Monday, August 17, 2015

TechBiz terbaru daripada Malaysia IT Fair

Malaysia IT Fair (MITF) merupakan antara pameran IT yang terbesar di Malaysia. Untuk kali ini, pameran IT ini akan berlangsung selama 4 hari yang bermula pada 28 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015.


Malaysia IT Fair ini akan melibatkan 80 jenama antarabangsa, 300 ruang pameran yang melibatkan keseluruhan ruang Hall 3 di Mid Valley Exhibition Centre bagi menarik minat dan memenuhi permintaan keperluan IT di negara ini untuk kegunaan perniagaan dan peribadi.




Buat julung kalinya, Malaysia IT Fair turut mengetengahkan segmen baru yang diberi nama Techbiz@Malaysia IT Fair, "A New Business Platform combining Exhibition and Seminar". Techbiz menyediakan segala-galanya yang berkaitan dengan business IT solutions dan hardware.

Pameran IT business-to-business yang menyeluruh ini membolehkan para pengunjung dan pengguna IT untuk memahami teknologi terkini termasuk berkaitan keselamatan rangkaian, virtualisasi, cloud computering, dan banyak lagi ilmu dan perkakasan yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda serta untuk kegunaan individu.



Techbiz@Malaysia IT Fair akan dirasmikan oleh YB Dato' Jailani bin Johari yang merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Ogos 2015
Masa : 10.30 am
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.





Jika anda terdiri daripada mereka yang dinyatakan dalam gambar di atas, anda tidak sepatutnya melepaskan peluang ini kerana penyertaan ke Techbiz@Malaysia IT Fair adalah PERCUMA..!!!



Achik jamin, setiap yang hadir ke Techbiz@Malaysia IT Fair pasti tidak akan rugi kerana pelbagai seminar percuma dengan tajuk dan topik terkini berkaitan IT disediakan untuk anda semua. 


"During the 4-Day events, corporate partners will also launch and demonstrate new business solutions".


Jadi, jangan lepaskan peluang. Pastikan anda semua mendaftar SEKARANG...!!! setiap pendaftaran awal, anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dan yang paling penting Malaysia IT Fair akan reserve penyertaan anda ke Techbiz sebelum ianya penuh.

Techbiz@Malaysia IT Fair
Tarikh : 28 - 31 Ogos 2015
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre ( MVEC )

MASUK ADALAH PERCUMA .!


Untuk maklumat lanjut berkaitan Techbiz@Malaysia IT Fair, anda boleh berkunjung ke Facebook, laman web rasmi dan Instagram rasmi Malaysia IT Fair seperti berikut:

Official FB: Malaysia IT Fair
Official Website : Malaysia IT Fair
Official Intagram : malaysiaitfair
Official Website for Techbiz : TechBiz

Jangan lupa block calendar anda & Save The Date..!!!! Chill...


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment