Monday, August 24, 2015

Seminar@TechBiz Percuma di Malaysia IT Fair 2015


Assalamualaikum...

Untuk entry kali ini, masih menceritakan tentang Malaysia IT Fair 2015 yang akan berlangsung pada 28 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015.

Dalam entry sebelum ini Achik ada share maklumat berkaitan Techbiz@Malaysia IT Fair iaitu satu elemen baru yang diperkenalkan dalam Malaysia IT Fair kali ini.



Macam yang Achik ada share dalam entry TechBiz sebelum ini, kalau korang faham Techbiz@Malaysia IT Fair, merupakan "A New Business Platform combining Exhibition and Seminar". 

Seminar percuma ini akan berlangsung sepanjang tempoh berlangsungnya Malaysia IT Fair di Mid Valley Exhibition Centre. Antara seminar yang bakal membuka mata setiap pengunjung berkaitan perniagaan adalah apabila ianya melibatkan co-founder of MyTeksi, Aaron Gill.

Achik pasti ramai dikalangan kita yang telah mengetahui berkaitan aplikasi MyTeksi yang Achik percaya telah popular dan mendapat tempat di hati setiap pengguna teksi di Malaysia. Semasa sesi seminar ini, Mr. Aaron akan sama-sama berkongsi pengalaman beliau serta berkongsi cerita kejayaan beliau yang pasti dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang berminat dalam perniagaan.


Oh ye...Kalau anda menggunakan aplikasi MyTeksi bagi mendapatkan teksi untuk menghadiri Malaysia IT Fair, jeng jeng jeng...Anda boleh dapatkan Instant Cash Back bernilai RM10 daripada MyTeksi. Best kan? Jadi, kalau anda yang memilih untuk menaiki teksi menuju ke Malaysia IT Fair hujung minggu ini, jangan lupa gunakan aplikasi MyTeksi.



Selain itu, Seminar@Techbiz juga akan menghidangkan kepada setiap pengunjung sebanyak 46 Seminar berkaitan GST, Cloud Computing, Systems and Solutions, Trending IT issues dan banyak lagi yang melibatkan ramai speakers yang berpengalaman dan bertauliah.


Berminat untuk menghadiri Seminar@Techbiz ? Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu. Untuk memudahkan akan mendaftar, Achik telah sediakan link tarikh seminar seperti di bawah untuk anda mengetahui topik-topik seminar yang disediakan sepanjang 4 hari tersebut:





TechBiz@Malaysia IT Fair ada..!
Seminar@TechBiz pun ada..!


APA Lagi Ada ??


Yup...!!!! yang pasti banyak promosi serta tawaran harga runtuh bagi barang-barang serta kelengkapan IT yang pasti menjadi kegilaan pengunjung pasa hari tersebut.



Thumbdrive pun hanya RM1 sahaja. Mana nak dapat harga semurah ini.


Siapa yang tak nak diberi hadiah percuma suatu membeli belah. Begitu juga di Malaysia IT Fair,
hadiah itu pasti menanti apabila anda hadir ke Malaysia IT Fair dan berbelanja pada jumlah seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah.


Jangan lepas kan peluang untuk grab semua promosi yang ada sepanjang Malaysia IT Fair berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre.

Sambil membeli belah barang-barang dan keperluan IT, anda juga dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam Seminar@TechBiz yang disediakan percuma buat anda semua.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari :

Official Website : Malaysia IT Fair
Official FB : Malaysia IT Fair
Official Instagram : malaysiaitfair
Official website for TechBiz
Official site for Seminar@Techbiz

No comments:

Post a Comment