Monday, October 22, 2018

Domino's Pizza | Peluang Menangi Honda City dalam Peraduan Setiap Orang Adalah Pemenang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!

Berpegang pada janjinya untuk terus mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.



Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."

"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan. Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan, "kata Linda.

"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.


Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner .

~ Achik ~

Monday, October 15, 2018

Hantu-Hantu Merasuk Lagi di Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wahhhhh…musim hantu-hantu berkeliaran di sekitar Sunway Pyramid & Sunway Lagoon kini kembali..Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) kini kembali lagi oi…Kalau NOF5 achik terlepas peluang untuk sama-sama memeriahkan aktiviti jerit-menjerit di Sunway Lagoon, untuk NOF6 kali ini memang Achik tak akan lepaskan peluang.


Bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018, mereka yang meminati aktiviti menjejak mistik atau yang gemarkan aktiviti sera mini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri adegan ngeri yang menanti di setiap tarikan NOF6 yang terdapat di Sunway Lagoon.


Jom tengok ape tarikan seram yang ada sepanjang NOF6 ini..

Wendigo – The Legend in The Mist

Wendigo ini dikatakan hantu kanibal yang memakan manusia. Wendigo sentiasa berada dalam keadaan lapar..Laparkan daging manusia ye..Walau pun hantu ni dah makan banyak kali, ianya tetap berasa lapar.

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns

Kalau bercakap tentang badut ni mesti kira akan ingat badut ni fungsinya selalu menggembirakan orang..Ada di majlis-majlis untuk menceriakan kanak-kanak terutamanya. Tapi sebenarnya kita silap. Badut ini sebenarnya mampun mengganggu emosi korang dan kekal berada dalam kepala korang sampaikan wujudnya rasa fobia. Bila dah kerap sangat badut ni muncul dalam kepala korang, maka berlakulah ketakutan yang tidak rasional. Jadi, kalau nak rasai sendiri ketakutan yang macam mana, korang kena masuk ke rumah hantu badut ni di NOF6.



Slaughterhouse 13

Ok..yang ni tengok nama pun dah takut..Mestilah ada kaitan dengan sembelih-sembelih yang penuh dengan darah bersepah kat merata-rata tempat. Kisahnya rumah penyembelihan Chan ini dah lama ditutup dan ditinggalkan selepas berlakunya kejadian seorang pekerjanya bernama Lee Lee Choong terjumpa badan manusia tergantung dalam freezer. Rupa-rupanya badan tersebut merupakan. Menjadi tanda tanya adakah tubuh yang dijumpai tergantung tu merupakan anak Chan, Calvin Chan? Korang kena masuk sendiri dalam ni..Suasana dalam pusat penyembelihan ni memang seram.



Scarytales Theater

Dalam ruang teater ni korang akan disajikan dengan kisah seram yang dipaparkan di layar putih. Sambil korang menonton kisah seram tu, tiba-tiba akan muncul pelbagai jenis hantu di sekeliling korang..Ada yang merangkak macam ju-on..ada yang tiba-tiba lari dengan laju di sebelah korang. Ada juga hantu pocong yang muncul di tingkap ruang teater tersebut. Jadi hati-hati dengan pilihan tempat duduk yang korang pilih dalam ruang teater ini. Yang pasti tiada sorang pun yang terselamat dari diganggu oleh hantu dalam tu..Hehehe..

Banyak lagi tarikan yang menarik antaranya Zoombie Zoo, Ghostbusters, Horrorwood Studios Wax Museum of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D, Jampi dan Enclave of Torture.


Tunggu ape lagi…Dapatkan tiket korang sekarang di www.sunwaylagoon.com atau follow www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia untuk maklumat lanjut.

NOF6 berlangsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Harga tiket = RM69

~ Achik ~

Thursday, October 11, 2018

Herba dan Rempah McCormick Kini Berwajah Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa kat sini yang selalu menggunakan herba dan rempah jenama McCormick. Herba dan rempah McCormick ni dah berwajah baru tau. Jangan pula korang ronda satu pasaraya cari herba dan rempah jenama ni tak jumpa...hehehe...McCormick yang merupakan pengeluar herba dan rempah terkenal di dunia telah menyuntik nafas segar dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.


Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.

Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

~ Achik ~

Monday, October 08, 2018

Tunaikan Kewajipan Berzakat Melalui Portal zakat.com.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sebagai umat Islam, Achik pasti ramai yang mengetahui tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Malah, zakat adalah cara terbaik untuk menyucikan pendapatan kita. Sucikan pendapatan kat sini bukan lah bermaksud pendapatan yang kita peroleh tu tak halal, tapi kadang-kadang ada masanya kita sendiri ada rasa curiga dengan sumber yang digunakan untuk menjana pendapatan kita. Jadi, zakat merupakan solusi terbaik untuk kita sebagai umat Islam menyucikan pendapatan.

Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Kalau korang perasan, PPZ-MAIWP sememangnya aktif mengadakan pelbagai kempen bagi memupuk dan menggalakkan kita semua untuk membayar zakat. Kempen terbaru yang diberi nama Jom Berzakat @ zakat.com.my telah pun berlangsung sejak 1 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2018. Maknanya bulan ini merupakan bulan terakhir untuk korang semua sama-sama memberi sokongan kepada kempen murni yang diadakan oleh PPZ-MAIWP.


Ada di antara kita yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab membayar zakat melalui potongan gaji secara bulanan. Tahniah Achik ucapkan buat mereka yang sememangnya faham dengan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat. Cumanya, korang rasa amaun zakat yang dipotong dalam penyata gaji korang secara bulanan tu cukup ke jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang korang peroleh pada setiap tahun? Sekiranya tidak mencukupi, ada ke cara lain untuk korang membuat tambahan amaun zakat tersebut?

Haaa…dekat sini la fungsinya Portal PPZ-MAIWP untuk korang gunakan. Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang telah dilancarkan oleh PPZ-MAIWP ini sebenarnya ingin menggalakkan korang semua untuk membuat bayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Ianya merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bagi menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat. Wang zakat ini akan digunakan bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. So, sekiranya ada di antara korang yang tak pernah pun bayar zakat, atau ada buat bayaran zakat melalui potongan gaji tetapi amaunnya tidak mencukupi, melalui kemudahan portal ini, korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.


Sempena kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my , syarikat SegiGroup Global Sdn Bhd turut memberi tajaan 20 hadiah yang boleh dimenangi pada setiap bulan Ogos, September dan Oktober 2018. Caranya mudah sahaja ! Korang hanya perlu buat bayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my sebelum 31 Oktober 2018. 60 pemenang bertuah dari ketiga-tiga bulan tersebut akan dirai dalam satu sesi penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada 01 Disember 2018 sempena Karnival Zakat nanti.

Kempen berzakat secara atas talian ini juga berhasrat untuk menarik perhatian peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.



SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

~ Achik ~