Thursday, August 25, 2016

Amez Care: Tuala Wanita Bio Herba Memberi Keselesaan Berpanjangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini special sikit...khusus untuk kaum hawa di luar sana. Tapi kaum adam pun wajib tahu juga...Yela, ianya sudah menjadi keperluan setiap wanita termasuk ibu, isteri dan anak-anak perempuan korang nanti..Hehehe...cerita pasal tuala wanita ni, kaum adam di luar sana pasti ada pengalaman yang tersendiri apabila nak beli tuala wanita bila disuruh beli oleh isteri atau anak perempuan korang. Ada sesetengah tu tak tahu nak beli yang mana satu tambah lagi bila banyak sangat jenama tuala wanita di pasaran...Hahahaha..

Walau apa pun, pilihan yang terbaik hendaklah dibuat mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Diperkenalkan dengan tuala wanita jenama AMEZ Care ini buat Achik teruja untuk mencuba kerana ianya merupakan Tuala Wanita Bio Herba yang memberi banyak kebaikan kepada kaum hawa.


Tuala Wanita AMEZ Care ni mempunyai ramuan herba Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan Lavender. Baunya wangi...Bila korang buka bungkusannya, harum semerbak bau herba. Walau baunya kuat, tetapi ianya tidak lah seperti sesetengah tuala wanita herba yang ada di pasaran. Yang mana bau herba dari tuala wanita jenama tersebut dapat dihidu oleh orang yang duduk bersebelahan dengan si pemakai. Hehehehe...

Bahan-bahan herba yang terdapat dalam tuala wanita AMEZ Care

Fungsi bahan-bahan herba yang digunakan:

* Aloe vera : memberi kesan positif kepada kesihatan perempuan. Mengandungi lebih 75 nutrien yang unik, serta 2 hormon iaitu Auxin dan Gibberellins. Mempunyai ciri-ciri antiseptik yang tinggi dan mempunyai keupayaan untuk membersih secara semulajadi. Aloe vera juga membantu menghidratkan kulit, menyembuhkan luka dan mengurangkan keradangan yang berlaku disekitar kulit faraj.

* Peppermint : bertindak sebagai agen antiseptik dan anti-bakteria. Ianya dapat melegakan kegatalan, kerengsaan, sakit dan juga jangkitan. Peppermint juga berkesan untuk menghalang virus herpes simplex sejenis virus yang boleh menjangkiti faraj.

* TEA Plant : Ekstrak tumbuhan teh dapat menghalang pembekuan darah.

* Chamomile : ianya mampu melawan jangkitan, bakteria dan mengawal mood kaum wanita yang sedang mengalami kesakitan akibat datang bulan. Ianya dapat menaikkan semangat dan menghilangkan kemurungan.

* Lavender : Membuatkan wanita berasa lebih tenang dan kurangkan kesakitan senggugut. Wanita akan berasa selesa dan dapat memperoleh tidur yang lebih tenang.

6 lapisan penyerap yang ada pada pantyliner Amez Care

Mungkin ada yang berkata rupa dan bentuk tuala wanita Amez Care ini tidak jauh beza dengan tuala wanita jenama lain yang ada di pasaran. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tuala wanita AMEZ Care mempunyai kualiti yang jauh berbeza. Jeli khas yang digunakan dalam tuala wanita Amez Care membuatkan proses penyerapan lebih baik dan dapat mengelakkan kebocoran walaupun ianya nipis.

Pantyliner Amez Care mempunyai 6 lapisan manakala Tuala wanita Day & Overnight Amez Care mempunyai 9 bahan penyerap.

9 lapisan penyerap yang ada pada tuala wanita Day & Overnight Amez Care

Amez Care Day - bungkusan 12 keping

Tuala wanita Amez Care Day ini direka khas untuk proses penyerapan yang cepat dan selesa pada waktu siang hari. Salah satu ciri utama yang ada pada tuala wanita ini adalah lapisan berwarna hijau yang mempunyai teknologi Nano silver ions dan ions with far-infrared rays. Tuala wanita ini mempunyai tahap bio-teknologi dan herba yang tinggi. Ia dapat membantu dalam merencatkan pertumbuhan bakteria di kawasan yang paling sensitif pada tubuh wanita. 

Nano Silver Ion berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan ketika haid manakala Ion Far-Infrared dalapt mengoptimumkan peredaran darah haid.

Amez Care Night - bungkusan 10 keping

Mengekalkan teknologi yang sama dengan Amez Care Day, Amez Care Night mempunyai beberapa lapisan dan saluran anti kebocoran. Ianya bekerjasama untuk menghalang kebocoran di sisi, depan dan belakang. Amez Care Night membuatkan pergerakan wanita lebih selesa terutamanya ketika sedang tidur.

Atas: Amez Care Day
Bawah : Amez Care Night

Walau mempunyai panjang yang berbeza, tapi ketebalan Amez Care Day & Night tetap sama nipisnya.

Bungkusan yang unik yang mampu mengekalkan kesegaran tuala wanita Amez Care. Ianya dapat mengekalkan bau herba yang ada pada tuala wanita tersebut.

Amez Care Pantyliner - bungkusan 30 keping

Amez Care Pantyliner sesuai dipakai pada setiap hari. Amez Care Pantyliner sangat berkesan untuk mengawal sebarang discharge dari alat sulit wanita..dengan kata lain keputihan. Kebiasaannya, apabila dah makin hampir waktu untuk datang bulan, sesetengah wanita akan mengalami masalah keputihan. Jadi, Amez Care pantyliner ini mampu mengawal masalah keputihan yang dihadapi dan secara tidak langsung ianya dapat mencegah alat sulit wanita daripada sebarang jangkitan kuman.

Amez Care Pantyliner...stripe hijau tu adalah lapisan herba.

Selain daripada ciri-ciri yang Achik nyatakan di atas, banyak lagi kelebihan yang ada pada tuala wanita dan pantyliner AMEZ Care ini. Antaranya:

* 99.9% SGS Tested Antibacterial Effect
* Negative Ion (Anion) yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan virus dengan berkesan
* Bebas toksin

Sekarang, Achik dah ada pilihan tuala wanita yang baru iaitu Amez Care. Ciri-ciri herba, nipis dan yang penting 100% anti kebocoran yang ada pada tuala wanita Amez Care buat Achik berasa lebih selesa. Apa yang penting, lapisan herba yang ada pada tuala wanita Amez Care ni memberi kesejukan dan rasa yang nyaman pada bahagian sulit wanita..hehehehe..Kalau nak tahu kena cuba dulu, baru tahu.

Di mana korang boleh dapatkan tuala wanita AMEZ Care ini? Ianya boleh dibeli di semua cawangan Aeon Wellness dan Farmasi Juzcare. Pembelian secara atas talian juga boleh dibuat dari laman web rasmi AMEZ Care di www.AmezCare.com

Jangan lupa LIKE FB rasmi Amez Care di www.facebook.com/AmezCare/ atau follow IG rasmi di www.instagram.com/amezcare untuk dapatkan maklumat lanjut.

AMEZ ~ Where Intimate Meets Comfort

~ Achik ~



4 comments:

  1. nampak nipis je kan...btw, dia gel ke span eh? senang tak basuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. gel sally..nanti bila basuh baru gel kembang...

      Delete