIENTAL DI PSR, TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Tarikh         :        bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Masa           :        6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga          :        RM78 (dewasa) / RM58 (kanak-kanak)

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui medium berikut:

Emel                     : enquiry@pcs.my / pot.pan@picc.com.my
Talian Hotline        : 013-5299 496
Talian Utama         : 03-8887 6186 (Pot & Pan) / 03-8889 1188 (PSR)

Pembelian voucher bufet ramadan juga boleh dibuat secara atas talian di Fave, Eatigo, 8excite dan 11street.

~ Achik ~

Tuesday, May 01, 2018

Tampil Cergas dan Kekal Aktif Bersukan dengan Potatoes USA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ini memang Achik kurang arif tentang khasiat Kentang dalam diet seharian kita. Tapi selepas dengar sendiri penerangan dari wakil Potatoes USA serta Pengasas Daily Muscle tentang khasiat Kentang, Achik dah faham dan tak akan takut lagi nk makan kentang dalam diet harian Achik.


Baru-baru ini, Potatoes USA telah mengadakan majlis untuk berkongsi lebih lanjut tentang Potatoes USA. Selama ini pun Kentang dari Potatoes USA ini telah diyakini oleh rakyat Malaysia sebagai diet dan sajian makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Kerana khasiatnya, kentang telah berjaya menembusi banyak sektor makanan dan banyak menu yang boleh dihasilkan menggunakan kentang.


Kalau korang nak tahu, atlet dan mereka yang aktif bersukan di Amerika Syarikat memang akan pastikan kentang ada dalam diet harian mereka. Kenapa ? Sebiji Kentang ada 620 mg potassium iaitu lebih banyak dari sebiji pisang saiz sederhana. Dengan miliki kadar potassium lebih tinggi dari sebiji pisang, kentang boleh membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf semasa bersukan yang memerlukan daya ketahanan yang lebih tinggi.



Satu info menarik yang korang perlu tahu pasal kentang. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan, dapur di perkampungan atlet PyeongChang 2018 dilaporkan mempunyai 180 chef yang menyediakan 7,000 sajian makanan sehari dan kentang merupakan makanan ruji utama. Dalam arena sukan antarabangsa terutama di Amerika Syarikat, kentang telah digunakan sebagai makanan bertenaga tinggi untuk membantu atlet menambah tenaga yang diperlukan bagi acara-acara tahan lasak.

Kalau di Malaysia, kita kebiasaannya disajikan dengan pisang selepas acara larian, kayuhan atau apa-apa acara sukan. Apa kata selepas ni korang gantikan pisang dengan kentang. Menu kentang yang paling senang adalah On-The-Go US Potatoes. Kejap lagi Achik share dgn korang resepi dri Chef Naem. Mana tahu korang leh prepare awal dan bawa semasa korang menyertai acara marathon.


Noel Chelliah, jurulatih sukan/kecergasan popular dari DailyMuscle dan isteri, Kimberly Yap iaitu pemenang pingat emas triatlon turut diundang untuk berkongsi tentang khasiat kentang dalam menambah prestasi seorang atlet. Menurut Noel, kita semua perlu ada pengetahuan dalam mengira sukatan pengambilan makanan harian dan jumlah karbohidrat/protein/lemak yang sewajarnya diambil. Manakala Kimberly Yap pula turut memberi penerangan bagaimana US Potatoes mampu memperkasakan badan untuk persaingan sengit dalam sukan tahan lasak. Beliau turut kongsikan pengalaman beliau mengamalkan makan kentang dalam diet hariannya yang mampu memberikan tenaga dan mempengaruhi prestasi beliau dalam sukan yang diceburi.

So macam mana nak masukkan kentang dalam diet harian korang? Nasi sememangnya dah menjadi makanan ruji masyarakat Malaysia. Apa kata, mereka yang nk mengamalkan pemakanan yang sihat, cuba tukarkan portion nasi tu dengan kentang. Bukan kata korang tak boleh makan nasi langsung...Boleh...tapi secara moderate dan selang-seli pengambilannya dgn kentang.


Di penghujung majlis, Chef Naem turut berkongsi 3 resipi mudah untuk atlet menggunakan Potatoes US sebagai bahan utama. Chef Naem merupakan chef selebriti dan pernah memenangi Hero Oven 2016, pengacara pelbagai program memasak, khususnya Dapur Panas TV3, Dapur Bujang HYPPTV dan Dapur Western HYPPTV.

Jangan lupa untuk mencuba sendiri resepi Chef Naem ni. Simple dan mudah. Nanti Achik pun nak try buat smoothie tu...Sedap tau..Selamat mencuba...

Majlis turut diserikan dengan senaman secara berpasukan yang diketuai oleh Noel dan Kimberly. Para Blogger yang hadir dibahagiakan kepada 3 kumpulan mengikut warna kentang kami peroleh di kaunter pendaftaran. Sebanyak 3 stesen disediakan..Best tau....sekurang-kurangnya boleh kenal blogger yang aktif dalam bersukan ni...Hebat-hebat semua.




So korang di luar sana, jangan lupa amalkan gaya hidup yang sihat terutamanya pemakanan korang. Pemakanan yang sihat semuanya bermula dari dapur. Apa yang korang masak, itu sebenarnya yang membentuk diri korang. Chill...

~ Achik ~


Resepi dari Chef Naem


U.S Potato Jackfruit Smoothie

2 U.S Russets
1 scoop Protein Powder
6 pieces of jack fruit
1 cup soy milk
2 tbs honey
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp chia seed
1 cup ice cube
1 daun pandan (garnish)
1 gula melaka (garnish)

Cara-cara:

1) Kupas kentang & potong dalam bentuk dadu
2) Rebus kentang selama 10 minit atau sehingga empuk
3) Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali daun pandan & gula melaka sehingga sebati
4) Hiaskan dengan daun pandan, chia seed dan sedikit gula melaka.



On-The-Go U.S Potatoes

10 U.S Russets (peeled & diced)
2 tbs olive oil
1 nos chopped garlic
1 tsp paprika
1 tsp curry powder
1 nos lemon zest
1 nos lime (cut wedge, garnishing)
salt / pepper
ground almond

Cara-cara:

1) Letak kentang dalam mangkuk dan gaul bersama olive oil
2) dalam mangkuk yang berasingan, campurkan paprika, curry powder, lemon zest, ground almon dan garlic. Gaul kesemua bahan-bahan ini.
3) Kemudian, letak kentang dan gaul kentang sehingga ianya sebati dengan bahan-bahan tadi.
4) Masak dalam air fryer pada suhu 120 darjah celcius selama 20 - 30 minit.
5) hidangkan dengan lime wedge



Chicken Tomyam U.S Hash Brown

6 U.S Hash Brown
1 pack tomyam paste
2 chicken breasts (poached)
2 tomatoes (diced)
2 daun limau purut (sliced)
2 daun ketumbar (sliced)
1 lemon grass (diced)
salt / pepper

Cara-cara:

1) Potong ayam & letakkan dalam air mendidih bersama sedikit garam & halia sehingga ayam masak.
2) Masak U.S hash brown menggunakan air fryer pada suhu 100 darjah celcius selama 15 minit sehingga kekuningan.
3) ratakan tomyam paste atas hash brown yang telah masak
4) gaulkan ayam yang telah masak bersama-sama tomato, daun limau purut, daun ketumbar, lemongrass, garam & pepper dalam mangkuk yang berasingan.
5) letak ayam telah digaul tadi di atas hash brown & hiaskan dengan daun ketumbar