Thursday, August 09, 2012

Jenis Ikan & Kandungan Gizinya ~

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni cheq nk berkongsi ilmu pasal Ikan & kandungan gizi yang ada dalam ikan ni...

Keli
* kaya dgn asid lemak omega-3 yang baik kepada tubuh manusia
* meningkatkan daya penglihatan, saraf, mengurangkan bengkak sendi dan sakit jantung

Haruan
* Mengandungi asid amino, lemak, vitamin A, asid olelik, linolik dan kolagen.
* Membantu menyembuhkan luka, meningkatkan daya penglihatan, melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.

Tenggiri
* Kaya dengan omega-3, vitamin D dan selenium
* Mengandungi 2 hingga 3 peratus lemak omega-3. Kekurangan selenium boleh menyebabkan penyakit jantung dan kanser.

Kayu / Tongkol
* Kaya vitamin D, B12 dan omega-3
* Namun ia bukan sumber terbaik asid lemak omega-3 kerana kandungannya terlalu rendah

Ikan Parang
* Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi
* Bagus untuk mata dan membantu pembentukan tulang

Kod
* Vitamin A, D dan asid lemak omega-3
* Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthiritis dan baik untuk kesihatan jantung.

Ikan Bilis
* Kaya vitamin E, D, mineral, selenium, sumber kalsium dan tenaga yang sangat tinggi (protein 74% & lemak 26%)
* Mencegah pereputan / patah tulang, juga bermanfaat dalam membantu pembentukan dan pemeliharaan gigi. Ia bagus untuk wanita hamil.

Salmon
* Mengandungi lemak tak tepu Omega 3, berprotein tinggi, antiokdisan coenzim Q-10 dan kaya dengan dimethylaminoetahnol.
* Bagus untuk otak. Ia juga sangat berkhasiat untuk kulit dan mengurang / melambatkan kedutan pada kulit.

Belut
* Kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan zat besi
* Membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin & penyembuhan luka pembedahan

Siakap
* Sumber protein dan omega-3
* Bagus untuk penglihatan, mengurangkan risiko sakit jantung dan bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak

Tilapia
* mengandung asid lemak omega-6 yang tinggi
* walaupun ia memberi faedah kepada jantung, ia boleh mengakibatkan inflamasi

Ikan Patin
* Sumber protein, vitamin A, D, B6, B12, zat besi, asid lemak tak tepu Omega-3, selenium, dan taurin.
* Merangsang pertumbuha otak janin, membantu meguatkan tulang, mencegah anemia dan kerosakan saraf.

Kerapu
* Kaya dengan omega-3 dan protein
* Kaya dengan sumber protein yang diperlukan badan namun ada yang percaya ia tidak baik untuk wanita yang baru melahirkan.

Sardin
* Sumber protein, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3
* Asid lemak omega 3 di dalamnya membantu menyokong fungsi sel saraf otak dan bermanfaat dalam meningkatkan kadar memori otak.

Sekian saja ilmu pasal ikan.....
______________
#sumber maklumat : Majalah Rapi Bil.194 - 15 Ogos 2012


p/s : pada sape2 yg tak suke makan ikan tu, bawak2 la makan ikan...rugi oooo tak makan ikan.....

No comments:

Post a Comment