Thursday, August 13, 2015

Pergi tak akan kembali ~ Al-fatihah

Setelah sekian lama menderita, akhirnya Tok pergi buat selama-lamanya mengadap Pencipta Nya, Allah swt.

Tanggal 27 Syawal, semasa Achik di pejabat, Achik telah menerima panggilan telefon dari mak Achik..Mak bagitahu yang Tok telah meninggal dunia jam 9.40am..kami hanya dapat berita pemergian Tok pada jam 11.40am iaitu 2jam selepas Tok tiada..


Tiada kata yang mampu diucap pada waktu itu..Achik segera jumpa bos untuk minta perlepasan pulang awal..

Kami bertolak dari Kajang menuju ke Kedah jam 2 petang..dengan harapan untuk mengucup dahi Tok buat kali terakhir..selaju yang boleh Achik menekan pedal minyak untuk memastikan kami sekeluarga sampai sebelum dikebumikan..

Menghampiri jam 4 petang, kami diberitahu jenazah Tok telah selamat dikafankan, disembahyang kan..dan jenazah pada waktu itu sedang dibawah ke tanah perkuburan untuk disemadikan..



Abg long Achik sempat sampai semasa kubur Tok sedang dikambuskan..Abg long yang sampai jam 4 petang pun tak sempat untuk melihat jenazah Tok. Kerja kerja pengebumian dilaku dengan pantas kerana tidak mahu melewatkn waktu kebumi dan khuatiri hujan akan turun..


Talkin telah pun dimulakan..

Beginilah wajah sedih Abah Achik di perkuburan Tok..kami tiba di kedah jam 6petang dan terus menuju ke tanah perkuburan. Hanya tanah merah yang menanti kami..Abah membaca doa buat Tok..yang pasti Abah berjaya menahan air matanya daripada mengalir..

Abah redha..dan kami juga redha...kini hanya tinggal kenangan kami bersama Tok..berbuka puasa bersama..menyambut Aidilfitri bersama..


Gambar kenangan Abah dan Tok masa Syawal Ke2 tahun ini..Alhamdulillah..kami sempat bertemu Tok semasa awal Syawal..sepanjang di Kedah, kami mengambil peluang untuk ziarah Tok sebanyak 2x.

Raya ke 3 kami di Kedah..Kami juga ziarah kubur Yai..suami kepada Tok..sebelum ke kubur, kami ada bagitahu Tok dan Tok sempat pesan dekat Abah baca doa buat Yai..

Kini Syawal ke27 Tok telah tiada..tinggallah rumah ini yang menyimpan pelbagai kenangan kami bersama..


Al-fatihah buat Tok..moga Allah swt pelihara Tok di sana dan tempat kan Tok di kalangan mereka yang solehah dan beriman..

Amin...


No comments:

Post a comment