Tuesday, August 11, 2015

Pelbagai gaya terkini lilitan shawl dan tudung bawal buat kaum Hawa


Assalamualaikum...

Macam biasa rutin harian pagi-pagi, Achik akan cek email tengok ada tak email baru masuk or review mana-mana email yang patut di delete daripada inbox.

Dalam banyak-banyak emel tu, Achik berminat dengan satu emel yang Achik terima daripada Zolace. Sumpah Achik tak tahu pun Zolace ni apa. Bila klik link yang diberi dalam email, rupa-rupanya Zolace ni blog yang memberi tutorial kepada kaum hawa untuk menggayakan shawl. 

Wow...cantik..!!!! macam-macam kaedah boleh digunakan untuk melilit shawl orang pompuan ...hehehe

Cara lilit selendang longgar yang ceria dan menutup dada


Cara lilit shawl bagi yang berwajah bulat
Lilitan pashima

yang paling Achik suka adalah tutorial melilit shawl pashmina. Macam yang korang tahu, shawl pashmina ni lebih labuh dan lebar berbanding dengan shawl2 lain. Achik pun naik stress nak melilit pashmina yang Achik ada. Gara-gara tak pandai menggayakan nya, Achik jadi kurang selesa tambah2 lagi lilitan yang Achik buat tebal di bahagian leher membuatkan Achik kurang selesa...Hehehehe..


Pelbagai tutorial disediakan untuk bentuk muka yang berbeza


Bergaya dengan shawl sequin....cantikkkk

Selain tutorial menggayakan shawl, Zolace ~ tudung bawal turut menyediakan tutorial menggayakan tudung bawal. Memang bersesuaian sangat buat semua penggemar tudung bawal di luar sana.


Menggayakan tudung bawal dengan cekak di kepala

Gaya casual Tahun 2015

Cantik nya model-model ini menggayakan tudung bawal. tak pernah terfikir pun untuk menggayakan tudung bawal macam pakai shawl.

So, untuk korang di luar sana yang mana peminat fashion tudung bawal dan shawl, bolehlah layari Zolace Blog untuk pelajari pelbagai cara lilitan shawl dan tudung bawal.


*****

Oh ye, Zolace juga menyediakan kemudahan buat kaum Hawa untuk membeli belah secara online. Pelbagai fesyen baju muslimah, aksesori wanita, beg, tudung dan lingerie ditawarkan oleh Zolace Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari website rasmi Zolace Malaysia di


Selamat membeli belah secara online. ;-)

*****



~ Achik ~



1 comment: