Saturday, April 21, 2018

Iftar Fi Sofina 2018 | Pelayaran Eksklusif Sambil Berbuka Puasa Dalam Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama kali belayar menaiki Cruise Tasik Putrajaya sememangnya menjadi pengalaman yang indah buat Achik. Mana tak nya..Achik bekerja di Putrajaya, datang Putrajaya ni dah selalu..dari rumah nak ke Putrajaya tak jauh pun...tapi sejak Cruise Tasik Putrajaya ni wujud, Achik tak pernah pun menaiki Cruise di Tasik Putrajaya.

Baru-baru ini, Marina Putrajaya Sdn Bhd telah melancarkan Pakej Berbuka Puasa di Cruise Tasik Putrajaya yang diberi nama Iftar Fi Sofina. Julung-julung kali diadakan, Marina Putrajaya berhasrat memberikan suatu kelainan kepada umat Islam di luar sana untuk menikmati pengalaman belayar di atas cruise sambil menikmati hidangan berbuka puasa.


Iftar Fi Sofina menyajikan lebih dari 30 sajian makanan yang menyelerakan buat para tetamunya. Antara hidangan yang menanti adalah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai kuih muih tradisional Melayu sebagai pencuci mulut. Selain itu, terdapat juga menu lain berkonsepkan Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan dalam juadah berbuka puasa.









Kalau diperhatikan pada hidangan makanannya, mungkin ada segelintir yang berkata hidangannya nampak ‘simple’. Tapi kalau korang nak tahu, sungguhpun hidangan yang kelihatan simple tetapi rasa nya memang sedap dan lazat serta menepati selera kita. Marina Putrajaya sangat menitik beratkan kualiti makanan yang dihidangkan buat para pelanggannya agar ianya setimpal dengan harga yang dibayar oleh pelanggan. Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato’ Zaharah Salamat, MPSB akan memastikan ada kelainan dari segi juadah dan konsep masakan yang ditawarkan kerana pemilihan panel ‘catering’ yang berlainan dibuat pada setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato' Zaharah Selamat

Cruise yang kami naiki

Suasana dalam cruise

Bercakap tentang harga pula, harga Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya adalah lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman yang eksklusif dan unik ini. Sudah pasti para pelanggan berpeluang untuk menikmati pelayaran selama 1 jam setengah sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak dengan dihiasi keindahan suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan. Oh ye, kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan menunaikan solat Maghrib.




Cantik-cantik kan pemandangan yang sempat dirakam dari tingkat atas Cruise. Banyak lagi sebenarnya gambar yang cantik-cantik dengan pemandangan yang indah. Jadi korang kena naik sendiri Cruise Tasik Putrajaya ini untuk menikmati pemandangan tersebut.

Harga ‘Early Bird’ (sehingga 16 Mei 2018)
·         Dewasa = RM120.00 (Harga Biasa RM145.00)
·         Kanak-kanak (5-12 tahun) = RM75.00 (Harga Biasa RM77.00)
·         Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM75.00 (Harga Biasa RM77.00)

Setiap pelanggan yang membuat tempahan Iftar Fi Sofina akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Selain itu, pihak MPSB turut menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan bertuah. Setiap pembelian pakej Iftar Fi Sofina, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Rumah-Rumah Kebajikan yang terpilih.

Tempahan Iftar Fi Sofina
·         Hubungi      : 03-8888 5539
·         Emel           : sales@cruisetasikputrajaya.com



Lain-lain Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh MPSB:
·    Pakej Seminar / Mesyuarat dan Berbuka Puasa sama ada di Cruise Tasik Putrajaya, Marina Putrajaya atau Bora Ombak Marina Putrajaya dengan harga bermula RM100.00 seorang.

·     Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan hari Lahir, Mesyuarat, Perahu Tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang & Lepa-Lepa serta Picnic Boat.

·     Fasiliti seperti kolam renang berbumbung, gimnasium, sauna & steam bath, gelanggang skuasy, karaoke dan snooker & pool.

·         Sewaan dewan & laman untuk penganjuran majlis perkahwinan, acara dan seminar/mesyuarat.

·         Fasiliti kolam renang bersaiz ohlimpik di Kompleks Sukan Air Putrajaya.

·   Aktiviti rekreasi air dan darat, memancing, berbasikal, menaiki bot pedal, berkanu dan program teambuilding di bawah Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

·         Belon udara tertambat yang terbesar pertama di Malaysia di Skyride Festival Park Putrajaya.

~ Achik ~

Friday, April 13, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 | Kembara Selera Memikat Jiwa di Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam tak diam tinggal sebulan lagi kita nak sambut ketibaan bulan Ramadhan. Achik tengok banyak dah tempat yang buat prebiu Buffet Ramadhan. Malah tawaran harga ‘early bird’ sedang rancak berlangsung.

Terbaru, Achik sempat berkunjung ke Majlis Prebiu Buffet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan Shah Alam. Seperti tahun-tahun lalu, Segi Seri Sdn Bhd diberi tanggungjawab untuk menguruskan buffet ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam.


Berkonsepkan Kembara Selera Memikat Jiwa, Buffet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan menjanjikan lebih 88 menu yang pasti dapat memikat jiwa para tetamunya. Tahun ini, Laman Kayangan menyediakan ‘signature dish’  yang lazat iaitu Sup Tulang dan Nasi Arab Kambing Golek. Untuk tahun 2018 ini, Achik nampak ada penambahbaikan pada kambing golek yang disediakan, malah daging kambing lebih rasa lembut dan tidak terasa hanyir kambing. Lagi bertambah menyelerakan bila daging kambing tu dimakan dengan Nasi Arab yang lengkap dengan bahan-bahannya.


Selain nasi Arab, apa yang menarik dekat Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni adalah Nasi Kebuli dan Nasi Daging. Achik dah rasa dan memang sedap rasa kedua-dua nasi ini.

Sama seperti tahun-tahun lalu, Buffet Ramadhan Laman Kayangan berkonsepkan ‘stall’ dan setiap ‘stall’ menghidangkan menu makanan yang berbeza-beza. Jom tengok apa sahaja menu yang ditawarkan di setiap ‘stall’:

Stall “A” (Bombastik)
·                    Roti Boom Kuah kari & Sambal Sardin



Stall “B” (Kacang Pool Larkin)
·                    Kacang Pool & Condiments



Stall “C” (Mat Tak Done)
·            Pasta Station Asian Flavor yang dihidangkan dengan 3 pilihan sos iaitu Green Curry Bolognese, Chicken Curry dan Tomyam Tomato



Stall “D” (Periok Belanga)
·                    Nasi Putih, Nasi Kebuli / Nasi Kacang Dhal / Nasi Daging
·                    Ayam Kalio / Ayam Kapitan / Ayam Palembang / Ayam Masak Lada Hitam / Ayam Masala
·                    Daging Kerutuk / Daging Salai Masak Lemak / Daging Bamia / Daging Masak Merah Thai / Daging Halia
·              Ikan Masak Kunyik Berlada / Ikan Asam Pedas / Ikan Masak Cuka / Ikan Lemak Tempoyak / Ikan Keng Som
·                    Rendang Kacang Buncis / Sayur Campur SS / terung Lomak Cili Api / Sayur Petola Rampai udang
·                    Nasi Arab, Ayam Panggang, Gulai Kambing, Daging Panggang, Salata & Sup








Stall “E” (Teluk Kumbaq)
·                    Gorengan (Lok Lok & Cendawan)



Stall “F” (Kap Khun Khap)
·                    Teppan Noodles & Chicken Phad Thai



Stall “G” (Mr Burn)
·                    Grilled & BBQ (Ayam Percik, Sosej, Ikan, Fillet Ayam)



Stall “H” (Round The Clock)
·                    Dessert & Fruit Counter






Stall “I” (Noodle In Boat)
·                    Laksa / Mee Jawa / Wantan & Dumpling / Mee Kari Nyonya



Stall Beverages (Tak Tuang Tuang)
·            Air Jagung, Air Limau Asam Boi Ipoh Mali, Air Sirap Selasih Ku Sayang, Teh Ais Kaw Kaw, Coffee & Teh Tarik panas, Cendol / Aiskrim


Stall “J” (Aeroon Pak Ajis)
·                    Sup Tulang Merah



Harga Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
·                    RM50 (dewasa)
·                    RM35 (kanak-kanak & warga emas)

Harga Normal
·                    RM65 (dewasa)
·                    RM35 (kanak-kanak & warga emas)

Untuk nikmati penjimatan yang berbaloi-baloi, pastikan korang tidak terlepas dengan promosi harga 'early bird'. Selain itu, Buffet Ramadhan Laman Kayangan turut menawarkan promosi harga yang sangat menarik untuk Pakej Famili dan Pakej Korporat. Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut tentang harga yang ditawarkan.

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi Puan Nor Iliana (Nana) di talian 019-311 7443 / 03-5542 4200.




~ Achik ~