Friday, July 06, 2012

Bila Diri Hanya Mampu Mendengar ~~

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bila diri hanya mampu mendengar & tidak mampu melakukan apa-apa.....Apa yang korang rasa..??????
Rasa tak puas....rasa kesian...rasa sakit hati...rasa geram...rasa bengang....& segala macam rasa ada la kan....And itulah apa yg cheq rasa..!!!!!!

Dalam kehidupan yang penuh dugaan ini, memang cheq akui kita tak boleh nak lari dari macam-macam masalah. Sebab masalah ada di mana-mana jerk...& yang pasti setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya...Bila ada masalah, kenalah fikir cara penyelesaian nya & jangan  nk tunggu sampai masalah tu dh kronik baru terhegeh2 nak cari formula jalan penyelesaian...Time tu memang dh lewat la kan....

Sebagai contoh kan, bila ada konflik dalam sesebuah organisasi....sapa yang jadi tonggak utama untuk pastikan sesuatu konflik tu dapat diselesaikan..???? Memang la semua ahli dalam organisasi tu perlu mainkan peranan masing2 dalam membantu selesaikan konflik dalaman...Tapi, bila dh takde kesudahannya, dekat situ la penting nya peranan seorang nakhoda kapal...(maafler..perkataan nakhoda kapal ni cheq curi dari seseorang..hehe)....action must be taken when ideas & opinions have been given..!!!! Kalau cadangan untuk selesaikan masalah dh diberi, tapi  at the end no action taken, tak guna jugak kan...atleast do something supaya org sekeliling bleh amik pengajaran dari ape yg berlaku..Learn from mistakes.!!

Cerita pasal konflik dalam organisasi ni, haaaaa...ni lagi satu masalah yg cheq paling tak suka...Memang susah nk elak sifat dengki, sakit hati, busuk hati sesama manusia, tikam dari belakang, cucuk-cucuk orang dengan cerita2 yang tak baik dalam sesuatu organisasi tu...Cheq takde la kate cheq ni baik sangat, tapi please la kan...kita semua dh besar...kalau yg dh berkawin, dh ada anak pun tapi diri sendiri pun kita takleh terapkan sifat2 yang murni macam mane la kita nk terapkan sifat2 murni tersebut pada diri anak2 kita kan..betul takkk...??? Lagi satu...bile adanye sifat2 mazmumah macam ni, korang tahu tak secara tak langsung korang ni dah aniaya sesama manusia...Doa orang-orang yang teraniaya ni InsyaAllah dimakbulkan tau...Uhhhh.....Pendek kata konflik macam ni kat mana-mana pun ader....kadang-kadang nk mendidik org besar lagi susah daripada mendidik kanak-kanak...So, Renung-renungkanlah....


gambar hiasan semata-mata

Ramai jugak yg slalu meluahkan masalah terpendam kat Cheq...tak kira la family ker, kawan2 ker...Apa yg Cheq mampu buat, hanya menjadi pendengar yg setia...Cheq tahu mereka tidak mengharapkan Cheq buat apa2 pun...ckup menjadi tempat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati dorang dh cukup untuk mengurangkan beban yang tertanggung walaupun tak dapat apa2 jalan penyelesaian dari Cheq..apa yg Cheq bleh nasihatkan, doalah banyak2...InsyaAllah, Allah Maha Mendengar & Dia mendengar setiap doa hamba-hambanya lebih2 lagi mereka yang teraniaya...

Sebagai insan yang terpilih untuk mendengar luahan hati mereka yang berada di sekeliling Cheq, Cheq akan cuba menjadi seorang pendengar yang setia..Walaupun Cheq akui cheq tak dapat membantu malah tak dapat nk lakukankan apa2....namun dengan mendengar masalah mereka, dapat juga memberi serba sedikit harapan untuk mencari jalan penyelesaian. 2 otak yang berfikir dengan 1 otak yang tengah terbeban mana lebih cepat berfikir..? Sendiri fikir ler jawapannyer....

######

Sekadar nk berkongsi Tips Untuk Menjadi Pendengar Setia.

1) Apabila sahabat kamu bercerita tentang masalahnya, janganlah kamu jadi seperti batu. Berilah respon dengan apa yang dikatakannya.

2) Berilah perhatian sepenuhnya ketika mendengar luahan hati sahabat kamu. Jangan sesekali menyampuk atau membuat kerja lain semasa dia sedang meluahkan masalahnya.

3) Kamu boleh menanyakan soalan untuk lebih memahami situasi masalah sahabat kamu.

4) Kamu boleh juga memberikan cadangan kepadanya. ataupun  memberi pendapat mengenai cara dia nak selesaikan masalahnya. Pujian  haruslah diberi secara ikhlas, jangan memuji kerana terpaksa. Jika kamu tidak bersetuju dengan cara dia, berterus-terang dengan dia dan bagi dia sebab.


No comments:

Post a comment