Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kedai serbaneka 7-eleven sememangnya sudah lama berada di Malaysia. Walau pun banyak kedai serbaneka lain yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini, tetapi populariti 7-Eleven masih seperti dahulu. Malah ianya kekal menjadi pilihan utama pengguna.
Kini, kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam ini, bukan hanya sekadar kedai serbaneka. Kalau sebelum ini 7-Eleven telah mempromosikan menu Fresh To Go, kini 7-Eleven dalam proses pengubahsuaian cawangan 7-Eleven yang berada di Malaysia bagi menyediakan ruangan tempat bersantai, beristirehat dan menikmati hidangan Fresh To Go..
Bercakap tentang konsep baru 7-Eleven, kalau korang tengok cawangan 7-Eleven di luar negara rata-ratanya memang ada disediakan meja dan kerusi untuk pelanggan duduk bagi menikmati makanan yang dibeli serta meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi tidak di Malaysia...Di Malaysia hanya beberapa cawangan 7-Eleven yang utama sahaja disediakan meja dan kerusi untuk makan dan bersantai.
Jujur Achik beritahu korang, Achik memang dah jarang ke 7-Eleven.. maklumlah dah jarang keluar malam...tapi baru-baru ini Achik sempat singgah ke cawangan 7-Eleven yang terletak di Batu 11 Cheras. Terkejut juga bila tengok ada meja makan dan kerusi di susun di luar 7-Eleven tersebut. Apa lagi, Achik pun ambil peluang lah untuk lepak sekejap di luar 7-Eleven tersebut sambil menikmati kopi panas..hehehehe...
Bagus juga inisiatif yang 7-Eleven ambil ini..Sekurang-kurangnya para pelanggan 7-Eleven dapat terus menikmati hidangan Fresh To Go yang masih panas di situ.
Jom tengok antara hidangan Fresh To Go yang dijual di 7-Eleven:
Sandwich Fresh To Go
Kek pun ada. Sedap tau. Achik dah rasa kek coklat...memang sedap...
Pelbagai jenis roti, pastri dan puff...
7-Eleven sentiasa menitikberatkan agar hidangan Fresh To Go ini habis dijual pada hari yang sama. Sekiranya stok pada hari tersebut tidak habis dijual, ianya akan dikembalikan kepada kilang dan stok baru akan dihantar. Kalau nak tahu apa lagi hidangan Fresh To Go apa lagi yang ada, bolehla singgah ke mana-mana cawangan 7-Eleven yang berdekatan...Kalau korang jenis yang kerja hingga lewat malam sampai terlepas waktu makan, memang sesuai la untuk korang singgah ke 7-Eleven bagi mendapatkan makanan Fresh To Go yang ada...
Lagi hidangan Fresh To Go yang ada:
Nasi Lemak
Nasik Ayam percik
Nasi goreng
Bihun goreng
Macaroni
Spaghetti
Lasagne
Salad sayur
Bebola ayam/ ikan & sosej
Pisang segar
*harga sangat berpatutan
Oh ye...buat penggemar kopi...boleh lah dapatkan kopi di 7-Eleven. Cuma pesan Achik, korang jangan tersilap ambil cawan ye. Kopi di 7-Eleven, ada kopi biasa dan ada kopi Premium. Cashier di 7-Eleven akan caj korang ikut cup yang korang ambil...Kalau korang ambil cup untuk Kopi Premium tapi korang isi kopi biasa, harga yang akan dicaj adalah harga kopi Premium. Tapi tapi tapi...tak bermakna kalau korang ambil cup untuk kopi biasa, korang boleh senyap-senyap isi kopi Premium dalam tu...Hehehe...CCTV yang ada dalam 7-Eleven sentiasa beroperasi 24 Jam dan ada yang memerhati dari dalam..Jangan sesekali buat jahat tau...
Cup baru...lebih ceria..Yang merah untuk kopi Premium..yang hijau untuk kopi biasa
Saiz cup pula ada 2 saiz...kecil dan besar...
Selain itu, 7-Eleven juga ada menyediakan perkhidmatan BoxIT. Apa sebenarnya fungsi BoxIT ni?
Tengok dulu puas-puas gambar BoxIT ni
Untuk korang yang suka sangat membeli-belah secara online, korang bolehlah menggunakan perkhidmatan BoxIT ini. Cuma, ianya hanya ada di cawangan 7-Eleven utama di sekitar Kuala Lumpur....So, kalau yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur, boleh sangatlah menggunakan perkhidmatan BoxIT.
In case korang risau tiada orang kat rumah untuk terima parcel atau barang yang korang beli secara online, buat pilihan agar barang tersebut di hantar ke BoxIT yang berhampiran. Notifikasi SMS akan dihantar kepada korang untuk memaklumkan barang tersebut telah pun berada di dalam BoxIT di 7-Eleven sekian-sekian. Korang balik kerja nanti, bolehlah singgah, masukkan pin no. yang dihantar, pintu BoxIT yang ada parcel korang akan terbuka...Senang....dijamin selamat!!... Untuk maklumat lanjut berkaitan BoxIT ni bolehlah layari http://www.boxit.com.my
Semoga inisiatif pengubahsuaian konsep kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia ini berjaya menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk berkunjung ke 7-Eleven. Pengubahsuaian yang dibuat ini mampu menjadikan 7-Eleven di Malaysia setanding dengan 7-Eleven di luar negara.
Website: www.7eleven.com.my
Jangan lupa #7ElevenMY
~ Achik ~
wow..7E semakin mantap sekarang...bermakna mereka boleh bersaing dengan hebat
ReplyDeletebetul tu..setanding 7e di luar negara..kerana byk cawangan di Malaysia, jdi kena bersabar kalo 7e ditempat anda masih belum diubah suai
Delete